Siapa yang tidak mahu hasil tanamannya ‘menjadi’ dan membesar cantik kejadiannya bukan? Pelbagai jenis baja dah digunakan tetapi tidak nampak hasil yang memberangsangkan.
Apa kata anda cuba menggunakan campuran serbuk kopi dan kulit telur yang khabarnya, sangat berkesan dan mampu mengawal serangga perosak secara organik seperti yang dikongsikan di bawah ini. Mana tahu menjadi, jimat pun ya tidak perlu kos yang tinggi pun.
HANYA GUNA SERBUK KOPI & KULIT TELUR SEBAGAI BAJA, BOLEH ‘HALAU’ MAKHLUK PEROSAK!
Rupanya serbuk kopi terpakai dan kulit telur juga boleh dijadikan baja tumbuhan dan mampu mengawal serangga perosak secara organik. Jadi daripada dibuang begitu sahaja, boleh digunakan untuk suburkan pokok-pokok yang kita tanam.
Jangan buang kulit telur kerana banyak khasiat untuk pokok kita. Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan.
Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.
BAHAN DIPERLUKAN:
1. Kulit Telur (jemur dulu biar kan kering).
2. Serbuk kopi terpakai.
3. Botol rempah.
CARA MEMBUATNYA:
1. Jemur dahulu kulit telur yang telah dikumpulkan dan biarkan kering.
2. Tumbuk halus kulit telur dengan lesung batu.
3. Begini hasilnya.
4. Campurkan pula dengan serbuk kopi
5. Kacau rata sebati.
6. Masukkan dalam botol rempah agar mudah ditabur pada pokok nanti.
7. Taburkan pada pokok-pokok yang ada.
Selamat mencuba!
Sumber : Emi Zurayni
https://youtu.be/2UAmwM1mWfM
Tip Pokok Sayur Subur Menghijau, Gemuk Dan Berdaun Lebar? Guna Ini Sahaja, Hanya Tabur Dan Siram
Bertahun-tahun tanam pokok, tapi dahannya masih rapuh dan katek. Daunnya pula tidak rimbun seperti pepohon lain.
Tanah dah tukar, baja dah selalu disiram. Rupa ada cara yang paling mudah untuk menjadikan pokok subur menghijau.
Dengan hanya menggunakan Psom Salt. Ianya sangat bermanfaat untuk meningkatkan pencambahan benih kerana magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel benih.
[TRENDING] Wawa Zainal Hadiahkan Rumah Buat Mak Dan Ayah Di Semenanjung
[LAYAN SELERA] Buat Tauhu Sendiri. Mudah Dan Jimat. Yang Penting HALAL
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan mengikut pokok yang anda ingin rawat.
Kaedah 1 :
1 cawan garam per 100 kaki persegi tanah atau campuran 1 – 2 sudu gaul dgn tanah semaian
Kelebihan :
Meningkatkan Penyerapan Nutrien (Akar Pokok)
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk memberi makan kepada pokok, sambil menambah Epsom garam kepada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.
Kaedah 2 :
1 sudu 1 pokok tabur pada tanah sekelilng pokok.
Kelebihan :
Mengelak Transplant Shock (pokok terkejut selepas alih pasu @ ke tanah).
Sesekali selepas alih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari Pasu ke tanah…Pokok akan layu (terkejut) kerana akar pokok mungkin tercedara ketika proses pengalihan tersebut untuk mengelak ini berlaku boleh guna Epsom salt
Kaedah 3 :
Tabur Epsom Salt ke sekeliling pokok selepas alih dan tutup semula dengan lapisan tanah.
Kelebihan :
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun menguning mereka. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba percikan Epsom garam sekitar tanaman anda untuk mendapat dedaun sihat.
Kaedah 4 :
Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda, serta mana-mana pokok, pokok renek, bunga dan rumput anda akan hijau semula
Kadar : Siraman 1 sudu + 4 Liter air 2 minggu sekali
Kaedah 5 : Elak Daun kerinting (POKOK CILI)
Mencegah Leaf Curling dengan Epsom Salt, daun kerinting disebabkan oleh kekurangan magnesium- dalam tumbuh-tumbuhan. Sekali lagi, tambah garam Epsom untuk tanah di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar Epsom garam dalam segelen air dan siram terus kepada daun.
Kaedah 6 :
2 sudu + 4 liter air siram pada daun sebulan sekali
Kelebihan : Mengelak Perosak Tanaman
Elak siput,ulat bulu, bena, boleh juga untuk mengelak jentik jentik didalam bekas hydroponic.
Perlu diingat bahawa Epsom garam larut dengan mudah larut dalam air, hujan akan mencairkan epsom salt
Kaedah 7 :
Tabur tempat yang bermasaalah.
Kelebihan : Manis Buah
Tabur Epsom Salt pada pokok buah-buahan ,pokok kacang, sayuran, dan anggur menggunakan kaedah sama dan kuantiti yang dinyatakan di atas untuk meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis seperti pokok anggur dan pokok buah-buahan yang lain.
Kaedah 8 :
Kadar : Siraman 1 sudu + 4 liter air 2 minggu sekali
Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali
Kelebihan : Baik untuk Pokok Tomato menjadikan buah lebih Manis
Kaedah 9 :
2 sudu setiap 4 liter siram setiap 2 minggu.
Kelebihan : Untuk Melebatkan Buah (CILI) Buah lebih besar, lebih pedas,
Pokok cili Perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi daripada buah-buahan yang lebih besar.
Kaedah 10 :
Taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2minggu sekali
Kelebihan : Pokok ros jadi lebih cantik dan bunga lebih besar.
Guna Epsom Salt untuk pokok lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat, daun lebih gelap
Guna ketika awal penanaman , ketika mampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Pesanan Penuh Emosi Seorang Ayah Di Hari Pernikahan Anaknya. Buat Semua Mengalirkan Air Mata!
Amanat seorang ayah di majlis akad nikah anak perempuannya ini cukup terkesan bukan sahaja buat kedua mempelai malah seluruh tetamu yang hadir. Setiap baris ucapan yang dilontarkan, nyata terkandung begitu banyak pesanan.
Apa yang pasti, ianya boleh dijadikan panduan dalam memikul tanggungjawab dalam perkahwinan agar apabila semua tanggungjawab dilaksanakan akan berbahagialah hidup suami isteri.
“Saya mengharapkan perkahwinan kamu berdua dalam barakah Allah, Saya telah menjaga Afaf selama 26 tahun, daripada kecilnya sampai dewasa. Maka pada malam ini dengan izin Allah, saya serahkan Afaf isteri kepada awak Shahaid bin Mansor dengan harapan dan doa mudah-mudahan perkahwinan kamu berdua dalam barakah daripada Allah. Perkahwinan amanah daripada Allah. Satu amanah yang besar yang dipikul kamu berdua.
Afaf, sebagai seorang anak kepada Baba, malam ni Baba sempurnakan, sebagai ayah sebagai Baba, dan baba serahkan Afaf kepada Shahaid sebagai suami sah kepada Afaf. dengan harapan kamu berdua, jagalah hidup kamu berdua dengan penuh keimanan, penuh dengan ilmu, rumah tangga bukan kecil maknanya kepada kamu berdua. Ayahanda mengharapkan anakanda berdua dalam redo Allah.
Bukan sahaja saya Ustaz Roslan Muhamed sebagai ayah kepada Afaf tapi juga En Mansor ayah kepada Shahaid mengharapkan kamu berdua berada di dalam rahmat Allah. Jaga kehidupan, tambahkan iman, jaga solat, jaga sembahyang, cari rezeki halal dalam hidup, banyakkan berdoa, berdoa untuk ibu ayah selama-lamanya, hormatkan orang tua jangan pinggirkan mereka kerana pintu keberkatan ada di tangan mereka.
Ingat ini pesanan untuk semua termasuklah pasangan yang dinikahkan malam ini dengan doa harapan mudah-mudahan kau berdua Shahaid dan Afaf berada rahmat Allah berpanjangan. Ingat ia amanah daripada Allah. Ingat kalau kita kenal Allah, Allah kenal kita.
Baba mengharapkan sebagai seorang ayah, moga Allah rahmati kamu berdua dan Baba dangan Mama telah berkahwin 30 tahun dan kami telah sambut ulang tahun pada Selasa yang lepas, alhamdulillah dan Encik Mansor pun saya ingat dah puluhan tahun berkahwin. jadi mudah-mudahan Allah rahmati kesemuanya termasuklah kita-kita yang hadir malam ini.
Dan khas pada Shahaid maka dengan rasminya Baba serahkan Afaf sebagai isteri kepada kamu dan amanah daripada Allah dan inilah amanah yang paling besar yang telah Baba lakukan pada malam ini kerana Allah, kerana Allah dan bukan kerana yang lain….”
Amanat seorang ayahanda kepada suami anak perempuannya setelah majlis akad nikah.Diserahkan dengan sepenuh jiwa dan raga setelah dijaga sebaiknya selama 26 tahun.
Posted by Ammar Roslan on Friday, 14 September 2018
sumber : Ammar Roslan
“Anak Lelaki Sebagai Pelindung, Selamat Datang Khalifah Kecil Umi Ayah.” Doa Anak Jadi Insan Soleh & Memberi Manfaat, Nukilan Ain Afini Menyentuh Hati!
Kisah mereka menjadi perhatian warganet sebelum ini bila mana si suami melafazkan talak ketika isteri sedang mengandung.
Menerusi perkongsian terbaru, Ain Afini yang merupakan bekas isteri kepada pendakwah bebas PU Abu Sufyan, selamat melahirkan cahaya mata mereka.
Menerusi perkongsiannya, Ain memuat naik satu nukilan yang cukup puitis dan mendalam maksudnya.
Jasad yang meniup cinta sebelum berjumpa,
Denyut jantung yang menolak dari tersembam dalam,
Tendangan kecil yang menjadi peneman setia. .
Alhamdulillah, selamat datang khalifah kecil umi ayah @puabu.official . Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan menjadi manusia yang memberi manfaat ❤️.
Ujar Ain lagi, untuk jiwa yang tenang kena sentiasa memaafkan orang lain.
Hiduplah dengan berkasih sayang. Sayangi diri, maafkan dan hargai diri sendiri. Secara tak langsung mudah jiwa ini memaafkan orang sekeliling, hidup terlalu singkat untuk mencipta tembok kebencian. Pilih lah pilihan yang menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan redha Allah.
Terima kasih family, ayah @puabu.official tolong uruskan makcik ni ?
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat Ain Aini dan mendoakan yang terbaik buatnya.
Semoga anak sehebat kak Ain
shopwithmebabies Insha Allah anak ini akan menjadi seorg yg kuat,tabah dan pemaaf mcm ibu nya?sya ambil iktibar dr kisah ibu kuat ini. Semaikan kasih sayang,jgn biarkn kebecian meluas dlm hati kita,kerana ia akan memakan diri sendiri jg nanti.terima kasih bg contoh yg baik kpd ramai org?
youarebeauty.co Tahniahhhh Kak Ain . Semoga anak hebat ini akan sehebat Kak Ain…yang akan menjaga, melindungi Kak Ain suatu hari nanti !! ?
puanyuss_d Alhmdulillah selamat brpantang ain…Dia bkn suami yg baik tp dia ttp ayah kpd amanah itu..memaafkn utk ketenangan hati tp jgn brpatah balik menerima..cukup lah..ain berhak bahagia..insyaAllah akn ada lelaki yg baik utk wanita sebaik ain..
ibu.jufri Alhamdulilah.. tahniah.. kita wanita mmg kuat ..??.. seronok ada anak, lupa segala masalah.. percaya lah .. ?
Allah paling tahu dan memaafkan
stokis_sobella_kedah MasyaAllah, subhanallah. Tahniah dear Ain. Wanita hebat. Sesungguhnya kemaafan itu selalu memberi ketenangan jiwa❤️
atiaanua Tahniah ain..moga ibu dan anak kekal sihat2..wlpn tetap marah mengenangkan sikap si ayah @puabu.official ..moga Allah la yg paling tahu dan memaafkan..maaf zahir batin kalian..moga yg baik2 untuk ibu dan anak
Redha dengan apa yang berlaku
bukhari_nazran Syurga tempat yg selayaknya untuk anak ibu dan ibu nya ..ssh nk jumpe prempuan yg boleh hadap ujian mcm ni ? kuat btul pegangan terhadap ajaran islam ? smpai satu tahap boleh redha ja dngn apa yg berlaku
nratiqhfdz26 Yeay baby dah lahir. Mesti comel ?? I don’t know you personally but I believe you are one of the strongest women in the whole wide world !
Allah bagi anak lelaki sebagai pelindung
nur_hakimah_rais Allah bagi anak lelaki..sebagai pelindung..moga anak ni tak kan biarkan sesiapa pun jentik mak dia..walaupun sedikit..Semoga jadi orang yang soleh?
madamsya_ Wanita yg baik, cekal dan tabah . Tahniah ain dpt bby ?
mr.dean1708 InsyaAllah, anak ini anak yang hebat. Ujian ibunya tanda ia sedia menghadapi ujian yang mendatang dengan tabah. Tahniah dan semoga diberkati Allah swt. Sesungguhnya memaafkan dan tidak berdendam itu indah.❤️
Sumber: IG ainafini_