Kek chiffon pandan memang enak dan sering menjadi antara hidangan kek yang disediakan oleh mak-mak kita dahulu. Menariknya juga ketika membakar kek ini, baunya sangat harum dan membuatkan kita teruja untuk menikmatinya tanpa mahu menunggu lama.

Pun begitu untuk mendapatkan kek chiffon yang dibakar sempurna dan tidak terlihat hangus, ada trik dan teknik yang boleh anda praktikkan semasa membakarnya di dalam oven. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Khatijah Mamat di group masakan dan bolehlah dijadikan panduan buat yang ingin mencuba menyediakan menu istimewa ini.

Rupanya Kena Letak Kertas Atas Kek. Barulah Cantik Elok,Tak Hangus Bahagian Atasnya!

Ternyata kek yang dibakar nampak begitu cantik dan gebu sekali. Selain berkongsi tip, di sini turut disertakan resipi untuk dicuba.

Ini perkongsiannya.

KEK CHIFFON
Resepi
1. Telur 6 biji (asingkan putih dan kuning)

IKLAN

Bahagian A
1. 6 biji Telur kuning (pukul)
2. Masukkan minyak jagung ( 60 ml)
3. Masukkan santan yg dicampur perisa pandan (60 ml)
4. Masukkan tepung naik sendiri (1 cawan)
* pukul sebati bahan atas

Bahagian B
1. 6 biji telur putih (putar sampai berbuih)
2. Masukkan cream tartar (1 sudu kecil)
3. Masukkan gula 2/3 cawan, sedikit2 dalam 3 kali
* putar sehingga berkilat dan bila terbalik tak jatuh

Satukan bahan A dan bahan B sehingga sebati…kacau manja-manja je…tuang dalam loyang
* loyang tak perlu sapu planta.

*Bakar suhu 170, 40 minit…bergantung oven masing-masing

IKLAN

Rupanya Kena Letak Kertas Atas Kek. Barulah Cantik Elok,Tak Hangus Bahagian Atasnya!

Tip

* Dah bakar kek, agak-agak nampak kek macam dah coklat, letak kertas kat atas, supaya bahagian atas tak hangus

*Dah masak angkat terbalikkan loyang kek sehingga sejuk, baru boleh keluarkan kekRupanya Kena Letak Kertas Atas Kek. Barulah Cantik Elok,Tak Hangus Bahagian Atasnya!

IKLAN

 

* Cara keluarkan kek dari loyang, guna tangan sahaja…tarik slow-slow dan sangat lemah lembut..sehingga kek lekang dari loyang..

Sumber : Khatijah Mamat via MAHN

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Rupanya Kena Letak Kertas Atas Kek. Barulah Cantik Elok,Tak Hangus Bahagian Atasnya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI