Walaupun dirinya dikenali ramai, namun pelakon dan pelawak, Amir Rajalawak tidak malu untuk mengusahakan perniagaan air minuman di Prima Saujana, Kajang, Selangor.
Bahkan. dia sanggup demi kelangsungan hidup selepas aktiviti seni tergendala sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuat kuasakan.
Menurut Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi, dia bersyukur punca pendapatan daripada perniagaan itu cukup untuk membeli keperluan harian meski keuntungan diperoleh tidak banyak.
“Setiap hari saya turun berniaga sekitar jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang. Kemudian saya pulang rumah, terus sambung buat air lagi pada waktu malam.
“Seawal jam 7 pagi pun, saya sudah bangun untuk buat lagi sebelum bersiap membuka gerai. Disebabkan saya kena menggaji pembantu gerai, adalah dapat keuntungan bersih dalam RM200.
“Tapi, tak kisahlah asalkan ada juga pendapatan untuk beli keperluan harian, itu sudah memadai. Rasa penat belakang kira, asalkan saya dapat menampung belanja sepanjang PKP 3.0 ini,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Ads
Dalam.masa yang sama, Amir turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan ramai terhadap bisnes nya.
“Kadang-kadang ada pembeli datang awal dan apabila tak nampak saya, mereka ingatkan gerai tak buka. Mereka akan terus hubungi saya untuk bertanya sama ada saya buka gerai.
““Begitu juga pelanggan yang sememangnya sudah menjadi pembeli setia sejak beberapa tahun.
Ads
“Perniagaan ini pun saya sudah usahakan sejak 2017 namun pada tempoh sekarang saja saya buat sepenuh masa,” katanya lagi.
“Sepatutnya bulan ini, saya terbabit dalam tiga drama. Namun semua sudah ditunda dan saya kena buat inisiatif berniaga ini untuk terus mencari punca pendapatan.
“Tapi, saya okay saja asalkan ada punca pendapatan yang cukup untuk tampung keperluan harian. Lagipun, bukan banyak barang pun saya beli kerana lebih selesa jalani gaya hidup sederhana.
Ads
“Biarlah orang nak anggap apa pun memandangkan saya artis, tapi bagi saya tiada keperluan pun nak bermewah-mewah,” katanya.
Membuatkan orang lain bahagia, kita juga akan rasa kebahagiaanya. Apatah lagi jika orang itu adalah adik beradik kita sendiri. Ini sebagaimana rakaman video yang dikongsikan oleh Muhd Hamqa diakuan twitternya.
Apa yang pasti abang ini tidak lokek memberikan hadiah kepada kedua orang adik lelakinya, iaitu set permainan bayblade walaupun hakikatnya permainan tersebut sudah dimiliki oleh kedua-duanya.
Pun begitu, reaksi adik yang menerima pemberian daripada Hamqa cukup menyentuh hati ramai yang menonton video tersebut.
That reaction buat aku terharu ? abang doakan adik2 jadi anak soleh , belajar pandai2 ye ? pic.twitter.com/prISmxfoUU
Hamqa juga selain memberikan kejutan istimewa kepada adik-adiknya, malah turut mendoakan agar adiknya menjadi anak yang soleh dan mengharapkan adik-adiknya rajin belajar.
Rata-rata warganet tumpang rasa seronok dan bangga dengan keikhlasan adik beradik inai di antara satu sama lain. Apatah lagi setelah setelah melihat reaksi spontan adik kepada Hamqa yang mengucapkan ‘terima kasih abang’ dengan penuh rasa keterujaan.
Dan ini antara komen-komen positif dan menyentuh hati yang diberikan oleh warganet.
Niat baiknya hanya ingin membantu bisnes rakan, namun siapa sangka dia terpaksa berhadapan dengan insiden yang menyebabkan kulitnya terbakar.
Mangsa yang dikenali sebagai Inazalina Zalina bercerita detik hitam yang berlaku ke atasnya ahad minggu lalu.
Ibu kepada dua cahaya mata ini berdepan trauma apabila kulit muka dan lehernya mengalami kesan melecur yang teruk gara-gara kecuaian rakannya yang nerupakan seorang pakar kecantikan sebuah spa bergerak.
Tanpa sengaja rakannya itu tertumpahkan air panas daripada alat stim muka tepat ke wajah Inazalina.
“Awalnya saya ingat hanya cuci muka biasa-biasa tapi pelik tiba-tiba tengok ada alat stim muka kat tepi. Waktu tu saya terfikir macam tak selamat je.
“Saya tak tahulah dia tak sempat tolak alat tersebut ke apa, sebab tiba-tiba alat tu jatuh atas muka saya. Air yang menggelegak tu masuk kena mata, muka dan mengalir sampai ke leher.
“Waktu tu rasa macam terbakar hidup-hidup. Saya tak menjerit, tak boleh cakap apa-apa sebab terlampau sakit. Sebaik saja air panas tu masuk mata saya terus pergi ke sinki dan basuh dengan air.
“Saya ambil bekas besar dan rendam muka. Tapi sakit tu tak hilang, makin lama makin sakit,” katanya lagi.
Tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, Inazalina terus menghubungi suaminya untuk ke hospital.
“Sebaik tiba kami ke bahagian kecemasan sebuah hospital swasta. Mula-mula mereka macam tak nak terima saya sebab kes melecur.
“Lepas tu dia bagi air drip satu botol biar mengalir kat muka, saya juga ambil suntikan tapi sakit memang tak hilang-hilang.
“Jururawat ambil gambar saya dan hantar dekat doktor pakar. Biasalah Ahad tak ada (doktor) pakar dan nasib baik mereka nak ambil kes saya. Alhamdulillah.
“Saya ingatkan hanya sapu krim kemudian saya boleh balik. Tapi bila doktor datang barulah dia jelaskan mengenai tahap luka saya.
“Saya disuruh puasa dan perlu segera jalani pembedahan kerana kulit saya sudah mereput, hitam memang teruk sangat.
“Kulit saya yang mereput itu perlu dikoyakkan dan dibuang kerana bimbang berlaku jangkitan jika tidak dilakukan segera. Waktu tu saya memang terkejut sangat-sangat,” katanya.
“Saya jadi down sangat-sangat. Tiga hari saya menangis. Saya fikir macam mana saya nak berdepan dengan orang ramai sebab saya kerja di bahagian frontliner,” ceritanya lagi.
Dalam pada itu, doktor turut menasibatinya supaya mengelak dari terkena pancaran matahari sekurang-kurangnya sebulan.
” Saya juga tak boleh pakai apa-apa di muka selama enam bulan kecuali Bio Oil. Kulit saya dah rosak jadi warna kulit akan sentiasa berubah-ubah.
“Nak kembali ke kulit asal mungkin tak akan berlaku sebab melanin kulit dah mati. Jadi warna kulit selepas ini bergantung kepada badan masing-masing. Kadang-kadang boleh jadi gelap, mungkin boleh jadi terlalu cerah atau mungkin berbelang hingga ke leher,” ujarnya lagi.
Lebih menyedihkan keadaan wajahnya sedemikian membuatkan anak bongsunya enggan mendekatinya.
“Anak kedua saya sampai takut tengok muka saya. Bayangkan anak yang selalu kita peluk tu, dia datang kata muka saya macam hantu. Dia macam ketakutan tak nak dekat dengan saya.
“Itu yang buatkan saya sedih. Sepanjang saya berada di hospital, saya hanya jumpa dua anak saya dua kali sahaja. Bila saya call dia macam ok tapi bila berdepan dia jadi takut,” katanya.
Sementara itu, Inazalina menasihati orang ramai agar tidak menjalani rawatan muka menerusi spa bergerak yang tumbuh bak cendawan selepas hujan kebelakangan ini.
“Saya hanya mahu menyedarkan orang ramai supaya insiden ini tidak berlaku kepada sesiapa selepas ini. Saya sendiri tertanya-tanya adakah spa bergerak ini betul-betul berdaftar, sijil diiktiraf atau sebaliknya.
Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Inazalina bagaimana pun terkilan dengan sikap lepas tangan kawannya itu selepas insiden tersebut.
“Dia hanya meminta maaf di atas apa yang berlaku. Dia hanya cakap sorry tak sengaja. Saya rasa sama ada dia pegang alat tu kemudian dia terlepas ataupun dia tertolak.
“Bila saya tanya dia tak nak jawab tapi saya tak marah waktu tu sebab saya fikir dia kawan saya. Dia hanya melawat saya di hospital selepas hari ketiga saya dibedah. ia datang bagi saya Vitamin C. Masalahnya benda tu bukan boleh pulihkan muka saya.
Inazalina yang kini masih berada di hospital untuk rawatan berharap semoga semuanya dipermudahkan buatnya.
“Apa sahaja boleh berlaku. Ini sekadar peringatan. Saya bernasib baik sebab tak buta. Itu yang pelik sebab air yang menggelegek itu betul-betul jatuh tepat pada mata. Syukur kerana Allah selamatkan saya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kita berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dengan seribu satu macam karakter dan perangai yang berbeza biarpun dilahirkan dari satu rahim ibu yang sama. Semuanya punya karakter tersendiri.
Berkongsi jenis dan karakter anak, menerusi Webinar Penyusuan Syoknya Susukan Anak yang berlangsung pada Sabtu lalu, Master Coach Pentagon Math Sdn Bhd, Che Man berkongsi cara menidurkan anak mengikut jenis anak-anak itu sendiri samada Visual, Auditory, Kinestetik, Reading and Writing atau Flexible Kinestetik.
Jom ikuti perkongsian daripada beliau.
Kalau mak ayah dapat kenal pasti anak yang mana satu, samada visual, auditory, kinestetik, reading and writing atau flexible kinestetik, mak ayah akan dapat menetapkan cara pembelajaran anak dengan lebih baik.
Malah dapat memudahkan anak senang tidur dengan cara yang mudah. Ini tip yang dikongsikan olehnya.
Tidurkan anak mengikut karakter anak:
Visual
– Suasana bilik kena cantik lebih tepat lagi suasana hendak tidur
– Usaha untuk tenangkan anak
– Lampu jangan terang, malapkan cahaya lampu seperti mood hendak tidur
– Pilih bacakan buku bergambar sebelum tidur dan secara santai
– Suasana cantik, lama-kelamaan buat anak mudah tidur.
Auditory
– Pasangkan muzik yang tenang pada anak.
– Bunyi-bunyian segar atau ‘white noise’ antara yang disarankan untuk anak
– Pilih membawa buku cerita atau bercerita yang lembut
– Dua elemen ini boleh buat anak Auditory lebih cepat tidur
Kinestetik
– Anak dengan karakter ini memerlukan tepukan dan urutan sebelum tidur.
– Lebih tepat lagi perlu diteman sebelum tidur
Reading Writing
– Perlu tidur dengan rutin tidur tanpa berubah cthnya, tidur mesti dikatil.
– Rutin tidur yang sama
– cth minum susu seblum tidur
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.