Betul ker, suami mudah terasa hati berbanding isteri. Mungkin tak masuk akal, tetapi ada kajian telah mengatakan golongan lelaki sebenarnya lebih sesitif berbanding wanita. Barangkali, ia boleh menjadi pencetus untuk kita menilai dan menjaga hubungan dengan suami agar tidak berlaku pergolakkan perasaan dalam menguruskan rumahtangga. Sebagaimana perkongsian wanita ini Wawa Shauqi laman facebooknya ada benarnya. Ikuti perkongsiannya ini.


Ada satu eksperimen pernah dibuat untuk lihat siapa yang lebih sensitif, sama ada lelaki atau perempuan.

Babe, akan terbit sedikit rasa syahdu mengenang suami dan insan bernama lelaki yang paling dekat kita kenali.

Dalam eksperimen itu, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan diminta untuk buat beberapa aktiviti.

Dalam salah satu eksperimen, kanak-kanak akan dimarah bila buat sedikit silap. Kanak-kanak perempuan akan menzahirkan takut melalui tangisan, manakala kanak-kanak lelaki kebanyakannya hanya kelihatan takut pada air muka.

IKLAN

Tetapi bila dilihat bacaan mesin, jantung kanak-kanak lelaki lebih kencang berdegup.

Dalam aktiviti seterusnya, sesiapa yang menang boleh ketuk kepala kawan yang kalah. Kebanyakan kanak-kanak perempuan, bila menang mereka akan ketuk kepala rakannya (bertutup dengan topi) yang kalah tanpa rasa bersalah.

IKLAN

Tetapi anak lelaki bila mereka menang, mereka teragak-agak untuk ketuk kepala rakannya.

Kesimpulan yang dibuat dalam ujian tersebut menunjukkan LELAKI LEBIH SENSITIF dari wanita sebenarnya.

IKLAN

Tetapi wanita mudah mengekspresikan perasaan manakala lelaki lebih selesa simpan dalam hati. Kerana kelebihan itu, lelaki lebih bersifat pelindung.

Manakala wanita lebih cepat bertindak bila mengesan ada keperluan keluarga yang harus dipenuhi.

Fuh, tak sangka kan! Nampak macam cool je ayah kita. Nampak macam tenang je encik suami. Rupa-rupanya lebih sensitif dari kita.

Kerana itu juga anak lelaki harus kita belai lebih. Mungkin hati mereka yang cukup terbelai itu akan membantu mereka membesar dengan rasa cukup sifat seorang pelindung.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI