“Satu Impian Untuk Berada Di Atas Ni.” Anak Cemerlang STPM, Ibu Menangis Atas Pentas.
Kejayaan anak dengan cemerlang dalam bidang akademik adalah sesuatu yang amat membanggakan buat ibu bapa.
Setelah diumumkan keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) baru-baru ini, ramai yang berkongsi kegembiraan.
Salah satu video yang mengundang sebak adalah perkongsian akaun TikTok ilyanieaishah918 apabila ibunya menangis kegembiraan setalah dirinya dianugerahkan pelajar cemerlang STPM di sekolahnya.
Rakaman video yang berdurasi dua minit 51 saat ini, jelas kedengaran tangisan ibu meraikan kegembiraan anaknya.
Bagaikan tidak percaya anaknya mampu menjadi pelajar cemerlang berbanding peperiksaan SPM.
Video berkenaan tidak menjelaskan di mana sekolah berkenaan, namun menunjukkan pelajar berkenaan mendapat keputusan 3.92.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
voice of ummi, kita simpan sini.. 3.92 jika dibundarkan 4.00😂😂 ini hadiah untuk umi dan papa
AJAK IBU AYAH NAIK ATAS PENTAS
Ads
Mengenang jasa ibu ayah, kelihatan pelajar berkenaan memohon kebenaran guru untuk menjemput ibu ayah untuk naik ke pentas.
Suasana menjadi lebih sebak apabila ibunya menaiki pentas dengan kata-kata bahawa inilah impiannya.
Malah sambil menangis mengucapkan terima kasih kepada guru-gurunya yang mendidik anaknya.
Pernah tak kita terfikir, kenapa rumah tangga orang dulu-dulu nampak lebih tenang dan harmoni? Tapi bila tengok keadaan sekarang, makin ramai pasangan bergelut dengan konflik yang kadang-kadang berakhir dengan perpisahan. Adakah benar kehidupan dulu lebih baik, atau ada perkara yang kita terlepas pandang?
Jom kita renungkan beberapa kemungkinan
1. Orang dulu lebih fokus pada keperluan asas dalam hidup berumahtangga. Mereka tak tertekan dengan kehendak dan gaya hidup mewah. Kehidupan yang sederhana lebih mudah untuk dipenuhi dan mengurangkan tekanan. Pasangan masakini tertekan dengan kehendak yang tak berpenghujung… kereta mewah, rumah besar, atau bercuti luar negara. Bila kehendak tak dipenuhi, mudah timbul konflik.
2. Dulu, tiada gajet atau media sosial. Pasangan berkomunikasi secara bersemuka, mendengar, & benar2 hadir dalam perbualan. Sekarang walaupun duduk bersebelahan, mata asyik terpaku pada skrin telefon. Komunikasi kurang berkualiti & perasaan diabaikan makin menebal.
3. Dalam keluarga dulu, peranan suami, isteri, & anak2 lebih jelas. Masing2 tahu tanggungjawab dan saling membantu demi kesejahteraan keluarga. Sekarang ni, tekanan & gaya hidup moden kadang2 membuat peranan suami isteri jadi kabur. Bila tanggungjawab tak seimbang, pasangan mula la rasa terbeban & terpinggir.
4. Orang dulu lebih menekankan nilai sabar & kesetian . Mereka tahu ujian dalam rumah tangga adalah sebahagian daripada hidup & memilih untuk bertahan & menyelesaikan masalah bersama. Sekarang semua nak cepat, termasuklah handle emosi. Sedikit salah faham je terus fikir jalan keluar adalah perpisahan.
5. Dulu tiada “highlight reel” kehidupan orang lain yg boleh buat kita rasa kurang atau cemburu. Fokus hanya pada keluarga sendiri. Paling2 pun cemburu dgn jiran beli kerusi baru. Hari ni media sosial membuatkan kita membandingkan hidup kita dgn orang lain. Ia boleh merosakkan rasa syukur & kebahagiaan dalam rumah tangga. Tapi… Adakah org dulu2 tiada yang bercerai? Walaupun selalu dikatakan bahawa rumah tangga orang dulu lebih rukun & damai, hakikatnya perceraian tetap juga berlaku, cuma kurang didedahkan atau dibincangkan secara terbuka.
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000! Daftar sekarang
Sebenarnya kes perceraian pernah menjadi isu besar di Malaysia dalam tahun2 1950-1970. Paling meruncing dalam tahun 1950-60. Apa yg menjadi punca keruntuhan rumahtangga zaman dulu?
1. Perkahwinan paksa Dulu ramai yg berkahwin atas pilihan keluarga atau dijodohkan tanpa mengenali pasangan terlebih dulu. Perkahwinan tanpa rela & keserasian ini menyebabkan masalah dalam jangka panjang. Bila timbul masalah, dan pula tiada cinta & persefahaman, perkahwinan jadi sukar utk dipertahankan.
2. Tekanan ekonomi Kehidupan orang dulu2 banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi. Kalau suami tidak mampu menyediakan keperluan asas atau hilang punca pendapatan, ini boleh menyebabkan ketegangan dalam rumah tangga.
3. Kurang ilmu tentang perkahwinan Ilmu komunikasi, pengurusan emosi, & hak2 dalam perkahwinan kurang ditekankan zaman dulu. Ramai tak tahu nak menyelesaikan konflik dengan baik. Masalah kecil boleh jadi besar & akhirnya membawa kepada perceraian.
4. Keganasan rumah tangga Zaman dulu isu keganasan rumah tangga dianggap sbg masalah peribadi yg tak dibincangkan secara terbuka. Tapi, ada pasangan yg memilih untuk bercerai demi keselamatan diri & anak2, bila penderaan fizikal & emosi tak dapat ditoleransi lagi.
5. Susah dapat anak Dalam masyarakat dulu, tekanan untuk mempunyai anak sangat tinggi. Kemandulan atau kesukaran mendapat zuriat sering menyebabkan perceraian kerana dianggap sebagai kegagalan perkahwinan.
6. Patriarki Sistem patriarki zaman dulu menyebabkan hak & suara wanita sering diketepikan. Bila wanita merasa tertindas atau tidak dilayan dengan adil, mereka mungkin akhirnya memilih utk bercerai.
7. PJJ Dulu2 bila suami bekerja jauh atau merantau dalam jangka masa panjang boleh jd asbab hubungan menjadi renggang. Ya lah, dulu mana la ada whatsapp, telefon pun tak ada. Dulu2 perceraian jarang dibincangkan secara terbuka, & ramai yg memilih utk kekal dalam perkahwinan walaupun tak bahagia kerana stigma masyarakat. Sekarang ni banyak kesedaran hak individu, pendidikan yg lebih baik, & kebebasan bersuara membolehkan masalah ini dibincangkan dgn lebih terbuka.
Walaupun zaman berubah dan cabaran rumah tangga datang dalam pelbagai bentuk, satu perkara kekal usaha untuk menjaga keharmonian memerlukan kesabaran, kefahaman, dan ilmu.
Sama ada dulu atau sekarang, kebahagiaan rumahtangga bukanlah sesuatu yang datang bergolek. Dengan komunikasi yang baik, penghargaan kepada pasangan, dan nilai keagamaan yang kukuh, insya-Allah kebahagiaan itu boleh dicapai. Apa pun, setiap pasangan punya perjalanan tersendiri—yang penting, jangan berhenti berusaha
Sumber: LynaNoh
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bahayakan nyawa demi peperiksaan, murid ini sanggup tempuh laluan batang paip yang l licin. Situasi ini membuatkan wargamaya meluahkan rasa sebak.
Tular video mengenai kepayahan murid-murid ini untuk menuju ke sekolah. Lebih mengejutkan keberanian murid ini untuk melalui batang besi dalam keadaan ais sungai yang deras. Difahamkan kejadian itu berlaku di Kg Mangsian Baru Keningau, Sabah.
Menerusi perkongsian Siti Hafizah Leezah ini meluahkan rasa sayu melihat situasi itu. Jauh di sudut hatinya mengharapkan ada pihak yang dapat membantu.
Dia juga ada menjelaskan bahawa sebelum ini telah mendapat perhatian daripada Yang Berhormat.
Namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang tindakan susulan yang dilakukan di kawasan berkenaan.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Setiap kali musim hujan terpaksa ambik risiko lalu di paip tu biarpun licin.
Sudah pohon jambatan gantung. YB Flovia sudah lawat lokasi dan kg Mansiang Baru. Dengan yakinnya bulan 4 ni tahun jambatan akan di buat.
Kami sebagai penduduk,lega dan gembiranya dengar janji YB. Tapi tunggu punya tunggu sekarang bulan 7 sudah.
Belum nampak tanda-tanda pembinaan. Sampai bila kami mau tunggu. Tunggu ada nyawa melayang dulu kali baru kena buat kan…
Ambil Risiko Demi Peperiksaan
Difahamkan kanak-kanak berkenaan terpaksa mengambil risiko ekoran sedang menjalani peperiksaan. Terpaksa ke sekolah walaupun mengetahui laluan yang bahaya bakal ditempuhi.
Moga perkongsian ini menjadi pencetus jambatan dapat dibina bagi membantu masyarakat di sana menjalani rutin harian dengan sempurna.
Ibu maut kemalangan hantar anak ke sekolah. Seorang wanita berusia 30 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya bersama anak lelaki berusia lima tahun terbabit dalam kemalangan di Kampung Tembak B, Jalan Parit Panjang-Kuala Ketil. Kanak-kanak itu bagaimanapun dilaporkan terselamat.
Memetik Berita Harian insiden berlaku ketika si ibu dipercayai sedang dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah prasekolah yang baru memulakan sesi selepas cuti penggal kedua.
Kejadian tragis itu berlaku kira-kira jam 9 pagi apabila orang awam menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat kemalangan maut membabitkan dua motosikal.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali berkata, siasatan awal mendapati insiden tersebut melibatkan motosikal ditunggang seorang lelaki berusia 28 tahun yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kuala Ketil ke Kampung Tembak B. Pada masa sama, mangsa bersama anaknya datang dari arah Kampung Padang Besar menuju ke sebuah stesen minyak di kawasan berkenaan.
“Hasil siasatan mendapati kejadian membabitkan sebuah motosikal ditunggang lelaki warga tempatan berumur 28 tahun dari arah tempat kerja di Kuala Ketil menghala ke Kampung Tembak B, dengan motosikal ditunggang wanita tempatan berusia 30 tahun yang membawa anak lelakinya berumur lima tahun.
“Dua beranak itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah rumah mereka di Kampung Padang Besar, Kuala Ketil, menghala ke sebuah stesen minyak di Kampung Tembak B.
“Bagaimanapun, kejadian itu masih dalam siasatan polis,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, wanita terbabit meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah, manakala anaknya bersama penunggang sebuah lagi motosikal dikejarkan ke Hospital Baling bagi menerima rawatan. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk proses bedah siasat.
Ahmad Salimi menambah, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya.
“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.