Di waktu-waktu berlaku kenaikan harga barang ketika ini, terasa juga beban yang ditanggung untuk membeli barang-barang dapur. Jadi nak tak nak, kenalah kita sebagai isteri ini pandai untuk berjimat dan elakkan berlaku pembaziran berlaku dalam keluarga kita.
Umpamanya dalam memastikan stok bawang merah, bawang kecil, bawang putih dan sebagainya kekal boleh digunakan dalam tempuh yang lama dan dengan erti kata lain tidak membusuk, ada teknik yang perlu dipraktikkan.
Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Nur Farhanaa dalam memastikan stok bawang yang ada dapat digunakan sepenuhnya tanpa berlaku pembaziran. Bahkan menurutnya, bila dibuat cara tersebut proses memasak jadi lebih cepat dan mudah.
Cara menjimatkan penggunaan bawang yang kian mahal harganya, blend kasar siap-siap nak masak tinggal guna je. 1 blend tu boleh dapat sebekas penuh ni. Ni dah dekat 2 minggu kot hari-hari guna.
Bahan-bahannya:
3 labu bawang putih
3 biji bawang besar
minyak masak agak-agak
*boleh adjust sukatan dia kalau rasa tak cukup.
Kisar
Ekstra Tip
Bila nak guna waktu masak jangan letak minyak banyak sangat dalam kuali sebab kita dah letak minyak waktu blender benda ni kan lepastu sudu yang nak guna ambil bawang ni seeloknya kering.
*zaman-zaman gawat ni isteri-isteri kena pandai berjimat cermat kan
*kalau buat camni in shaa allah kurang la beli bawang dan menjimatkan duit poket suami anda.
Tiada yang membahagiakan bagi pasangan suami isteri apabila dikurniakan zuriat. Enam tahun berusaha untuk menambah ahli baru dalam keluarga, akhirnya Allah makbulkan doa pasangan ini.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Shuib mengumumkan isterinya Siti Sarah Raissuddin kini hamil anak keempat mereka. Sarah dikatakan sudah melepasi trimester pertama kehamilan.
Menerusi Instagram TV penyanyi lagu Semakin itu, satu video yang dirakamkan pada 15 Februari lalu menunjukkan suaminya, Shuib Sepahtu memegang alat ujian kehamilan sekali gus mengesahkan yang dia hamil.
“Saya akan buat pemeriksaan doktor minggu depan untuk mengesahkan lebih tepat sudah berapa bulan kehamilan ini.
“Namun dalam kerendahan hati, saya memanjat kesyukuran kerana ini hadiah paling bermakna dikirimkan Allah untuk kami sekeluarga.
“Sebelum ini ada yang nampak perubahan saiz badan saya. Termasuk di kalangan wartawan sendiri. Tapi saya meminta mereka mengunci dulu mulut bab ini. Biar saya umumkan sendiri kepada semua,” kata Sarah yang ketika itu belum berani berkongsi berita kehamilannya.
Menurut Sarah selepas enam tahun melahirkan anak ketiga, Ariq Matin, dia tidak menyangka akan hamil lagi.
“Jujur, selepas enam tahun, saya tak menyangka akan merasai lagi pengalaman berbadan dua. Tapi saya dapat ulangi momen itu lagi.
“Sekarang pun orang kata kandungan sudah kuat, barulah saya berani bercerita lebih. Saya pun sebelum ini ada berdepan situasi kebimbangan, jadi memilih untuk tidak tertekan masa awal kehamilan.
“Doakan kandungan saya baik baik saja. Saya juga doakan buat semua ibu di luar sana yang mahu merasai saat kehamilan lagi, moga Allah murahkan rezeki kalian,” katanya.
Puasa pun belum, mak-mak dah sibuk buat planning untuk raya. Mana ke persiapan baju, hiasan rumah dan kuih raya all in one lah dalam fikiran hari-hari! Ye la kan, 2 tahun tak raya sungguh-sungguh, kali ni nak all out lah katakan…
Yang mana ada rancang nak buat biskut raya sendiri tahun ni, boleh cuba buat tart cadbury ni. Mudah je rupanya! Paling penting… warna sebelum bakar dan selepas bakar maintain on point tau! Nak tahu macam mana cara buatnya? Boleh tengok caranya di bawah!
Tart Cadbury Purple Menyala
Coklat memang takkan cair lepas bakar. Warna nak cantik terang menyala guna jenis oilbased color. Rajin boleh la buat.
Bahan-bahan:
250gm buttercup (Nak lagi sedap guna pure butter)
2 tbsp gula Aising
1 telur kuning
1/2 tsp esen vanila
300gm tepung gandum
2 tbsp tepung kastard
2 tbsp tepung jagung (supaya tart rapuh, tak keras kejung bila sejuk)
Coklat Cadbury (minipack)
Pewarna ungu violet (kalau nak warna cantik pekat tak pudar lepas bakar, guna oilbased food colouring)
Cara-cara:
1. Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen vanila sehingga sebati. Gaul guna senduk saja.
2. Ayakkan kesemua tepung dan campurkan ke dalam adunan tadi. Uli sehingga menjadi doh. (boleh tambah atau kurangkan tepung sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan senang dibentuk)
3. Kalau keras boleh tambah mentega sikit demi sedikit.
4. Terap doh ke atas loyang dengan menggunakan acuan tart.
5. Letakkan coklat cadbury sebagai inti dan gulungkan. Susun atas loyang.
Panaskan oven 170°c selama 5 minit.
6. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160°c (bergantung oven masing2) sehingga masak atau sehingga biskut tak melekat dekat loyang.
Pembelajaran melalui permainan mengukuhkan pembelajaran anak kecil. Kajian saintifik telah memdapati bahawa tempoh paling penting dalam pembangunan manusia adalah sejak lahir hingga berusia lapan tahun. Sepanjang tempoh ini, perkembangan kemahiran penaakulan (cognitive), kesejahteraan emosi, kecekapan sosial dan kesihatan fizikal dan mental yang baik amat penting untuk membina asas yang kuat sebagai bekalan di hari kehadapan.
Walaupun pembelajaran berlaku sepanjang hayat, di kalangan kanak-kanak, proses pembelajaran yang berlaku ini tidak sama antara satu sama lain. Erti kata lain, setiap kanak-kanak akan melalui fasa yang berbeza. Ini disebabkan oleh faktor-faktor lain.
Ibu bapa mahupun pendidik masa kini sudah mula peka dan memikirkan semula cara yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak bagi memanfaatkan potensi besar. Dengan cara bermain, dikatakan kanak-kanak boleh memperoleh pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Ia menjadi persiapan awal bagi kemahiran asas literasi dan numerasi kanak-kanak. Ia juga dilihat sebagai pendokong utama pada pendidikan formal awal kanak-kanak.
Bermain Dengan Kasih Sayang
Islam menekankan amanah dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak. Allah S.W.T berfirman, mafhumnya: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.” (Surah An Nahl:78)
Rasulullah S.A.W. merupakan contoh atau role-model terhebat dalam mendidik anak-anak. Baginda merupakan seorang yang penuh kasih sayang terutama saat baginda bermain dengan cucunya Hasan dan Husein. Baginda seingkali menemani cucunya bermain dan membuat keduanya tertawa.
Islam menggalakkan kanak-kanak diberikan kebebasan bermain dan keperluan asas kanak-kanak ini perlu diberikan ibu bapa dan guru. Islam melihat dengan bermain membantu pembangunan kreativiti kanak-kanak.
Bagaimanapun, ibu bapa atau guru mesti menunjukkan permainan yang baik atau tidak bertentangan syariat Islam.
Aishah meriwayatkan dalam hadis: “Aku bermain anak patung di sisi Rasululah S.A.W bersama-sama beberapa teman. Apabila Rasulullah S.A.W masuk ke ruang itu, kami berselindung daripadanya, lalu mereka berkumpul mendekatiku dan mereka pun bermain-main denganku.” (HR Bukhari)
Bermain Dalam Kumpulan
Pengkaji negara barat banyak menyelidik penggunaan model ekologi pembangunan manusia yang berasal daripada Urie Bronfenbrenner dalam mengembangkan kerangka konsep menganalisa playgroup.
Di negara-negara maju seperti di United Kingdom contohnya, playgroup dilakukan secara berkala sama ada di rumah ibadah, rumah peribadi, taman, perpustakaan, atau pusat komuniti. Secara umumnya playgroup ini adalah kumpulan untuk kanak-kanak sebaya dan ibu bapa atau penjaga mereka. Aktiviti boleh diatur untuk kanak-kanak (contohnya seperti kraftangan, menyanyi, menari, bermain blok, melukis, mewarna). Sebilangan besar ibu bapa sangat menitikberatkan untuk melihat sebarang aktiviti yang berpotensi bagi meningkatan kemahiran literasi, numerasi, komunikasi dan keperibadian anak-anak. Atas sebab inilah, ramai ibu bapa di negara maju memilih playgroup.
Terdapat banyak kajian yang dijalankan bagi melihat keistimewaan belajar melalui permainan yang dikenali sebagai kelompok bermain (playgroup). Bermain secara berkumpulan dapat membentuk akhlak dan sahsiah, memupuk sikap bertolak ansur bekerjasama, berdaya saing secara sihat, dan hormat menghormati. Kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran komunikasi mengikut rentak mereka sendiri. Playgroup juga dapat membentuk pergaulan sihat antara rakan sebaya dan ibu bapa.
Permainan yang dibenarkan dalam Islam yang dapat membentuk akhlak dan sahsiah amat disarankan. Rasulullah bersabda: “Tidak ada pemberian lebih baik daripada seorang bapa kepada anaknya melainkan pendidikan adab baik.” (Riwayat Tirmizi)
Ibu Bapa Bermain Bersama Anak-anak
Playgroup meletakkan penglibatan ibu bapa sebagai satu elemen penting di dalam apa jua aktiviti yang dijalankan semasa sesi kelompok bermain. Di dalam playgroup, ibu bapa juga perlu melibatkan diri secara aktif untuk sama-sama bermain dan mengawasi perkembangan anak. Ini sejajar dalam Islam, di mana ibu bapa dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam mendidik anak-anak. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila seorang telah meninggal dunia, maka seluruh amalnya terputus kecuali tiga, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak solih yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim). Di dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Al-Hakim, Rasulullah S.A.W bersabda: “Tiada suatu pemberian yang lebih utama dari orang tua kepada anaknya selain pendidikan yang baik.” (Riwayat Al-Hakim)
Playgroup memberi peluang untuk pembelajaran kreatif dan tidak berstruktur melalui permainan. Ia juga dapat membina perhubungan antara orang dewasa dan kanak-kanak sebaya semasa mereka bermain bersama misalannya berkongsi pengalaman. Selain itu, playgroup juga dapat membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran sosial semasa mereka belajar berinteraksi dengan orang lain, bergiliran (turn-taking), berkongsi dan berkawan. Bahkan playgroup dikatakan mampu memberikan quality time kepada ibu bapa dan anak-anak. Antara sebab lain ialah mempersiapkan mereka untuk ke sekolah.
Kajian lapangan menunjukkan bahawa playgroup dapat menawarkan pengalaman sosial yang positif bagi ibu bapa. Playgroup dilihat sebagai aktiviti yang dapat memberi pengalaman yang membolehkan kanak-kanak menguruskan tekanan dan menyesuaikan diri dengan perubahan. Ia juga mampu menawarkan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka, mencipta, menaakul, menyelesaikan masalah, dan memimpin.
Daripada Ibnu Umar, Nabi SAW bersabda: “Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin dan setiap daripada kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin.” (HR Bukhari dan Muslim).
Sumber :Dr. Rahimah Saimin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jururawat Indonesia berpotensi membantu Malaysia menangani kekurangan hampir 15,000 jururawat. Namun, isu kebajikan, beban kerja dan usaha mengekalkan tenaga kesihatan tempatan kekal menjadi keutamaan.