Tanam sendiri sawi? Bunyi macam susah tapi sebenarnya cukup mudah je. Belanja pun tak mahal. Malah kita akan dapat sawi yang segar, cantik, bersih dan selamat. Nama pun organik kan. Biasa beli di pasar, sawi nampak layu. nak beli pun was-was kan.
Jom cuba tanam sawi dengan kaedah yang dikongsikan oleh Nur Zaliana. Moga bermanfaat!
Saya share cara saya tanam sawi secara organik,Atas batas direct matahari. #Tanaman2019
Cara tanam:
Sediakan batas panjang 5m lebar 1m. Gembur,masukan tinja ayam proses setengah guni (15kg) nak tambah kompos daun2 kering pun boleh peram 2minggu.sementara tunggu benih cukup usia untuk di pindah tanam. Benih sawi hijau caisim yang berusia 12HSS sedia pindah tanam(saya tabur atas tanah terus direct matahari). buat lubang antara tanaman dengan jarak 5cm /pokok.Tanam sampai habis lepas tu siram.
. 4 hari setelah pindah tanam, tanam bulan lepas hari2 hujan jadi tak siram sayur. Cuma pastikan kawalan serangga guna Neem oil /cuka kayu.
Ads
3. Usia 2minggu,cabut rumput dan membaja. Saya guna tinja ayam sahaja. Kawalan serangga guna Neem oil/cuka kayu.
4. Usia 3 minggu sayur sawi nampak sekata. Stop membaja Kawalan serangga guna Neem oil /cuka kayu.
5. 36-40HST dah boleh harvest.
Ads
6. Untuk 1batas ni boleh dapat sayur sawi 6-7kg. ALHAMDULILLAH
Salah satu resipi kuih kukus yang popular yang digemari ramai adalah kuih kaswi. Ia merupakan kuih yang sering menjadi hidangan minum petang atau sarapan pagi. Rasanya memang enak di makan dengan kepala parut.
Walaupun nampak simple je nak buat, jika salah sukatan dan cara, kuih ni boleh jadi berketul dan tidak cantik bentuknya. Malah boleh jadi keras.
Nak tahu cara buat kaswi yang mudah. Ikuti resipi ini tular ini sehingga 35K share. Menarikkan. Ayuh cuba buat!
Kuih yg senang dibuat dan sedap dimakan. Kuih kaswi @ kosui
Bahan
*2 cwn tpg gndm
*1/2 cawan tepung ubi
*1 sudu air kapur
(secubit kapur/sesudu air kapur yg siap dibancuh)
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula
5 cawan air
Cara penyediaan:
Kelapa parut yg putih saja +garam (kukus kejap utk tahan lama)
Larutkan gula pasir dan gula merah dgn 2cwn air (masak atas api kejap utk hancurkan gula, letak sehelai daun pandan utk aroma) tggu sejuk kejap.
Campurkan bahan yg bertanda * bersama 3cawan air..kemudian masukkan air gula tadi dan tapis. Guna loyang 8×8..kukus selama 30 – 40 minit..
**tunggu sejuk baru potong, bolehla di gaul dgn kelapa parut…
**tips utk potongan kuih yang cantik, tggu kuih betul2 sejuk, potong dgn pisau plastik yg disapu sedikit minyak..
Setiap dari kita inginkan kehidupan yang terbaik untuk seisi keluarga, tetapi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat adakah apa yang diinginkan mampu dikecapi. Sebagai ibu sudah tentu anda mahu memberi pendidikan yang berkualiti ataupun bercuti ke destinasi yang diimpikan bersama ahli keluarga yang tersayang cuma persoalannya adakah ini hanya suatu impian semata-mata ?
Menjawab persoalan ini, Wan Nong Muzafar, Pakar Strategi Perniagaan berkongsi ilmunya untuk manfaat bersama. Jom semak apa katanya….
Sesungguhnya anda seorang ibu, isteri dan juga anak, maka tanggungjawab yang dipikul sangatlah mencabar. Setiap hari masa yang perlu dilalui perlu diperuntukkan dengan kemas agar setiap tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik.
Maka persoalannya bagaimana anda boleh membantu si suami untuk merealisasikan impian-impian yang telah dinyatakan tadi.
Sebelum meneruskan artikel ini adalah penting untuk dihuraikan perbezaan di antara peniaga dan usahawan. Peniaga adalah seseorang yang melibatkan diri dalam proses jual beli manakala usahawan adalah seseorang yang mencipta barangan untuk dijual. Seorang peniaga membeli barangan dari usahawan untuk dijual kepada pasaran.
Untuk seorang suri rumah yang ingin berjinak di dalam dunia perniagaan maka disarankan untuk berniaga dahulu untuk menambah pendapatan. Untuk berniaga bukanlah yang mustahil untuk suri rumah sepenuh masa, cuma yang penting anda perlu faham bagaimana untuk menguruskan wang dan masa di samping mempunyai mindset usahawan yang betul.
Antara permasalahan mindset yang perlu difahami sebelum anda memulakan perjalanan sebagai usahawan ialah:
Tidak mempunyai objektif jelas kenapa anda melakukannya
O “Saya berniaga kerana nak tolong suami”
O “Saya berniaga kerana nak kaya”
O “Saya berniaga nak bayar hutang”.
Ini adalah antara ungkapan yang sering didengari apabila soalan kenapa anda berniaga diajukan. Jika dilihat memanglah tiada kesalahan dari ungkapan tersebut tetapi adakah perkara-perkara tersebut membawa maksud yang mendalam kepada diri sebagai seorang ibu.
O “ Saya berniaga kerana hendak memastikan anak saya mampu mendapatkan pendidikan universiti terbaik tanpa menanggung beban hutang bila memulakan alam pekerjaan”
O “Saya berniaga untuk membantu suami membayar insuran seisi keluarga agar kebajikan kami lebih terjamin di masa hadapan”.
Adakah ungkapan-ungkapan ini membawa maksud yang sama atau lebih mendalam kepada diri berbanding ungkapan-ungkapan sebelumnya?
Apabila anda dapat menyelami isu-isu yang dekat di hati maka mentaliti sebagai usahawan menjadi lebih jelas. Secara tak langsung akan wujud perasaan yang penuh komitmen dan disiplin untuk mencapai objektif-objektif tersebut . Maka fahamkan objektif-objektif yang akan memberi kesan emosi yang akan mengerakkan anda untuk melakukan yang terbaik demi keluarga dan juga diri anda.
Tidak menetapkan objektif yang mampu dinilai
Apabila objektif sudah dapat dikenal pasti maka langkah seterusnya ialah memberi nilai wang ringgit kepada objektif tersebut. Sekiranya tujuan utama anda berniaga ialah untuk menyediakan dana pendidikan untuk anak-anak maka:
OBerapakah jumlah nilai simpanan yang perlu ada apabila mereka mengakhiri zaman persekolahan mereka.
O Kenal pasti apakah nilai simpanan bulanan yang perlu dicapai dari jualan untuk mendapatkan jumlah simpanan yang telah ditetapkan.
O Kenal pasti tabung pelaburan yang mampu memberi pulangan tambahan melalui simpanan bulanan yang dijana dari perniagaan tersebut.
Maka dengan mengenal pasti nilai objektif tersebut ianya secara tak langsung akan membolehkan anda untuk menyusun dan mengurus masa tugasan harian anda dengan lebih cekap.
Oleh itu sebelum terjun ke dalam dunia keusahawanan, fahamkan dahulu kenapa anda perlu menjadi usahawan dan apabila anda sudah mula berniaga, secara automatik anda mampu mengenal pasti objektif yang perlu dicapai dengan lebih jelas dan bermakna.
Pesona bunga vinca yang penuh warna warni tentu sangat membahagiakan ditatap. Apatah lagi jika menghiasi ruangan laman rumah, cantik berseri pastinya. Selaian cantik, tidak dinafikan penjagaannya juga tidak terlalu rumit.
Oleh yang demikian, seandainya anda sudah pun mempunyai satu pasu pokok vinca itu sebenarnya anda boleh biakkan dengan keratan batang untuk mendapatkan lebih banyak pasu bunga vinca bagi mengindahkan ruangan laman.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Aziza Aziz di salah satu kelab vinca di media sosial.
“Ni kaedah semai keratan batang cucuk terus ke dalam tanah. Hari ni banyak nak semai. Pokok induk dah jadi macam sirih junjung. Sambil trim, boleh semai. Sahabat yang baru nak try semai boleh rujuk step gambar di bawah. Semoga bermanfaat,”Tulisnya di facebook.
Tanam Vinca Menggunakan Keratan Batang
Bahan-bahan yang diperlukan :Keratan batang vinca, tanah 6 in1 dan cocopeat, mangkuk polistrin dan penggalak akar.
Langkah 1 : Sediakan keratan batang vinca
Langkah 2 : Sediakan tanah 6 in 1 dan cocopeat
Langkah 3 : Tebuk lubang di bahagian bawah mangkuk polistrin menggunakan lidi satay dan buatkan seperti ini.
Langkah 5 : Isikan mangkuk polistrin dengan tanah dan siram dengan air untuk basahkan tanah tersebut.
Langkah 6 : Ambil keratan batang vinca dan buangkan terlebih dahulu biji benih, bunga dan daun pada bahagian batang.
Langkah 7 : Celup hujung batang ke dalam penggalak akar
Langkah 8: Cucuk ke dalam tanah.
Langkah 9 : Siram sedikit dengan baja AB dan letak tempat teduh.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520