“Sakitnya Tangan Kena Cengkam. Rupanya “Contraction” Isteri Dah Mula.” Pesan Suami Ni, Jangan Lupa Buat 6 Perkara Ini Waktu Teman Isteri Tengah ‘Struggle’ Di Labour Room
Saat mahu melahirkan anak, hanya Tuhan yang tahu akan keperitan dan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh sang ibu. Menahan sakit selama 9 bulan dan kini apabila tiba masa melahirkan umpama nyawa dihujung tanduk.
Jika kelahiran itu berjalan lancar maka tidak akan mengambil masa yang lama, namun jika ia mengalami komplikasi, nyawa ibu dan anak jadi taruhan. Kerana itu, suami harus menghargai jasa dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda.
Jika berpeluang, temani isteri di labour room untuk sama-sama memberi sokongan dan menyaksikan sendiri kepayahan yang terpaksa ditempuhi oleh isteri anda. Apa sebenarnya yang berlaku di dalam dewan bersalin dan peranan suami. Jom baca perkongsian dari saudara Akhtar Syamir .
“Suami kepada Cik Nora Azni, sila daftar dan masuk labour room”.
Ayat yang dah 3 hari saya tunggu akhirnya kedengaran. Ini kali ketiga dalam hidup, saya akan menghadapi situasi ini.
Kononnya sudah biasa, dalam hati membayangkan nak tenang – tenang je masuk labour room.
Tapi, baru sampai kat pengawal yang jaga dewan bersalin, saya dah terkial – kial nak isi buku pelawat. Tiba – tiba jadi tak reti nak isi ruangan nama, nombor kad pengenalan dan lain – lain. Pengawal tu pun dah pandang semacam je.
Masuk pintu pertama, saya disambut dengan almari baju putih ala – ala baju doktor. Hampir terlupa bab kena pakai baju nie. Baju disarung dengan peluh sejuk yang mula keluar di dahi. “Ko nie dah kenape? Kawal diri tu sikit”, kata saya kepada diri sendiri. Entah kenapa masa ni ada 2 karakter pulak. Haha.. Baju putih yang ketat di ketiak terus saya sarung sambil menuju ke labour room.
Setelah mendapat kebenaran jururawat, saya masuk dan disambut dengan senyuman si isteri. Belum sakit lagi barangkali. Mesti dia lega saya ada.
“Terima kasih abang sebab sentiasa ada dengan sayang”, kata isteriku sambil tersenyum manis. 3 kali dah saya di sini. 3 kali juga isteri saya bakal merasakan kesakitan yang amat sangat. Rasa bersalah ada, rasa kesian pun ada.
Tangan dia sentiasa saya usap. Dia meminta kebenaran untuk tanggalkan tudung. Tadi nampak jugak 2 orang Doktor pelatih lelaki. Awal – awal masuk tadi kami dah pesan dengan nurse yang kami nak Doktor perempuan sahaja. “Boleh, jangan bimbang” katanya.
Kami ditemani dengan bunyi degupan jantung baby dari salah satu alat di dalam dewan bersalin ni. Alhamdulillah aktif bunyinya. Mungkin baby pun tengah bersedia untuk keluar.
“Puan nak makan ubat tahan sakit tak?”, soal seorang nurse yang baru sahaja masuk. Kami pun macam terpinga – pinga sebab bersalin sebelum ni memang tak pernah ada orang tawarkan ubat tahan sakit. Rupanya disebabkan jantung baby ok dan bukaan baru 4cm. Dia tawarkan ubat tu sebab kemungkinan lama lagi tunggu dan nanti bila dah mula sakit, tak boleh dah ambil ubat tu.
Sambil berbual – bual, saya urut – urut badan dan usap kepala isteri untuk beri dia selesa. Sedar – sedar dia dah tidur. Ubat dah berkesan la tu.
Ads
Aduhhhh.. Sakitnya tangan kena cengkam. Rupanya “contraction” isteri dah mula. Saya pun mula rekod masa dan jarak masa bila ianya terjadi. Makin lama makin kerap. Makin lama makin panjang. Makin lama nampak makin sakit.
Masa inilah. Memang masa inilah. Kalau tidak datang keinsafan dalam diri, memang hati tu dah mati. Di depan saya, orang yang paling saya cintai sedang mengalami kesakitan yang amat sangat tanpa saya boleh buat apa – apa pun. Sakitnya sehingga air mata dia mengalir. Bila “contraction” itu berhenti, baru dia lega. Besar sungguh pengorbanan isteri. Fikir saya dalam hati.
Alat sedut gas tu dah macam takde kesan. Kesakitan dah terlalu kuat. Saya panggilkan nurse untuk periksa. Masuk seorang Doktor pelatih perempuan untuk periksa laluan. Baru 5cm katenye. Tapi gayanya macam nak bersalin dah. Lepas Doktor pelatih tu keluar, kebetulan ada nurse lain masuk. Saya pujuk nurse tu supaya periksa balik.
“Eh, dah boleh dah ni. 8cm dah tapi kalau pandai teran boleh je, anak ketiga dah kan?”. Datang seorang lagi nurse. Tapi tiba – tiba masuk dua orang Doktor Pelatih lelaki tadi. Saya terus mintak maaf dan maklumkan yang kami nak perempuan sahaja. Mereka berdua pun faham dan meninggalkan kami berempat dalam tu.
Selepas itu saya dan isteri terus fokus. Sebelum ini kami dah rancang strategi teran yang berkesan. Ini semua hasil daripada apa yang kami lalui semasa anak pertama dan kedua. Antara strategi kami :-
1. Jangan angkat punggung. Nanti akan terkoyak.
2. Jangan teran selagi tak dibenarkan nurse. Buang masa dan tenaga.
3. Jangan teran sikit – sikit. Rugi sebab baby akan masuk balik dan keluar sikit je.
4. Teran dengan kuat dan panjang. Biar kurang bilangan teran tapi sepenuh tenaga dan lama – lama. Ini bakal bagi baby keluar dengan cepat dan tanpa sangkut – sangkut.
Ads
5. Jangan benarkan nurse buat episiotomi (potong untuk bukaan lebih luas). Saya kena main peranan tegah nurse kalau dia nak potong. Sebab kami yakin kami boleh buat.
6. Set masa bila nak buat “final push”. Masa ni ialah masa untuk teran habis – habisan. Saya akan bagitau dia masanya dah sampai bila kepala baby dah keluar.
Dan seperti yang dirancang, situasi yang sama berlaku. Tapi kali ni nurse dah pegang gunting dan nak potong. Saya tanya “nak potong apa? Jangan !”. Rupanya nurse cakap nak potong tali pusat sebab takut terbelit. Sebab masa kepala dah nak keluar tu, tali pusat dekat sangat dengan kepala baby.
Bila potong je, terus kepala baby senang nak keluar. Saya pun bagitau kat isteri yang inilah masanya. Dia tarik nafas dalam – dalam dan bersama dengan saya, kami sama – sama keluar suara untuk meneran sepanjang yang boleh.
Nurse pada masa itu sentiasa bagi dorongan positif seperti bagus, pandai dan sikit lagi. Saya pulak berada dekat dengan muka isteri. Hanya dia dan saya je dalam dunia kami sendiri, dia tak dengar dah nurse cakap ke atau bunyi lain. Dia teran, saya pun teran. Ini nampak macam takde ape – ape, tapi sebenarnya amat membantu isteri.
Alhamdulillah, dengan hanya 3 kali teran, Daisy Medina dilahirkan. Saya terus peluk isteri saya dan ucapkan terima kasih dan I love you berkali – kali. Ini juga kali pertama saya tak boleh control tangisan saya. Habis basah pipi dia dengan air mata saya. Syukur sangat segalanya selesai dengan selamat.
Cuma kali ni lepas bersalin, isteri muntah – muntah. Bila ditanya, rupanya ianya kesan dari ubat tahan sakit.
Setelah beberapa ketika menemani dan mengelap muntah isteri dan keadaan sudah tenang, saya diminta tunggu di wad. Perjalanan dari labour room sehingga ke tempat menunggu bagaikan sedang berjalan di dalam taman warna warni. Berbunga – bunga hati saya. Saya rasa masa tu juga kalau diukur, kedalaman lesung pipit adalah yang paling dalam dalam sejarah hidup saya. Hehehe..
Jadi, kesimpulannya di sini. Betapa pentingnya kehadiran suami di dewan bersalin.
1. Jangan biarkan isteri anda hadapi saat bersalin bersendirian. Isteri perlukan orang yang paling disayangi di sisi.
2. Wajib jadi penenang kepada isteri. Waktu itu fikiran isteri tidak menentu.
3. Bantu mana yang patut, urut tempat yang lenguh kerana berjam – jam menunggu.
4. Bantu isteri berkomunikasi dengan nurse. Masa tu isteri tengah sakit, suami yang ada kat situ boleh tolong jawab dan tanya info mengenai keadaan isteri dan baby masa tu.
5. Suami wajib jagakan aurat isteri. Bertegas jika perlu. Berlembut jika terpaksa.
6. Ucapan terima kasih dan penghargaan yang spontan sejurus selepas kelahiran baby adalah amat penting. Isteri baru sahaja melalui satu keadaan yang getir dan amat menyakitkan demi kita. Jangan anggap mudah perkara nie.
Semoga dengan penulisan ini dapat memberi sedikit idea mengenai apa yang berlaku di dalam dewan bersalin. Amat baik buat yang belum pernah atau akan melalui saat seperti ini.
Buat yang tidak mampu untuk berada bersama isteri kerana tidak tahan dengan darah, janganlah bersedih. Ini adalah perkara yang di luar kawalan. Berilah sokongan serapat yang boleh.
Buat suami yang tidak dapat bersama isteri kerana bekerja, bertabahlah. Ini ujian buat suami dan isteri. Diharap dengan penulisan ini juga dapat anda faham betapa sakitnya isteri dan betapa isteri memerlukan suaminya pada saat itu. Cubalah sebaik mungkin untuk berada bersama. Rancanglah sehabis baik. In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan.
Jika anda rasa penulisan ini bermanfaat, silakan SHARE.
Jemput follow saya ?Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke sampai lengan. Dia tekad untuk keluar dari kepompong kehidupan yang serba sederhana. Pendapatan suami yang hanya cukup-cukup makan.
Ditambah anak-anak kian bertambah, membuatkan empunya diri yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Zaza, mahu mencari alternatif lain.
“Saya terinspirasi dengan Cik Yana yang wanita yang kuat dan tabah. Sendirian membesarkan anak dengan status ibu tunggal ketika itu, namun akhirnya berjaya dalam dunia bisnes.
“Waktu itu saya, saya hanya sekadar dropship. Awal permulaan saya mendapat RM600 seminggu dan bertatih sedikit demi sedikit, daripada ejen kemudian bertukar stokis.
“Hubungan dengan Cik Yana juga sekadar mengenali dan mengikuti kisahnya di media sosial. Daripada sebuah kereta sewa akhirnya kini, Cik Yana berjaya sehingga sekarang. Bahkan, saya terharu apabila dilantik untuk menjadi pengasas bersama Cik Yana.
“Awalnya, Cik Yana bermula dengan produk bayi, kemudian mendapat idea untuk mengeluarkan produk berempah Oden terinspirasi daripada sebuah restoran.
“Sambutan cukup menggalakkan. Awalnya kami fokus melalui online dengan membuat live. Kebetulan kami baru bermula dan memerlukan modal yang banyak.
“Tak sangka daripada situ ramai berminat dan akhirnya daripada situ dapat peniaga baru termasuklah pelanggan yang bertambah.
“Alhamdulillah, kami juga menggunakan selebriti untuk membantu melariskan lagi jualan produk Oden. Kebetulan produk ini tidak mempunyai pesaing yang kuat dibandingkan produk lain,” ujar Cik Zaza sambil memberitahu sehingga kini sudah ada enam perisa produk Oden dan terbaru BBQ Dan kari.
Berniaga tanpa modal takkan berjaya
Berasal dari perkampungan nelayan di Pulau Langkawi. Sehingga umur 18 tahun, dia kemudiannya mengambil keputusan keluar daripada kampung untuk mencari pekerjaan. Selepas berkahwin, Cik Zaza kemudiannya mengikut suami ke Nilai, Negeri Sembilan.
“Ketika itu saya rasa sudah sampai masanya untuk mengubah kehidupan sekeluarga. Mentaliti sesetengah orang, berniaga tanpa modal takkan berjaya.
“Sebenarnya persepsi ini patut dibuang jauh-jauh kena disusuli dengan usaha yang gigih. Gunakan sepenuhnya media sosial yang pada saya percuma sahaja.
“Buang rasa malu dan gunakan dengan usaha yang ada. Dengan mudah kita akan dapat pelanggan. Sebagai contoh penggunaan tiktok.
“Kalau dulu selebriti sahaja terkenal, tetapi kini sudah berubah. Orang biasa pun boleh terkenal menerusi media sosial asalkan bijak dan tahu menggunakan peluang yang ada.
Kegagalan ‘guru’ terbaik untuk berjaya
Mengulas mengenai perancangan akan datang, Cik Zaza bersama Cik Yana bakal mengadakan roadtour di seluruh negara.
Tidak sekadar itu, bagi menghargai pelanggan, pihaknya mengadakan peraduan beli & menang dengan menyediakan hadiah berupa kereta termasuklah Proton Iris, Proton X70 dan juga Perodua Myvi.
“Kami juga mengalu-alukan mereka yang ingin mencuba dalam bidang bisnes bagi menjana pendapatan dengan menjadi ejen mahupun stokis untuk produk Oden Cik Yana.
“Sejujurnya, saya tak terbayang akan sampai ke tahap ini. Kalau dulu tak mampu nak bagi duit kepada keluarga, tetapi hari ini apa yang saya inginkan sudah diperoleh.
“Saya kena fikir jalan dan berniaga adalah cara terbaik. Dan ramai yang keluar dari masalah kewangan adalah melalui berniaga.
“Bahkan ramai yang saya bantu terutama surirumah untuk menjana pendapatan sendiri di mana boleh lahirkan usahawan yang mempunyai pendapat sekurang-kurangnya RM50K sebulan selain ada aset dan simpanan.
“Dalam masa yang sama saya nak tunjukkan pada orang diluar sana, kalau saya boleh lakukan kenapa mereka tak boleh.
“Jangan takut dengan kegagalan kerana ia ‘guru’ paling terbaik, jangan cepat putus asa sebelum mencuba.
“Alhamdulillah setakat ini, ejen dan stokis di bawah jenama Oden Cik Yana sudah menjangkau 15 ribu di seluruh Malaysia serta memasuki lebih kurang 1000 kedai.
“Akan datang, pihak kami merancang untuk mengeluarkan produk stimbot pula,” ujar Cik Zaza lagi.
Kena bijak ‘curi’ masa
Biarpun sibuk dengan urusan bisnes yang memerlukan dia ke sana ke mari selain terlibat dengan pelbagai program bagi mempromosikan produk Oden, namun Cik Zaza tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan anak-anak.
“Saya punya tiga orang cahaya mata. Memang saya akui terlalu sibuk dan ‘kekangan’ masa untuk anak-anak dan keluarga kena bijak ‘curi masa’. Kalau dulu saya masuk dalam dunia bisnes sebab nak ubah kehidupan kami sekeluarga.
“Namun kini apa yang saya hajati sudah tercapai, begitupun saya tak mahu duduk dan goyang kaki sahaja. Sebaliknya, kerja tetap kerja.
“Cumanya saya kena bijak membahagikan masa. Mujurlah anak-anak sudah bersekolah dari pagi hingga petang. Jadi waktu itu fokus saya kepada bisnes dan tugas di pejabat.
“Manakala malam saya akan beri keutamaan kepada anak-anak. Selain itu, kalau ada waktu kelapangan, saya akan membawa anak-anak keluar jalan-jalan,” ulas Cik Zaza sebelum menutup perbualan bersama penulis ketika berkunjung ke pejabatnya baru-baru ini.
Teringin nak buat sendiri Udang Butter tapi bimbang tak menjadi. Nah cuba resipi yang cukup mudah ini. Bukan sahaja rasanya yang enak dan berlemak dari butter, menu ini pasti menarik selera seisi keluarga.
Caranya cukup simple dan pasti jadi. Jom cuba resipi Creamy Cheezy Butter Prawn hasil perkongsian dari puan Suzana Othman. Selamat mencuba!
Creamy Cheezy Butter Prawn
Ramai yang masih belum pass masak menu ni kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat jerami telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. Sepatutnya nak lebih mudah faham kena buat video tapi kita nak cepat, tak sempat nak shooting video bagai. Harapnya uolls dapat tangkap apa yg ingin di sampaikan. Tak faham boleh tanya tapi mungkin lambat sikit kita balas sebab tengah kebizian.
Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau uolls xsuka susu cair, boleh ganti dgn santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.
Lihat langkah demi langkah dengan menekan klik pada gambar⬇️⬇️⬇️
Bahan-bahan creamy cheezy sause:
4ulas bawang putih-cincang
4tangkai daun kari
Cili api ikut kepedasan-potong
Butter
1sk serbuk lada sulah
1sk gula
1sk serbuk pati ayam
4keping cheese (tiada dalam gambar)
Cara membuat:
1kg udang dibersihkan. Taburkan dgn garam dan serbuk kunyit. Tambahkan satu senduk tepung bestari dan sedikit air. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang hingga masak. Tos dan ketepikan. Jangan overcooked tau. Kalau nak tau udang yg dimasak sempurna, udang tu bentuk C bermaksud cooked. Kalau udang jadi bentuk O maksudnya overcooked.
3. Panaskan minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari dan cili api.
4. Masukkan susu cair, serbuk lada sulah, gula dan serbuk pati ayam. Tak perlu tambah garam.
5. Masukkan kepingan cheese. Kita guna jenama Emborg.
6. Apabila sauce dah menggelegak masukkan udang.
7.Gaulkan udang hingga sebati dengan sauce tadi. Tutup api dan ketepikan.
8. Dalam mangkuk lain pukul 4butir kuning telur.
9. Panaskan minyak dan setengah biji butter dalam kuali. Bila minyak dah cukup panas, perlahankan api. Guna senduk seperti dalam gambar.
10. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuangkan telur perlahan-lahan kemudian kacau dengan laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau untuk dapatkan jerami telur yg halus.
11. Masak sebentar hingga minyak berbuih. Tutup api.
12. Tuangkan telur ke dalam penapis besi macam ni. Nak guna penapis santan yg besi tu pun boleh. Tekan telur guna senduk tadi untuk turunkan minyak ke bawah.
13. Toskan dengan tisu dapur utk menyerap minyak yg berbaki.
14. Masukkan udang dalam pinggan. Taburkan telur di atasnya. Sedia untuk disajikan
Perkongsian Abby Abadi di laman instagramnya baru-baru ini mendatangkan sebak dan terharu di kalangan netizen. Semua sedia maklum akan keadaan kesihatan ayahnya yang kurang baik. Sebagai anak, Abby memang tidak miss mengambil berat dan selalu menguruskan ayahnya yang uzur .
Di dalam catatannya, Abby memberi nasihat kepada semua supaya tidak mengabaikan orang tua bila sudah besar dan berjaya.
“Lega bila dpt luangkan masa dtg hantar makan dekat Mak, Ayah mandikan & wangikan Ayah, baru nampak dorang senyum seronok Selalu pagi kalau tak hantar makan + tak mandi ayah + tukar pampers, terbayang2 dosa2 bertimbun,”tulisnya di kapsyen.
Tambah Abby lagi, sebagai anak kena mengambil berat akan kebajikan orang tua sama ada melawat mahupun menghulurkan duit kepada mereka.
“Masa kecik2 beria2 dorang jaga kita, buat kerja itu buat kerja ini nk bagi kita cukup makan pakai.. Bila kita dah besar, kita balaslah.. Tak terbalaspun sbnrnya… Tp usahakanlah semampunya. kalau apa2 jadi nnti, takde lah terasa ralat sangat tak sempat buat tu, buat ni kannn? .
“Yg sombong2 sangat tu, yg takde hati nk jaga, nnti apa2 jadi takyahlah nk menangis2 bagai.. Ketahuilah yg waktu tu, dah tak bernilai apa2 dah. Takyah nk bg penghormatan terakhir lah kononnya. Dah tak bermakna,” kongsi Abby lagi.
Dalam pada itu, netizen melahirkan rasa kagum dan terharu dengan keprihatinan Abby dan turut berkongsi kisah keluarga mereka.
arisa_chikamatsu_chanKhidmatlah abah ukhty selagi mereke Ada. Saya hanya tinggal Ummi, walaupon dapat khidmat abi smpai akhir hayatnye,tp tetap rindu nk wudhukkan ABI bile tiba waktu solat. #16092018 pg trakhir dpt khidmat abi
saaidahidahBetul abby..berbakti sementara hayat kedua org tua kita masih ada..mrk x minta wang ringgit..cukup kasih sayang dan perhatian thdp mrk?
imahismeParents kita bkn beriya sgt pun nk mtk duit kita. Yg mereka perlukan kepedulian kita pd mereka…itu dah ckup buat mereka gumbira
maii_mukhrizzAlhamdulillah kak @abby_abadi112 puas jaga mak..dpt mandikan mak…dpt cebukkan mak… dpt rapikan mak… sekarang semua da xde kak..lepas arwah mak pergi pulang ke pangkuan PenciptaNya… Alfatihah… sekarang Rindu sgala2 tentang dia… rindu nk cium tangan dia…. rindu y xterucap
izzahsoberiSaya tak sempat mandikan mak saya masa hidup, saya cuma sempat mandikan badannya yg tidak lagi bernyawa. Saya harap saya berpeluang mandikan ayah semasa hidup dan pada akhir hayatnya kelak. Cuma skrg saya fokus untuk belajar dan happy kan ayah. Doakan saya ye 🙂
anniey_ckSetuju sgt2. Selagi mak ayah ada jaga sebaik mungkin. Bukan setakat wang ringgit, jaga mkn minum juga cukup baik.. Esok2 mak ayah dh x de nangis air mata darah pon x guna dah. Suka tgk sharing kak @abby_abadi112 .. Tq so muchh darling