Bukan calang-calang gadis manis bertudung litup ini. Redup matanya seindah wajah manis dipandang mata hanya luaran sahaja namun jiwanya mempunyai semangat wajar. 

Begitulah hebatnya Leftenan Madya Puteri Shazwani Binti Megat Ahmad Shariman, 26 (Bekas Pelajar MRSM Parit, Perak), pegawai wanita TLDM pertama yang mempunyai kepakaran juruteknik peluru dan explosive ordnance pada tahun 2021.

Tawan Dunia Lelaki, Gadis Ini Pegawai Wanita TLDM Pertama Miliki Kepakaran Musnah Peluru, Bahan Letupan.

Hakikatnya untuk menceburi kerjaya sebagai tentɛra pastinya memerlukan kekuatan fizikal mɛntal yang kṳat, pengorbanan yang tinggi dan perlu mempunyai keberanian kerana pelbagai cabaran bakal ditempuh dalam kerjaya ini.

Sebuah perkongsian yang sungguh inspirasi untuk kita menjana jati diri kepada anak-anak untuk menjadi generasi yang gemilang. 

Menerusi perkongsian daripada Dr. Zulkifli Hussain yang merupakan KPP Bhgn Pendidikan Menengah MARA ini sungguh bermanfaat dan menyuntik semangat kepada anak-anak muda serta ibubapa. 

 

Saya tanya kepada Puteri Shazwani, mencabar tak bagi seorang wanita untuk bergelar sebagai Leftenan Muda TLDM?

Beliau menjawab; “Sudah pasti. Bidang tentera ini luas. Bidang Perubatan, Kejuruteraan, Logistik, Juruterbang, Perisikan, Polis Tentera, Public Relation, Seni/Muzik, Kulinari dan banyak lagi”.

“Being in the male dominated field, saya perlu belajar untuk cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dgn sebarang situasi”. Puteri Shazwani.

“Peranan wanita juga penting dalam ketenteraan. Saya tak nafikan golongan wanita ada limitasi daya kekuatan fizikal berbanding dengan lelaki. Namun wanita tiada limitasi dari aspek kekuatan mental, Ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan personality”.

“Jadi golongan wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada kelebihan itu”.

Tawan Dunia Lelaki, Gadis Ini Pegawai Wanita TLDM Pertama Miliki Kepakaran Musnah Peluru, Bahan Letupan.

Saya tanya lagi, kenapa memilih kerjaya Tentera?

IKLAN

“Saya seorang yang sukakan cabaran dan mencuba sesuatu yang baru bagi menguji kemampuan diri. Bidang tentera telah membuka banyak peluang kepada cabaran dan mengasahkan bakat di dalam diri”.

Siapa Puteri Shazwani?

Tawan Dunia Lelaki, Gadis Ini Pegawai Wanita TLDM Pertama Miliki Kepakaran Musnah Peluru, Bahan Letupan.

Dilahir di Kuala Lumpur dan membesar di Ipoh, Perak. Merupakan anak kedua daripada lima adik beradik. Aktif dalam sukan Triathlon (Berenang, Berlari & Berbasikal) dan Boling. Pada masa lapang, beliau suka membaca buku dan Bermain Alat Muzik (Gitar/Piano).

Memdapat pendidikan di SK Raja Perempuan Ipoh, SMK Raja Perempuan Ipoh (F1-F3) dan MRSM Parit (F4 & F5) 2012.

Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (2014 – 2019) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan. Dalam masa yang sama diserap masuk ke UPNM sebagai Pegawai Kadet Laut.

Alhamdulillah.. Tamat pengajian di UPNM pada tahun 2018.
Beliau ditauliahkan dan dikurniakan pangkat Leftenan Muda TLDM pada tahun 2019. Mula berkhidmat di Markas Tentera Laut, Bahagian Materiel pada tahun 2021.

Seterusnya menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Peluru selama 8 Bulan di Kem Mempaga, Bentong. Kini, diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Depot Peluru dan Bahan Letupan Wilayah Laut 1.

IKLAN

Pencapaian

Tawan Dunia Lelaki, Gadis Ini Pegawai Wanita TLDM Pertama Miliki Kepakaran Musnah Peluru, Bahan Letupan.

Naib Johan World Miss University Malaysia pada tahun 2018.
Menghadiri International Leadership Conference di United States Military Academy pada tahun 2018.
Perenang Rentas Selat Dinding 10km pada tahun 2019.
Merupakan Pegawai Wanita TLDM pertama yang mempunyai kepakaran Juruteknik Peluru dan Explosive Ordnance pada tahun 2021.

Tahniah sekali lagi buat Puteri Shazwani binti Megat Ahmad Shariman atas kejayaan yang amat membanggakan. Semoga terus diberi kekuatan untuk berbakti kepada negara, bangsa dan agama.

Tawan Dunia Lelaki, Gadis Ini Pegawai Wanita TLDM Pertama Miliki Kepakaran Musnah Peluru, Bahan Letupan.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat ibu bapa dan anak-anak.

Sumber: Dr. Zulkifli Hussain

Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Tawan Dunia Lelaki, Gadis Ini Pegawai Wanita TLDM Pertama Miliki Kepakaran Musnah Peluru, Bahan Letupan.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI