Percayalah, kerja mengurus dan mengemas rumah memang tidak pernah habis. Tambahan pula jika anak ramai dan masih kecil, lazim terjadi apabila kita baru mengemas bahagian ruang tamu, ruang bilik pula bersepah. Kemas bilik tidur, ruang dapur pula dikerjakan anak-anak.

Itu satu hal, kemudian ditambah pula dalam bab mencuci dan melipat pakaian, sekali dicuci bertimbun pakaian perlu dilipat. Andai tidak sempat diurus, boleh sakit mata memandangnya.

Jadi apa kata, praktikkan cara yang dikongsikan oleh Puan Nurul Syazwina ini untuk manfaat bersama. Jom semak.

TIPS MENGEMAS TIMBUNAN BAJU BAGAIKAN GUNUNG KHUSUS BAGI IBU-IBU BEKERJAYA YANG SANGAT CINTAKAN KEKEMASAN. SILA FOLLOW TIPS INI SUPAYA HUSBAND ANDA TAK FADE UP MENCARI KELENGKAPAN MEREKA DISEBALIK TIMBUNAN GUNUNG. 

First of all, sebenarnya dah lama wina tergerak hati nak share tips ni, gambar pun dah lama ada dalam phone cuma tak post lagi sebab tak tahu nak type story dan caption apa.

Actually, last week wina ada share macam mana nak dapur kelihatan kemas dan tersusun rapi. Lepas tu ada kawan wina whatsapp dan minta wina share dan nak tahu macam mana wina mengendalikan timbunan baju di rumah sebab wina bekerja weekday.

Cuma wina nak highlightkan di sini bahawa ibu-ibu yang bekerja ni bukan seorang yang suka tangguhkan kerja rumah tau. Sebab banyak sangat lagi hal yang diorang kena settel dan hadap dalam hidup sehari-harian mereka.

Kitorang ni rajin je, cuma kadang-kadang rasa penat sebab seharian bekerja dan bab melipat kain ni memang kena ambik mood dan semangat dulu baru settle! Cubalah fahami dan selami hati dan perasaan ini kan. Hey, surirumah zaman sekarang ni pun uolls ingat banyak masa ke? Busy jugak tau. Ngan kerenah anak-anak lagi satu hal.

IKLAN

Sebab tu bila start je berumahtangga, wina dan husband create satu inisiatif begini. Melainkan kalau kat rumah uolls ada bibik rasanya tak perlu apply tips ni kot.

TIPS INI HANYA UNTUK KEGUNAAN SEMENTARA WAKTU SAHAJA, DAH ADA MASA FREE BOLEH CONTINUE LIPAT. BUKAN SELAMA-LAMANYA SIMPAN DALAM STORAGE BOX

1) Sediakan storage box satu sorang mengikut bilangan ahli keluarga. Macam wina ada 3 orang anak, so campur wina dan husband ada 5 orang isi rumah. So, storage box wajib kena ada 5.

‘Sakit Mata’ Tengok Kain Berlonggok. Ikut Cara Ibu Ni Asingkan Dalam Storage Box, Mudah & Terurus!

Actually, kat rumah wina ada banyak storage box. Lebih 10 boxes tak silap  sebab rumah wina banyak barang, so storage box la tempat simpanan barang yang teratur selamat dan well organised.

IKLAN

2. Macam biasa, wina ni memang kaki label. Haha jadi label kan storage box mengikut kepunyaan. Penting sangat labelkan, sebab nanti baju-baju tu akan dimasukkan mengikut bahagian masing-masing.

Kemahiran sorting mengikut bahagian diperlukan di situ. Eh, nak bahagikan baju tu pun ada teknik tau! Bukan senang-senang nak sumbat masuk storage box gitu aje wina ada share pada gambar.

Okey, ni dia teknik menyimpan kain dalam storage box macam wina cakap tadi. Kita jangan sumbat je tau, kita hampar dan bentangkan baju-baju tu tadi supaya nampak tersusun rapi.

Cara menyimpan pun kena betul, kalau kita sumbat je alamatnya storage box tu tak jimat space. Baju-baju pun akan jadi kedut lain macam. Tak sedap mata ni memandang

IKLAN

 

‘Sakit Mata’ Tengok Kain Berlonggok. Ikut Cara Ibu Ni Asingkan Dalam Storage Box, Mudah & Terurus!
3. So, bila tiba weekend atau storage box hampir penuh, bolehlah semua settel melipat atau hangerkan baju-baju tersebut. Kalau tak sempat, boleh lipat secara ansuran mengikut storage box. Hari ni lipat husband punya box, esok lipat anak-anak punya pulak. Bila kain-kain tu ada di dalam storage box sekurang-kurangnya kelihatan kemas dan tak sakit mata bila tengok timbunan kain.

‘Sakit Mata’ Tengok Kain Berlonggok. Ikut Cara Ibu Ni Asingkan Dalam Storage Box, Mudah & Terurus!

Kita ni sebagai isteri dan ibu tak boleh malas tau. Sebab wina nak ingatkan semua bahawa kedutan pada baju yang tidak berlipat yang diambil pada gunungan kain lebih dahsyat daripada kedutan baju yang dilipat rapi. Sangat berbeza!

Nanti orang akan tanya, ‘eh, suami siapa pakai baju kedut nak matey ni? Anak siapa tak terurus ni? Diorang akan directly mark isteri dan ibu dia jugak seorang yang tak ambik berat. Dari situ juga semua orang boleh nilai.

No, wina ni bukan nak ajar kita jadi perfect sangat, cukup sekadar kita jaga semua tu okey ibu-ibu?

sumber : Nurul Syazwina Sazali 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI