Apabila jantung kita berdegup, atau bila otot-otot jantung kita mengepam, rehat dan mengepam semula, dua perkara yang perlu kita perhatikan. Pertama kadar degupan jantung (atau bilangan degupan dalam seminit). Kedua drama/rentak (atau rhythm) iaitu perjalanan degupan jantung haruslah stabil. Dub-dub-dub.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad menerusi perkongsian di facebook miliknya, masalah berdebar-debar atau “palpitation” berlaku apabila kita rasa jantung kita berdegup laju. Selalu apabila jantung berdegup secara normal, dalam kadar 60-100 degupan perminit dan dalam irama yang sekata, kita tidak merasa degupan jantung kita. Berdebar-debar berlaku apabila degupan jantung kita melebihi 100 degupan seminit dengan drama yang sekata. Ia masih dianggap normal jika iramanya atau rentak degupan jantung sekata, walaupun kadarnya bertambah. Degupan jantung melebihi 100 degupan perminit kita namakan tachycardia.

Jika irama degupan jantung kita tidak sekata, kita namakan masalah ini sebagai “arrhythmia”. Ia berlaku apabila irama degupan jantung tidak sekata, ibarat sebuah lagu yang rosak. Sama ada ia tidak berdegup pada masanya (missing beats) atau pun degupan ini berlaku terlalu cepat dan kemudian menjadi perlahan dan kemudian laju semula (atau kita namakan irregular beats).

Berdebar-debar ini kadang-kala menyebabkan kita risau dan rasa takut. Degupan jantung yang laju akan menyebabkan otak memberitahu kita “Ada sesuatu yang tidak kena”. Selalunya kita akan duduk diam atau berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan.

.

Berdebar-debar ini kadang kala akan hilang dengan sendiri. Ia bukanlah suatu yang berbahaya. Selalunya kita tahu puncanya seperti emosi kita seperti kita rasa tertekan (stress) bila berhadapan dengan orang ramai, rasa risau bila hutang-hutang kita tidak tidak dapat dibayar da nada orang yang dataing mencari kita. Kadang kala akibat kita minum banyak caffeine terutamanya kopi, menghisap tembakau yang mengandungi nicotine dan juga minum-minuman yang mengandungi alcohol.

.

Wanita yang hamil juga mempunyai degupan jantung yang laju. Ini kerana pergerakan darah yang membawa oksigen dan nutrient harus dicepatkan untuk ibu dan anak.

BAGAIMANA MENGURANGKAN RASA BERDEBAR-DEBAR?

IKLAN

Ia bergantung kepada punca-punca yang menyebabkan rasa berdebar-debar itu. Kadang-kala “rasa berdebar-debar” ini tidak memudaratkan dan akan “datang pergi” dengan sendiri. Dalam keadaan begini, pesakit tidak memerlukan sebarang rawatan.

.

Jika rasa berdebar-debar ini berlangsung sepanjang hari dan berulang-ulang, dan pemeriksaan fizikal, darah, ultrasound dan radiologi menunjukkan pesakit tiada masalah, selalunya doctor memberitahu mungkin ia berkaitan dengan emosi. Sesetengah pesakit yang sensitif pada takanan, rasa risau atau rasa takut akan mudah berdebar-debar. Antara tips yang membantu mengurangkan rasa runsing dan berdebar-debar ialah latihan pernafasan.

.

Duduk atau di bilik yang tenang dan selesa. Cuba lupakan dulu rasa risau, stress dan takut ini. Cuba tarik nafas perlahan-lahan, tahan seberapa lama yang boleh dan kemudian hembus perlahan-lahan melalui mulut sehingga habis nafas. Ia membantu hormone kita lebih stabil dan mengurangkan degupan jantung laju.

IKLAN

.

Selain itu boleh guna teknik vasalva dengan cara memicit hidung hidung dan menutup mulut kita. Hembuskan nafas kita perlahan-lahan sehingga ada rasa tekanan pada telinga kita.

.

Berfikiran positif juga membantu kita rasa tenang dan tidak rasa berdebar-debar. Selalu fikirkan setiap musibah yang berlaku sebenarnya ada kebaikan yang ALLAH mahu berikan.

.

IKLAN

Selain itu teknik aromaterapi seperti mendapatkan bau-bauan yang natural seperti lemon, lavender, serai dan pandan membantu kita rasa lebih tenang.

.

Kurangkan pengambilan makanan yang pedas, minuman yang mempunyai kandungan caffeine yang tinggi seperti expresso, atau menghisap tembakau dan mengambil minuman beralkohol.

.

Ubat-ubat tertentu mungkin akan menyebabkan rasa berdebar-debar terutamanya ubat selsema dan batuk yang mengandungi pseudoephidrine. Penggunaan ubat kurus yang mengandungi silbuteramine juga menyebabkan rasa berdebar-debar.

.

Jika masih keliru dan tidak pasti berkaitan dengan berdebar-debar yang dialami, boleh hubungi doctor yang merawat bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI