Kalau dilihat dari segi penampilan, memang nampak selebriti dan juga angkasawan pertama negara ini sangat moden orangnya.
Malah, dia sangat menitikberatkan soal pendidikan pada anak-anak. Bukan sekadar didikan duniawi, bahkan bab keagamaan cukup dijaga.
Tidak hairanlah anak-anaknya sudah boleh menghafal surah di dalam al-Quran walaupun masih kecil. Anak sulungnya Bella sudah khatam al-Quran sewaktu usianya 6 tahun lagi.
Setiap postingnya di laman instagram juga memberi inspirasi dan panduan kepada ibu bapa lain dalam mendidik anak-anak. Bahkan sikapnya yang mudah mesra dan tidak kisah membalas setiap komen dan pertanyaan pengikutnya cukup disenangi.
Baru-baru ini Datuk Dr Sheikh Muszaphar memuat naik posting mengajar Bella, anak sulungnya menghafal surah Al-Maun.
Menurut Datuk Dr Sheikh Muszaphar, setiap malam ahad adalah waktu untuk anaknya menghafal surah walaupun pendek.
Seorang anggota penyelamat tidak menyangka menemui bayi comel dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Tidak dapat keluar apabila tingkat bawah dinaiki air
Sarjan Awang Abdullah Sani Awang Alehan, 42, dari pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, di sini berkata beliau bersama tiga lagi anggota yang sedang menaiki bot menemui keluarga bayi berkenaan terkandas di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat.
Katanya bayi perempuan berusia empat bulan itu bersama ibu bapanya dan seorang lagi kanak-kanak, diselamatkan selepas mereka tidak dapat keluar apabila tingkat bawah rumah berkenaan dinaiki air paras pinggang.
“Petang itu saya memandu bot bersama tiga lagi anggota dan dua daripada kami terpaksa memanjat sengkup rumah tersebut sebelum membawa mereka keluar melalui tingkap,manakala saya dan seorang lagi anggota menyambut mangsa menaiki bot untuk dihantar ke tempat selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, gambar Awang Abdullah Sani memegang bayi perempuan bertopi dan berpakaian serba merah tular serta dikongsikan di media sosia Facebook dan Instagram Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan rata-rata netizen melahirkan rasa syukur dan terharu bayi comel itu dapat diselamatkan.
Awang Abdullah Sani yang juga bapa kepada lima anak, berkata beliau antara 128 anggota dan pegawai PGA dari Perak iaitu Batalion 1, Batalion 2, Batalion 3, Batalion 6 dan Pusat Latihan PGA yang dikerahkan bersama bot ke Selangor bagi bantuan operasi menyelamat mangsa banjir sejak Ahad lepas.
Berkongsi lebih lanjut, Penolong Jurulatih Jasmani Pusat Latihan PGA Hulu Kinta yang sudah 21 tahun berkhidmat itu berkata operasi bantuan tersebut disifatkan amat bermakna bagi pasukannya kerana dapat membantu ramai mangsa walaupun kepenatan.
“Sejak dari Ahad lagi kami sibuk dengan kerja-kerja menyelamat dan sanggup tidak tidur demi menyelamatkan mangsa banjir. Saya hanya sempat tidur dua jam pada hari ketiga (semalam), malah gambar yang tular itupun saya ketahui melalui orang lain,” katanya.
Menurutnya beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa gambar itu turut dimuat naik di Facebook dan Instagram PDRM sehingga meraih pelbagai komen warganet
Memasak bukan sesukar yang disangkakan, andai anda tahu cara, cukup bahan dan lengkap perasanya maka menjadilah resipi tersebut.
Bagi ibu-ibu yang sering mengalami masalah untuk masak sambal, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh wanita bernama Dhila Shafie menerusi facebooknya.
Hari ni saya suka sangat sebab masak sambal menjadi. Selama ni tak pernah jadi merah dan menarik macam ni.
Rupanya beberapa tips yg saya dapat semasa memasak hari ni:- 1. Cili kering mesti direbus untuk menghasilkan sambal yg menarik 2. Tumis dengan minyak yg banyak sampai garing dan pecah minyak 3. Cili kering yg direbus tekstur dia lebih halus dan lebih creamy. 4. Blend dengan beberapa ulas bawang putih. Masa tumis tu harumnya bau dia. 5. Saya tak letak asam jawa tapi letak asam keping tetap jadi merah juga. Sama juga dengan gula putih.
Rahsianya sambal yg merah dan cantik mcm ni rupanya cili kering kena rebus dulu. Tanya org jual nasi lemak taknak nya dibagitahu. Cuma cakap tumis kena lama. Pakai asam jawa dan gula merah.
Jenuh masak seperti yg diberitahu tak juga menjadi merahnya.
Sekian. Saya newbie yg baru reti masak sambal. Happyyyyyy gilerrr?????
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika masih ada yang ingat dengan kisah Prof Dr. Midhat Nabil yang pernah viral ketika dulu apabila berkongsi episod hidupnya dari seorang yang pernah gagal hingga berjaya bergelar seorang profesor. Benar, begitu banyak halangannya dan kegigihannya itu yang harus dijadikan inspirasi.
Bertepatan dengan niatnya untuk terus menyuntik inspirasi buat anak-anak yang sedang belajar, beliau turut berkongsi tip di awal-awal tahun ini di akaun fbnya. Jom semak untuk manfaat bersama.
Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM pada tahun ini, saya ingin berkongsikan beberapa tips bagi menghadapi peperiksaan yang sangat penting ini. Harap ianya dapat memberi manfaat kepada yang berkaitan, Insya-Allah.
1) Pastikan untuk mengulangkaji semenjak awal. Jangan amalkan budaya ‘last minute study’, kerana kemampuan otak kita ada batasannya. Memang kita boleh untuk tidak tidur selama beberapa hari untuk menghabiskan semua matapelajaran yang akan kita duduki, tetapi ini akan menjejaskan keupayaan sebenar otak kita. Lebih elok untuk hanya mengulangkaji sejam atau dua jam sehari bagi beberapa bulan secara berterusan daripada mengulangkaji bersungguh-sungguh selama seminggu dengan kurangnya masa untuk berehat (tidur). Hindarkanlah diri dari sifat malas. Bayangkanlah dengan mengulangkaji secara serius selama setahun atau dua tahun untuk SPM, ianya dapat membuat hidup kita menjadi lebih selesa di masa yang akan datang selama bertahun-tahun. Janganlah kita menjadi orang yang sesal dan rugi dikemudian hari.
2) Elok untuk mengulangkaji secara berkumpulan, kerana dengannya dapat kita bertukar-tukar maklumat, membuat latihan bersama-sama dan bertanya apa sahaja yang kita tidak tahu dengan rakan-rakan yang lain. Pastikan juga, sebagai salah seorang ahli kumpulan, kita menjadi seorang yang aktif dan tidak lokek dengan segala ilmu yang kita ada, jangan hanya ‘makan seorang’ sedangkan kita juga mengambil beberapa ilmu dari rakan-rakan yang lain. Tidak salah untuk menyelitkan beberapa slot masa untuk berjenaka ataupun bergossip bersama. Tetapi, kalau waktu ‘study group’ dihabiskan dengan 90% dari masanya hanya untuk bergossip pasal artis, yang tu memang salah. Kalau kita rasa begitu terdesak, boleh juga untuk mengambil beberapa subjek di kelas tambahan (tuition).
3) Cuba amalkan ‘study smart’ rather than ‘study hard’. Kadangkala kita mesti berasa pelik bila tengok kawan-kawan yang study cuma beberapa jam berbanding kita yang hampir sehari suntuk study, tapi last-last, result yang dia dapat lagi hebat dari kita. Biasanya orang sebegini mempunyai kaedah berkesan untuk mengulangkaji, seperti membuat nota ringkas (mengambil perkataan-perkataan/bahagian-bahagian yang penting sahaja), membuat peta minda (mind mapping) dan sering bertanya kepada guru untuk kepastian. Cuba juga untuk mencari buku/bahan yang menerangkan dengan panjang lebar mengenai kaedah ‘study smart’. Elok juga untuk mengikuti kursus motivasi jika dianjurkan oleh sekolah masing-masing. Ulangkaji kertas-kertas soalan bagi beberapa tahun yang lepas bagi semua subjek yang diambil, pasti kita akan nampak trend soalan yang akan keluar, dan jangan bergantung hanya pada ‘spot questions’!
4) Apabila hampir dengan tempoh peperiksaan, cuba hindarkan diri dari timbul perasaan panik. Walaupun kita sudah mengulangkaji dengan sebaik mungkin, tetapi jika perasaan panik ini menyerang, ini akan menyebabkan keadaan darah gemuruh (nervous) di dalam hati dan mungkin akan menjejaskan prestasi semasa sessi menjawab soalan nanti. Pastikan kita mendapat tidur yang cukup (tidur yang cukup penting untuk kecergasan otak, kerana otak dapat berehat dan mendapat lebih bekalan oksigen), mengambil makanan yang seimbang (makan buah gajus baik untuk kecerdasan minda) dan menjaga kesihatan secara menyeluruh (ambil vitamin, supplement tambahan dsb.) menjelang peperiksaan nanti.
5) Yang paling penting, pastikan memohon restu dari ayah serta bonda. Mohonlah agar mereka berdoa untuk kejayaan anda. Pastikan diri kita juga tidak melupakanNya. Banyakkanlah beribadat dan berdoa agar kita dipermudahkan segala urusan ketika menghadapi detik2 peperiksaan nanti. Jiwa yang bersih, pasti mindanya begitu juga.
Kepada yang mengambil peperiksaan UPSR/PT3/SPM/STPM atau apa2 jenis peperiksaan jua, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan agama. Insya-Allah semua akan beroleh kejayaan yang amat cemerlang. Ingat, apa jua kejayaan yang kita kecapi, ianya bukan milik mutlak kita, tetapi milik Allah s.w.t. jua…