Pucuk Ubi antara sayuran hijau yang memang sedap dicicah dibuat ulam. Cicah pula dengan sambal belacan memang sedap. Atau boleh juga dimasak kuah lemak dan sebagainya.
Jangan tak tahu,ada cara sebenarnya kalau nak rebus pucuk ubi supaya lebih lembut tetapi warna tetap cantik kehijauan. Inilah yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun.
Sayur-sayur dah naik harga, kita masak pula sayur kampung. Pucuk ubi pun jadi la. Pucuk ubi ni kalau direbus, makan pulak dengan sambal belacan…laju je. Boleh juga masak lemak kuning dan lain-lain.
Bahan-bahan:
Pucuk Ubi
Garam Kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda
Cara merebus:
Ads
1.Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.
2.Bilas kemudian toskan.
3.Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
4.Masukkan pucuk ubi tadi.
Ads
5.Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.
6.Kemudian toskan.
Hasilnya pucuk ubi nampak menarik kehijauan dan lembut. Selamat mencuba!
Menyediakan menu sarapan sering kali kita mahukan yang ringkas namun menyelerakan. Andai setiap hari makan roti bersama mentega mungkin terasa jemu. Namun jika tidak dimakan roti tersebut bimbang juga boleh expired pula jadinya.
Jadi apa perlu buat agar kita tetap juga dapat merasa sarapan yang enak dan dalam masa yang sama roti tidak terbuang begitu sahaja.
Mungkin sajian Tart Telur yang dibuat daripada roti putih ini boleh dicuba. Melihatnya sahaja sudah nampak menyelerakan dan yang paling penting sangatlah mudah disediakan.
Nak tahu resipi dan cara penyediaannya?
Ini telah dikongsikan oleh Anna Rozza via MAHN dan semoga keluarga anda menggemarinya.
Resepi simple tart telur(kulit roti gardenia)
Bahan2
Roti gardenia Bahan adunan telur
5 biji telur
300gm susu segar
50gm susu pekat
140gm gula ising
1sudu besar tepung jagung
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Cara masak
1. Ambik roti gardenia dan gelek hingga leper.
2. Gunting roti membulat mengikut saiz acuan.
3. Tekan kepingan roti ke dalam acuan dan bakar lebih kurang 10minit (agak2 roti tu garing skit,tujuan supaya senang nak masukkan adunan telur kalau tidak dibakar dulu, nanti roti itu akan serap adunan telur.
Untuk menyediakan adunan telur
1. Satukan semua bahan dan pukul sehingga sebati.
2. Tuang adunan telur ke dalam acuan roti yang telah di bakar sebentar tadi.
3. Bakar kembali sehingga masak. Siap
Ekstra info :
Kena makan panas-panas baru ranggup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau sudah hobinya bercucuk tanam, setiap sudut dan ruang dimanfaatkan sebaiknya untuk bertanam. Malah bukan perkara pelik posting di akaun fbnya juga berkisar tentang tanaman.
Sama halnya dengan wanita ini, NorAinon namanya. Obsesnya pada pokokpokok m tidak boleh disangkal lagi.
“Ada seseorang tanya, saya nak hadiah apa birthday nanti. Saya kata, saya tak tahu la nak hadiah apa sebab tak terfikir pun bab tu.
”Sempat juga beritahu, kalau nak bagi, jangan bagi jam tangan sebab saya dah dapat hadiah 2 jam tangan sebelum ini. Dia memikir-mikir nak bagi hadiah apa.
”Saya kata jangan beli beg tangan dan kasut sebab saya tak minat. Baju, mekap, barang kemas dan aksesori pun jangan, tak minat pulop…
”Saya cuma suka makan sedap-sedap dan jalan-jalan. Dia kata dia nak bagi sesuatu yang boleh jadi kenangan. Jadi saya kata, bagi pokok la… haha ??… ada ke mintak hadiah birthday pokok”
Sungguh cute permintaan Puan NorAinon ini bukan?
Baiklah, kita tinggalkan kisah itu dan ayuh Kita pelajari cara tanam sayur teknik hidroponik yang turut dikongsikan oleh Puan NorAinon ini, cukup mudah dan yang penting nampak cantik je.
Jom semak!
Kaedah Tanam Sayur Hidroponik DIY
1. Cari bekas untuk menanam sayur dan bekas menakung air baja AB yang ngam.
Saya guna tapis di bahagian atas. Boleh beli di kedai serbaneka. Tiga tapis rm2 je. Baldi kecil polka dot yang comel tu pula saya beli di MR DIY. Harga RM1.51 sebiji.
2. Bubuh span akuarium. Boleh dibeli di ‘petshop’. Potong bentuk bulat.
3. Bubuh cocopeat (sabut hancur) sehingga paras mulut tapis supaya tiada lubang yang dapat dibolosi nyamuk untuk bertelur.
4. Saya tak bubuh sumbu untuk serap air tapi cuma tuang air baja AB dan pastikan ia cecah paras akar anak pokok.
5. Yang ni pula contoh bekas DIY melalui konsep suai padan. Nampak tak, tapis tu sedang elok je dengan saiz baldi?. Kena la rajin meronda cari bahan.
6. Alihkan anak sawi yang sudah ada lebih 5 helai daun ke dalam bekas. Kerja memindahkan anak pokok dari dulang semaian ke pasu individu seeloknya dilakukan pada waktu petang. Kalau alih pagi, takut anak pokok mengalami strok haba bila matahari naik (lecur sebab panas le). Seeloknya 1 bekas kecil satu pokok supaya ia boleh membesar dengan jayanya. Tak perlu berebut baja dan ruang dengan rakan hijau yang lain.
Isi air baja bila sudah susut. Biasanya saya biarkan sampai air baja kering baru isi yang baru. Tapi kalau takut terlupa, boleh bubuh air baja tapi baki yang di dalam baldi saya guna untuk siram pada pokok yang tanam atas tanah.
Letak pokok di bahagian yang dapat sinaran matahari. Sayuran daun perlukan sekurang-kurangnya 4 jam sinaran matahari. Saya letak di bawah atap jernih. Tak kena hujan. Kalau kena hujan, nanti air baja cair pulak.
Jangan lupa ambil gambar pokok dari kecil hingga besar. Baru la kita dapat lihat perkembangannya. Enjoy bukan?
Dari sekecil-kecil biji benih, jadi sayur yang besar. Kemudian jadi hidangan di meja makan. Perasaan masa makan tu lain macam sebab hasil tanam sendiri.
Berkebun di mana? Di balkoni saja. Bukan perlu ruang besar pun. Bertingkat-tingkat sayur hasil tanam sendiri. Kalau hendak seribu daya. Minat mengatasi segala.
Kalau kita lihat gerai-gerai yang menjual buah ketika ini, mesti mata kita akan tertumpu pada longgokan buah durian yang banyak di bahu jalan. Harumannya begitu semerbak, dari jauh sudah dapat dihidu hingga buat ramai peminat raja buah tidak sabar untuk menikmatinya.
Selain enak dimakan begitu sahaja, durian juga sering dijadikan tempoyak iaitu yang dibuat daripada isi buah durian. Isi durian itu diasingkan daripada bijinya dan akan disimpan di dalam suhu bilik untuk proses penapaian.
Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.
Pun begitu, apa kata hari ini anda sediakan sambal bilis tempoyak seperti yang dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad. Menu ini nampak begitu menyelerakan.
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan tempoyak segar
20-25 biji cili padi – kisar @ tumbuk
Petai secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Ikan bilis – kisar @ tumbuk
Bawang merah dan putih – kisar @ tumbuk
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
Cara memasak:
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar atau tumbuk sehingga wangi dan masak.
4.Tambahkan juga garam dan gula secukup rasa. Masak lagi sambal sehingga pecah minyak dan mendidih.
5.Bila sambal kelihatan pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.