Sangka anak Demam, selesema biasa, ibu terkejut anak hidap penyakit sinus kronik. Mulanya seorang ibu menyangka anaknya mengalami demam dan selesema biasa. Namun sangkaan itu meleset.
Sangka Anak Demam, Selesema Biasa, Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik
Bukan hanya sedih, suri rumah, Aimie Nadia Zahruddin sangat terkejut dan sedih apabila mendapati anaknya menghidapi penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik hingga membahayakan nyawa.
Nur Faziqqyah Alina yang ketika ini dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya.
Aimie Nadia, 33, berkata, anaknya, Nur Faziqqyah Alina Mohd Faizul, 8, sering mengalami demam, selesema dan kegatalan pada bahagian hidung sebelum disahkan doktor menghidap penyakit kronik Sinusitis.
“Sebelum ini memang ada perasan dia selalu garu hidung, kalau demam dan selesema sampai sebulan dua kali. Sampailah 28 Januari baru-baru ini, anak mengadu demam, sakit kepala dan sakit di bahagian kening.
“Saya dan suami mula bawa ke klinik berdekatan, kemudian doktor nak rujuk kepada hospital. Ketika itu matanya sudah bengkak sebelah kiri dan ini kali pertama jadi seperti itu.
“Pada 31 Januari, dia dimasukkan ke hospital dan ketika itu matanya sudah membengkak sampai ke dahi dan sampai satu tahap mata sebelah kanan juga membengkak. Bukan itu sahaja, ada ketika yang anak cakap dia nampak mama ada tiga, bermaksud penglihatannya juga terganggu,” katanya.
Aimie Nadia (kanan) dan anaknya Nur Faziqqyah Alina (kiri). (Gambar kanan: Nur Faziqqyah Alina yang menghidap penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik.)
Aimie Nadia yang menetap di Johor Bahru itu berkata, doktor memberitahu keadaan itu berlaku kerana ketiga-tiga bahagian sinus atau rongga bahagian sekitar hidung anaknya telah bernanah.
Jelasnya, pembedahan terpaksa dilakukan dengan kadar segera untuk menyedut buang cecair nanah agar tidak merebak ke bahagian otak.
“Doktor ada cakap kalau lambat untuk pembedahan, takut nanah akan merebak ke otak, kalau nanah sudah merebak ke otak lagi bahaya… boleh pulih tetapi mungkin keadaan tak akan sama.
“Penyakit ini merebak dengan sangat cepat, bayangkan dalam masa empat hari sahaja sudah membengkak dengan banyak,” ujarnya.
Ads
Berkongsi mengenai keadaan anaknya ketika ditimpa penyakit itu, Aimie Nadia berkata, Nur Faziqqyah Alina seperti kemurungan dan tidak dapat menerima kenyataan keadaan mukanya membengkak sebegitu.
Keadaan Nur Faziqqyah Alina sebelum melakukan pembedahan dengan keadaan mukanya yang semakin teruk.
“Saya nampak dia banyak diam, kemudian dia cakap, kenapa muka adik macam ini… adik tak mahu muka macam ini.
“Sebagai ibu, saya tak tipu saya banyak menangis, risau tengok keadaan dia macam itu. Saya tidak menyalahkan takdir cuma saya salahkan diri sebab leka. Kenapa masa dia garu hidung, demam banyak kali saya tidak periksa betul-betul?” tambahnya.
Berkongsi mengenai keadaan anaknya sekarang, Aimie Nadia berkata, doktor berjaya mengeluarkan cecair nanah yang berada pada muka Nur Faziqqyah Alina dan bengkaknya juga sudah beransur pulih.
Ibu kepada tiga anak itu turut berkongsi nasihat terhadap ibu bapa agar tidak mengambil mudah kesihatan anak-anak walaupun mereka hanya mengalami demam biasa.
Ads
“Jangan sambil lewa tambah lagi sekarang macam-macam penyakit. Mungkin anak demam biasa tetapi kena ambil tahu juga, jangan leka dan rajinkan membaca,” ujarnya.
Dua tiga hari ini ‘panas’ isu tentang rumah tangga, terutamanya tentang kesetiaan suami isteri di mana yang tidak terlibat pun turut terkena tempiasnya. Bila mula tular kisahnya, rupanya sang suami menginginkan zuriat sendiri setelah 3 tahun perkahwinan dengan isteri pertama belum lagi mendapat rezeki cahaya mata.
Namun berbeza pula dengan satu hantaran di Tiktok ini, tentang sepasang suami isteri warga emas yang terlihat begitu ‘sweet’ walaupun sudah berusia.
Difahamkan, pakcik di dalam video itu sentiasa menemani isterinya yang kurang sihat di wad hospital dan kerap kali memberikan kata-kata semangat apabila mahu pulang selepas waktu melawat habis.
Menerusi kapsyen di laman Tiktok @Lynnzz, dia memberitahu bahawa pasangan warga emas itu tidak mempunyai anak, namum terlihat bahagia walaupun salah satu daripada mereka sedang diuji.
Malah, pakcik berkenaan juga sentiasa datang awal untuk bertemu isterinya walaupun waktu melawat belum lagi dibuka.
Setiap kali hadir, dia terlihat begitu ramah terutamanya dengan staf-staf hospital yang sedang bertugas dan akan melayani isterinya dengan cukup baik.
“Setiap masa pakcik ni ada menemani isterinya. Mereka tiada anak.
“Setiap kali habis waktu melawat mesti pakcik akan salam dan cium isteri dia sambil berkata ‘nanti abang datang lagi sayang’.
“Mereka berdua sangat sweet… sayang hingga akhir waktu,” tulisnya.
@_lynnmj_ Pakcik & makcik ni takda anak…tapi setiap masa ada pakcik ada dengan wife die..😌😌setiap kali habis waktu melawat mesti salam & cium wife die.. ‘nanti abang datang lagi sayang’… sweettt sangat🥰🥰 sayang hingga akhir waktu😇😇 #fyp#kasihsampaisyurga♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian
Meninjau di ruangan komen, beberapa saudara mara kepada pasangan tersebut telah mengakui bahawa warga emas berkenaan sememangnya sangat akrab sejak mereka baru berumah tangga lagi. Mereka juga mendoakan agar pasangan yang dipanggil ‘paklang’ dan ‘alang’ itu diberi kesembuhan serta kesihatan yang baik.
Malah, jika dikaitkan dengan isu tular beberapa hari ini, orang ramai akui bahawa sikap yang ditunjukkan mereka membuktikan tiada zuriat bukan alasan untuk pasangan tidak bahagia.
Ibu ayah mana yang tidak sedih apabila anak yang ditatang bagaikan minyak penuh dikatakan hadapi masalah dalam pembelajaran. Namun setelah diselidiki rupanya anaknya sebenarnya adalah normal.
Kesilapan yang boleh memberi kesan kepada perkembanagan anak itu. Sebagaimana perkongsian seorang wanita yang melihat akibat salah faham anak itu dikatakan mengalami masalah ADHD.
Puan Nani Zaik berkongsi kisah sebuah keluarga ini yang tersalah tafsir dengan perkembangan anaknya. Moga jadi iktibar.
_______
Puan Nani Zaik bersama keluarga
Semalam last patient yang saya tengok, seorang ayah bawak anak lelaki umur 4 tahun 10 bulan. Reason bawa jumpa dokte sebab cikgu tadika suruh bawak, nak tengok anaknya ada ADHD ke tak
Anaknya nama Umar. Masuk bilik dokte elok je terus duduk atas kerusi. Pandang dokte. Good eye contact. Not wandering around. Not touching here and there. Ok first impression tak nampak macam ADHD. Bagi pen kat Umar suruh lukis spiderman sebab nampak dia pakai baju spiderman. Umar malu. So dokte lukis spiderman dulu. Umar sambung lukis. Ok laju je. Good pencil grip
Tanya ayah kenapa cikgu cakap macamtu? Ayah cakap cikgu bagitau dalam kelas tak duduk diam. Tak fokus masa belajar. Ni report card dia dokte cikgu suruh bawak. Masa tu ingatkan report card kindy yang biasa. Tapi tengok terus terkejut “wow ni macam report card sekolah kebangsaan!” 😳😳 list all the subjects (math, science, bm, english, seni with grades???? He got D for bm, C for science, B for math) APEKAH??
Then ayah keluarkan kertas exam (wait, what..there is exam for 4 y/o kids??) BM he got 11/100. Ayah nampak confuse. Dia pun tak rasa anak dia ada masalah. Tapi cikgu cakap anak macam ada ciri ADHD. Ayah pun dah rasa panik. Kat rumah ok je dokte. Boleh ikut arahan. Boleh makan guna sudu garpu tangan. Sepah rumah tu biasa lah. Tapi kalau ajar buku ni A, ni B, ni C memang tak nak ikut sangat. Anak first perempuan. Memang lain lah dengan anak lelaki
Tanya ayah Umar ni suka main? Sangattt. Umar ni suka bergerak2 ke? Maksudnya tak boleh duduk setempat lama2? Ye betul. Suka main mainan yang hands on with texture? Macam play dough ke? Ye betul. Ok ayah for what i see Umar takde ciri ADHD (after few more questions and examination). Tapi Umar ni kinesthetic learner. Tapi orang selalu salah anggap budak macam ni ‘hyperactive’ sebab tak nak duk diam kat meja masa belajar. Tapi suka main (padehal memang umur ni tanggungjawab dia main je😅)
Tanya ayah Umar dah boleh dress and undress himself? Dah pandai. Gunting kertas? Tak sangat. Butang baju? Belum. Bagitau ayah yang time ni yang kena focus ialah fine motor skill. Jangan push untuk academically lagi
TAKE NOTE IBU AYAH
Dokte bagi ayah dua pilihan untuk Umar:
1) Tukar ke play school. Lebih sesuai untuk perkembangan Umar
2) Kalau nak sekolah sama ayah kat rumah kena usaha buat cara pengajaran yang sesuai untuk kinesthetic learner
3) Selit jugak advice untuk ayah cut sugar intake and gadget time
Ayah faham. Balik rumah nak discuss dengan ibu dulu macamane. Tapi dokte still refer kepada OT so ayah boleh belajar cara yang betul and for further assessment nanti. Umar pun dah siap lukis. Tunjuk kat dokte Umar lukis spider siap ada 8 legs 🕷good job Umar! 👍🏻 then cerita spiderman warna blue & red. Ada spiderman jahat nama dia venom. Ye Umar dokte tahu kat rumah dah ada budak 2 ketul cerita salasilah keluarga spiderman 😆
Lepas Umar dah balik teringat kat my Umar Hadif. Sedih rasa bila disalah anggap macamtu sebab Umar kat rumah tu pun sejenis kinesthetic learner. Ajar cara conventional mengadap buku memang boleh jadi geram. Nak ajar kena sambil lompat trampoline. Atau buat alphabet guna play dough
Hmm tapi macam manapun can we adult let the kids be kids? Janganlah merepek paksa budak besar tu buat exam pastu letak grading pastu bagitau anak encik macam ‘gagal’ pastu menambah stress parents and budak2 dalam dunia yang serba nak cepat & stress ni. We actually destroy the love of learning in children 💔
Sumber: Nani Zaik
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Adik Muhammad Irfan Muhammad Irfan Mikael telah menghembuskan nafas terakhir dan meninggal dunia tepat jam 12.30 malam tadi di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi, Kangar, Perlis.
Berita duka ini dikongsikan menerusi laman Facebook Friends of Childhood Cancer Northern
BERANGKAT PULANG
Innalillahiwainnailahirojiun
“Telah berpulang seorang wira kanser kepada Maha Pencipta sebentar tadi.Irfan Mikael Mohd Syukri telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.30 malam di kediaman keluarganya di Guar Syed Alwi kangar Perlis.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan para Syuhada.Salam takziah kepada Puan Mazatul Rohana sekeluarga.Kami simpan disini kenangan bersama anak kanser Irfan.
Tenang dan damailah wahai jiwa menuju pulang kepangkuan Tuhan.
Kisah Arwah yang berjuang melawan penyakit kanser leukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) tular sebelum ini kerana ingin menaiki pesawat juang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterworth.
Hasrat tersebut dipenuhi oleh pihak TUDM. Malah, arwah juga berkesempatan melawat Pusat Simulator Pejuang dan merasai pengalaman mengendalikan simulator F/A-18D.
Adik Irfan turut diberi peluang menyarungksn persalinan lengkap ‘flying suit’. Itulah gambar terakhir arwah yang boleh dijadikan kenangan oleh ahli keluarganya.
Al-Fatihah buat arwah adik Irfan, semoga ahli keluarga kuat dan tabah dengan dugaan ini.
Penyanyi rock lagenda, Ella, baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila memberikan ucapan penuh kasih sayang kepada anak perempuannya, Shanome, sempena hari lahirnya.Ella atau nama...