Setiap pasangan suami isteri pasti ada cara tersendiri dalam mempamerkan kasih sayang. Ada yang menunjukkan secara terang-terangan, tak kurang pula yang melalui perbuatan. Walau bagaimana cara sekali pun, tak kisah lah asalkan itu cara kita menghargai dan membuatkan hubungan antara pasangan semakin erat. Demikian juga dengan pelakon kacak ini dalam menunjukkan kasih sayang buat isteri yang juga buah hati kesayangannya ini. Menurut Saharul Ridzwan, setiap orang punya cara berbeza-beza. Justeru, dia berkongsi cara dia menunjukkan kasih sayang kepada isterinya. Cara berkasih sayang dalam rumahtangga. Cubalah
1. Memakai wangi wangian. Lepas tu pujilah “Abang, wangilah!” 2. Selalulah solat berjemaah, jadi imam kepada isteri, bila doa tu, doa kuat2 dlm bahasa melayu bagi dia dengar dan faham apa yang kita doakan 3. Pegang tangan isteri, sekali sekala cubit peha dia, lepas tu kejar mengejar 4. Kongsi selimut dengan suami, kalau tak cukup satu selimut, jahit dua selimut jadi satu 5. Mendengar dgn sabar cerita isteri, walaupun selalu dah dengar, dan kurang menarik sangat. Sabar dan layankan 6. Sikat rambut suami, kalau yang kurang rambut, belikan dia kopiah. Jangan bergurau bab rambut 7. Sebelum tidur, minta maaf antara satu sama lain. Jangan tidur dalam keadaan marah Banyak lagi kalau nak tulis. Lain orang mungkin lain cara. Tapi bila kongsi cara, mungkin terbitnya CINTA.
Selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), pelakon Jalil Hamid memaklumkan doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung di Hospital Serdang, semalam.
Memetik laporan Harian Metro, dia sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam setelah mengalami masalah pernafasan sebelum dibawa ke hospital.
“Semalam, saya dah dibenarkan pulang. Awalnya saya sesak nafas. Pernafasan saya tak lancar. Selepas pemeriksaan dan rawatan, pihak hospital memaklumkan saya ada masalah berkaitan jantung,” katanya.
Menurutnya, dia sepatutnya ditahan di hospital untuk rawatan namun dia memberi ruang kepada mereka yang lebih memerlukan.
“Kalau nak ikutkan, saya masih lagi perlu dirawat di hospital. Tapi, saya kasihan melihat pesakit-pesakit yang lebih teruk keadaan mereka.
“Jadi, saya minta untuk dibenarkan pulang dan berehat di rumah.
“Kasihan saya lihat apabila ada sesetengah pesakit yang tak dapat katil. Ada yang perlu menunggu sehingga empat ke lima hari untuk mendapat katil.
“Bahkan, ada yang sampai terpaksa berbaring di laluan. Saya beritahu hospital, tak mengapa saya mengalah,” jelasnya.
Kini, Jalil hanya menunggu keputusan dan panggilan daripada hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.
“Di hospital, doktor jalankan beberapa ujian termasuklah ujian darah dan mereka akan maklumkan saya, bila tarikh saya perlu hadir semula ke hospital untuk rawatan susulan.
“Sekarang, di rumah saya perlukan oksigen dan tahap oksigen juga perlu dipantau,” ujarnya.
Terdahulu, pelakon Fauziah Ahmad Daud berkongsi hantaran di Instagram mengenai Jalil yang berada di zon kuning ICU.
“Sama-sama kita mendoakan seniman, Jalil Hamid, ya,” tulisnya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Risaukan apabila anak-anak tidak lulus matematik. Ini tandanya anak tidak meminati subjek matematik. Paling merisaukan, subjek matematik ini yang penting di sekolah rendah tidak disukai oleh sesetengah pelajar. Ramai yang tidak menyedari bahawa subjek ini boleh merangsang kemahiran berfikir kanak-kanak jika didik dengan cara yang betul.
Namun, masih belum terlambat untuk mendidik anak suka kepada subjek matematik sejak kecil. Antara tips yang disediakan oleh Kosultan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr. Mahani Razali yang boleh dijadikan panduan seperti berikut:
Cuba kenal pasti apakan permainan atau aktiviti yang disukai oleh anak anak kita dan masukkan elemen matematik dalam aktiviti atau permainan tersebut. Misalnya jika anak kecil suka membantu kita di dapur, minta dia membuat sukatan air atau gula atau tepung dalam sesuatu resepi. Selain itu, minta anak membilang cawan atau pinggan mengikut bilangan ahli keluarga. Aktiviti tambah dan tolak misalnya boleh berlaku dalam situasi membuat kek misalnya dengan bertanya kan soalan seperti “Ibu dah masukkan tiga biji telur ke dalam adunan, berapakah bilangan telur yang masih ada dalam mangkuk/bekas telur? Ibu boleh meminta si kecil mengelaskan baju mengikut saiz, warna dan sebagainya. Jangan jadikan matematik sesuatu yang terpisah dari aktiviti harian.
2.Jadikan matematik suatu permainan
Jadikan pengajaran matematik pada ada anak anak kecil sesuatu yang berlaku secara tidak langsung dan menyeronokkan. Biar anak rasakan bawa dia bermain dan bukannya sedang belajar matematik. Make math a game –jadi ibubapa boleh menggunakan pelbagai perlatan eletronok yang berbentuk mainan matematik atau juga boleh menggunakan permainan digital dan juga boleh melayari pelbagai websites sebagai satu permainan atau games. Terdapat juga pelbagai buku buku aktiviti yang menjadikan matematik sesuatu yang menyeronokkkan dan juga sesetengahnya boleh di muat turun secara percuma.
3.Jadikan pembelajaran awal matematik bermakna dan nyata
Jadikan aktiviti matematik sesuatu yang bermakna dalam dunia sebenar. Biasakan elemen matematik dalam kehidupan hariannya di mana sahaja dia berada. Misalnya apabila membawa anak anak ke kedai, minta dia membaca harga pada barang, minta dia buat perbandingan harga atau boleh juga minta dia membilang jumlah barangan ataubuah mislanya yang ingin di beli oleh ibubapa. Selain dari itu biasakan juga anak anak membaca resepi, mengira kupon/resit,dan sebagainya.
Bagi anak yang lebih besar mungkin ibubapa boleh meminta anak tersebut membuat anggaran jumlah harga barang sebelum membuat bayaran di kaunter pembayaran. Dalam perjalanan pula, minta anak anak kecil membaca papan tanda yang mempunyai angka yang menunjukkan jarak sesuatu tempat.
4.Bacakan buku buku cerita yang bertemakan Matematik
Cuba dapatkan buku buku cerita kanak kanak dipasaran yang mempunyai elemen matematik. Antara buku buku cerita dalam Bahasa Inggeris yang sangat bagus untuk memupuk minat pada matematik pada anak anak kecil adalah Big Fat Hen by K. Baker (Buku temtang membilang serta operasi tambah, serta membuat perbandingan dan pengkelasan) , How Many Bugs in a Box by D.A. Carter (Buku tentang bagaimana membuat ukuran) dan banyak lagi buku buku yang boleh di dapati dipasaran tempatan
5.Gunakan bahasa Matematik
Cuba gunakan bahasa matematik dalam perbualan harian dengan si kecil. Gunakan sebagai bahasa pertuturan harian apabila anda bertujuan untuk mengajarnya konsep matematik pada waktu tersebut. Adakalanya kanak-kanak tidak berminat dengan matematik kerana tidak faham bahasa yang di gunakan oleh guru atau ibubapa. Memahami dan menggunakan perkataan seperti (“atas”, “bawah”, “tepi”; “sebelah”, “luar”, “dalam”, “kiri”, “kanan”, tambah, kurang , lebih dan sebagainya lag.)Gunalah bahasa yang mudah dan guru atau ibubapa juga menggunakan gambar sebagai peralatan tambahan kepada penggunaan bahasa matematik yang betul.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan suami isteri sudah tentu ingikan hubungan yang mesra, penuh kasih sayang dan saling melengkapi amat penting agar rumah tangga kekal bahagia dan harmoni.
Namun nak bahagia ni kena tahu caranya. Setiap orang ada caranya tersendiri. Begitu juga yang dilakukan oleh saudara Akhtar Syamir atau juga dikenali sebagai BroOhsem yang memilih waktu lewat malam untuk mengusap lembut ubun-ubun isterinya. Selanjutnya ikuti perkongsian beliau.
USAP LEMBUT UBUN KEPALA
Dalam jam 3 pagi semalam saya tersedar dari tidur. Ubun-ubun kepala saya diusap-usap lembut. Waktu malam yang gelap dengan hanya lampu malap dari luar rumah yang berjaya masuk disebalik tingkap, ditambah dengan suasana yang sunyi sepi dan sejuk mendatangkan rasa yang sangat selesa. Isteri saya yang tidur di sebelah sedang membuat apa yang saya biasa lakukan kepadanya. Baru hari ini saya tersedar. Sedangkan dia memang selalu buat kat saya sebelum ini. Perasaannya sangat tenang dan rasa selamat serta bahagia. Orang yang kita paling sayang di sebelah sedang menjaga kita dan memberi keselesaan walaupun di waktu kita tidur. Selalunya bila saya buat kat dia, dia akan tersengih seronok walaupun tidak 100% sedar. Semalam, saya pula yang tersengih sendirian. Belaian waktu tidur ini kami lakukan selalunya bukan untuk dia sedar, bukan untuk dia terjaga. Tapi untuk bercakap dengan diri sendiri. Menghargai pasangan dan meluahkan rasa cinta tanpa dia sedar.
Walaupun kami sentiasa berkomunikasi dengan baik, tetapi apabila meluahkan dalam hati dengan mengusap pasangan sewaktu dia tidur adalah satu moment yang istimewa. Ia membuatkan kira rasa terharu kerana adanya dia di waktu susah dan senang. Adanya dia yang sentiasa menggembirakan dan melengkapi kehidupan. “Cantiknya isteri aku ni. Kesian dia penat. Bertuahnya aku kerana dapat hidup bersama dia. Susahnya hidup kalau takde dia. Amannya dapat tengok dia tidur lena. Semoga aku dapat sentiasa menggembirakan dia. Tidurlah sayang.”
Itu yang saya selalu katakan dalam hati apabila membelai dia sewaktu dia sedang tidur dengan mata saya sendiri terpejam. Mungkin itulah juga yang dia fikirkan sewaktu dia buat benda yang sama kepada saya. Bertutur secara berhadapan itu sangat bagus. Kami sentiasa meluahkan perasaan dan isi hati sesama kami. Tetapi perasaannya tidak sama. Cubalah. Mungkin apa yang korang bisikkan dalam hati itu akan sampai dalam mimpi pasangan. Semoga kita semua sentiasa berbahagia dan saling sayang menyayangi.
Aplikasi Nuramma ciptaan mahasiswa Indonesia, Ali An Nuur, menggunakan teknologi AI untuk membantu kanak-kanak menghafal Al-Quran. Inovasi ini turut melayakkan beliau memenangi Apple Swift Student Challenge 2026.