Sama seperti kita, anak kecil kita juga pernah berdepan dengan masalah sakit tekak yang memeritkan. Apa nak buat bila anak mengadu sakit tekak?
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, jangan dibiarkan lama-lama kerana anak boleh diserang masalah lain seperti penyakit tonsilitis. Ikuti perkongsian beliau.
Tiga cara untuk legakan sakit tekak anak yang kecil.
1. Antara tanda yang merisaukan bila anak dijangkiti penyakit tonsilitis ialah meleleh air liur yang berlebihan.
2. Selalunya anak ini tak lalu nak makan atau minum. Badan jadi lemah dan demam pun tinggi.
3. Tonsilitis ialah radang pada tonsil yang terletak pada bahagian belakang tekak.
Ads
4. Air liur mereka meleleh sebab tekak mereka sakit sangat. Anak ni tak sanggup nak telan air liur sendiri sebab setiap kali menelan, sakitnya Allah saja yang tahu.
5. Akhirnya anak perlu masuk ke wad dan diberikan air garam melalui darah (intravenous drip)
Sebenarnya ada cara lain untuk legakan sakit tekak anak tu. Saya kongsikan.
Ads
1. Makanan makanan yang sejuk.
Makanan yang sejuk ni boleh buatkan tekak anak rasa lega dan kurang sakit. Di hospital ada menu khas untuk kanak-kanak ni dipanggil ‘ice cream diet’.
Contohnya, bubur dan ada aiskrim perisa vanila di dalam bekas. Mungkin dapat 1-2 kali sepanjang tinggal di wad.
2. Minum air teh suam bersama lemon.
Ni pun boleh legakan rasa sakit pada tekak.
Ads
3. Guna Aloclair Plus Spray
Boleh dibeli di farmasi dan bila disembur pada tekak anak, kuranglah rasa sakit tu.
Bila kandungan gula dalam darah tinggi, pastinya pelbagai jenis penyakit akan datang menyerang termasuk penyakit kencing manis atau Diabetis melitus.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, untuk menurunkan kandungan gula dalam darah ada caranya. Beliau berkongsi cara mudah untuk kekal sihat.
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing.
Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
Candy detergent, kini kian menjadi pilihan sebagai bahan pencuci pakaian yang wangi beraroma sekali gus membuatkan ramai yang teruja untuk membelinya. Meski pun bersaiz kecil namun harumannya cukup hebat.
Tidak dinafikan juga jika sekali pandang, candy detergent ini persis gula-gula. Cantik dan menarik.
Namun siapa sangka ia mampu membawa kesan yang tidak dingini kepada seorang kanak-kanak.
Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang pegawai perubatan di twitter untuk dijadikan peringatan agar ibu bapa lebih waspada dengan penggunaan sabun tersebut.
Bau Sabun Kuat Dari Dalam Mulut
Masa maknya di dapur, tiba-tiba terdengar anak menangis kuat. Bila dijengah, dalam mulut penuh dengan sabun. Meleleh-leleh ke baju dan seluar. Bila datang dekat, bau sabun kuat datang dari dalam mulut anak. Paniknya tak payah cakap. Tak tahu nak buat apa.
Cepat-cepat sabun semua dicuci dari muka dan mulut anak. Kebetulan seorang diri di rumah, semuanya kena dihadap sendirian. Berlari terus mak ni buat panggilan telefon pada suami. Syukur suami memang nak dekat sampai ke rumah.
Bila kami buat panggilan ke Pusat Racun Negara, kandungan sabun Candy Viral ni ialah bahan pencuci dan sabun (kategori bahan kimia ionic and non ionic).
Maksudnya, kalau anak dah termakan sabun ni, kita tak tahu sabun tu akan kekal berapa lama dalam badan anak.
Selain tu, sabun ni boleh menyebabkan:
-Hakisan pada lapisan mukosa mulut dan laluan pernafasan. Kalau sangat serius, hingga perlukan bantuan pernafasan.
-Kecederaan pada lapisan usus hingga menyebabkan muntah yang teruk.
Selama saya jadi doktor kanak-kanak, berkali-kali saya lihat anak terminum sabun pencuci tapi kali ni saya memang risau dengan bentuk dan warna sabun ni.
Nasihat saya, simpanlah sabun ni di tempat yang selamat dan jauh dari jangkauan anak. Kalau anak tertelan bahan pencuci, jangan paksa dia muntah.
Kalau paksa dia muntahkan sabun tu, anak boleh tersedak. Bila tersedak, sabun tu boleh masuk ke paru-paru pula. Lagi bahaya. basuh mulut anak dengan air berkali-kali. Tukar baju dan seluar anak yang dah terkena bahan pencuci tu. Bawa segera ke hospital.
Bantu saya sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Kadang-kadang kita terlepas pandang isu macam ni tapi anak kita yang menjadi mangsa.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Adakah ada antara kita pernah alami masalah tidur yang terganggu dan menyebabkan di siang harinya berasa letih dan lesu?
Andai ini berlaku bagaimana pula cara anda atasinya dan apa pula anda lakukan untuk membuatkan mata boleh terlelap?
Bercerita tentang masalah tidur ini, apa kata kita baca perkongsian daripada Dr Azima untuk info bersama.
Ini perkongsiannya.
Hakikat masa kini ramai orang berasa letih selepas bekerja dan ingin tidur, tetapi tidak dapat melelapkan mata.
Dah lama terbaring namun mata masih tak nak lelap. Otak pula masih ligat berjalan.
Bila dah nak pagi, antara 4 pagi – 5 pagi baru mata rasa dah tak boleh nak bukak. Tapi masalahnya pukul 6 pagi dah nak kena bangun, ada yang nak uruskan anak ke sekolah, siapkan kerja rumah dan bersiap nak ke pejabat.
Bagi mereka yang boleh tidur pula, tengah malam terbangun jam 2 pagi. Otak masih lagi berjalan. Lepas tu tak boleh tidur sampai pagi.
Mengapa keadaan ini berlaku?
Hasil tinjau selidik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, mendapati 35% rakyat Malaysia mengalami masalah tidur atau sesuatu bentuk gangguan tidur.
Selain itu, lebih 53% tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada minimum tujuh jam tidur dalam tempoh 24 jam.
Persoalannya, apa sebenarnya ‘di sebalik’ tidur?
Apa pula akan terjadi jika sering berhadapan masalah sukar tidur?
Salah satunya ialah ketika tidur, kebanyakan organ-organ dalaman badan akan berehat setelah penat bekerja seharian. Sel-sel mati di dalam badan dan sel-sel rosak ditukar dengan sel-sel baru.
Tahukah anda hati (liver) akan mulakan sesi detox mulai dari jam 11 malam sehingga 3 pagi. Bayangkan jika tika waktu ini, anda masih riang menjamu selera, ada yang sedang mengeteh atau mengopi. Hati akan terpaksa bekerja dan tidak dapat melakukan proses detox yang sepatutnya berlaku. Akibatnya, detoxification yang berlaku dalam masa yang singkat. Kerana itu adakalanya kita rasa letih, tak bermaya. Kesian Hati kita.
Kurang tidur menurunkan proses kognitif melalui beberapa cara iaitu:
#1. Ia akan mengganggu proses penumpuan, mengurangkan fokus dan mengganggu proses penyelesaian masalah. Ini menyebabkan kesukaran untuk belajar secara optimum.
#2. Fasa tidur di waktu malam memainkan peranan penting untuk menguatkan memori di dalam otak.
#3. Yang lebih membimbangkan, kurang tidur akan menyebabkan pelbagai penyakit perubatan lain seperti serangan dan kegagalan jantung, tekanan darah tinggi, angin ahmar, kencing manis dan kanser.
Satu kajian mendapati bahawa 90% penghidap insomnia juga menghidap penyakit lain antaranya masalah seksual serta kadar hormon testosteron yang rendah dan tanda-tanda awal depresi.
Ubat tidur memang boleh diberi untuk memudahkan tidur, namun tidak digalakkan kebergantungan dengan ubat tidur, kerana ia bukan solusi yang bagus bagi masalah insomnia. Ketahuilah Ubat tidur hanyalah solusi sementara sahaja.
Jalan terbaik ialah dengan mengenalpasti apakah yang penyebab utama mereka sukar tidur pada waktu malam dan bagaimana nak ‘shut down’ otak dari terus berfikir/bekerja sepanjang malam.
Membiarkan diri anda berada dalam keadaan ‘antara tidur dan tidak’ setiap malam seolah-olah membiarkan diri terbuka kepada risiko masalah kesihatan tanpa sedar.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...