Dalam pada orang ramai sibuk dengan isu semasa tentang poligami, setia suami isteri, lain pula bagi pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel, 34, menyifatkan tindakannya yang saling memberi dan membahagiakan keluarga sebagai antara tuntutan agama.
Baru-baru ini, Aeril berkongsi kejutan dibuatnya untuk isteri tercinta Wawa Zainal, 32, dengan menghadiahkan kenderaan pacuan empat roda jenis Brabus 900 Rocket Edition sempena ulang tahun wanita itu.
Cemburu dengan kejutan yang diterima oleh ibunya, anak sulung Aeril dan Wawa, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa terima kejutan yang sama untuk meraikan sambutan hari jadi ke-8 tahun oleh bapanya itu.
Menerusi hantaran video di Instagram itu, Aeril dilihat melayani Hayla seperti seorang ‘puteri’ dengan memberinya jambangan bunga, membeli permainan baharu, membuat rawatan kuku dan menaiki helikopter bersama ibunya, Wawa dan abang, Ahmad Fakhruddin Attar, 9.
Malah, majlis sambutan hari jadi Hayla juga dianjurkan serba meriah dengan tema ‘Barbie’ yang kini menjadi pilihan ramai.
Ditambah, Hayla juga disolek cantik dan anggun persis ‘Barbie’.
Mengulas kejutan dibuat itu, Aeril berkata, pemberian suami kepada isteri yang dilakukannya sebelum ini sebagai menghargai Wawa yang selalu ada dan setia bersamanya dalam apa jua keadaan dihadapi mereka.
“Saling memberi dan membahagiakan pasangan memang tuntutan agama. Apa lagi kepada seorang isteri yang saya saksikan jerih payah dan pengorbanannya untuk keluarga kecil kami dan bisnes yang dibangunkan bersama.
“Apa yang saya lakukan itu sebagai menghargai isteri yang selalu ada dan setia dalam apa jua keadaan. Jadi, selaku suami wajar untuk saya menzahirkan kesyukuran dengan memberi hadiah mengikut kemampuan,” katanya kepada Harian Metro.
Ads
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, dia juga memperlakukan perkara sama kepada anak-anaknya demi kegembiraan mereka.
Katanya, anak-anak juga membawa rezeki dalam keluarga yang dibina.
Ads
“Bukan isteri saja yang saya raikan dengan hadiah. Anak-anak juga saya gembira dan bahagiakan mereka selayaknya. Hadiah bukan semestinya berbentuk material dan fizikal, tetapi yang lebih utama adalah penghargaan.
“Apatah lagi, layanan hebat isteri (Wawa) terhadap saya, anai-anak dan keluarga kami. Meskipun dia tidak meminta, tetapi menghargainya terlebih dahulu akan selalu memperteguhkan ikatan cinta dan kasih sayang kami sebagai suami isteri,” katanya.
Pasangan Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun ini, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Selain Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, dua lagi anak mereka ialah6 Ayya Soffya, 3, dan Muhammad Fahri, kini berusia dua tahun.
Ibu mana yang tidak keruan apabila anak yang ditatang bagaimanakan minyak yang penuh mengalami kesakitan.
Begitulah situasi menyedihkan buat ibu ini, Cik Puan Ammy yang berkongsi coretan mengenai anaknya mengalami sawan. Beliau juga berkongsia tip juga jika menghadapi situasi ini.
Sejak semalam ramai rakan dan ahli keluarga mesej bertanyakan tentang keadaan Mahsuri. Bila, bagaimana dan kenapa Mahsuri boleh terkena sawan demam… Bukan niat nak menyepi tapi masih dalam keadaan terkejut. Hari ini bila perasaan dah tenang, saya cuba menceritakan apa yang berlaku dan puncanya. Di kesempatan ini juga saya kongsikan sedikit sebanyak panduan yang diberi oleh doktor jika menghadapi anak yg mengidap #Sawan_Demam.
1-2 Ogos adalah satu malam yang amat panjang untuk saya sekeluarga… Malam yang tidak sanggup kami lalui lagi kerana setiap saat hanya berhujan dengan deraian air mata… Mengharap doa dimakbulkan kerana sedar diri ini tidak terlalu sempurna disisiNya… Allahu Akbar.
Ia bermula pada petang Rabu. Mahsuri tiba-tiba demam tetapi tidak terlalu panas. Dia aktif seperti biasa. Saya hanya memberi ubat demam kepadanya dan seperti selalu membawa dia berniaga. Di tempat niaga, dia juga aktif. Makan apa yang ingin dia makan dan main apa yang dia ingin main. Saya tidak terlalu risau memandangkan setiap kali Mahsuri demam ianya tidak akan lama, sehari dua ia akan ‘kebah’.
Habis niaga, jam 11 malam kami sampai dirumah. Mahsuri masih demam. Rutin harian saya, setelah sampai dirumah saya pasti akan mandikan Mahsuri apatah lagi jika dia tidak sihat. Saya pasti akan mandikannya berkali-kali dalam satu malam. Tetapi tidak pada hari ini, mungkin kerana pada waktu itu saya terlalu penat tambahan pula dia nyenyak tidur, maka saya tangguhkan untuk esok pagi. Entah kenapa, malam tu saya rasa tidak sedap hati untuk tidur didalam bilik. Saya bawa Mahsuri tidur diruang tamu. Dia sedar dan minta makan. Kebetulan abangnya juga sedang makan. Setelah beberapa suap Mahsuri makan, dia minta untuk menonton ABC Song (youtube). Dia juga aktif seperti biasa.
Jam 2 pagi… Semuanya bermula disini. Saya terbangun dari tidur kerana rasa seperti digigit (Mahsuri breast feeding). Selalunya dia tidak pernah menggigit. Saya alihkan mukanya dan betapa terkejutnya saya bila dapati matanya telah keatas dan seluruh badanya kejang. Saya menjerit sekuat hati memanggil suami yang tidur dibilik. Nasib baik menyebelahi saya kerana memilih tidur diruang tamu kerana terang. Jika saya tidur di bilik pasti tidak nampak keadaan Mahsuri kerana gelap. Suami bergegas bangun dan mendakap Mahsuri. Alhamdulillah badannya kembali lembut dan matanya kembali normal. Tetapi ianya bertahan selama beberapa minit sahaja, badannya yang lemah tadi tiba-tiba menggigil dan dia mengetap giginya. Tanpa berlengah lagi, kami terus membawanya ke hospital. Sewaktu di dalam kereta, saya lihat bibirnya biru dan matanya sudah tertutup, badannya juga sudah terkulai. Ya Allah…
Pada waktu itu hanya tuhan sahaja tahu perasaan kami. Tanpa berlengah lagi, saya mencengkam mulutnya yang terkatup rapat dengan kuat dan memasukkan jari terlunjuk saya bagi membantu Mahsuri bernafas. Terbukanya mulut Mahsuri, banyak air liur yang berbuih keluar mengalir. Mahsuri kembali kejang. Walaupun bergitu kami lega kerana Mahsuri masih bersama kami. Dalam perjalanan kami tempuhi satu sekatan jalan anggota PDRM. Suami sedaya upaya bunyikan ‘hon’ banyak kali sambil kami menjerit
“tolong tuan… Anak saya sawan…”
Berkali-kali supaya kereta dihadapan ketepi untuk memberi laluan kepada kami. Alhamdulillah PDRM telah memberi kerjasama yang baik dan amat kami hargainya. Sepanjang jalan, pada tiap kali Mahsuri berhenti menggigit dan terkulai, saya akan menggoncang tubuhnya sekuat hati sambil memanggil namanya berharap dia ‘respon’.
“Sayang… gigit mama sayang… Jangan berhenti… Gigit kuat-kuat”
Setiap kali Mahsuri sedar dia akan kembali kejang dan bergetar. Surah Al Fatihah tidak berhenti berkumandang dari mulut suami. Kalimah syahadah juga tidak berhenti saya bisikkan ketelinganya. Pagi itu terasa perjalanan kami ke hospital sangatlah jauh walaupun jalan raya lengang. Saya tidak tahu berapa lajunya suami saya memandu namun saya masih berasa kereta itu bergerak amat perlahan sehingga saya memaksa suami memandu dengan lebih laju.
Setibanya di hospital (HTJ Seremban), Mahsuri disambut oleh beberapa orang pegawai perubatan dan terus ke zon merah. Letak sahaja Mahsuri dikatil, jari saya segera dilepaskan oleh doktor dari mulut Mahsuri. Luluhnya hati seorang ibu melihat anaknya dalam keadaan bergitu. Saya tidak pernah melihat suami saya menggigil seteruk itu. Kasihnya seorang bapa. Melihat keadaan kami yang tidak tenang. Doktor meminta kami bertenang dan menunggu diluar sementara mereka memberi rawatan kepada Mahsuri. Kami akur… Sepanjang masa kami berdoa mohon kepada Allah Swt agar diberi kesempatan kepada kami menjaga Mahsuri lagi. Berapa minit kemudian, kami dipanggil untuk menceritakan pada awal Mahsuri demam sehinggalah Mahsuri mendapat sawan demam atau dikenali sebagai #Febrile_Seizure. Saya merenung Mahsuri yang tidak sedarkan diri. Tubuh kecil itu bergetar dan matanya pejam kemas. Saya mengusap lembut kepalanya.
” Auciii… Auciii sakit ya… Mama baba ada Sayang…”
Saya bisikkan ketelinganya dengan lembut.
1 jam lebih di ’emergency room’, Mahsuri kembali tenang. Tubuhnya tidak lagi bergetar. Doktor mengatakan dia sedang berehat. Mahsuri ditolak ke ‘ward’ untuk rawatan selanjutnya.
PEGAWAI PERUBATAN BAGI INFO TENTANG SAWAN.
Semasa menunggu Mahsuri sedar saya didedahkan oleh pegawai perubatan mengenai sawan demam. Apa itu sawan demam. Apabila suami ‘up status’ di FB mohon kawan2 bantu mendoakan Mahsuri, rupanya ramai para kenalan mengalami nasib yang sama dengan kami. Ada juga yang tidak berpengalaman bertanya bagaimana ia menyerang, tanda-tanda sebelum ia menyerang dan bagaimana cara untuk merawatnya sementara ke hospital.
Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak keterangan doktor kepada saya.
Apa itu #Sawan_Demam_(Febrile_Seizure)
Ianya disebbkan oleh demam panas d kalangan bayi atau kanak2 kecil yang normal. Berbeza dengan #Sawan_Babi_(Epilepsi) ianya adalah sawan yang berulang2 tanpa disebbkan oleh demam.
2.5% drpd kanak2 normal boleh menghidap sawan demam.
Tanda-tandanya…
? Badan terasa panas.
? Badan dan kaki tegang.
? Kaki dan tangan tersentak2 tanpa ransangan.
? Mulut berbuih.
? Terberak atau terkencing.
? Tertidur dan tdk sedarkan diri seketika. Apabila sedar kelihatan bingung dan kembali aktif.
? Kebanyakan berlaku melebihi suhu badan 38.5°c dan pada hari pertama demam.
Apa harus dilakukan…?
1. Ibu dan ayah perlu bertenang.
2. Iringkan anak kesisi badan (mengiring ke kiri).
3. Rendahkan kepalanya agar cecair yg ada dalam mulut mengalir keluar.
4. Jika anak mengetap gigi, jangan masukkan sesuatu objek atau jari kedalam mulut anak bimbang akan tercekik atau tercucuk.
5. Lap seluruh badan menggunakan air paip bukan air sejuk bg mengawal panas badan.
6. Jika sawan melebihi 5 minit, ubat diazepam (Valium) melalui dubur perlu diberi dan segeralah bawa ke hospital.
Jika demam berpanjangan.
Berikan ubat2an seperti paracetamol atau ibuprofen utk menurunkan demam. Mandi atau lap badan dengan air paip bukan air sejuk sekerap yg boleh. Bagi anak minum air sejuk, ini dpt membantu menurunkan suhu badan dan mengekalkan hidrasi.
Alhamdulillah… 2 Ogos… Jam 9 pagi Mahsuri sedar dari tidur, ayat pertama keluar dari mulutnya adalah…
“Hai… Hello mama…”
Sambil melambai tanganya… Ya Allah… Leganya hati saya… Terima kasih Allah kerana meminjamkan Mahsuri kepada kami dan memberi kesempatan kami menjaganya lagi….
Moga perkongsian menjadi iktibar bersama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengorbanan wanita yang bergelar ibu. Hamil semula dalam jarak dekat dengan anak sebelum ini sering kali menjadi dilema para ibu. Lebih-lebih lagi yang melalui proses kelahiran secara pembedahan.
Demikian juga yang berlaku pada aktres putih melepak yang juga isteri kesayangan Bung Mokhtar ini apabila disahkan mengandung semula selepas 9 bulan menimang anak kembar.
“Saya memang mahukan anak lagi tapi saya tidak sangka ia terlalu awal. Ia hanya lima bulan selepas bersalin dengan pembedahan.
“Bimbang, takut semua ada, yelah perut nak kena potong lagi, tapi pakar memberitahu saya selamat untuk mengandung kembali. Jadi, doakan yang terbaik okay.
Beliau yang kini sedang hamil anak ketiga hanya selepas sembilan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun lalu.
Kandungannya kini sudah memasuki usia tiga bulan termasuk gambar kit ujian kehamilan yang menunjukkan dua jalur merah menandakan dia hamil.
Dia turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya yang lain bagi mengumumkan berita gembira itu.
Dalam pada itu, Zizie turut menitipkan doa kepada wanita yang belum dan masih menanti zuriat sendiri.
“I have read most of the comments on my previous post sambil2 tolong mendoakan yg mana masih lg TTC.”
“Semoga doa anda dan saya utk anda dimakbulkan. Amin.
Zizie pada 29 Disember tahun lalu selamat melahirkan anak kembar yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan. Aktres itu juga mempunyai dua anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.
Sementera itu, ramai pengikutnya yang mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga proses kehamilannya lancar tanpa sebarang masalah.
homie_mummyInsyAllah you will be fine as long as you do not do vigorous exercise. Mine all 4 c- section and all very close gap. Our gynea would know
azunakandarDon’t so worry…. Rezki tak salah alamat… Semuanya pasti tepat dan cepat…. Byk igt Allah…. Doa dan sedekah…
haiza_sallehAlhamdullilah.. congrats to u and may Allah ease everything for u @zizieizette . Sy pun delivered czer and conceived secand baby after 7 months.. third baby baru jarak 4 thn and follow by last czer baby 4 years.. huhuhu. Alhamdullilah semua anak2 sihat je.. ?? skang dh ‘tutup kedai’.. lega sgt x perlu plan2 lagi…??
shakirah_officialAny woman will love to get pregnant if they have a caring and “gila2” sporting husband that can do anything for the wife n children and ensuring they are happy.
norfaezahsaini@zizieizette hehe..no wonder i got pregnant at my age of 41. Btw..congrats to u ? take care
little.baby.dAlhamdulillah. Pregnancy too early after csec ada risk of scar dehisence. But risk xsemestinya jd kepada semua org. Kalau sakit kt scar kene check. Tp as u said in one of your comment, xkn nak terminate kan. Allah dah bg nyawa. Kita doa yg baik2 je.
normala_kakyongtahniah datin ? seronok nya dgr datin pregnant lagi.doakan sy ye.anak bujang dh 6tahun.sorg je belum ade adik ? ..innsyaAllah sy yakin 1 hari nti ? take care datin zie ??
puteri_tujuhAlhamdulillah..terima kasih sebab doakan kami..
_nirwanahmhinsyaAllah ok @zizieizettesaya lagi closed gap. my first baby baru 1year, my second born. both csec ?
lizaali7946Tahniah… dimurahkan rezeki … semoga dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan yg baik untuk Ibu & anak-anak ya…. Aamiin.Doakan semoga Allah S.W.T makbulkan doa saya jugak ya… yg menunggu 12 thn utk mendpt cahaya mata ke-2.
rjmillee@zizieizette kuatnya hati datin walaupun ada alahan.. Bole jadi motivasi utk saya ni tuk tahun depan ? harapla kuat ati juga mcm datin.
Nak memujuk orang sebenarnya benda paling lemah nak buat. Betul tak? Especially nak memujuk wanita, pujuk cara ini tak kena, cara itu tak jalan. Kadang buntu lah dibuatnya!
Selalunya, cara paling mudah nak pujuk orang guna dengan beri hadiah. Tak kisah lah nak bagi hadiah apa, paling simple nak pilih benda yang menjadi favourite si dia la!
Dah bagi, barulah nampak sedikit senyuman disebalik jawah kelat mulut muncung boleh sangkut hanger tu. Hehe.
Bagi hadiah sebagai tanda memujuk, bukan beerti orang yang merajuk tu materialistik tau! Pantang bagi hadiah je, terus ok. Tidak ye!
Ia dikategorikan sebagai Love Language. Nak tahu apa tu? Jom ikuti perkongsian dari Taufiq Razif ni!
Isteri saya bukan materialistik
Baru ni isteri saya merajuk. Daripada raut wajah yang susah nak senyum tu saya tahu dia tengah merajuk dengan saya. Bila tanya sepatah, jawap pun sepatah. Aduh gawat sih!
Yelah, saya ni kadang melampau juga. Sibuk meeting sana sini sampai kadang terlupa yang ‘meeting’ bersama anak dan isteri itu lebih utama.
Jadi dipendekkan cerita saya sedar itu kesilapan saya dan saya nak tebus kesalahan saya. Aduh. Macam mana nak tebus kesalahan saya ni?
Nak taknak saya kena isi balik tangki emosi bidadari saya ni. Jadi saya hadiahkan isteri saya satu set Senduk Pelangi warna warni. Mula mula muka si dia selamba je. Biasa lah jual mahal kan hehe. Cuma eh perlahan lahan senyuman mula terukir.
Tanya sekali, eh jawab sepuluh kali teruih! Sah! Si dia dah berjaya dipujuk! Tadi punya la ketat muka tu tapi dah dapat hadiah terus tersenyum.
Memang ada sesetengah wanita ni memang nak pujuk mereka, kena bagi hadiah. Mereka bukannya materialistik tau. Tahu tak Receiving Gifts ni salah satu daripada 5 Love Language?
Ok gini tuan puan. Love Language ni ada 5 seperti yang ditulis oleh Dr Gary Chapman, seorang spekaer dan penulis buku terkenal dunia.
Love Language ni adalah bagaimana seseorang itu merasa DICINTAI. Ok cuba baca bawah ni untuk lebih faham lagi.
5 Jenis Love Language
Words of Affirmation –Ada wanita merasa DICINTAI bila kita bagi kata kata cinta, pujuk rayu, puji pujian dan perkataan perkataan yang mendamaikan hatinya
Physical Touch – Ada wanita merasa DICINTAI bila kita peluk peluk dia, genggam tangan dia semasa berjalan jalan dan lain lain yang melibatkan sentuhan fizikal
Act of Service – Ada wanita yang merasa DICINTAI bila kita tolong dia masak, picit kaki dia, tolong lipat baju, cebok anak dan lain lain yang melibatkan khidmat dan bantuan
Quality Time –Ada wanita merasa DICINTAI bila kita bagi masa untuk dating berdua, tak terlalu sibuk bekerja sampai abaikan si dia
Receiving Gifts –Ada wanita yang merasa DICINTAI bila kita bagi mereka kejutan hadiah, nafkah lebih dan pemberian penuh ikhlas
Mereka bukan mengada ngada, mereka bukan materialistik tapi ini adalah sunnatullah. Ia ada dalam naluri manusia. Seperti pesan Nabi Muhammad :
تهادُوْا تحابُّوا
Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.
Riwayat al-Bukhari (594)
Taufiq Razif
Makin bagi hadiah, makin rezeki bertambah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.