Strok akan berlaku sekiranya kepala sakit secara kerap dan mengalami keletihan otak dan saraf. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser. Punca penyakit strok kerana ia melibatkan emosi, imbangan, koordinasi badan, penglihatan, deria rasa, pendengaran dan juga pergerakan terkawal.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, sakit kepala boleh menjadi tanda awal bagi stroke. Selanjut ikuti ulasannya mengenai perkara ini.
Ads
Ads
Ads
Seorang rakan saya bernama Ibrahim, sering mengalami sakit kepala. Dia mula mengalami sakit kepala yang ringan beberapa hari. Dia memang pesakit migraine. Satu pagi dia terjaga dengan pening, sakit kepala dan sakit di bahagian mata. Dia menyangka bahawa dia sedang mengalami migraine. Dia cuba tidur kembali tetapi gagal. Akhirnya terpaksa ke dapur dan menelan dua biji panadol dan kembali ke bilik tidur.
Selepas sejam dia terbangun kerana sakit kepalanya datang semula. Sangat kuat sehingga dia merasa ada orang sedang mengetuk kepalanya dengan tukul. Dia cuba bangkit dari katil untuk mengambil 2 biji panadol lagi. namun dia tidak dapat menggerakkan tangan kanannya. Tangan kanannya terasa kebas sehingga ke bahu dan tidak boleh dialihkan.
Dia cuba memanggil isterinya yang berada di sebelah, namun dia agak pelat. Rupanya separuh wajahnya di sebelah kanan telah menjadi senget. Dia juga tidak dapat menggerakkan otot-otot lidah dan bibir. Dia bernasib baik kerana isterinya boleh menghantarnya ke hospital dan didiagnosa sebagai stroke.
Cerita Ibrahim ini menunjukkan bahawa kadang-kala sakit kepala lebih daripada hanya sakit kepala. Ramai yang menganggap sakit kepala mereka disebabkan migraine yang selalunya menyerang. Tetapi sakit kepala boleh menjadi tanda awal bagi stroke. Jadi berhati-hatilah dengan sakit kepala yang berlanjutan.
Dalam kebanyakan budaya, kentut di depan umum dianggap memalukan. Seseorang cenderung untuk cuba menahan melepaskan kentut ketika berada dalam kumpulan, atau cuba menyembunyikan bunyi dan bau kentut yang dilepaskan.
Punca kentut berlaku disebabkan oleh gas yang terhasil ketika proses penghadaman makanan. Kentut dibebaskan dengan tekanan kuat atau perlahan baik dengan bunyi kedengaran atau sebaliknya.
Ketika mengunyah, kita bukan saja menelan makanan, bahkan turut menelan udara. Udara yang memasuki tubuh badan perlu dikeluarkan kembali lalu terdapat dua cara gas ini dikeluarkan iaitu sendawa melalui mulut atau pun kentut.
Namun bagaimana pula jika kita terlalu kerap kentut? Berikut perkongsian Dieyaamolek
Selalunya ketika bangun pagi, mesti anda akan terus terkentut bukan? Buang angin terlalu kerap sampai tidak boleh hendak dikawal. Jika hendak diikutkan tiada masalah sakit perut dan angin pun tiada bau. ⠀
Jangan bimbang. Ia normal untuk semua orang. Adakalanya banyak kali dalam sehari. Kadang-kadang bila tidak kentut dalam sehari, boleh jadi risau pula kita.
Namun itu tidak semestinya kita mesti ‘hentikan’ kentut. Walau bagaimanapun anda boleh mengurangkan kekerapan kentut supaya ianya boleh dikawal.
⠀ Jom ikut tip ini mana tahu boleh kurangkan irama angin anda:
⠀ 1. MAKAN DENGAN PERLAHAN⠀
⠀
Kunyah makanan dengan cermat dan perlahan-lahan. Cuba tukar tabiat mengunyah makanan yang cepat itu kerana apabila kita mengunyah dengan cepat, perbuatan ini boleh membawa lebih banyak angin dalam badan. Elakkan juga makan ketika memandu dan berjalan.⠀⠀
⠀
2. KURANGKAN MINUMAN BERGAS
⠀
Seperti yang kita ketahui air berkarbonat memang mengandungi gas yang banyak. Oleh itu sila jauhkan terus dari air berkarbonat dan gantikan dengan air kosong, teh atau jus bebas gula. ⠀
3. BUANG AIR BESAR⠀
⠀
Ikhtiar untuk merawat sembelit yang anda alami. Apabila najis terlalu lama dalam usus, ia boleh menghasilkan gas yang berbau. Bukan itu sahaja, keadaan ini juga boleh menyebabkan keadaan jadi tidak selesa tapi bila kentut, terus buang angin yang BUSUK! Banyakkan minum air putih dan lebihkan makan buah-buahan dan sayura-sayuran.⠀
⠀ 4. BERSENAM
⠀
Rajin-rajinkan lah diri untuk bersenam. Sebab dengan bersenam boleh membantu melancarkan proses pencernaan dengan lebih cepat dan efektif. Ketika bersenam juga boleh mengeluarkan angin lebihan dalam perut. Selepas makan, banyakkan berjalan untuk membantu proses penghadaman. Cubalah mana tahu berhasil kurangkan angin dalam badan.
Pemakanan yang sihat dan selalu bersenam menjadikan tubuh sihat dan cergas. Oleh itu, cuba luangkan masa untuk beriadah walaupun hanya setengah jam sehari.
Luluh hati seorang ibu bila melihat anak yang dikandung terjejas kesihatannya apatah lagi jika berada di dalam keadaan kritikal hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Terbaharu, sebagaimana memetik laporan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal akibat terdapat kandungan dadah dalam badan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Mangsa yang tinggal di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) jam 5 pagi semalam oleh ibunya untuk rawatan sebelum pihak hospital melaporkan kepada polis.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan sebaik pemeriksaan dibuat mendapati dalam badannya terdapat kandungan dadah jenis methampethamine.
“Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.
“Susulan itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan jam 10 malam tadi dan soal siasat yang dibuat, suspek mengaku membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat tapi menafikan ada memberinya dadah,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, mangsa yang kini masih kritikal sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan pihaknya sedang menunggu laporan lanjut.
Katanya, hasil ujian saringan yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methampethamine dan turut memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah.
“Permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Terdahulu, Muhamad Zaki merasmikan majlis Himpunan Bulanan di perkarangan IPK dan menyampaikan surat penghargaan kepada pegawai dan anggota yang cemerlang dalam penugasan.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Pening, adalah perasaan yang merasakan bahawa dunia sedang bergerak mengelilingi kita. Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga, jangkitan kuman sehingga menyebabkan keradangan dalam telinga, serangan migrain atau dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) juga boleh menyebabkan pening. Malah makanan tertentu juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.
1) Makanan masin
Garam yang banyak dalam makanan yang dimasukkan ke dalam hidangan sup sayur-sayuran, makanan beku, kentang goreng, keropok, sos tomato, daging sejuk, sosej, daging dan keju dalam tin boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam sistem pengimbangan badan.
2) Gula berlebihan
Gula yang berlebihan ditambah dalam makanan yang dijual secara komersial dan minuman seperti minuman ringan berkarbonat, gula-gula, coklat susu, jeli dan jem untuk disapukan ke roti, kek dan roti yang ditambah gula di atasnya juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.
3) Makanan yang mecetuskan migraine
Bagi individu yang sedia mengalami migraine, mereka sangat sensitif terhadap makanan tertentu. Makanan yang menyebabkan migraine juga boleh menyebabkan mereka merasa pening. Bagi mereka yang sering mengalami migrane dinasihatkan agar mencatatkan jenis makanan yang mencetuskan sakit kepala dan pening, kerana setiap individu yang mempunyai penyakit migraine mempunyai makanan tertentu yang berbeza.
4) Kafein dan Alkohol
Walaupun kafein dapat dinikmati oleh ramai orang, sebahagian individu yang sensitif terhadap kafein akan merasa sakit kepala dan pening. Kafein diketahui menyebabkan kita kehilangan banyak air, secara tidak langsung mengubah keseimbangan cecair dalam organ pengimbang dalam telinga. Minuman beralkohol pula secara langsung memberikan kesan negatif dan menyebabkan pening.