Sakit mata kan lihat wayar berselirat belakang kabinet tv. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak kecil. Bimbang dibuat main wayar tersebut.
Jadi kena cari alternatif bagi mengtasi masalah tersebut di samping membuatkan ruang berkenaan nampak teratur, kemas dan cantik.
Ada cara untuk menguruskan wayar yang berselirat ini dengan menggunakan Cable Management area tv.
Ads
Gambar sebelum. Ada wayar TV, plug extension, modem unifi, wifi router dan wayar2 lain yg berselirat sana sini.
Tip ini dikongsikan oleh puan Dila Akashah menerusi page Kelab Kaki Deko. Simple tapi membantu dengan menggunakan tiga barang sahaja.
Tada. Kabinet TV bebas dari segala benda dan segala mak nenek wayar. Bawah kabinet pun dah tak nampak. Semoga bermanfaat.
Hi. nak share cara sy buat cable management area TV yg ada macam2 benda ada macam2 wayar. Kos bawah RM10 je 😁
Ads
Bahan-bahan
PVC Case
Cable tight
Double sided
3 benda ni je 😀 PVC case beli dekat kedai hardware, cable tight dan double sided tape beli dekat mr.diy.Ikat wayar dan lekatkan PVC case kat mana2 tempat yg sesuai. Kena buat lubang sikit dekat PVC case utk keluar masuk wayar. Lebihan wayar sorok dalam tu.Wifi router pun sy sumbat sini. Sakit mata tengok sepah2. Modem pulak letak dalam kabinet TV. Setakat ni tak menjejaskan speed internet walaupun duduk dalam bilik.Siap
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Umum mengetahui oat bagus untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan. Namun, mungkin ada yang tidak tahu bahawa pesakit diabetes perlu elakkan makan oat jenis istant dan quick oat.
Rata-rata daripada kita, hanya membeli sahaja tetapi tidak tahu rupanya oat ini ada pelbagai jenis, dan sebaiknya perlu memilih jenis oat yang betul.
i) Instant oat
Oat yang paling banyak menjalani pemprosesan. Ia dimasak terlebih dahulu, kemudian dikeringkan, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan halus bagi tujuan memudahkan untuk dimasak.
Ia direndam bersama air panas dan terus boleh dimakan dan boleh dimakan segera.
ii) Quick oat
Quick oat ini adalah oat yang dipotong kurang halus berbanding instant oat.
Tempoh masaknya juga lebih lama, lebih kurang 2 hingga 3 minit.
iii) Rolled oat
Ia adalah oat yang sudah dilenyek tetapi belum dimasak semasa pemprosesannya.
Ia lebih tebal daripada quick oat.
Ia perlu dimasak lebih lama, lebih kurang 5 hingga 7 minit.
iv) Steel cut oat
Ia adalah oat yang paling kurang diproses kerana dipotong kasar dan tidak dilenyek.
Apabila dikunyah, rasanya kenyal.
Cara masaknya agak lama, sekitar 20 hingga 30 minit sebelum boleh dimakan.
Tampil berkongsi info, Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad di Facebooknya memaklumkan cara pemprosesan oat hanya melibatkan fizikal sahaja.
“Kandungan karbohidrat (nilai kalori) keempat-empat oat ini hampir sama.
“Namun, yang berbeza adalah nilai indeks glisemik (GI) iaitu kadar penyerapan ke dalam tubuh. Ini kerana semasa diproses kandungan serat akan dibuang,” terangnya.
Penting untuk diketahui, semakin halus oatmeal, semakin tinggi nilai GI dan cepat diserap ke dalam badan lalu ditukar kepada gula.
“Jadi, bagi pesakit kronik terutama diabetes mellitus, elakkan pengambilan instants oat dan quick oats.
“Ini kerana nilai GI bagi instant oat dan quick oats adalah 83 iaitu hampir sama seperti nasi putih,” tambah beliau.
Oleh itu, saran Dr Zubaidi, mereka digalakkan untuk mengambil rolled oat dan steel cut kerana nilai GI adalah sederhana iaitu 58 sama kategori dengan beras perang.
Ambil satu atau dua sudu besar oats untuk setiap hidangan (waktu pagi dan malam) untuk rasa lebih kenyang.
Semalam merupakan hari jadi pelakon terkenal Fattah Amin. Biarpun berjauhan kerana mempunyai komitmen kerja di New York, namun pelakon Fazura sempat memuat naik video serta ucapan yang cukup romantis dan bermakna buat suami kesayangannya itu.
Rupa-rupanya tarikh 14 September adalah detik yang menyedihkan di dalam hidup pelakon Gol & Gincu ini kerana mengingatkannya kepada pemergian ayah tersayang. Namun dia bersyukur kerana tarikh tersebut juga memberi kebahagian apabila Allah menghantar Fattah untuk menyayanginya serta melindunginya.
“Saya kehilangan bapa tersayang pada 14 September, 18 tahun lalu dan pada tarikh yang sama 1990, Allah hantarkan seorang insan yang cukup istimewa ke dunia. seseorang yang menerangi hidup saya, seorang yang cukup memahami, baik hati dan dia juga telah mencuri hati saya buat selamanya.
“Dia dihantar untuk menjaga dan melindungi saya serta menyayangi saya sepenuh hatinya. Saya tak boleh luahkan bagaimana rasa syukur saya memilikinya.
“Terima kasih kerana menyayangi saya dan terima kasih kerana menjadi diri awak sebenarnya.
“Saya sayangkan awak sepenuh hati saya. Selamat hari lahir sayang, My Hubsbaby,”
Itu antara bait-bait tulisan pelakon ini di ruangan Instagramnya.
Selain memuat naik video khas buat suami, Fazura juga turut memuat naik ucapan sempena mengingati pemergian bapanya.
“Al-Fatihah buat papa. Raja di hati saya. Papa seorang yang penyayang, prihatin, murah hati dan selalu mencintai semua orang. Saya berharap papa mempunyai peluang untuk mengenali dia (Fattah), saya tahu papa akan menyayanginya juga.
“Rindu Papa dan berharap kamu boleh sentiasa bersama saya. Saya sayangkan kamu. Saya sentiasa akan jadi anak kecil papa. Doa semoga kita bertemu selamanya di Jannah,” luahnya.
Ucapan tersebut mengundang rasa terharu dan sebak di kalangan pengikutnya.
nys.n.fynSungguh,kalau hati & fikiran serabut masuk kat ig @missfazura terus rasa tenang,damai je.no hate,no drama,no negativity..yg ada hanya cinta dan kasih sayang..faz,u r so strong,stay being urself.Everyone loves u here ?? Alfatihah untuk arwah papa faz …
dayangjaaAl Fatihah..didoakan syurga Firdaus Allah kurniakan buat insan yang di sayangi..Aamiin Allahuma Aamiin.
chintaaziSama2 kita sedekahkan Alfatihah pada yang telah tiada. Moga arwah ditempatkan dikalangan hamba yang soleh @missfazura
idali_6965Fazurah, you look like your father. Semoga rohnya dicucuri rahmat. ?
Kita sering dengar banyak nasihat yang diberikan dalam menjaga hubungan suami isteri agar kekal bahagia, antaranya adalah isteri perlulah hormat suami dan pihak suami juga perlulah menghargai isteri. Cara bagaimana suami menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan isteri, ianya dilihat dari sudut pandang yang luas.
Andai suami membantu meringankan urusan isteri dalam mengurus rumah tangga, bercakap dengan nada yang lembut, mengingati tarikh-tarikh istimewa dan banyak perkara lain juga adalah suatu cara menzahirkan rasa penghargaan pada isteri. Apatah lagi dengan pemberian hadiah.
Berkongsi kisah tentang cara menghargai isteri, seorang suami ini meluahkan rasa penghargaan kepada isteri tercinta yang sanggup menahan kesakitan beberapa kali demi melahirkan zuriat. Sebagai balasannya, suami ini menghadiagkan kereta Mazda CX-5 buat isteri tercinta, nyata cukup terinspirasi kisahnya.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya;
Hadiah sebab beranak
Alhamdulillah hari ni bagi hadiah kereta kat isteri. Dah lama dia guna Axia sebelum ni. Dia kata ok je naik kereta Axia, dia tak kisah kalau tak beli kereta baru.
Tapi saya tetap belikan hadiah kereta ni sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan dan ketabahan dia mengharungi kesusahan mengandung dan proses kelahiran baby Noura.
Baby Noura lahir pada 15 Mac 2021 Alhamdulillah.
Nampak sangat penat masa mengandung, sakit urat, sakit badan tak selesa. Waktu nak bersalin pula dia kata sakit contraction macam kena langgar lori. Ya Allah tak boleh nak bayang macamana kena langgar lori banyak kali setiap 4 minit.
Tuan-tuan, isteri kita sanggup mempertaruhkan nyawa untuk beranak, ia antara hidup dan mati.
Lepas tu sambung pula pengorbanan dalam proses penyusuan selama 2 tahun, setiap hari tak cukup tidur.
Hadiah kereta ni memang tak dapat nak balas nilai pengorbanan isteri, tapi at least boleh buat dia rasa dihargai. Itu yang penting.
Sebenarnya isteri selalu penat uruskan baby, bila kita bagi penghargaan dapatlah kurangkan sikit rasa penat tu.
Hadiah tanda penghargaan tak semestinya besar nilainya, kalau sekadar sejambak bunga pun dah ok. Tapi tu lah, kedai bunga susah nak jumpa, tak macam kedai emas merata tempat ada. Jadi nak senang beli je lah rantai ke gelang ke ok dah. Untuk isteri kita juga bukan orang lain.
Kalau tak bagi hadiah material tak apa, yang penting suami kena sama-sama jaga anak dan tolong uruskan rumahtangga. Biar isteri dapat rehat dan kurangkan rasa burnout.
Tapi kan jaga anak dan urus rumahtangga memang tanggungjawab bersama. Itu benda biasa. Buatlah benda special sikit dengan bagi hadiah penghargaan. Berbunga-bunga hati isteri.
Ada hadith tentang pahala belanja isteri dan keluarga adalah ganjaran paling tinggi. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ، وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ
Maksudnya: “Duit yang kamu belanjakan di jalan Allah dan duit yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan duit yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta duit yang kamu belanjakan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu belanjakan kepada keluargamu”. [Riwayat Muslim (995)]
Terima kasih suri hatiku Widyana Ali sebab banyak berkorban untuk abang dan anak-anak.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.