Perkongsian wanita ini tentang apa yang dilaluinya dalam bab memberi hutang cukup terkesan dalam kehidupannya.
Jadikan pengajaran agar kita dapat hidup lebih tenang tanpa ada rasa sakit hati, dendam dan benci dalam diri seperti apa yang dilaluinya kini.
Jom semak perkongsiannya.
8 tahun lepas, ada seorang kawan saya pinjam duit RM 300. Ini kali pertama dia pinjam dari saya.
Waktu itu, kita di zaman 20-an dan dapat biasiswa JPA pula. Setakat banyak tu, memang tak jadi hal.
Ditambah pula dengan janji manis dan rayuan pakej bersama deraian air mata, maka sepantas kilat saya transfer ke akaunnya.
Selang 2 minggu selepas itu, dia call lagi. Hati saya jadi tak keruan. Tak diangkat, takut dia mahukan nombor akaun, nak diangkat, takut dia mahukan sejumlah wang lagi.
Setelah berdering kali ke 3, saya jawab penggilannya.
“Long, aku stuck kat airport. Nak balik Langkawi tapi aku terlambat sampai. Kereta member rosak tengah jalan. Tolong long. Aku terdesak sangat ni. ”
Saya memang kak long kawasan time tu. Zaman kegemilangan lah katakan.
Sekali lagi, sepantas kilat saya transfer ke akaunnya RM300.
Ads
Tahun demi tahun pun berlalu. Dan saya telah diblock dari semua media sosial miliknya.
Zaman saya mula-mula jadi suri rumah, saya ‘buru’ dia semula. Iya, RM600 bukan lah banyak mana. Tapi sangat cukup untuk mulakan bisnes kecil-kecilan.
Saya bukan sekadar gagal dapatkan jumlah itu, tapi turut hilang kawan sebagaimana hilangnya sebuah kepercayaan.
Itu terakhir kalinya saya pinjamkan duit pada orang. Selepas itu, saya hanya pinjamkan duit pada adik beradik sahaja. Cukuplah!
Baru-baru ini, saya bersembang dengan seorang kawan yang belum lama saya kenal.
Ads
Terbincang pula tentang bab hutang. Dia kata, dia dah halalkan hutang orang padanya sebanyak 50K.
“awak gila ke? 50K awak. Bukan 50 sen!” kata saya sambil membuntangkan biji mata.
Rupa-rupanya, memang dia gila. Dia gila pahala.
“Lama saya simpan sakit hati, dendam, dan benci pada peminjam tu. Dekat 4 tahun juga saya cuba minta duit saya semula. Dah serupa peminta sedekah. Saya dihalau dari rumahnya tak ubah seperti anjing kurap.
Ustaz kata, sakit hati, dendam, benci boleh jadi penyebab tersekatnya rezeki. Bukan rezeki dia saja yang tersekat, tapi rezeki saya juga. Dalam hati saya ni penuh dengan kemarahan dan dendam pada dia.
Rezeki dia nak tersekat, lantak dia! Tapi, saya tak nak rezeki saya tersekat. Anak-anak pun kerap tak sihat. Saya decide untuk halalkan saja seikhlas hati. Dia nak bayar, silakan. Dia tak nak bayar, terpulang.
Ads
Bila saya tak fikir lagi pasal duit tu, pasal perbuatan si peminjam, saya rasa jauh lebih tenang, selesa, aman dan rasa lebih sihat. Makanya, saya halalkan saja. ”
Allahuakbar.
” Aku ni setakat RM600 je kot. Pun dah sasau macam tu.” kata saya dalam hati kecil yang terkadang mahu mengikhlaskan saja, 1 masa yang lain, rasa marah pula yang meraja.
Kawan,
Bab hutang ni memang sensitif. Pandai tabur janji, pandai pinjam, tapi tak pandai pulang. Iya, manusia seperti ini semakin bertambah kewujudannya.
Kawan,
Kalau kita beri hutang dan dah serupa peminta sedekah, Cukup-cukuplah! Ikhlas kan saja. Allah pasti balas dengan berganda kebaikan di dalamnya.
Kalau kita yang berhutang, berusahalah untuk lunaskannya. Kasihan kawan kita. Duit dia, memang dia berhak minta. Kalau belum mampu jelaskan, beritahu saja secara terbuka.
Bab merangkak di akhirat siapa cari siapa, itu bukan kerja kita.
Yang berhutang, langsaikanlah segera. Yang memberi hutang, insyaAllah ada ganjarannya untuk sebuah ikhlas yang kita beri. Percayalah, makin mencurah-curah rezeki.
Setiap kali kalau nak masak, tak ada benda ni terus rasa terbantut nak masuk dapur. Betul tak? Apa lagi kalau buat bawang putih! Itulah yang menaikan rasa dalam makanan, lagi-lagi kalau nak buat perapan.
Selalunya kalau masak, untuk kerja memotong bawang ni anda akan ikut jenis potongan atau main taram potong je asal ada? Bagi yang tak tahu, setiap potongan bawang tu khas untuk masakan yang tertentu. Mesti anda baru tahu kan!
Jom semak potongan yang selama ni kita guna. Agak kena tak dengan jenis potongan dan kegunaan yang sepatutnya kita buat yang disenaraikan oleh Faridh Rezza ni? Haa letsss semak!
Jenis potongan bawang putih dan fungsinya by Cikgu Rezza handsome! 🧄🔪
Dari kiri:
HIRISAN TENGAH
– Sesuai untuk sup / masakan yang memakan masa lamak.
HIRISAN TEPI
– Sesuai untuk masakan bertumis (sayur, nasi goreng).
MINCED/DICED (CINCANG/DADU)
– Sesuai untuk masakan yang mementingkan paras rupa (presentation) dan sesuai untuk orang yang tak suka kunyah bawang. Tapi potongan tok paling cepat hangus haha!
CRUSHED/HANCUR
– Sesuai untuk masakan yang betunok (grilled/oven), stew, dan perapan.
POTONGAN SEPARUH/BUNGA
– Sesuai untuk merembeskan wangian/aroma dan perasa bawang putih ke dalam masakan (stew, roast, searing).
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walaupun hanya seekor kura-kura, namun keprihatinan pihak bomba yang terlibat mendapat pujian dari netizen.
Kisah kura-kura malang ini dimuat naik oleh seorang wanita bernama Hafeezah Ahmad menerusi laman facebooknya.
Dia yang kebetulan sedang berjoging di kawasan Tasik Shah Alam menemui seekor kura-kura besar yang terdampar di kawasan tersebut. Setelah diamati, kura-kura tersebut rupanya tersangkut pada satu mata kail.
Walaupun ada warga prihatin ingin membantu, namun mata kail tersebut gagal di tanggalkan.
Ini antara cerita yang dikongsikan oleh wanita berkenaan.
Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Sebelum masuk meeting, sis nak hupdate kisah benar pagi tadi sewaktu jogging di Tasik Shah Alam. Kisah benar ni disaksikan oleh ramai warga Shah Alam yang sedang beraktiviti di Tasik Shah Alam pagi tadi.
Niat sis update bukan untuk kecam mana-mana pihak, cuma ingin membuka mata rakyat marhaen, rakyat atasan dan rakyat berjawatan. ?
Sedang syiok sis jogging sambil melayan deru angin, kicauan burung dan air tasik yg memancut, tiba-tiba ternampak seekor kura-kura besar terdampar di tepi tasik. Apabila sis dekati kura-kura itu, rupanya kura-kura itu tersangkut mata kail yang amat dalam tak pasti berapa kedalamannya. Kesian dia kesakitan.
Maka warga-warga prihatin Shah Alam di sekitar tasik telah mulakan tanggungjawab masing-masing. Ada yang cuba cungkil keluar, namun gagal. Apa lagi rakyat marhaen boleh buat selain buat panggilan kepada pihak sepatutnya?
Individu A bersama isteri dan anaknya cuba buat panggilan ke MBSA. Namun dukacita dimaklumkan MBSA kata bukan bidang mereka. Mereka suruh call JPAM.
Saya pun ambik peranan cuba call JPAM. Namun dukacita dimaklumkan JPAM suh call 999 talian kecemasan.
Individu A tadi pun cuba call 999. Dannn dukacita dimaklumkan, kes kura-kura ni bukan isu mereka nak layan. Kah! ?
Saya cuba pula call Jabatan Haiwan Selangor. Mereka pun buntu sebab katanya haiwan yg dihantar ke sana perlulah haiwan yg ada pemilik. Ye lah kura-kura tu kan duk kat tasik . Mungkin pemilik kura-kura tu MBSA lah kan. Talian cuba disambungkan kpd doc vet di jabatan haiwan, tapi henpon saya pulak prob tetiberr.??
Sementara itu Individu B bergegas ke bangunan MBSA dengan motosikalnya minta bantuan kepada pegawai di situ. Jawapannya dukacita juga. Tiada yg ingin membantu.?
Datang pula pakcik individu C , ambil keputusan contact anak sedaranya anggota bomba di Jabatan Bomba Seksyen 15. Alhamdulillah seangkatan anggota bomba turun padang. ? Anggota bomba datang cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kura-kura yang masih hidup ni. Namun kura-kura terlalu kuat sembunyikan kepalanya ke dalam. Dan akhirnya anggota bomba bawa kura-kura ni ke veterinar.
Tahniah anggota bomba Seksyen 15 Shah Alam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor . Prihatin dengan aduan org awam. Tahniah kerana bertindak menyelamatkan kura-kura ini. ????
Walaupun ia hanya seekor kura-kura, ia juga bernyawa dan meronta-ronta meminta bantuan cuma ia takde suara untuk dilontarkan je.
Tahniah warga Shah Alam yg terlibat. Syukurrr masih ramai lagi warga prihatin yg ada di sekeliling kita. ??
Sementara itu, Bomba Dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam turut memuat naik kes berkenaan.
1 of 3
Khidmat khas kura2 ditasik shah alam…terdapat seekor kura2 yg beratnya lebih kurang 5 kilo dijumpai oleh org awam terdampar di tempat laluan jalan kaki dimana ada mata kail tersangkut dimulut kura2.tersebut…
Tindakan anggota cuba mencabut mata kail tersebut…tapi tidak berjaya.
1 of 3
Kemudian menghantar ke pusat veretinar seksyen 15 dan berjaya mencabut mata kail tersebut kemudian melepaskannya ke tasik semula…
Buat sendiri lagi jimat, itu semestinya. Lihat sahaja idea rak deko untuk pasu bunga yang dihasilkan oleh saudara Mohd Azrin Roselan ini.
Dengan menggunakan bahan-bahan yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi, namun mampu menjadikan sesuatu yang boleh dimanfaatkan untuk perletakkan pasu lebih menarik.
Jadi untuk anda yang ingin memiliki rak pasu seperti ini, boleh sangat dibuat kerana ianya cukup mudah untuk dihasilkan dan bajet pun rendah.
Selamat mencuba.
DIY buat Rak deko untuk pasu bunga.
Kebetulan saya mempunyai rangka besi rak Ikea yang sudah rosak dan tidak digunakan lagi.
Dari berakhir ke besi buruk. Baik saya kitar semula guna untuk buat Rak deko pasu bunga.
Kelebihan Rak deko pasu bunga ini kita boleh susun pasu pokok bunga ikut citarasa sendiri.
Rak Deko ini mudah alih dan kita boleh letak dimana-mana lokasi ikut kesesuaian dan ikut citarasa sendiri.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk bina rak deko hiasan pasu bunga:
1. Frame besi @ buat sendiri dari kayu @ sambungan paip PVC.
2. Dawai sangkar
3. Cable tie kedai ECO
4. Pasu bunga mini kedai ECO
Cara buat :
1. Dawai sangkar digunakan untuk sokongan dan penyakut pasu mini.
2. Cable tie digunakan untuk mengikat dawai sangkar pada frame besi.