Jika ada yang teringin nak makan menu asam pedas apa cuba resipi yang dikongsi ni. Cuba masak di rumah. Tentu rasanya lebih fresh bila di masak di rumah.
Masa balik cuti tempoh hari, tekak ni terasa mengidam nak makan Asam Pedas.Lagipun dah lama rasanya Abam tak test skill memasak ni.Tahun depan dah nak jadi suami orang.Walaupun belum jumpa calon tapi Kenalah praktis kan…hehehe.
Jadi dengan pantas Abam ke supermarket membeli bahan-bahan.Benda kalau dah mengidam ni kena lah buat cepat-cepat, kang kempunan nanti, semua kerja pun tak jalan kan?
Nak masak Asam Pedas ni simple dan mudah je.Tak tahu resepi, boleh Google.Tak tahu cara masak, boleh tengok Youtube.Haaa…takde alasan lain kecuali malas.Kalau dah malas apapun tak jadi la.
Okay, dekat sini Abam ada share resepi.Boleh cuba kalau berminat.Ini style Abam, belajar dari Sifu dulu.
Ads
Bahan-Bahan
– 1kg Ikan Pari
– 3 genggam Cili Kering, Gunting dan rebus bagi lembut.
– 8 biji bawang merah
– 4 biji bawang putih
– Kunyit Hidup, sebesar ibu jari.
– 3 batang serai, diracik halus
– 1 cm lengkuas, dihiris halus
– 1/4 paket Asam Jawa, bancuh dengan air.
– 2 sudu Blackpepper, ditumbuk kasar
– 4 biji tomato, dibelah 4
– Daun Kesum
– Minyak secukupnya untuk menumis
– Garam dan seasoning Maggi cukup Rasa.
*** Boleh tambah Terung dan juga Bendi. Abam lupa beli haritu, jadi guna mana ada je lah.
Caranya:-
Ads
1) Blend Cili Kering, Bawang Merah, Bawang Putih, Kunyit, Serai, dan juga Lengkuas.
2) Masukkan Minyak, tumis bahan blend tadi sampai garing dan naik minyak.
Sosej Antara makanan ringan yang digemari kanak-kanak. Buat ibu-ibu semua yang kekeringan idea untuk menyediakan hidangan minum petang, apa kata cuba Sosej Cheese Crispy ini.
Resipi ini dikongsikan oleh seorang anak muda bernama Hanafi Abdul Hayyyang kini sedang melanjutkan pengajian di Mesir. Caranya cukup mudah dan pasti dapat memancing selera anak-anak nanti.
Rahsia keenakan menu ini adalah lapisan kulitnya yang rangup dan keju pun tak cair. Untuk mendapatkan hasil sedemikian, ibu-ibu kena menggoreng menggunakan api yang perlahan sahaja. Lebih baik lagi jika menggunakan sosej homemade yang lebih sihat dan dari air tangan sendiri. Jom ibu-ibu cuba resipi ini!
Bahan-bahan
3 gelas Tepung gandum
1 sudu besar Tepung jagung
3 biji Telur
1 sudu teh Serbuk lada hitam
Garam secubit
Gaul sebati
Kepingan Keju secukupnya
Lidi sate sesukupnya
Sosej
Serbuk roti
Cara membuat:
Masukkan tepung gandum, telur yang telah dipukul, tepung jagung, serbuk lada hitam dan juga garam. Kemudian kacau sehingga sebati.
Setelah itu, masukkan 3-4 keping keju yang telah dicairkan ke dalam adunan tersebut. Kacau sehingga sebati (Jika tidak mahu campur keju di dalam adunan pun boleh)
Cucuk batang lidi dalam sosej dan gulungkan dengan kepingan keju seperti di dalam gambar.
4. Apabila siap, masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 15 minit bagi memastikan keju benar-benar melekat pada sosej tadi.
5. Setelah itu, celupkan sosej ke dalam adunan tepung tadi dan celupkan pula pada serbuk roti.
6. Goreng dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga ia menjadi kuning keemasan.
Kisah ‘Ikan Siakap’ masih berlegar-legar di media sosial yang menarik perhatian ramai netizen.
Ia termasuk perkongsian tip memilih ikan siakap, cara membuat tempahan dengan betul dan resipi hidangan ikan berkenaan.
Sudah menjadi kelaziman jika pergi bercuti ikan siakap menjadi pilihan untuk tempahan hidangan istimewa untuk keluarga menjamu selera.
Sudah tentu hidangan ini mempunyai aura tersendiri apabila sering menjadi pilihan utama keluarga ketika bercuti.
Bagi newbie yang belum pernah membuat hidangan ini, apa kata cuba dengan perkongsian ini. Katanya, rasa sedap hampir sama dengan restoran siam yang viral itu. Patutlah ramai yang mahu mencuba hingga 7 ribu share!
Jom lihat cara membuatnya.
Siakap tiga rasa ala Thai
Siakap 3 Rasa AlaThai sedap macam restoran siam tu. Anak-anak makan menambah. Korang nak resepi tak? Kalau ramai yang nak ambo bagi boleh bagi
Resepi: 1 ekor ikan siakap dilumur dengan garam halia bawang putih yg ditumbuk. Kemudian campur sedikit tepung jagung goreng dlm minyak yg banyak sesuai saiz ikan. Bahan utk kuahnya 1inci halia 7 ulas bawang putih Tumbuk pecah2 1biji bawang holland Nenas 5 keping Timun 1biji sedang Karet 1/2 biji 1biji tomato Semua diatas potong kuib 1sudu perencah tomyan 2pokok daun ketumbar 1sudu tepung jagung utk pekatkan kuah Sos tiram, cili sos, sos ikan secukupnya. 5 biji cili padi ketuk Daun salad saya tadi tak ada.
Cara membuat:
Kuali goreng ikan tadi simpan minyak yang banyak tu tinggal 1 senduk kecil panas dan tumiskan bawang putih biar naik bau masuk halia dan akar batang pokok ketumbar simpan sikit daun utk hias.
Masukkan bawang holland dan pes tom yam kacau rata biar sekejap masuk air kuah sebanyak mana yang kita nak. Masuk kesemua sos perisakan dengan garam gula serbuk perasa.
Bila dah mendidih masukkan karet nenas dan timun tomato serta cili padi ketuk. Rasalah biar secukup rasa last masuk air tepung jagung.
Biar mendidih sekejap tutup api. Saya masuk kan ikan sekejap dalam kuali ada orang terus curahkan atas ikan.
Ikut citarasa masing2 hiaskan dengan daun ketumbar tomato dan timun kalau ada daun salad lagi sedap. Tadaa dah siap semoga bermanfaat.
Sumber: Azizah Daud
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasanya kita baru je habis meraikan Hari Raya Aidilfitri selama sebulan, tup tup pejam celik hujung bulan ni kita bakal merayakan Hari Raya Aidiladha pula. Cepat kan rasa?!
Dengar kata, disebabkan ramai yang tak boleh balik kampung hari raya puasa lalu, semua orang nak ‘balas dendam’ raya betul-betul untuk raya haji ni, betul ke? Hihi.
Dah alang-alang nak sambut dengan meriah bersama keluarga tersayang, di tambah pula nanti akan dapat panggu daging korban, boleh la tukar selera dengan buat singgang daging ori resipi dari Kelantan ni. Mudah je resipinya, bahan pun mudah je. Jom cuba reripi dari Kelantan ni!
Resepi Singgang Daging KELANTAN yang sangat SEDAP & MUDAH nak buat
Bahan-bahan:
1/2 kg daging – hiris/potong kecik * 1½ inci lengkuas – ketuk * 1 inci halia- hiris memanjang, kecil-kecil* 2 sudu besar ketumbar – tumbuk kasar * 3 ulas bawang putih – mayang * 4 ulas bawang merah-mayang* 3 tangkai lada kering -tumbuk bersama ketumbar(tidak lumat) * 3 keping asam keping Garam dan gula Serbuk perasa dan budu ( jika suka) Air
Cara:
1. Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air. 2. Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). -rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan2 masuk ke dalam daging.
3. Masukkan air. 4. Biarkan sehingga daging empuk. 5.Masukkan garam dan asam keping.Masak lagi sehingga betul-betul empuk. 6. Boleh letak serbuk perasa dan budu. 7. Lepas tu tutuplah api.Boleh dihidangkan.
-garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.
Nak cari barang dapur secara online? Cer tengok kat sini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di