Antara menu yang boleh dikatakan wajib bawa jika seisi keluarga melancong keluar negara, lain tak bukan adalah sambal bilis. Keenakan rasanya boleh membuka selera dan apa yang lebih penting tidak mudah basi.
Apatah lagi jika digoreng sempurna, keranggupannya boleh berkekalan.
Ini sebagai mana resipi ini. Ikan bilisnya rangup malah sambalnya juga kering. Bagaimana untuk hasilkannya, ikuti perkongsian ini.
Assalamualaikum. hari ni nak share resepi sambal bilis garing/kerig. ada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis kering yang jual kat petronas tu tak?
Ni ade resepi sambal kering tu insyaallah sedap. boleh buat stock makan dengan nasi and nak jual pon boleh. ni buat untuk bekalan mak mertua untuk mengerjakan haji. Boleh tambah tempe goreng atau tahu goreng kalau suka.
Ads
.
Resepi sambal bilis garing/kering
Ads
bahan-bahan
1. cili kering 500g
(goreng cili kering dalam minyak panas lebih kurang dalam 10saat atau pun sehingga cili kering rangup. Jangan sampai hangit nanti cili jadi pahit. kemudian tumbuk/blander kering cili yang telah
digoreng)
.
Ads
2. ikan bilis halus 500g digoreng garing (boleh lebih jika suka)
3. bawang goreng 2 bungkus (tak letak takpa)
4. kiub ayam 2 ketul
5. gula halus secukup rasa
6. garam/serbuk perasa secukup rasa
cara-cara:
– panas kan dalam 3 sudu minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan 2 ketul kiub ayam dan hancurkan sehingga sebati dengan minyak. Jangan sampai hangit. ( api paling kecil)
– Masuk kan cili kering tumbuk, ikan bilis goreng, bawang goreng, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
– Gaul semua bahan tadi lebih kurang 2 minit dan tutup api.
Siap.
.
Walaupun ‘shopping’ tu hobi wanita, tetapi percayalah tak semua rajin setiap hari ke pasar untuk beli barangan basah untuk memasak lauk harian. Paling kurang seminggu sekali akan ‘refill’ barangan basah di rumah mengikut kadar kegunaan dan muat peti ais masing-masing.
Selalunya bila beli barang basah banyak-banyak ni, simpan pula lama dalam peti sejuk dan salah penyimpanannya menyebabkan lauk kita tu jadi kurang enak bila masak. Lebih-lebih lagi makanan laut hingga boleh hilang rasa kemanisannya.
Jadi, nak tahu cara simpan supaya lauk basah kita terutamanya udang sentiasa segar walaupun berminggu berbulan simpan? Jom ikut cara yang dikongsikan oleh aunty Tieok Eng di laman Facebook ini. Harap membantu ye! .
Ini bukan masak apa tak jadi ye. Aunty cuma nak share tip cara aunty simpan udang tahan lama dan sama ‘fresh’ macam yang baru naik dari laut, walaupun aunty simpan hampir 6 bulan kat peti ais beku.
Cara-caranya :-
1. Bersihkan udang dan letak dalam bekas yang boleh tutup.
2. Masukkan air yang sejuk. Kalau ada mesin Coway guna air yang sejuk. Kalau tak ada, boleh cairkan air ais dulu ye.
3. Lepas tu letak gula sikit, tutup kemas simpan kat peti ais beku,
4. Air biar sama tinggi dengan udang kat bekas tu.
Kalau nak cuba kelainan masak sardin dalam tin, apa kata cuba masak lemak cili api. Nak lagi sedap kena masak pedas, barulah menyengat! Memang bertambah-tambahlah nasi dalam pinggan.
Jemu juga kalau sardin dalam tin kita masak macam biasa. Resipi masak lemak cili api ini pilihan lain menu menggunakan sardin dalam tin. Adalah sedikit variasi dalam menu masakan untuk keluarga.
Mungkin ada yang sudah biasa masak, tapi ramai juga yang langsung tak pernah cuba lauk sardin tin ini dimasak begini. Atiqah Sulaiman salah seorang daripadanya. Namun setelah mencuba ternyata lauk ini katanya tersangatlah sedap, lebih-lebih lagi kalau dibuat pedas.
Siapa peminat sambal, perlu cuba kelima-lima sambal yang dikongsikan ini dan seterusnya menjadikan stok wajib ada di rumah. Ini memandangkan sambal ini sangat enak dan tidak dinafikan buat peminat sambal, lagi pedas rasanya bertambah power kenikmatan sambal tersebut.
Pun begitu, jika hari-hari hendak membuat sambal mungkin ada yang menganggapnya leceh. Jadi sebenarnya ada cara dan tip untuk pastikan sambal yang kita sediakan akan kekal elok untuk jangka masa yang panjang.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh pemilik akaun fb Afi AL Habibi yang cukup dikenali dikalangan peminat resipi masakan. Untuk itu, jom kita cuba buat 5 jenis sambal ini dan praktik beberapa tip yang diberikan. Selamat mencuba.
RESEPI SAMBAL BELACAN MENYENGAT
1. Sediakan bahan-bahan di bawah;
– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda * dibakar terlebih dahulu*)
2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa
RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.
5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan kismis dan sedikit bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.
6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
Nak resepi lengkap untuk menu yang boleh disesuaikan seperti tauhu begedil soto, bihun sup, begedil dan lain-lain boleh skroll tengok dekat wall cikgu okay.
RESEPI SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.
Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.
Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.
*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
*atau kurangkan kuantiti untuk sedikit rasa pedas*
– 1/4 bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– semangkuk kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– secubit belacan
Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*
Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar.
Kacau sesekali.
Masukkan baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal masak dalam api perlaha
Perasakan bahan dengan gula perang dan garam bukit secukup rasa.
Cikgu tambah secubit dua perencah Hilal.
Cikgu keluarkan sedikit minyak sambal yang telah pecah minyak
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi* Nak makan baru letak.
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 5 biji limau kasturi 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.
Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
RESEPI SAMBAL JANTAN POWER
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan. Makan dengan nasi bungkus ni jadi sangat.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.