Selalu kita dengar kan bahawa seorang isteri atau ibu memerlukan masa bersendirian ataupun lebih dikenali dengan ‘Me-Time’ selepas penat lelah bekerja dan menjaga keluarga.

‘Me-Time’ kebiasaannya digunakan oleh seseorang individu itu untuk melakukan aktiviti yang disukainya sendiri  seperti berehat, bercuti, berjalan- jalan dan sebagainya untuk melepaskan tekanan dan menenangkan fikiran.

Sebenarnya golongan suami pun turut memerlukan ‘Me-Time’ mereka sendiri.

Nak tahu lebih lanjut, mari ikuti penjelasnya dengan lebih lanjut.

Tip / Petua

IKLAN

Malah ada suami yang LEBIH MEMERLUKAN ME-TIME daripada isteri.

Tugas mencari rezeki sekarang sangat mencabar. Ada yang terpaksa buat 2-3 kerja sehari semata-mata nak mencukupkan keperluan anak dan isteri.

8-5 petang kerja di pejabat, belah malam pula ada yang jual burger, jual otak-otak, jual baju di pasar malam, jual minyak wangi, malah ada yang hari minggu pun tak berehat, buat fotoshoot wedding.

Bateri orang lelaki pun kalau tak recharge boleh kong juga !

Memang dari segi emosi orang lelaki ni susah nak nampak expresi penat tu sebab mereka tak suka tayang emosi dekat orang lain. Tak macho lah kalau tayang.

IKLAN

Walaupun begitu percayalah mental dan kudrat mereka dah layu sangat nyawa-nyawa ikan je. Itulah kalau anak kacau sikit pun suami cepat meradang, cepat marah-marah.

Bukan sebab bengis, tapi bateri dah kong..

Me-Time bukan sebab pentingkan diri.

Me-Time bukan sebab nak lepas tangan urusan rumah.

IKLAN

Me-Time bukan sebab nak suka-suka enjoy macam orang bujang.

Tapi Me-Time perlu untuk suami recharge balik emosi, mental dan tenaga supaya mereka boleh kekal waras dan kekal bertanggungjawab.

Kalau isteri adalah pengurus keluarga maka suami adalah director keluarga yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga.Kerja kerja juga, kesihatan wajib di jaga.

Mesti Baca :

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Rupanya Suami Pun Perlukan Me-Time. Isteri Kena Faham, Mereka Bukannya…

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI