Setiap orang berbeza cara dan pendekatan dalam menjaga kesihatan diri. Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan. Nak sihat kena amalkan makanan sihat dan seimbang.
Bagi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau ada cara tersendiri. baru-baru ini dalam satu temu bual, beliau berkongsi tip pemakanan yang diamalkannya untuk mengekalkan gaya hidup sihat.
Ads
Rupa-rupanya setiap hari beliau mengambil empat biji telur setengah masak dengan roti bijirin penuh atau wholegrainsebagai hidangan sarapan.
“Kalau kita selalu bersenam pun kalau tak jaga makan, susah juga.
“Contoh, setiap pagi saya akan ambil empat telur setengah masak dan roti bijirin penuh,” kata Syed Saddiq dalam Agenda AWANI.
Ads
Selain sarapan yang lengkap, menteri kabinet paling muda di rantau Asia ini memilih untuk mengurangkan nasi dalam hidangan makan tengah hari dan malam.
Demi dapatkan rawatan yang pantas dan murah, ada yang sangggup mengambil jalan mudah dengan membuat rawatan dari Doktor Palsu yang wujud di sosial media masa kini.
Macam-macam rawatan yang ada, antaranya berkaitan dengan wajah iaitu kecantikan pada kening, bulu mata, pendakap gigi dan terkini, gigi palsu!
Selalunya anak muda yang mudah terpengaruh dengan doktor palsu ni kan? Sekarang ni bukan takat anak-anak, mak atau ayah anak-anak pula yang menjadi mangsa. Perkara itu telah didedahkan oleh doktor gigi, Dr Arif menerusi laman Twitter mililknya.
Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Seorang lelaki berusia 52 tahun datang ke klinik untuk cabutan. Katanya gigi dah goyang sangat kalau makan sakit.
Apabila diperiksa, aku nampak sesuatu yang janggal.
“Encik, gigi palsu ini buat di mana?”
“Oh, saya buat di ‘swasta’ dekat KL,”
“Swasta? Swasta mana? Apa nama kliniknya?”
“Err…entahlah dr”
Aku dah rasa semacam.
“Encik, dr tu buat di klinik atau sekadar di hotel, rumah atau bilik?”
“Oh haaa dekat hotel!”
Ya Salam! Sah ini doktor gigi palsu!
Terkejut aku tengok keadaan gigi pesakit ini. Ingatkan pendakap gigi & veneer saja ada palsu, rupa-rupanya gigi palsu (denture) pun ada yang palsu?!
“Berapa encik pasang macam ni?”
“RM500 saja dr….”
Mengucap panjang aku. Satu klinik dengar. Pembantu aku dah geleng kepala.
“Kenapa encik pasang dan dah berapa lama pasang?”
“Saya pasang sejak 2 tahun lepas sebab nak berkahwin. Seganlah takde gigi. Bila dapat tawaran murah begini saya sambar terus”.
Sayang, disebabkan mengambil jalan pintas gigi lelaki ini terpaksa dicabut semua, atas dan bawah. Tak dapat diselamatkan sebab denture yang dia pakai langsung tak ada kualiti. Tak mengembalikan fungsi asal dan gigitan gigi. Sudahlah ikat dawai sana sini.
Pengajarannya
1. Jaga gigi dari awal lagi. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.
2. Buat pemeriksaan berkala. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau ada masalah sekurang-kurangnya boleh cegah awal.
3. Jangan percaya doktor gigi yang buat tawaran di hotel/rumah/bilik.
Gigi palsu dekat kerajaan yang penuh atas dan bawah baru RM100.
Kalau yang separa penuh tak sampai RM100 pun huwaaaa.
Kalau ada jumpa mana-mana doktor gigi palsu atau mereka yang memberikan perkhidmatan pergigian selain di klinik gigi, segera laporkan ke sini!
“Demi Jodoh, Aku Relakan”
Seorang lelaki berusia 52 tahun datang ke klinik untuk cabutan. Katanya gigi dah goyang sangat kalau makan sakit.
Apabila diperiksa, aku nampak sesuatu yang janggal.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Benarlah hanya orang yang pernah merasai sakitnya Influenza hanya dia faham deritanya.
Mungkin ada yang melihat, penyakit ini seakan demam panas, namun derita sakitnya berbeza.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh cikgu Mohd Fadli Salleh di akaun facebooknya baru-baru ini.
Sakit dia mengalahkan covid
Jangan main-main dengan Influenza. Terutamanya Influenza A. Sakit dia mengalahkan covid. Dan ia berpanjangan!
Sebelum Subuh badan akan gigil kesejukan. Sejuk sampai ke tulang, sampai kecut jari tangan. Sampai berlaga gigi sejuknya. Tapi suhu badan, ya ampun panas lebih 40°.
Demam dia On Off. Ni paling seram. Kita ingat dah sihat, langsung tak dak demam tak dak panas dah. Rasa cergas. Terus buat kerja, tahu-tahu esok sambung demam gigil lagi.
Sendi dan pinggang sakit ya ampun. Member aku komando dah, badan keras dan kental semangat. Sebelum ni tidur atas jalan tar, tidur dalam hutan tak dak selimut no hal. Panjat gunung tu mainan dia. Memang semangat pahlawan la dia ni.
Kena Influenza A, tumbang tak bangun seminggu. Masa tu dia ingat demam biasa. Bertahan dengan panadol dan anti biotic je, rasa segar terus buat kerja. Esoknya tumbang lagi dan lagi.
Efek selepasnya pun masih terasa. Badan penat dan letih. Lenguh-lenguh satu badan. Kerja nak lena ja. Aku dah dua minggu kena, masih rasa lemah dan terasa efeknya.
2 Hari Suhu Tak Turun
Kalau korang ada simptom Influenza, tolong pergi check di klinik swasta untuk sahkan. Simptom dia macam demam biasa, cuma berpanjangan tak kebah-kebah. Hampir pasti dah tu.
Kena rawatan antiviral tamiflu baru InsyaAllah sembuh. Ubat ni mahal ya, sebotol kat farmasi RM100 – RM200. Ubat tak sedap. Tak ada perisa oren ke, strawberry ke apa. Memang berperang nak suruh anak makan. Huhu.
Paling aku seram, bila anak-anak kena. Suhu badan tak turun dua hari walau dah makan ubat, walau dah mandi berpuluh kali sehari, walau jerlum badan sentiasa. Seram weh bila suhu tak turun dua hari ni, tak tahu nak buat apa.
Ubat dah bagi, mandi dah mandi, kat kepala dan badan sentiasa ada kain basah. Tapi check suhu 40°. Rasa hilang akal macamana nak buat. Hanya doa dan berserah pada Allah saja masa tu.
Sediakan 3 Benda Ni
Kat rumah, tolong sediakan 3 benda ni. Membantu sangat-sangat.
1. Thermometer. Beli thermometer yang ada MDA Approved. Mahal sikit, tapi ketepatan tinggi. Beli yang murah tak tepat bahaya beb. Karang ingat suhu anak tak bahaya, rupanya dah lebih 40°. Ni thermometer yang saya syorkan : https://shope.ee/3V6pC8hPTl
2. Aloe Vera gel. Sapu je gel kat kepala anak, kat pelipat juga. Cepat turun suhu. Bila gel kering, spray je dengan air, nanti dia akan basah dan menyejuk semula. Gel Aloe Vera yang ni disyorkan : https://shope.ee/7UcxxPdHCU
3. DifflamAB. Wajib ada. Tekak sakit sangat. Aku sampai batuk berdarah 3 hari. Tekak luka teruk.
Ada dijual di farmasi ternama. Atau kat Shopee pun ada. Klik je sini : https://shp.ee/qyzvcc3
Bila dah langit luka asyik kemam Difflam, aku guna yang spray pula. Difflam jenis spray boleh dapatkan sini : https://shp.ee/ytma3zj
Sekarang virus Influenza tengah menggila. Ada sekolah jadi kluster terus. Sekelas yang datang kurang 10 orang. Memang senang berjangkit.
Hati-hati semua. Kerap basuh tangan. Pakai facemask bila keluar ya.
Delima seorang ibu yang membawa anak-anak ke masjid untuk sama-sama menunaikan solat Tarawih adalah berdepan dengan ragam anak-anak. Maklumlah budak-budak, suka sangat berlari-lari tak kira tempat hatta dalam masjid sekali pun.
Tidak dengan itu, buat bising pula. Bimbang juga kita andai jemaah lain tidak selesa jadinya.
Bila ini ragamnya, pasti kita akan pulang awal tanpa sempat menghabiskan solat Tarawih.
Namun, berbeza situasinya andai ibu-ibu berkesempatan solat Tarawih di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri di Ipoh.
Ruang bermain untuk kanak-kanak dikhususkan sehingga membuatkan anak-anak ini seronok bermain dengan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak masjid.
Ini sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian, menurut Imam Besar Masjid Negeri, Abd Farid Salleh berkata, tidak salah membawa anak-anak ke masjid malah ia satu perbuatan yang digalakkan.
Inisiatif untuk menyediakan zon kanak-kanak itu tercetus selepas mendapati ramai kalangan jemaah yang bertarawih datang membawa bersama anak-anak kecil berusia 7 tahun ke bawah.
Ditempatkan di tingkat atas bersebelahan ruang solat tarawih, zon kanak-kanak di Masjid Negeri ini bukan sahaja selamat, malah di dalamnya tersedia pelbagai jenis mainan dan buku aktiviti untuk dilakukan sepanjang solat berlangsung.
Terdapat pelbagai aktiviti disediakan termasuklah mewarna, membaca dan sebagainya sepanjang solat tarawih berlangsung.
Tambahan, Imam Besar Masjid Negeri mengalakkan ibu bapa membawa anak-anak ke masjid dan amalan ini perlu dididik sejak mereka kecil lagi.
Tambah Imam Masjid Negeri lagi, bagi menitikberatkan aspek keselamatan ibu bapa perlu mengisi borang pendaftaran dan mendapatkan kad khas untuk diserahkan semula semasa mengambil anak mereka.
Setiap malam akan ada dua kakitangan dari Pejabat Pentadbiran Masjid Negeri dan pasukan sukarelawan secara bergilir membantu memantau kanak-kanak yang diletakkan di zon ini.
Sepanjang empat hari puasa ini, lebih 40 keluarga telah mendaftar, ada juga sebahagian kanak-kanak ini terlalu leka bermain hinggakan tidak mahu pulang.
Katanya, buat masa ini, hanya kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun dibenarkan ditempatkan di situ bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam sementara tujuh tahun ke atas digalakkan solat bersama ibu bapa masing-masing.
Sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Ampang,...