Pengakhiran kehidupan yang baik atau husnul khatimah menjadi impian dan dambaan bagi orang yang beriman. Dunia hanyalah tempat persinggahan yang bersifat sementara, manakala akhirat adalah destinasi yang kekal abadi.
Segelintir manusia tidak dikenali ramai, tidak mempunyai sebarang gelaran, menjalani kehidupan biasa seperti kebanyakan insan lain, namun mengakhiri kehidupannya dengan kisah luar biasa tentang kebaikan dirinya yang ditinggalkan.
Kembali tular foto Pensyarah yang meninggal dunia sebelum sempat menamatkan larian. Di sebaliknya foto itu sebenarnya mempunyai kisah yang harus menjadi teladan buat kita bahawa dalam ada jua keadaan mendirikan solat adalah wajib waima berada di mana jua.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menerusi perkongsian Sheereen Zulkefly iaitu isteri kepada Allahyarham Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, sudah menjadi amalan arwah setiap kali membuat larian dengan menyelit sejadah di pinggangnya.
Ads
Ia bertujuan memudahkannya untuk menunaikan solat dalam tempoh larian. Nyata arwah tetap menjaga solat dalam tempoh membuat larian.
Kisah Sejadah
Gambar Allahyarham suami berlari sambil membawa sejadah viral tatkala pengumuman berita kematiannya. Allahuakbar.
Sebenarnya, gambar itu sewaktu Allahyarham suami berlari dalam Standard Chartered KL Marathon pada bulan November lepas. Dia berhenti sebentar untuk solat Subuh dan kemudian meneruskan lariannya.
Alhamdulillah, memang begitulah cara dia. Sangkutkan sejadah kecil tiap kali larian supaya dia boleh berhenti solat sebaik masuk waktu.
WAKAFKAN SEJADAH KEPADA RUNNER LAIN
Di Langkawi International Half Marathon 2022, Allahyarham suami saya menunaikan solat subuh terlebih dahulu sebelum memulakan larian. Beliau lihat ramai yang tunggu turn untuk menggunakan khemah untuk solat subuh.
Setelah selesai solatnya, dia memberitahu sahabat lariannya, Syahmi, “Ko pakailah sejadah aku. Lepas ni aku nak wakafkan sejadah ni dekat runners lain. Biar aku dapat pahala berterusan”.
Selesai Syahmi solat subuh, Allahyarham suami pun memberikan sejadahnya kepada runner lain. “Abg, pakai sejadah saya. Lepastu abg passkan dekat org seterusnya ye”.
Kisah ini diceritakan kepada saya oleh Syahmi, ketika kami dalam boat Marin dalam perjalanan menuju ke Jetty Kuala Perlis bersama jenazah untuk dibuat postmortem di HSB Alor Setar.
Moga niat Allahyarham suami saya untuk mendapat pahala beterusan itu dimakbulkan oleh Allah SWT. Aamiin Allahumma Aamiin.
Ads
Terdahulu berita pemergian pensyarah kanan yang menyertai acara Langkawi International Half Marathon (LIHM) 2022 telah disiarkan beberapa hari lalu. Arwah tidak sempat menamatkan lariannya apabila tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Laporan Harian Metro memetik bahawa kejadian jam 10.20 pagi itu, Nik Mohd Faiz Nik Mohd Azmi, 37, sempat diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh petugas perubatan dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, Allahyarham adalah pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga peserta LIHM 2022.
Sebut sahaja Pulau Pinang, pasti kita membanyangkan banyak tarikan dan keindahannya termasuk makanan.
Terletak di barat laut Semenanjung Malaysia, Pulau Mutiara ini, dikatakan ‘syurga’ makanan.
Selain terkenal enakkan nasi kandar, di Pulau Pinang juga menawarkan pilihan begitu banyak makanan jalanan yang menyelerakan.
Menarik perkongsian akaun Tiktok milik Bella Waverly yang telah berkunjung ke sebuah kedai Mamak yang menghidangkan roti canai, Gemas Road Broathers, Pulau Pinang.
“Wow! No mesin money! Pejam mata aje kira2.. laju weii.”
Apa yang menarik paparan video menyaksikan, seorang kakitangan kedai berkenaan membuat kira-kira untuk bayaran makanan tanpa menggunakan mesin duit. Namun kadang kala memerlukan pertolongan teman sekerja menggunakan kalkulator untuk jumlah bayaran yang besat.
INGATAN YANG KUAT
Malah, lelaki berkenaan kelihatan mempunyai ingatan yang kuat apabila setiap pelanggan akan menyebut makanan yang dimakanan. Manakala dia akan mengira dengan pantas dan laju sambil memejam mata.
Hanya berdiri dan bertanya pelanggan apa yang dimakanan. Lancar, jelas dan yakin. Nyata bukan calang-calang lelaki ini boleh berbuat demikian.
Situasi ini membuatkan ramai pelanggannya terutama pelanggan dari luar Pulau Pinang mengambil video dan gambar di kedai unik itu.
Sebagai ibu bapa, semestinya mahukan terbaik buat anak-anak. Meskipun dah meningkat dewasa, anak-anak masih dilihat kecil oleh orang tuanya sehinggalah mereka mempunyai keluarga sendiri.
Lebih-lebih lagi jika ada anak-anak istimewa, selagi mereka belum temui kebahagian sendiri, selagi itu menjadi tumpuan lebih dari ibu ayah buat mereka. Seperti pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin yang menitipkan ucapan hari lahir buat pasangan anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang ke 26 tahun.
Dalam hantaran di Instagram tersebut, pelakon berusia 51 tahun ini turut berseloroh soal jodoh buat anaknya.
“Happy birthday my Azal, Azil 26 years old now. Dah boleh jawin boss sorang ni. Siapa nak kawin dengan Azal angkat tangan.
Menerusi posting sama, Zarina menyifatkan mereka sebagai anak yang taat, rajin berkerja dan tidak boros berbelanja.
“Azal anak yang taat dan rajin bekerja, tak membazir duit dan masa. Moto hidup Azal, dont waste my time” tulisnya.
Manakala dalam hantaran yang lain, Zarina ada berkongsi permintaan Azal untuk bermalam di sebuah hotel terkemuka sebagai hadiah hari lahirnya, tetapi bagi suaminya permintaan disifatkan membazir dan takut terbiasa.
“Azal cakap dia teringin sambut birthday stay overnight kat Mandrine Oriental Hotel.. then the next morning breakfast kat hotel.. bila cakap dengan abah .. abah dia cakap jangan membazir .. jangan ajar anak yang bukan2 dah terbiasa susah kita nanti .. kita ada takpe esok esok kite tkde macamana? .. saya terdiam dan cakap kat azal .. okay lah kita dinner jer lah malam ni .. azal cajap baiklah ibu 🥰”, tulisnya dalam perkongsian lain.
Penerimaan baik Azal tentang perkara ini mendapat pujian di ruangan komen. Bagaimanapun, hari lahir pasangan kembar ini akhirnya disambut meriah di sebuah kedai makan milik rakan selebriti, Zizan Razak.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap perkahwinan ada pasang surutnya, ada bahagia ada masanya bermasam muka bila tidak sependapat. Namun itu lumrah dalam sesebuah rumah tangga. Sebab tu komunikasi penting dan saling memberi serta menerima antara satu sama lain. Barulah rumah tangga aman bahagia.
Jangan hanya satu pihak sahaja memberi, yg lagi satu tidak menyumbang apa-apa. Kerana perkahwinan bukan hanya sekadar mahu bahagia semata-mata, masalah yang melanda dibiar sepi dan hanya satu pihak sahaja berusaha mengatasinya.
Jika ada ‘rasa yang tak kena’ dalam rumah tangga, kena meluahkan dan cari jalan penyelesaian. Usah menafikan demi menjaga hati yang tersayang, kelak ia akan menjadi barah dalam perhubungan anda suami isteri.
Nak bahagia kena baca perkongsian dari Ustaz Datuk Kazim Elias ini. Menurutnya ada 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia. Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no ??????
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha ? Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” ?
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala.
Kredit : Ustaz Datuk Kazim Elias
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di