Eh, diam-diam bernikah! Ramai yang teruja dan turut mendoakan yang terbaik buat Sarah Suhairi dan suaminya Aswad Anuar yang telah sah bergelar suami isteri di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Berern Hill, Hulu Langat, pagi tadi.
Kata pelantun lagu Sah ini, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ‘ibu segera’ kepada tiga orang anak Aswad dari perkahwinan terdahulu. Tambahnya lagi, dia sudah tahu status Aswad semenjak awal perkenalan mereka pada tahun 2020.
Biarpun mengetahui Aswad seorang duda yang mempunyai tiga orang anak, itu tidak menjadi halangan buat pasangan ini untuk menghalalkan hubungan mereka.
Menurut portal Oh Bulan! Sarah juga berkongsi tentang penerimaan baik anak-anak Aswad terhadap dirinya. Anak sulung berumur 14 tahun, kedua 10 tahun serta yang bongsu lapan tahun dan menurut Sarah lagi teman-teman rapatnya juga telah berjumpa dengn kesemua anak perempuan suaminya itu.
“Saya tak kisah menjadi ibu ‘segera’. Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, mungkin selepas ini panggil saya dengan panggilan ibu.”
Mengimbau detik awal perkenalan, Sarah memberitahu hubungan mereka bermula ketika pertemuan di Pusat Ekuisterian Bukit Kiara kerana masing-masing meminati sukan berkuda.
Ads
“Mungkin ada yang tak tahu, Aswad juga selain pensyarah adalah seorang jurulatih sukan berkuda dan kerap dipanggil menjadi juri. Saya juga aktif sukan berkuda sejak usia 14 tahun.”
Tambah Sarah lagi, boleh dikatakan kelompok kawan mereka berdua adalah orang yang sama. Itulah yang membuatkan mereka semakin rapat dan hubungan itu bukanlah rahsia kerana Aswad sering menemani Sarah ke majlis-majlis tertentu. Namun, hubungan mereka tidaklah terlalu didedahkan kerana masih belum ada ikatan yang sah.
Terdahulu, dengan sekali lafaz, Sarah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Aswad Anuar pada jam 8.29 pagi Jumaat.
Ads
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan di hadapan jurunikah, Ustaz Ahmad Khaliq Md Rasid.
Dalam majlis akad nikah yang berlangsung Barern Hill, Hulu Langat itu, Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 namun, jumlah hantaran dirahsiakan.
Rezeki tak pernah salah alamat. Penyampai radio Hot FM, Johan meluahkan rasa sebak selepas berpeluang menunaikan ibadah haji bersama isterinya tahun ini.
Johan dan isteri, Ozlynn Waty yang telah selamat tiba di Tanah Suci itu terpilih mewakili 11 daripada pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.
Menerusi perkongsian video dari Utusan Online, akui Johan dia dan isteri pada mulanya terkejut dan merasakan seakan satu scam apabila mendapat tawaran tersebut.
“Saya sebenarnya tak peduli la. Berita gembira tu, buat saya menangis gembira. Saya tak peduli walaupun dia scam.
“Katakanlah benda tu scam, berita tu sahaja dah buatkan saya menangis gembira,” ujarnya.
Tambah Ozlynn lagi, kedua mereka kemudiannya menangis kegembiraan dengan rezeki tak disangka-sangka itu.
“Mama, I tak tahu apa kebaikan yang I buat sampaikan Allah bagi I peluang ni. Kita pun macam tak percaya juga. Lepastu sama-sama menangis. Ohh rezeki ni rezeki,” katanya.
Ajar doa amalan pada anak
Tambahnya lagi, sebagai seorang hambanya, dia sendiri seperti tidak menyangka tetap dijemput oleh Allah ke rumahNya biarpun tidak terlepas dari melakukan dosa.
Pun begitu kata Johan, apa yang dia dan anak-anak sering lakukan malah menjadi amalannya dan anak-anak adalah dengan mengamalkan doa-doa tertentu.
Dia juga sempat berkongsi doa yang diamalkan sekeluarga dan percaya bahawa doa berkenaan telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T sehingga dia berpeluang menunaikan rukun Islam kelima tahun ini.
“Sebab kita banyak buat dosa. Allah tetap pilih kita untuk datang. Mahal lah benda tu. Sebab dalam doa kita, kita selalu doakan dan kita ajar anak-anak satu doa yang mungkin kita boleh share;
“Berikanlah kami rezeki yang tidak disangka-sangka setiap hari dan khabar gembira setiap hari”
“So untuk saya, ini adalah khabar gembira untuk saya dan rezeki yang tidak disangka-sangka, inilah dia,” ujarnya.
Semoga perjalanan mengerjakan haji buat Johan dan Ozlynn dipermudahkan.
Tahukah anda, bau mulut atau halitosis adalah antara masalah pergigian yang sangat sering dihadapi oleh kebanyakan individu?
Bau mulut biasanya terjadi disebabkan oleh tindakbalas bakteria di dalam mulut yang menghasilkan sebatian dan gas iaitu “Volatile Sulfur Compounds (VSC)” yang berbau busuk.
Walaubagaimanapun, ramai yang tidak menyedari mereka menghadapi masalah ini.
Atapun mungkin ada juga yang menyedari, namun disebabkan sudah terbiasa dengan bau nafas sendiri, menyebabkan mereka merasakan hal tersebut adalah biasa.
Namun anda harus ingat bahawa bau mulut anda yang tidak menyenangkan itu juga turut boleh dihidu oleh orang di sekeliling anda jika anda mempunyai masalah bau mulut.
Punca bau mulut
Selain itu, masalah bau mulut juga boleh terjadi disebabkan oleh:
-Merokok.
-Pengambilan makanan yang berbau seperti bawang, petai, jering dan durian.
-Mulut kering akibat dehidrasi/kurang air dalam badan.
-Penggunaan gigi palsu yang tidak dibersihkan setiap hari.
-Jangkitan kulat (kandidiasis).
-Penyakit gusi dan kerosakan gigi.
-Penyakit kencing manis yang tidak terkawal.
-Penyakit berkaitan kegagalan hati dan ginjal.
-Sinusitis atau resdung.
-Pembengkakan tonsil (tonsilitis).
Amalkan 9 Tip Ini
Bagi mengatasi masalah bau mulut, amalkan tips-tips berikut:
1.Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan teknik yang betul secara teratur.
2.Berus lidah serta bahagian dalam pipi.
3. Gunakan benang floss untuk membersihkan celah-celah gigi anda sekurang-kurangnya sekali sehari.
4.Amalkan berkumur-kumur dengan air kosong setiap kali selepas makan.
5. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari (2 liter).
6. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis serta makanan yang berbau kuat.
7. Amalkan mengunyah gula-gula getah tanpa gula selepas makan.
8. Berhenti merokok.
9. Lakukan pemeriksaan pergigian dan pencucian karang gigi secara rutin setiap 6 bulan atau sekurang-kurangnya setahun sekali.
Jika masalah bau mulut anda berlarutan, dapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di klinik gigi berhampiran.
Sedar tidak sedar, kita sudah hampir di pertengahan bulan ramadan. Wabak Covid-19 ini tidak berlaku secara kebetulan dalam bulan Rejab, Syaaban seterusnya ramadan yang akan tiba tidak lama lagi kerana setiap apa yang Allah tetapkan itu ada 1001 hikmah disebaliknya.
Ambil lah ruang masa PKP ini untuk kita sama-sama bermuhasabah dan mensucikan diri di rumah, mempersiapkan hati untuk menghadapi Ramadan tidak lama lagi.
Hidupkan rumah, zikirkan jiwa kita dengan munajat pada Allah swt. Antaranya:
-Solat di awal waktu
-Solat jemaah di rumah
-Baca Al-Quran/Tadarus
-Zikir
-Munajat
-Puasa Sunat
-Solat Taubat
Jadikanlah ujian wabak dan tempoh PKP ini sebagai satu nikmat buat kita. Nikmat masa yang lapang, nikmat bersabar, nikmat berlama-lama dalam ibadah. Hadapi lah ujian dan musibah ini sebagai seorang mukmin.
Ikuti perkongsian Prof Muhaya Circle, beliau menyentuh amalan ketika PKP menerusi FB Nazihah Idris
MANUSIA ADA 3 KEHIDUPAN
One of the best sharing dari bonda Muhaya:
Tiga kehidupan manusia:
1. Secret life (Me time)- masa bersama Allah (time solat, ibadah)
2. Private life (We time)- masa bersama suami isteri, anak anak, famili, cherish the time
3. Public life (Ummah Time)- masa bersosial di luar, masa di tempat kerja.
Tempoh PKP ini sebenarnya beri hikmah yang besar jika kita benar benar menghayatinya..
Masa untuk kita bina ‘Secret Life’- Me Time dengan Allah dengan lebih berkualiti.
Tidak terkejar kejar.
Tiada alasan kesuntukan waktu
Masa untuk tahajjud
Masa untuk puasa
Masa untuk taubat
Masa untuk mengadu sebanyak banyaknya dengan Allah.
Masa untuk bersihkan sampah sarap dalam jiwa.
Allah beri juga kita dalam tempoh PKP ini Private Life-we time bersama keluarga secara berkualiti.
Masa bersama dengan anak anak.
Masa untuk membuat refleksi keupayaan kita dalam menjaga amanah Allah yakni anak anak di hadapan mata.
Masa untuk kita refleksi hubungan dengan pasangan.
Suami isteri yang saling berpandangan dengan pandangan kasih sayang Allah titipkan pahala.
Anak anak yang memandang wajah ibu bapa dengan pandangan kasih sayang, Allah titipkan pahala.
Orang yang memilih untuk rasa bahagia dalam tempoh PKP akan menzahirkan rasa kesyukuran atas nikmat masa lapang yang Allah beri.
Pesan bonda Prof Muhaya dalam Prof Muhaya Circle, jaga baik baik dan sentiasa perbaiki ‘secret life’ dan ‘ ‘private life’ kita dalam tempoh PKP ini.
Kesannya kelak, kita akan jadi manusia yang bahagia apabila berada dalam kehidupan “Public life”
We have to protect our “secret time”, and…
we will see our “private time” flourish,
and our “ummah time” will become great.
SOLAT TAUBAT
Menerusi FB Einie Noraini tatacara solat taubat sebagai panduan bersama.
Solat taubat Kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.
Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati mcm seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu inshaALLaH tanda taubat ALLaH dah terima.
Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.
Bersihkan diri. Amek wudhu. Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang.. Pastu baru niat..
✔️”Ussoli sunnatan taubati rok ‘ataini liLLaHi Ta’ala”
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]
💬Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa.
📖Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
📖Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x.
📖Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.
📝”La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.. Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
📝Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
📖Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah…
📖Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.. Bila berdo’a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita.. Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
📖Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dlm bahasa melayu.. Luahkan apa yg terbuku kat hati tu.. Menangislah.. Merayulah..
📖Mohon ALLaH ampunkan dosa tu.. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH..
📖Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.. Kejap lagi kita mati.. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
📖Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pon takpa. Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.