Ada para ibu-ibu lebih suka menyediakan sarapan pagi sendiri daripada membeli di kedai. Ada juga anak yang cerewet tidak suka membeli makanan di kantin.
Jadi jika hari-hari menu yang sama tentu boring juga. Ibu pun pening kepala tak ada idea anak masak apa lagi.
Apa kata cuba resipi paling mudah ni. Memang mudah dan sedap. Anak-anak pun suka. Jom lihat cara buat Sausage puff untuk sarapan dan bekalan anak ke sekolah. Nak buat menu potluck pun boleh! Jom lihat resipi yang dikongsi oleh Azie Surip menerusi Group Masak Apa Hari Ini.
BAHAN-BAHAN:
Sosej
Pastry Pusff
Biji bijan sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN:
Ads
Cara nak buat memang mudah dan cepat. Sesuai untuk ibu -ibu yang sibuk dengan rutin harian.
Sausage puff ini sesuai untuk sarapan dan bekalan anak sekolah.
Satu sosej di letakkan di atas pastry puff yang telah di potong seperti gambar di bawah.
Kemudian lipat secara bersilang. Rujuk gambar untuk membuat lipatan begitu
Lakukan lipatan secara bersilang sehingga menutupi sosej. Kemudian bakar suhu 180’c selama 30 minit. Letak biji bijan untuk hiasan.
Ads
DAH SIAP!
Sesuai sekali untuk jamuah potluck anak sekolah. Pasti licin satu kelas. Apa lagi jom buat menu yang paling mudah ni.
Biasanya jika nak makan ayam tandoori kita akan pergi makan di kedai mamak. Makan sekali dengan roti naan terus ‘kick’ rasanya.
Nak lagi power padu dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis dimakan panas-panas perghhh,,, tak padang dah orang sebelah!
Tapi bagi yang nak rasa kehebatan ayam tandoori ni, jika tak nak ke kedai mamak, boleh jer buat di rumah.
Ayuh ikuti perkongsian resepi oleh Dr Kamarul Ariffin Mohd Sadan yang telah mendapat lebih 3K shares! Resipi pun sihat dan ringkas. Mudah ajer nak buat!
BAHAN-BAHANNYA
TRICK NAK AYAM NAMPAK MERAH GUNA SERBUK CILI. TAK GUNA PEWARNA PUN!
INI CARA BUAT RAITA PUDINA KETUMBAR CICAH DENGAN AYAM TANDOORI
Apa lagi dah tahu resipi mudah dan sihat ini. Buatlah untuk hidangan seisi keluarga.
Siapa pernah goreng ikan keli? Kalau pernah mesti ada pengalaan ‘berperang’ dengan ikan di kuali yang meletup-letup minyaknya. Silap-silap boleh terkena pada kulit dan mengundang sakit dan berparut pula.
Atas sebab ini, biasanya tudung periuk akan dijadikan perisai bagi menyelamatkan diri daripada terkena percikan minyak panas. Begitu sukar nampaknya usaha seorang ibu dalam menyediakan hidangan ini untuk keluarganya yang tercinta.
Sebenarnya ada cara lebih mudah dan selamat boleh dilakukan oleh anda bagi memastikan ikan keli di kuali tidak meletup lagi. Ayuh semak beberapa petua ini yang boleh dicuba.
Sama ada lumurkan tepung gandum bersama dengan garam dan kunyit sebelum digoreng atau taburkan tepung gandum ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Kedua-dua cara ini berkesan untuk menghentikan ‘letupan’ ikan keli yang digoreng.
Selain daripada itu, dikatakan mencuci ikan dengan tepung gandum juga dapat menghilangkan rasa hanyir dan memberi rasa isi ikan yang lebih enak ketika dimakan.
[su_highlight background=”#c6f0f8″ color=”#ec281f”]2. Asam keping[/su_highlight]
Penggunaan asam keping juga dikatakan mampu menghentikan kesan ikan keli yang digoreng daripada meletup. Caranya semasa ikan digoreng, masukkan dua atau tiga keping asam ke dalam kuali.
Kemudian tutup dengan tudung periuk dan biarkan sehingga masak. Kaedah ini bukan sahaja selamat malah ikan yang dimasak lebih garing dan enak rasanya.
Orang tua-tua ada juga berpesan untuk gunakan garam kasar untuk tujuan ini. Caranya cukup mudah, hanya masukkan beberapa biji garam kasar ke dalam minyak yang panas sebelum menggoreng ikan. Elok juga untuk dicuba mungkin helah ini berjaya mengatasi kesukaran saat menggoreng ikan keli.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Masa memasak sebenarnya boleh dilakukan lebih pantas jika ramuannya atau pes tersedia ada.
Nak masak apa pun, kita hanya perlu sudukan pes tersebut dan terus boleh dimasak tanpa perlu lagi menyediakan bahan-bahan seperti bawang, cili dan sebagainya.
Jadi ketahui resipi menyediakan 6 pes berbeza untuk kegunaan harian yang dikongsikan oleh Rarra Sakura ini.
Hari minggu ni buat stok pes sambal banyak-banyak, pastu simpan dalam freezer. Sangat serbaguna.
Buat sendiri memang tahan lama yang penting takde pengawet. Bila nak guna, terus amik je. Memang menjimatkan masa terutama pada yang bekerja ataupun surirumah.
Ni antara pes yang selalu saya buat. Boleh gak kalau nak tambah pes yang lain macam pes kurma ataupun kari.
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang)
2. Pes Tom Yam
3. Pes Masak Kicap Berempah
4. Pes Asam Pedas
5. Pes Cili Padi
6. Pes Sambal Ikan/Ayam/Daging/Seafood/
1. Pes Sambal Ijo (ala Padang)
20 biji cabai hijau besar *
10 biji cili api hijau *
10 ulas bwg merah *
8 ulas bwg putih *
5 biji tomato hijau (yg muda) *
1 kiub bilis
3 helai daun limau purut
Bahan bertanda * rebus sampai lembik sikit, pastu lenyek dengan lesung batu ataupun blend kasar. Panaskan minyak, tumis semua bahan sampai pecah minyak, masukkan kiub bilis, perasakan dengan garam dan gula dan masukkan daun limau purut tadi.
Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu leh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
2. Pes Tom Yam
20 biji cili kering (rebus pastu goreng gareng ngan minyak)*
15 ulas bwg putih *
10 ulas bwg merah *
10 batang serai *
8 helai daun limau purut *
2 inci lengkuas *
2 inci halia *
3 sudu besar udang kering *
1/4 gula melaka (dari sekeping)
3 cm belacan yg dibakar *
Air asam jawa
3 sudu besar sos ikan (amik yang gambar ikan bawal)
Air, minyak, garam
Kisar semua bahan bertanda * dengan sedikit air atau minyak goreng cili tadi. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan sampai pekat. Masukkan air asam jawa, sos ikan, gula melaka dan garam. Masak betul-betul pecah minyak dan pekat
Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
3. Pes Masak Kicap Berempah
20 biji cili kering(goreng dengan minyak sampai garing) *
10 ulas bawang merah *
8 ulas bawang putih *
2 inci halia *
2 sudu besar jintan manis ※
2 sudu besar jintan kasar ※
1 sudu besar lada hitam biji ※
1 sudu besar ketumbar biji ※
Bahan bertanda ※ kena goreng tanpa minyak
Air asam jawa
Minyak, garam, gula, kiub bilis
4 sudu besar Sos cili, sos tiram, kicap manis, kicap masin
Kisar bahan bertanda * dan bahan bertanda ※ guna minyak cili goreng tadi sampai lumat. Tumis dengan minyak sampai garing dan pecah minyak. Perasakan dengan sos-sos tadi. Jangan lupa bubuh garam, gula dan kiub bilis sebiji.
Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
4. Pes Asam Pedas
20 biji cili kering (rebus dulu) *
10 biji cili merah (rebus dulu) *
5 biji cili padi (rebus dulu) *
15 ulas bwg merah *
10 ulas bwg putih *
2 inci lengkuas *
2 inci halia *
2 inci belacan bakar *
1 sudu besar biji ketumbar **
1 sudu besar jintan manis **
Bahan bertanda ** tu tak nak masuk pun tak apa.
Air asam jawa, gula n garam
Kisar bahan bertanda * dan ** sampai sebati. Panaskan minyak dan tumis sampai garing dan pecah minyak. Perasakan ngan garam, air asam jawa dan gula
Masak biar jadi pekat atau kering, bila dah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, selepas itu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
5. Pes Cili Padi
20 biji cili padi merah (rebus)
20 biji cili merah besar (rebus)
2 inci kunyit hidup
Garam
Kisar semua bahan dengan sedikit air. Pastikan guna air panas atau suam.Lagi bagus kalau kisar kering.
Selepas itu terus simpan dalam tupperware kedap udara, bubuh dalam freezer. Pes ni sesuai lau nak masak gulai yang tak gunakan bawang.
6. Pes Sambal Serbaguna Ikan/Ayam/Seafood
20 biji cili kering (rebus) *
20 biji cili merah (rebus) *
4 biji tomato *
15 ulas bawang merah *
10 ulas bawang putih *
2 inci halia *
1/4 gula melaka (daripada sekeping)
4 sb sos cili dan sos tiram
1 biji kiub bilis, leh gak ganti 3 sudu besar udang kering*
Garam
Minyak
Kisar semua bahan guna sedikit air. Kalau dapat kisar kering lagi bagus. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan garing. Masukkan gula melaka, kiub bilis, air asam jawa dan sos. Perasakan dengan garam
Masak biar jadi pekat atau kering, bila sudah sejuk, masukkan dalam tupperware yang kedap udara, pastu boleh simpan dalam freezer. Nak guna, pakai sudu yang kering ok.
Ekstra tip:
1. Masak guna api yang perlahan ye
2. Guna air masak/air panas/air suam
3. Sudah betul-betul sejuk baru masuk freezer
4.Guna peralatan yang kering untuk proses
menyimpan
5. Seeloknya penggunaan lebih kurang sebulan kalau guna suhu sejuk biasa, kalau sejuk beku confirm lagi tahan. Tapi sapa rajin masak, confirm tak tahan sebulan.
Selamat Mencuba
Sumber : Rarra Sakura via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di