MENTALITI BERNIAGA DARI RUMAH

Setiap dari kita inginkan kehidupan yang terbaik untuk seisi keluarga, tetapi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat adakah apa yang diinginkan mampu dikecapi. Sebagai ibu sudah tentu anda mahu memberi pendidikan  yang berkualiti  ataupun bercuti ke destinasi yang diimpikan bersama ahli keluarga yang tersayang  cuma persoalannya adakah ini hanya suatu impian semata-mata ?

Menjawab persoalan ini, Wan Nong Muzafar, Pakar Strategi Perniagaan berkongsi ilmunya untuk manfaat bersama. Jom semak apa katanya….

Nak Mula Berniaga Dari Rumah, Mak-mak Kena Betulkan Mindset! Ni Pakar Strategi Perniagaan Kongsikan Tipsnya.

Sesungguhnya anda seorang ibu, isteri dan juga anak, maka tanggungjawab yang dipikul sangatlah mencabar. Setiap hari masa yang perlu dilalui perlu diperuntukkan dengan kemas agar setiap tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik.

Maka persoalannya bagaimana anda boleh membantu si suami untuk merealisasikan impian-impian yang telah dinyatakan tadi.

Sebelum meneruskan artikel ini adalah penting untuk dihuraikan perbezaan di antara peniaga dan usahawan. Peniaga adalah seseorang yang melibatkan diri dalam proses jual beli manakala usahawan adalah seseorang yang mencipta barangan untuk dijual. Seorang peniaga membeli barangan dari usahawan untuk dijual kepada pasaran.

Untuk seorang suri rumah yang ingin berjinak di dalam dunia perniagaan maka disarankan untuk berniaga dahulu untuk menambah pendapatan. Untuk berniaga bukanlah yang mustahil untuk suri rumah sepenuh masa, cuma yang penting anda perlu faham bagaimana untuk menguruskan wang dan masa di samping mempunyai mindset usahawan yang betul.

Nak Mula Berniaga Dari Rumah, Mak-mak Kena Betulkan Mindset! Ni Pakar Strategi Perniagaan Kongsikan Tipsnya.

IKLAN

Antara permasalahan mindset  yang perlu difahami sebelum anda memulakan perjalanan sebagai usahawan ialah:

Tidak mempunyai objektif jelas kenapa anda melakukannya

O “Saya berniaga kerana nak tolong suami”

O “Saya berniaga kerana nak kaya”

O “Saya berniaga nak bayar hutang”.

IKLAN

Ini adalah antara ungkapan yang sering didengari apabila soalan kenapa anda berniaga diajukan. Jika dilihat memanglah tiada kesalahan dari ungkapan tersebut tetapi adakah perkara-perkara tersebut membawa maksud yang mendalam kepada diri sebagai seorang ibu.

O “ Saya berniaga kerana hendak memastikan anak saya mampu mendapatkan pendidikan universiti terbaik tanpa menanggung beban hutang  bila memulakan alam pekerjaan”

O “Saya berniaga untuk membantu suami membayar insuran seisi keluarga agar kebajikan kami lebih terjamin di masa hadapan”.

Adakah ungkapan-ungkapan ini membawa maksud yang sama atau lebih mendalam kepada diri berbanding ungkapan-ungkapan sebelumnya?

Apabila anda dapat menyelami  isu-isu yang dekat di hati maka mentaliti sebagai usahawan menjadi lebih jelas. Secara tak langsung akan wujud  perasaan yang penuh komitmen dan disiplin untuk mencapai objektif-objektif tersebut . Maka fahamkan objektif-objektif yang akan memberi kesan emosi yang akan mengerakkan anda untuk melakukan yang terbaik demi keluarga dan juga diri anda.

IKLAN

Tidak menetapkan objektif yang mampu dinilai

Apabila objektif sudah dapat dikenal pasti maka langkah seterusnya ialah memberi nilai wang ringgit kepada objektif tersebut. Sekiranya tujuan utama anda berniaga ialah untuk menyediakan dana pendidikan untuk anak-anak maka:

O Berapakah jumlah nilai simpanan yang perlu ada apabila mereka mengakhiri zaman persekolahan mereka.

O Kenal pasti apakah nilai simpanan bulanan yang perlu dicapai dari jualan untuk mendapatkan jumlah simpanan yang telah ditetapkan.

O Kenal pasti tabung pelaburan yang mampu memberi pulangan tambahan melalui simpanan bulanan yang dijana dari perniagaan tersebut.

Maka dengan mengenal pasti nilai objektif  tersebut ianya secara tak langsung akan membolehkan anda untuk menyusun dan mengurus masa tugasan harian anda dengan lebih cekap.

Oleh itu sebelum terjun ke dalam dunia keusahawanan, fahamkan dahulu kenapa anda perlu menjadi usahawan dan apabila anda sudah mula berniaga, secara automatik anda mampu mengenal pasti objektif yang perlu dicapai dengan lebih jelas dan bermakna.

sumber : Wan Nong Muzafar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI