Ads
Home Kesihatan “Sakit Dia Mengalahkan Covid-19”. Cikgu Ni Kongsi Pengalaman Derita Influenza A!

“Sakit Dia Mengalahkan Covid-19”. Cikgu Ni Kongsi Pengalaman Derita Influenza A!

Ads

Benarlah hanya orang yang pernah merasai sakitnya Influenza hanya dia faham deritanya.

Mungkin ada yang melihat, penyakit ini seakan demam panas, namun derita sakitnya berbeza.

 

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh  cikgu Mohd Fadli Salleh di akaun facebooknya baru-baru ini.

Sakit dia mengalahkan covid

Jangan main-main dengan Influenza. Terutamanya Influenza A. Sakit dia mengalahkan covid. Dan ia berpanjangan!

Sebelum Subuh badan akan gigil kesejukan. Sejuk sampai ke tulang, sampai kecut jari tangan. Sampai berlaga gigi sejuknya. Tapi suhu badan, ya ampun panas lebih 40°.

Demam dia On Off. Ni paling seram. Kita ingat dah sihat, langsung tak dak demam tak dak panas dah. Rasa cergas. Terus buat kerja, tahu-tahu esok sambung demam gigil lagi.

“Sakit Dia Mengalahkan Covid-19”. Cikgu Ni Kongsi Pengalaman Derita Influenza A!

Sendi dan pinggang sakit ya ampun. Member aku komando dah, badan keras dan kental semangat. Sebelum ni tidur atas jalan tar, tidur dalam hutan tak dak selimut no hal. Panjat gunung tu mainan dia. Memang semangat pahlawan la dia ni.

Kena Influenza A, tumbang tak bangun seminggu. Masa tu dia ingat demam biasa. Bertahan dengan panadol dan anti biotic je, rasa segar terus buat kerja. Esoknya tumbang lagi dan lagi.

Efek selepasnya pun masih terasa. Badan penat dan letih. Lenguh-lenguh satu badan. Kerja nak lena ja. Aku dah dua minggu kena, masih rasa lemah dan terasa efeknya.

Ads

2 Hari Suhu Tak Turun

Kalau korang ada simptom Influenza, tolong pergi check di klinik swasta untuk sahkan. Simptom dia macam demam biasa, cuma berpanjangan tak kebah-kebah. Hampir pasti dah tu.

Kena rawatan antiviral tamiflu baru InsyaAllah sembuh. Ubat ni mahal ya, sebotol kat farmasi RM100 – RM200. Ubat tak sedap. Tak ada perisa oren ke, strawberry ke apa. Memang berperang nak suruh anak makan. Huhu.

Paling aku seram, bila anak-anak kena. Suhu badan tak turun dua hari walau dah makan ubat, walau dah mandi berpuluh kali sehari, walau jerlum badan sentiasa. Seram weh bila suhu tak turun dua hari ni, tak tahu nak buat apa.

Ubat dah bagi, mandi dah mandi, kat kepala dan badan sentiasa ada kain basah. Tapi check suhu 40°. Rasa hilang akal macamana nak buat. Hanya doa dan berserah pada Allah saja masa tu.

Sediakan 3 Benda Ni

Kat rumah, tolong sediakan 3 benda ni. Membantu sangat-sangat.

Ads

1. Thermometer. Beli thermometer yang ada MDA Approved. Mahal sikit, tapi ketepatan tinggi. Beli yang murah tak tepat bahaya beb. Karang ingat suhu anak tak bahaya, rupanya dah lebih 40°. Ni thermometer yang saya syorkan : https://shope.ee/3V6pC8hPTl

2. Aloe Vera gel. Sapu je gel kat kepala anak, kat pelipat juga. Cepat turun suhu. Bila gel kering, spray je dengan air, nanti dia akan basah dan menyejuk semula. Gel Aloe Vera yang ni disyorkan : https://shope.ee/7UcxxPdHCU

3. DifflamAB. Wajib ada. Tekak sakit sangat. Aku sampai batuk berdarah 3 hari. Tekak luka teruk.

Ada dijual di farmasi ternama. Atau kat Shopee pun ada. Klik je sini : https://shp.ee/qyzvcc3

Bila dah langit luka asyik kemam Difflam, aku guna yang spray pula. Difflam jenis spray boleh dapatkan sini : https://shp.ee/ytma3zj

Sekarang virus Influenza tengah menggila. Ada sekolah jadi kluster terus. Sekelas yang datang kurang 10 orang. Memang senang berjangkit.

Hati-hati semua. Kerap basuh tangan. Pakai facemask bila keluar ya.

Semoga kita semua dijauhi penyakit bahaya ini.

Ads

#MFS

Sumber : Mohd Fadli Salleh 

“Sakit Dia Mengalahkan Covid-19”. Cikgu Ni Kongsi Pengalaman Derita Influenza A! “Sakit Dia Mengalahkan Covid-19”. Cikgu Ni Kongsi Pengalaman Derita Influenza A! “Sakit Dia Mengalahkan Covid-19”. Cikgu Ni Kongsi Pengalaman Derita Influenza A!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI