Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.
Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
Ads
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
Ads
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Nak Anak Lebih Prihatin & Peduli Kesusahan Orang, Rupanya Begini Ibu Ayah Boleh Buat Dengan Mudah!
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu indah peribahasa Melayu yang membawa maksud perihal dalam mendidik anak-anak tentang sesuatu perbuatan baik biarlah dibiasakan sejak mereka sedari kecil lagi.
Bahkan sebagai ibu bapa sudah menjadi tanggungjawab untuk mendidik dengan ilmu dan perkara kebaikan. Maklumlah anak-anak itu diibaratkan seperti kain putih dan kitalah ibu ayah yang akan mencorakkannya.
Peribahasa juga ada menyebut, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Lantaran itu sebagai ibu bapa janganlah pula kita menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus dengan meminta anak-anak menunjukkan contoh yang baik sedangkan diri sendiri tidak menunjukkan teladan terbaik.
Jadi apa kata, bersempena tahun baru ini kita seisi keluarga berusaha untuk sama-sama menjadi lebih baik melalui penglibatan membantu orang yang memerlukan agar kita seisi keluarga lebih mendalami erti bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini.
Bersama Lakukan Aktiviti Bermakna
Menyentuh tentang aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama untuk membawa ke arah kebaikan adalah antaranya menanamkan sifat suka menabung di kalangan anak-anak. Fahamkan juga pada mereka dengan menabung bukan semata-mata untuk hidup senang ataupun kaya pada masa hadapan.
Bahkan dengan duit tabungan tersebut dapat dijadikan sebagai satu cara untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan dengan menderma kepada orang perseorangan atau melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seumpamanya.
Pastinya kaedah ini cukup menyeronokkan anak-anak dan memberi inspirasi dan motivasi kerana usaha menyimpan wang bukan sahaja untuk kegunaan sendiri bahkan sebahagiannya dapat pula digunakan untuk berbakti.
Pendedahan yang diberikan oleh ibu ayah kepada anak-anak dalam penglibatan menyalurkan bantuan untuk insan yang memerlukan, secara tidak langsung dapat memupuk sifat prihatin dan peduli dengan orang yang dalam kesusahan.
Memberi lebih pengalaman bermakna kepada seisi keluarga, sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang boleh anda lakukan bersama antaranya adalah :-
Aktiviti yang satu ini jika dilakukan nampak bersahaja namun memberi kesan baik untuk elakkan pembaziran dan mudah pula untuk dipraktikkan. Lain tidak bukan adalah mengumpulkan pakaian lama yang masih elok untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.
Caranya, setiap anak diberi tanggungjawab untuk mengasingkan pakaian mereka untuk dikumpulkan dan seterusnya diberikan kepada pusat pengumpulan baju terpakai atau pihak NGO. Yakinkan pada anak-anak, meskipun sumbangan ini dilihat kecil, namun ianya akan dapat membantu mereka yang memerlukan.
Jangan lepaskan peluang mendidik anak-anak untuk bersedekah bermula di rumah dengan mewujudkan tabung sedekah subuh.
Kaedah yang anda boleh buat adalah meminta anak-anak memasukkan sendiri wang ke dalam tabung setiap kali usai solat Subuh. Bukan nilai wang yang ditekankan, tapi disiplin untuk bersedekah itu dijadikan keutamaan.
Apabila tiba hujung bulan, itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak untuk mengetahui berapa jumlah wang yang terkumpul untuk disedekahkan. Melihat keterujaan anak-anak mengetahui jumlah wang terkumpul, sekali gus membuatkan kita juga turut rasa bahagia.
Anak-anak memang suka mendengar kisah dan cerita daripada ibu bapa. Jadi ambil peluang ini untuk memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa di luar sana ramai orang yang susah, hidup dalam kebuluran dan serba kekurangan hingga memerlukan bantuan daripada kita semua.
Umpamanya berkongsi kisah derita kanak-kanak di Palestin ekoran menjadi mangsa peperangan yang menyebabkan kanak-kanak tidak dapat bermain dan makan secukupnya. Cerita sebegini mampu menyuburkan emosi dan menanamkan sifat prihatin dan berkasih sayang dalam diri anak-anak untuk lebih terbuka dan bersedia untuk membantu tanpa mengira waktu.
Sebagai sedia maklum, saban tahun setiap hujung tahun ada sahaja isu banjir berlaku dan kerja-kerja membersihkan kediaman oleh mangsa banjir boleh dilakukan sehari dua. Apatah lagi kepada warga emas dengan kudratnya yang terbatas, pasti sukar untuk dilakukan tanpa adanya pertolongan daripada orang lain.
Prihatin dengan itu, ada baiknya kita seisi keluarga mendaftar sebagai ahli sukarelawan di bawah mana-mana NGO dan sekali gus dapat bergerak bersama-sama dalam menjayakan pelbagai misi bantuan dengan menyumbang tenaga untuk membersihkan rumah mangsa banjir, cuci pakaian yang telah kotor terkena lumpur dan sebagainya.
Melakukan perkara-perkara ini secara bergotong royong pasti akan menjadi antara momen bermakna buat kita seisi keluarga.
Kenali Pertubuhan Peduli Insan Malaysia
Diakui di negara kita begitu banyak pihak NGO yang bergerak aktif, tidak terbilang jumlahnya. Hal ini mungkin membuatkan ibu ayah bingung untuk membuat pilihan. Apatah lagi bila terbaca kes-kes bantuan yang disalurkan tidak sampai kepada penerima.
Jadi apa kata anda sekeluarga kenali terlebih dahulu berkenaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang diasaskan oleh Encik Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan yang mula didaftarkan pada tahun 2012.
Mengenal lanjut berkenaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia ini, ia adalah sebuah pertubuhan amal yang mensasarkan bantuan melangkaui sempadan yang tidak terhad kepada satu negara sahaja. Peduli insan ditubuhkan atas dasar ihsan demi insan bermula dengan isu kemanusiaan yang berlaku di Syria.
Namun, sejajar dengan visi peduli insan; menjadi badan kebajikan yang terpenting di dalam menangani isu kemanusiaan melangkau sempadan, peduli insan kini komited dalam memberikan usaha yang terbaik dalam misi bantuan di dalam negara mahu pun di Syria, Palestin dan Yaman.
Melihat usaha murni ini, tentu sahaja anak-anak akan berasa bangga kerana turut sama terlibat menyempurnakan misi bantuan hingga ke serata dunia!
Ekoran daripada itu, ayuh sertai Skuad Ihsan yang merupakan sebuah pasukan sukarelawan yang bernaung di bawah Pertubuhan Peduli Insan Malaysia. Ia ditubuhkan dengan tujuan mengumpulkan sukarelawan dari seluruh Malaysia untuk menjadi penggerak dalam aktiviti-aktiviti bantuan dan kemanusiaan.
Fakta Menarik
Benarlah kata orang kalau tak kenal maka tak cinta. Jadi bila sudah tahu serba sedikit latar belakang pertubuhan ini barulah terasa dekat di hati. Jadi mudahlah untuk anda terus berhubung dengan yang berkenaan bagi sama-sama menyempurnakan misi dalam menyalurkan bantuan.
Untuk anda yang ingin tahu maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang www.peduliinsan.org atau boleh juga dapatkan info dan aktiviti terkini yang dilakukan oleh Pertubuhan Peduli Insan di facebook Pertubuhan peduli insan Malaysia dan Pertubuhan peduli insan malaysia – wilayah utara.
Pelbagai kaedah dan jenis baja yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil bunga yang kembang mekar di laman. Sama ada dengan menggunakan bahan organik mahupun kimia, pasti ada hasilnya.
Anda boleh cuba untuk menghasilkan baja penggalak bunga dari buah-buahan atau sayuran yang rosak dari dapur anda. Hanya dengan menggunakan buah-buahan dan bunga-bungaan, anda boleh menghasilkan baja pengggalak agar pokok bunga berbunga lebat.
Bahan-bahan:
Buahan dan bungaan (250 g setiap bahan):
1. Pisang
2. Labu
3. Lobak merah
4. Tomato
5. Betik
6. Bunga-bungaan
Nota: Kesemua buah-buahan diambil dengan kulit sekali. Lebih ranum buah lebih baik.
Perisa:
1. Gula merah (5 kg)
2. 1 sudu makan EM
3. 1 sudu makan IMO
Alat:
1. Bekas plastik besar
2. Kain
3. Botol
Cara pembuatan:
1. Potong semua buah-buahan.
2. Masukkan ke dalam sebuah bekas plastik.
3. Campur bunga, gula merah, EM dan IMO.
4. Kacau dan lenyek dengan menggunakan senduk kayu. Jangan gunakan tangan.
5. Tutup bekas plastik itu dengan kain.
6. Peram sekurang-kurangnya 10-14 hari.
7. Selepas hari ke 10-14, tapis buah-buahan yang diperam.
8. Hasil cecair disimpan ke dalam botol.
9. Hampas tapisan pula boleh diperam untuk kali kedua, dengan tambahan gula merah. Sukatan lebih kurang sama macam peraman kali pertama.
Peraman kali kedua bolehlah lebih lama lagi. Terpulang pada anda, tapi peraman kali kedua boleh sehingga mencapai 1 bulan, selepas itu tapis lagi, dan campurkan hasil peraman kali kedua dengan hasil peraman kali pertama.
Penggunaan: Nisbah: 1 atau 2 sudu makan dengan 1 liter air.
1. Boleh campurkan bersama EM dan baja ikan.
2. Siram tanah atau sembur pada daun.
3. Kekerapan semburan: 1 atau 2 kali seminggu atau ikut kerajinan anda.
Kangkung antara sayuran yang mudah ditanam. Tanpa menggunakan tanah, kangkung boleh ditanam dengan mudah. Tiada ruang pun tidak mengapa kerana kangkung boleh ditanam cara tak jejak tanah seperti yang dikongsikan oleh Yuziyana Yusop.
Kalau duduk di kediaman bertingkat pun tiada masalah untuk bercucuk tanam cara ini. Boleh mulakan dengan tanam kangkung. Kaedah ini menggunakan mangkuk tapis plastik dan baldi. Langsung tak menggunakan tanah. Lagi bersih.
“Jom tanam kangkung sendiri. Kangkung tapis, kangkung tak jejak tanah namanya. Tiga minggu dan boleh tuai. Satu tapis dapat dalam setengah kilo hasil kangkung. Alhamdulillah.”
Cara-caranya:
1. Rendam biji benih 32 jam guna air paip. Kalau ada benih yang kembang sangat dalam masa 24 jam boleh asingkan dan letak dalam tapis (boleh terus ke langkah 2).
2. Toskan benih lepas rendam kemudian masukkan dalam tapis. Agak-agak saja kuantiti biji benih. Jangan padat sangat, jangan sikit sangat.
3. Pastikan guna tapis yang lubangnya kecil sahaja. Jika lubang besar anak kangkung akan bolos nanti. Jika ada benih yang sudah berakar, masukkan akar ke dalam lubang tapis, biarkan ia menjulur.
4. Letak tapis atas baldi yang telahpun dimasukkan air paip separas mencecah dasar tapis.
5. Tutup tapis berisi benih selama 2-3 hari.Tujuan menutup biji benih adalah untuk menggalakkan anak benih cepat tumbuh.
6. Selepas 3 hari anak benih akan tumbuh seperti tauge. Jangan panik, memang betul dah caranya. Waktu ini dah boleh dedahkan kepada cahaya, air dalam takungan tak perlu buang. Boleh tambah baja AB.
7. Boleh mula guna baja ab bancuhan 10mlab+2L air atau 1.5ec-2ec.
8. Hanya pantau air baja dan akar pokok. Tambah air baja bila perlu. Kadar bancuhan baja mulakan daripada 1.5ec minggu 1(10ml ab+2L air), 2ec minggu ke2(15ml ab+2L air) dan 3ec minggu ke3 (20ml ab+2L air).
9. Kangkung bolehlah dituai bila berumur lebih kurang 3 minggu.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.