Pokok kobis jika dilihat bentuknya yang seakan kelopak bunga berkembang memang cantik dipandang. Jadi tidak hairanlah bila mana kobis yang ditanam bukan sahaja bertujuan untuk dituai, bahkan turut menjadi tanaman hiasan di laman rumah.

Untuk yang baru pertama kali ingin menanam, apa kata fahami langkah demi langkah penanaman yang dikongsikan oleh puan Nor Hayati Ismail. semoga bermanfaat.

Ini perkongsiannya

Ramai yang bertanya cara tanam kobis.. Saya tunjuk cara saya tanam kobis ikut kaedah saya :

Rupanya Tak Susah Nak Tanam Kobis. Patutlah Ramai Teruja Nak Taman, Malah Cantik Pula!

Kaedah penanaman kobis 
Step 1: 
Sediakan biji benih kobis (boleh beli dari nursery/ online/pusat beli belah)
Tabur biji benih kobis (kaedah semaian) dalam pasu besar dan tunggu sehingga bercambah dalam 1/2 minggu. Letak tempat teduh tapi masih dapat cahaya matahari.

IKLAN

Step 2:

Rupanya Tak Susah Nak Tanam Kobis. Patutlah Ramai Teruja Nak Taman, Malah Cantik Pula!
Penyediaan tanah pula mestilah menggunakan tanah cocopeat atau tanah polos tidak padat untuk menyemai biji benih. Boleh beli di nursery.

Step 3:
Pindahkan anak semaian;
Setelah semaian bercambah daun pucuk 3/4 helai baru pindahkan ke pasu besar yang bersesuaian dengan campuran tanah sawit(tanah hampas sawit) dan tanah organik(beli di nursery).

IKLAN

Step 4:
Menanam;
Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow-slow dedahkan pada cahaya matahari.

Step 5:

Rupanya Tak Susah Nak Tanam Kobis. Patutlah Ramai Teruja Nak Taman, Malah Cantik Pula!
Kaedah menyiram;
Jangan siram sehingga bertakung air dalam pasu. Elok sekadar biarkan tanah itu lembab sahaja.

IKLAN

Step 6:
Baja;
Baja yang sesuai mempengaruhi tumbesaran kobis. Baja ezigrow sangat sesuai untuk proses pembesaran kobis sehingga boleh dituai. Siram baja seminggu sekali.

Step7:

Rupanya Tak Susah Nak Tanam Kobis. Patutlah Ramai Teruja Nak Taman, Malah Cantik Pula!
Tuaian kobis;
Biasanya kobis boleh dituai sekitar 3/4 bulan selepas di tanam. Kalau lambat tuai kobis boleh pecah sendiri.

Selamat mencuba.

sumber : Nor Hayati Ismail 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI