Menikmati jagung rebus panas ketika musim hujan begini bersama keluarga memang puas hati. Namun bila jagung yang direbus kecut dan tidak cantik isinya, kadang kala membantutkan selera untuk dijamah. Apatah lagi jika bila digigit terasa keras pula isi jagungnya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

Sebenarnya meskipun merebus jangung dilihat begitu mudah, namun ada pantang larangnya dan tips yang boleh dipraktikkan untuk pastikan jagung yang dimasak enak rasanya. Ini sebagaimana tips yang dikongsikan oleh Puan Norazlinda di grup masakan.

TIP-TIP MEREBUS JAGUNG:

IKLAN

* Jangan tambah garam semasa merebus jagung. ia akan keraskan isi jagung anda.
Selepas masak baru taburkan sedikit garam halus.
* Semasa rebus jagung tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap.
* Jagung segar yang dibeli jangan biarkan diluar, ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.

Rupanya Ni Cara Masak Jagung Agar Tak Kecut, Isi Lembut & Manis Rasanya.
* Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah kupas, bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dlm keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi.
* Selepas jagung masak, boleh sapukan butter dan taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih.
* Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.

Selain tip yang dikongsikan oleh Norazlinda via MAHN ini, anda juga boleh cuba tips yang dikongsikan oleh  Shahira Amira juga untuk pastikan jagung yang direbus tak kecut isinya dan nampak cukup menyelerakan.

Rupanya Ni Cara Masak Jagung Agar Tak Kecut, Isi Lembut & Manis Rasanya.

IKLAN

Cara saya masak jagung rebus untuk bagi tak kecut.

1.Masak bagi air betul-betul mendidih dulu.

2.Selepas itu masukkan jagung dan garam. Masak dalam 8 ke 10minit.

3.Kemudian tutup api dan bila nak makan baru ambil. Jagung akan lawa sebji-sebiji dan tak mengecut.

IKLAN

Rupanya Ni Cara Masak Jagung Agar Tak Kecut, Isi Lembut & Manis Rasanya.

Ps : Jangan buang kulit jagung sampai habis, biar ade selai dua.

ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!

Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Rupanya Ni Cara Masak Jagung Agar Tak Kecut, Isi Lembut & Manis Rasanya.