Diduga memiliki anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Namun, istimewanya anak ini dianugerahkan Tuhan bakat yang cukup luar biasa. Kemahiran yang adakalanya tiada pada anak-anak normal yang lain.
Demikian juga dengan anak autisme. Ramai ibu bapa yang berkongsi kisah anak-anak istimewa mereka sama ada dalam pelajaran mahupun sebagainya.
Seorang ibu Bunga Marissa berkongsi bakat luar biasa anak lelakinya yang baru berusia 6 tahun, namun sudah menghafal dan menulis surah dengan lancar biarpun tidak diajari oleh sesiapa. Sebaliknya dia hanya mendengar dan terus menulis di kertas.
Assalamualaikum..saya nk tanya..kalau ank saya yang ikut routine setiap hari tak boleh skip..adakah dia autism..dia sangat fokus pada sesuatu perkara..umur dia baru 6 tahun tapi dia dah boleh menghafal Ar-Rahman,Al- Waqiah serta menulis sekali.
Umur 4 tahun dia dah boleh membaca buku..ni dia yang tulis..dia hanya tengok dan dengar surah Al-Matsurat setiap pagi..dia boleh tulis balik apa yang dia tengok & dengar..saya tak pernah pi cek doktor.
Ads
Dulu dia akan mengamuk bila tak dapat sesuatu yang dia minat..dia hanya minat buku dengan pensel..lepas saya bagi dia makan scott tantrum nak ngamuk dah kurang..dah boleh bawa bincang..adakah anak saya ni autism ye..boleh bagi pendapat x?
Dia mengakui kemahiran luar biasa anaknya yang bernama Ahmad Mustaqim bin Mohd Nasrul Naim itu mula disedari sewaktu lockdown baru-baru ini.
“Anak saya mulanya hanya mendengar, kemudian menghafal dan menulis di buku. Sebelum ini dia menghafal Asma Ul Husna. Kini Ar-Rahman,Al- Waqiah. Dia bermula dengan mendengar dahulu. Buat masa ini saya belum membawa dia berjumpa pakar untuk mengesahkan anak saya autism.
Ads
“Sebelum ini, dia suka mengamuk. Contoh tertinggal barang dia..dia nak juga tak boleh ganti yang lain. Dia mengamuk teruk jenuh nak pujuk. Dia tahu kita ni tipu dia kalau beli lain atau cari ganti.
“Buat masa sekarang saya tak ada buat apa-apa tentang bakatnya itu. Memandangkan dia masih kecil, jadi saya lepaskan je dia buat apa dan belajar sendiri. Sebab dia masih kanak-kanak dan saya mahu dia enjoy zaman kanak-kanak dia.” ujar guru sekolah menengah ini ketika ditemubual penulis mengenai anak lelakinya itu.
Menjadi kebiasaan bila kita membeli kediaman sama ada rumah baharu daripada pemaju mahu pun rumah sub sale, tentu ada sahaja yang ingin diubah suai mengikut citarasa dan rekaan sendiri. Maklumlah rumah yang dibeli ingin dijadikan sebagai kediaman impian yang selesa dan indah untuk dihuni bersama keluarga tercinta.
Pun begitu, dalam ada yang teruja melakukan pengubahsuaian rumah, lebih baik baca dan fahamkan terlebih dahulu mana satu yang boleh dan mana pula yang dilarang dilakukan untuk mengelak menanggung kerugian di kemudian hari.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ar.Ahmadkhairul Sabirin dari Sabirin Rosli Architect untuk dijadikan rujukan sebelum kerja-kerja renovate dilakukan.
BENDA SALAH YANG KITA INGAT BIASA WAKTU RENOVATE RUMAH
Kebiasaannya kita ni bila dah beli rumah, rasa kita nak buat apa pun boleh, ye lah rumah kita kan, hasil titik peluh dari kecil menabung, dah besar ni mesti nak renovate rumah bagi cantik. Renovate? Tak ada masalah tapi tau tak apa yang boleh dan tak boleh?
1. Tiada permit.
Kalau diikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/ permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada.
Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit ya. Tak boleh suka-suka pasal depan rumah dah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT dah. Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanya kan hal ini, untuk mengelakkan kita kena denda waktu random spot check oleh majlis.
2. Tambah floor area tanpa kelulusan PBT
Alah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja. Jangan main-main ya main tambah kiri kanan atas tanpa kelulusan majlis, kalau tertangkap, ready lah duit untuk bayar denda.
Nak renovate tambah floor area ni memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus hire kontraktor dan jalan terus. Salah. Hire arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT.
Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu anda buat renovation tanpa pelan lulus, denda 10x dari wang proses pelan dan kena submit lalu arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan.
3. Tak bincang dengan jiran
Sebelum nak renovate, berbincang lah dengan jiran dulu. Pasal bila bising kerja renovate, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulan lah mereka makan hati. Last-last jiran sendiri yang report ke PBT, tambah pula tak ada kelulusan. Dah satu hal pula.
Tak rugi berbaik dengan jiran. Lagi pula kepada siapa yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate.
Sekarang pun kalau nak renovate memang memerlukan consent dari jiran. Macam borang yang kita dah inform jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran.
4. Renovate sampai line pagar depan.
Perlu diingat, walaupun DALAM kawasan pagar tu rumah anda, tak bermakna anda boleh buat rumah sampai pagar. haha. Tak boleh ya. Kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga
6.1m atau 20 kaki dari line pagar/line sempadan. Itu adalah kehendak PBT.
Anda boleh didenda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun saya ingat kan awal-awal, tak boleh ya. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya.
5. Renovate LUAR dari pagar depan!
Ini level legend. Biasa ni level-level T20 ni. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house weh! Gated and guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayang kan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh ya.
Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis ni, confirm dia jeling punya. Tak sempat tanya dah kena reject. haha.
Baru ni ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak pasal ada kerja repair paip. PBT cakap dah luar pagar bukan area kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clear kan untuk kerja-kerja pembaikian.
6. Submit pelan lulus lain, buat di site lain!
Jenis ni ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, lepas tu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudah nya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya.
To sum up, ikut lah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujung nya kita rugi juga.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Umum mengetahui Mawar Karim dan Fizo Omar yang dahulunya merupakan pasangan suami isteri namun mengambil keputusan berpisah kerana sudah tidak sehaluan.
Pun begitu, hubungan antara mereka tetap baik atas dasar anak dan sering bergilir-gilir menjaga anak tunggal mereka ini.
Baru-baru ini kecoh apabila Mawar karim memberi ‘pesanan’ buat bakal isteri kepada Fizo Omar supaya tidak menggunakan gelaran Mummy atau mama.
Mawar Karim mendoakan bekas suaminya itu supaya bertemu jodoh secepat mungkin.
Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Mawar menjawab pertanyaan pengikutnya yang mengajukan soalan berkaitan Fizo.
“Bagi Kak Mawar, tak marah kalau bapa Maryam nak kahwin. Lagi gembira dan cepat-cepat kahwin, lagi bagus. Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna.
“Kak Mawar tak sempurna, serba kekurangan. Kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua,” katanya.
Namun, Mawar mengingatkan kepada bakal isteri Fizo supaya tidak menggunakan panggilan ‘mummy’ atau ‘mama’.
“Kepada siapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti, jangan panggil ‘mummy’ atau ‘mama’ sebab panggilan itu khas buat Kak Mawar. Bukan apa, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang sebab dia begitu istimewa,” katanya.
Dalam pada itu, Mawar menafikan yang dia iri hati dengan membuat pesanan sedemikian. Sebaliknya panggilan Mommy dan mama itu sememangnya khas buatnya, banyak lagi panggilan lain yang boleh digunakan seperti ibu , bonda dan sebagainya.
Mawar dan Fizo sebelum ini berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Pasangan itu bercerai pada Julai 2019.
Berwaspadalah bila bercadang melancong ke luar negara. Jika anda sering melakukan perjalanan melalui udara, berhati-hati dengan jiran tempat duduk yang mesra dan terlebih ramah.
Ini kisahnya moga menjadi iktibar supaya tidak terjerat dengan penjenayah yang mengambil kesempatan. Akhirnya diri kita menjadi mangsa.
Seorang wanita yang agak berumur datang dan duduk di sebelah saya di dalam pesawat. Dia meminta saya membantunya memasukkan begnya ke dalam ruang bagasi atas.
Tetapi seorang lelaki yang duduk di seberang dengan cepat datang. (Saya tidak terlalu tinggi dan ruang bagasi atas adalah sesuatu yang saya memang elakkan.)
Segera dia duduk dan memulakan perbualan. Dia sangat mesra dan bercakap dengan baik. Jadi kami berbual sepanjang penerbangan ke Dubai.
Tiba-tiba, apabila juruterbang mengumumkan bahawa kami sedang memulakan perjalanan ke DXB, kawan baik baru saya ni ‘mengalami’ sakit perut. Saya dengan hati yang baik, menekan butang pramugari, dan pramugari datang untuk menanyakan apa masalahnya. Saya memberitahu beliau tidak sihat.
Dan wanita ini, dia tiba-tiba mula memanggil saya sebagai ‘my daughter’. Pramugari memberitahu saya bahawa tiada apa yang boleh mereka lakukan kecuali memberinya beberapa ubat penahan sakit dan tunggu sehingga kami mendarat.
Juruterbang mengumumkan bahawa kami mengalami kecemasan perubatan di atas kapal dan menasihatkan kami semua untuk bertenang. Kawan baru saya menangis dan berpeluh gila. Dan dia enggan melepaskan tangan saya… semua orang menganggap kami mengenali antara satu sama lain.
Jadi kami mendarat di DXB dan lelaki yang sama yang membantu meletakkan bagasinya di ruang atas mengeluarkan bagasinya. Tetapi semasa dia mengeluarkan bagasi, dia menasihati saya supaya menjauhkan diri daripada wanita ini dan menjelaskan kepada kru kabin bahawa kami TIDAK pergi bersama.
Oleh itu, kru kabin datang dan bertanya kepada saya sama ada kami mempunyai pertalian persaudaraan, saya memberitahu mereka bahawa kami baru sahaja bertemu di dalam pesawat. Saya tidak mengenalinya langsung. Jadi kami mula berlepas dan semasa saya mengucapkan selamat tinggal dia terus merayu saya untuk membawa beg tangannya.
Saya sangat berbelah bagi… tetapi lelaki itu memandang ke dalam mata saya dan dengan tegas menggelengkan kepalanya. Dia memberikan saya nota yang memberitahu saya untuk membiarkan kru kabin mengendalikannya.
Jadi saya keluar dari pesawat dan meninggalkan ‘kawan baru’ saya untuk menunggu kerusi roda dan dikendalikan oleh kru kabin dan berasa sangat bersalah.
Semasa kami menunggu bagasi kami datang, saya mendengar kekecohan ini. ‘Kawan baru’ saya sedang berlari, cuba melarikan diri dari krew kabin, dan bangun dari kerusi roda! Dia meninggalkan pramugari dengan beg tangannya dan hanya berlari ke arah pintu keluar dengan baki bagasi tangannya! Nasib baik polis lapangan terbang lebih laju daripada dia.
Mereka menangkapnya dan membawanya kembali dalam keadaan bergari. Wanita ini mula memanggil saya.. my daughter… my daughter!.. bagaimana tergamak lakukan ini kepada dia….. baru saya tahu. Dia membawa d_a_d_a_h dan dia cuba mengaitkan saya!
Nasib baik bagi saya, lelaki yang membantunya membawa bagasinya tampil ke hadapan dan memberitahu polis lapangan terbang bahawa saya dan dia baru sahaja bertemu di dalam pesawat.
Polis mengambil pasport saya dan memintanya mendedahkan nama penuh saya jika benar kami melancong bersama. Dengan izin Tuhan, saya tidak memberitahunya nama saya! Saya masih diminta untuk mengikut polis ke bilik kecil di mana saya disoal siasat secara terperinci. Di mana saya bertemu dengannya?… di mana saya board… di mana dia board. Dan lain-lain… Dan bagasi saya telah banyak diselongkar dan diperiksa untuk cap jari.
Mereka membersihkan semua bagasinya dan cap jari saya tidak ditemui di mana-mana pada bagasinya atau pada beg tangannya!
Saya dilepaskan dengan nasihat jangan sekali-kali menyentuh bagasi sesiapa sama ada dalam penerbangan atau di lapangan terbang. Jadi mulai hari itu, saya tidak kisah berapa banyak bagasi yang kamu ada, kamu akan uruskanlah sendiri.
Saya tidak akan menawarkan kamu troli untuk meletakkan bagasi anda! Bagasi kamu… masalah kamu…. itu polisi saya. Dan jika kamu tidak dapat mencapai ruang atas, dan saya adalah orang yang terdekat, sila hubungi kru kabin! Pengajaran untuk semua yang kerap mengembara menggunakan pesawat udara.
Moga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua.
Sumber: Learning Petals via Malaysia Chinese News.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...