“OKU bukanlah penghalang bagiku untuk bangun berusaha seawal 4 pagi demi mencari sesuap nasi dibantu isteri tersayang seperti biasa menu jualan kecilanku pagi ni mee kari, lontong dan cucur badak. Berhenti dari terus mengharap ehsan orang sekeliling, aku kena teruskan berjuang dengan semangat yang tinggi…”

Begitulah caption yang dikongsikan oleh Rozaini Kornin di page MAHN. Apabila turut berkongsi beberapa gambar menu jualannya setiap hari.

Walau Disahkan OKU Akibat Gout Kronik, Suami Ni Terus Bangkit Berniaga Makanan Untuk Sara Keluarga.  Cukup Terinspirasi! Walau Disahkan OKU Akibat Gout Kronik, Suami Ni Terus Bangkit Berniaga Makanan Untuk Sara Keluarga.  Cukup Terinspirasi!

Berbekalkan pengalaman pernah jadi tukang masak di kantin sekolah pricent 18 Putrajaya selama 3 tahun dan sebelum itu bekerja sebagai penguatkuasa di MPSJ, pengelaman yang berharga buat dirinya digunakan sebaiknya untuk terus menjalani kehidupan setelah disahkan mengidap penyakit gout tahap kronik.

IKLAN

Walau Disahkan OKU Akibat Gout Kronik, Suami Ni Terus Bangkit Berniaga Makanan Untuk Sara Keluarga.  Cukup Terinspirasi!

Menurutnya, “Saya sudah 5 tahun kronik gout hingga dapat kad OKU dari JKM. Buat kerja berat tak boleh, pergerakan terbatas. Alhamdulillah, isteri memahami dan dialah juga kini  yang banyak membantu dan dia sekarang masih berkerja untuk menampung hidup kami anak beranak.”

IKLAN

“Bila ada tumujanji dengan doktor, setiap bulan saya kena datang Hospital Serdang bertemu pakar ditemani anak kami dan dia juga perlu mengambil cuti untuk itu. Saya dapat bantuan bulanan dari JKM sebanyak RM250, Zakat Selangor bagi bantuan kecemasan RM 100 setahun hanya sekali. Atas desakan hidup, saya kuatkan semangat untuk buat perniagaan kecil-kecilan dengan memasak dan jual di kedai-kedai orang lain.

IKLAN

“Kerja-kerja memasak banyak dibantu isteri kerana tangan saya hanya sebelah kanan mampu berfungsi 80%..dengan hanya sebelah tangan saya mampu untuk buat kerja-kerja di dapur walau ada yang terbatas pergerakannya. Tu sebab terpaksa minta bantuan isteri atau anak. Antara menu yang disediakan setiap hari adalah antaranya mee kari, laksa, lontong dan cucur badak.

Berkat usaha dan tidak pernah putus asa dapat juga menampung duit poket keluarganya. Mmenurutnya, “Bersih sehari tolak modal, bolehlah beli barang untuk esoknya dan tinggal lah dalam RM30 pada wife. Saya tak pegang duit, semua wife yang pegang. Kalau nak guna beli topup ke baru saya minta nak guna sikit dengan dia. Kedang-kadang sementara nak tunggu duit JKM masuk hujung bulan, bila buat niaga kecil-kecilan ni ada gak duit poket sikit.

sumber : Rozaini Kornin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI