Sakit Mata’ Tengok Periuk Hangit Berkerak, Bersihkan Dengan 2 Bahan Ni. Confirm Kembali Bersih!

Share

‘Sakit mata’ bila lihat kuali atau periuk kesayangan ibu-ibu berkerak dibahagian bawahnya gara-gara masakan hangit.

Nak dibuang sayang, kalau cuci pun kadang-kadang masih tak tanggal, tapi jangan putus asa. Banyak petua boleh cuba.

Cara ini mungkin boleh bantu bersihkan periuk berkerak. Jom cuba  perkongsian oleh Susun Atur Sioca yang menggunakan dua bahan saja iaitu baking soda dan juga cuka.

Bersihkan periuk hangit.

Kalau ada periuk atau kuali yang hangit, jangan terus buang. Cuba langkah ni dulu.

1. Didihkan air dalam periuk yang hangit.

2. Masukkan 1/2 cawan baking soda.

3.Masukkan 1/2 cawan cuka.

4. Biarkan mendidih 10 minit.

5. Tutup api dan biarkan terus terendam.

6. Apabila sudah sejuk, bilas dengan air paip.

7. Periuk akan kembali bersih.

Ini tip yang kami guna masa merendang hari tu. Bila panas-panaskan dah terlupa. Jadi, gunakan kaedah ni nak bersihkan balik kerak tu. Memang menjadi!

Ps – Gambar dari Instagram Preston & Co sebab gambar sendiri takdok.

 

 

 

 

 

 

IKLAN