Susunan kata-kata dan penulisan yang cukup menusuk kalbu, memberi impak dan meninggalkan kesan di hati rakyat. Bahkan, satu persatu ayat diungkapkan orang nombor satu negara dalam menerangkan hal negara dek akibat wabak Covid-19 cukup mudah difahami oleh rakyat baik di bandar mahupun di kampung.
Sehinggakan ramai yang memuji dan mengatakan setiap kali Perdana Menteri tampil di hadapan media dan kaca televisyen, penerangannya cukup mudah. Rupanya di sebalik teks ucapannya , ada insan lain yang turut membantu memberi idea dan menambahkan ‘kesedapan’ di dalam setiap ayat tersebut.
Inilah yang dikongsikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad yang membuka cerita tentang lelaki di sebalik teks ucapan Perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jika ditanya siapa yang membantu menulis dan menyiapkan ucapan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka saya fikir inilah orang nya,
Ads
Datuk Dr Marzuki Mohamad.
Beliau sebelum ini merupakan seorang pensyarah di UIAM, kemudiannya melangkah masuk ke Pejabat YB Timbalan Perdana Menteri ke-6 pada tahun 2009 hingga ke 2013 (Tan Sri Muhyiddin), kemudiannya mengikuti lagi Tan Sri Muhyiddin semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan pada 2013-2015.
Ads
Selepas itu beliau kembali ke UIAM dan menjadi pensyarah dalam dunia Politik Sains.
Pada 1hb Mac lepas, beliau kembali ke meja Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Setiausaha Sulit.
Beliau merupakan anak sulong kepada pasangan Almarhum Mohamad Bin Che Ibrahim dan Puan Rokiah Pa’chu dari Pasir Mas, Kelantan.
Ads
Maafkan saya jika saya salah. Boleh jadi Tan Sri Muhyiddin menulis ucapannya sendiri seperti YB Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun biasanya yang memurnikan sesuatu teks adalah pembantunya sendiri.
Pesan Imam Al-Ghazali..Jauhilah 6 perkara ini daripada anak perempuan.
Beberapa orang sahabat tanya saya, apakah bekal yang terbaik untuk seorang anak perempuan agar mereka beroleh kebahagiaan, pandai bawa diri, menyejukkan hati dan menjadi bakal isteri yang dicari-cari?
Perkara yang paling penting dalam hidup seorang anak perempuan ialah persekitaran yang baik, selamat, mawaddah dan penuh dengan mahabbah.
Pesan Nabi SAW :
عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « إياكم وخضراء الدمن » ، فقيل : يا رسول الله ، وما خضراء الدمن ؟ قال : « المرأة الحسناء في المنبت السوء »
Dari Abu Sa’id al Khudry radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Jauhilah khadhraaad diman.”
Mereka berkata, “Apakah khadhraaad diman wahai Rasulullah?”
Baginda bersabda, “Wanita cantik yang tumbuh dalam lingkungan buruk.”
Dalam hadith ini Rasulullah SAW menyatakan pentingnya background family seorang perempuan. Anak yang didik dengan kasar, bebas, persekitaran yang tidak sihat sangat memberi pengaruh kepada pembentukan karekter dan sifatnya.
Ingat baik-baik pesan Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal):
Jauhi anak perempuan dari 6 sifat ini:
1. Al-Annanah : Suka mengeluh dan malas.
Anak perempuan yang dimanjakan, banyak mengeluh dan suka mengadu. Buat-buat sakit, penat dan rasa terbeban dengan tugasan hariannya.
Berpura-pura sakit kerana malas, banyak tidur dan menghabiskan masanya dengan hiburan semata-mata.
Bekalkan anak-anak dengan ilmu agama, ilmu keduniaan, ilmu kehidupan, skill penting seperti masak, kemas rumah, menjaga kebersihan diri dan keluarga.
Ajari mereka cara hidup yang susah dan berdikari. Hadiahkan mereka dengan kata-kata semangat dan pujian bukan dalam bentuk meterial semata-mata.
Sentiasalah berdoa, sedekahkah al-Fatihah untuk roh mereka setiap malam dan ajari mereka lazimi surah al-Qadr untuk selamat dari maksiat.
2. Al-Mananah: Suka mengungkit-ngungkit
Setiap kebaikan yang dilakukan lalu disusuli dengan sikap mengungkit-ngungkit, akan menghilangkan pahala kebaikan.
Ajar anak untuk jadi seorang yang ikhlas dan redha dengan setiap usaha yang dilakukan.
Terapkan nilai afektif, nilai murni dalam kehidupan seharian. Ia melatih anak-anak melakukan rutin harian dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak rasa terbeban.
Disiplinkan mereka dengan jadual kehidupan yang teratur dari awal, jika sudah terlambat anak-anak akan mengatur kehidupannya dengan cara yang salah.
3. Al-Hananah : Merindui orang yang tidak sepatutnya.
Bahaya jika anak perempuan mula menaruh minat dan merindui seorang lelaki yang bukan pasangannya. Ia sedang menghampiri fitnah dan kerosakan. Rasa cinta, rindu dan suka itu tidak salah tapi mesti berada pada landasan yang betul.
Penting ibu ayah terapkan rasa malu pada anak-anak perempuan agar peribadi dan akhlaknya sentiasa terjaga.
4. Al-Haddaqah : Boros dan suka berbelanja.
Habit ini boleh mengundang kecenderungan lain yang lebih bahaya. Jika tidak dapat penuhi keinginannya kerana tidak mampu dan keluarga tidak berduit mungkin anak ini akan sanggup berhutang, mencuri dan meminta-minta.
Ajari anak cara berjimat cermat, membeli apa yang perlu dan tidak mengikut nafsu. Menjadi bebanan yang sangat berat pada ibu ayah dan juga suaminya jika sifat boros ini tidak dikawal dengan baik.
5. Al-Barraqah : Imam Al-Ghazali mentafsirkan perkataan ini dengan dua makna,
a) Melampau dalam berhias semata-mata untuk mendapat perhatian orang ramai.
Perbuatan ini mempunyai unsur maksiat dan mendatangkan dosa.
Sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah. Didik anak dengan sifat wasatiyyah iaitu bersederhana dari segala sudut. Sederhana ketika berhias dan berpakaian adalah lambang keindahan peribadi.
b) Bersifat selfish, pentingkan diri. Perumpamaan yang diberikan ialah menyembunyikan makanan yang sedap untuk dirinya dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain termasuk ahli keluarga atau suaminya.
6. Al-Syaddaqah : Banyak bercakap perkara yang sia-sia.
Lidah punca ke Neraka, juga punca ke syurga.
Latih anak-anak menggunakan bahasa yang sopan dan sedap didengar. Ibu ayah yang suka bergaduh depan anak-anak akan mempengaruhi perwatakan dan pemikiran anak.
Anak berubah menjadi ganas, menggunakan bahasa yang kasar dan melawan cakap kerana ia diserap melalui persekitaran dan cara didikannya. Jangan tunggu anak-anak dah jauh tersasar kerana kita tidak mampu lagi berhadapan dengan mereka.
Pastikan kawannya adalah orang yang baik dan boleh dipercayai, pastikan juga bahan bacaan anak-anak, web yang dilayari, idola anak-anak dan minat anak-anak. Semua itu akan mempengaruhi pemikiran dan karekter mereka.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk sahabat semua.
Kredit: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nama Pencetus Ummah (PU) Riz tiba-tiba mencetuskan Kontroversi dalam media sosial selepas viral satu potongan video di Twitter.
Justeru, seorang netizen meluahkan rasa kurang senang apabila suami kepada selebriti terkenal, Neelofa ini dijemput menjadi ‘speaker’ dalam sebuah majlis. ‘Berbulu telinga dengar’, itu yang diluahkan oleh individu terbabit.
Atas sebab apa gov agency seperti KPWKM invite si Haris ni as one of speaker? 3mins pertama pun aku dah berbulu telinga dengar. Zaman skrg semua kena give and take. Bukannya sbb kau laki, bini kena buat semua. pic.twitter.com/iwp3cthRIE
Berikutan itu, segelintir netizen meluahkan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan suami Kepada Neelofa ini.
Ada yang berpendapat dalam kehidupan rumah tangga sepatutnya kena amalkan budaya ‘give and take’. Lantaran itu, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail tampil memberi pencerahan berkenaan kenyataannya.
” Ada di Twitter satu tulisan yang sebegini dan outcome daripada tulisan ini Haris menyuruh isteri untuk bawa masuk beras ke dalam rumah. Sebenarnya bukan itu maksud sebenar.
“Kalau didengar betul-betul dengan hati terbuka, maksudnya adalah supaya isteri itu dianjurkan untuk memasak. Tapi kepada mereka yang bekerja, yang ada tanggungjawab di luar kalau tak sempat, tidak menjadi satu dosa dan masalah.
“Berbalik kepada video ini, apa yang ingin disampaikan pertama adalah orang lelaki itu wajib menyediakan tempat tinggal. Kalau dia mampu menyediakan tempat tinggal tak kisah beli atau sewa, maka dia boleh berkahwin.
“Orang lelaki mesti bagi nafkah, kena infaq harta kepada isteri dan anak-anak. Itu maksud yang ingin disampaikan. Tidak boleh kita suruh isteri angkat beras yang berat masuk rumah. Itu perkara yang menzalimi.
Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Merasai sendiri pengalaman menanam pokok rock melon dan dapat juga menikmati hasil tuaian sendiri tentu menjadi antara pengalaman manis untuk direalisasikan. Apatah lagi di waktu kita semua kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Tidak tahu untuk berbuat apa, apa kata anda cuba isi masa dengan melakukan projek tanam rock melon di laman rumah.
Walau tidak mempunyai ruang tanah yang luas, sebenarnya anda boleh menanam rock melon di dalam polybag. Jadi sebelum itu, ada baiknya anda baca perkongsian daripada Izah Hassan ini untuk lebih pemahaman.
✔SEMAI :
Teknik ‘baring’ atau teknik ‘tegak’ Tenik baring : ialah meyusun benih rock melon dalam tray semaian secara baring. Selepas itu di tekan sedikit supaya benih terbenam sedikit dalam medium semaian(peatmoss atau tanah organik).
Jangan tekan terlalu dalam. Ambil tanah semaian Peatmoss/tanah dan ratakan di atas tray supaya dapat menutupi kesemua bijih benih Rock Melon sehingga tidak kelihatan.
Teknik tegak: ialah menghalakan mucung benih yang tajam menghala ke bawah semasa menyemai.
Siram air pada tray semaian sehingga lembap. Ambil plastil hitam bungkus tray semaian. Jika yang tanam guna bekas. Tutup dengan plastik hitam juga. Tray yang telah dibalut dengan plastik hitam perlu diletakkan di tempat yang terbuka.
Selepas 2 hari buka plastik hitam. Benih sudah mula bercambah. Ambil tray letak di kawasan yang mendapat cahaya matahari tapi bukan kawasan panas terik. Apabila pokok sudah tumbuh 4 daun. Boleh di pindahkan ke dalam polybeg atau pasu atau batas tanaman.
✔SAIZ POLYBEG ATAU PASU :
Siapkan polybag dengan ukuran 40×50 cm atau ukuran sedang sebesar yang boleh.
Masuk kan tanah organik atau apa jua jenis tanah yang ada asalkan gembur dan subur.
✔PEMINDAHAN ANAK POKOK
Sebelum dipindahkan anak pokok siram dahulu media tanam dengan air. Memindahkan anak pokok di waktu senja untuk mengelak haba cahaya matahari dan anak pokok terkejut haba dan layu.
✔ PEMASANGAN PARA UNTUK POKOK MEMANJAT
Sediakan pancang dan tali rafia untuk pokok menjalar pada usia 2 minggu. Gunakan apa saja teknik yang ada suka. Sama ada buat para atau letak di tepi pagar. Jika nak biarkan melon menjalar di atas tanah pun boleh.
✔ MENGAHWINKAN BUNGA BETINA. SECARA BERBANTU
Kawin bunga seawal mungkin sebaik sahaja bunga betina keluar, macamna nak kenal bunga betina. Berbunga betina dengan ada putik buah, manakala bunga jantan bunganya tiada putik buah.
Lakukan berturut-turut dan buat kepada semua bunga betina yang keluar. Waktunya antara pukul 7.30 – 11.00 pagi. Ambil bunga jantan dan sapukan di bunga betina. Ramai yang merungut bila bunga betina yang ada putik buah gugur. Jadi teknik bantu kahwin ni sangat berkesan. Teknik ini berkesan untuk melekatkan buah jika kawasan rumah anda tiada serangga pendebungaan seperti lebah dan lain-lain.
✔PEMANGKASAN DAN PEMILIHAN BUAH
Untuk menghasilkan buah yang cukup besar dan berkualit. 1 pokok hanya dibiarkan 2-4biji sahaja. Pemangkasan buah dan dahan perlu dilakukan.
✔ PEMBAJAAN
Cara menanam melon dalam polybag setelah melakukan pemangkasan cabang adalah melakukan pembajaan.
Peringkat awal 1bulan pertama
Setiap 2 minggu baja dengan baja organik atau pun baja subur.
Setelah pokok mengeluarkan bunga. Baja dengan baja buah.
✔PENGENDALIAN HAMA/SERANGGA PEROSAK DAN PENYAKIT
Pengendalian hama/seranga perosak dilakukan dengan semburan racun kawalan perosak atau racun organik pilihan anda. Jangan meracun bila pokok sudah mengeluarkan bunga.
✔ TUAI BUAH ROCK MELON
Sekitar hampur 2 bulan, buah yang siap dipetik mempunyai ciri-ciri warna kulit yang mulai putih kekuningan, kulit buah putih berwarna kekuningan, pada tangkai buah terdapat cincin atau lingkaran retak-retak, dan tercium aroma harum dari melon.
Selamat berkebun sendiri. Rezeki Allah pada yang meminta padaNya. Semoga rock melon yang anda tanam mendatangkan hasil. Berkebun di lama rumah satu kenikmatan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.