Lazimnya di rumah kita tentu ada pelbagai jenis ubat-ubatan sama ada berbentuk pil, cecair, krim mahupun jenis minyak untuk sapuan luar badan yang boleh digunakan untuk merawat sakit pening atau meredakan selesama dan sebagainya.
Ramai menyedari ada keperluan ubat-ubatan tersebut disimpan di rumah, pun begitu perlu lebih berhati-hati jika ingin digunakan kepada anak-anak. Ada bahayanya yang perlu diketahui oleh kita semua sebagai ibu ayah.
Ini sebagaimana perkongsian pengalaman dan kisah benar daripada seorang doktor bilamana berdepan dengan situasi seorang pesakit yang datang ke hospital dengan keadaan anaknya yang terkena sawan berpanjangan dan akhirnya meninggal dunia kesan daripada ubat yang mengandungi camphor atau juga dipanggil kapur barus.
Sama ada sedar atau tidak, banyak produk di pasaran mengandungi kapur barus dan amat bahaya untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Untuk itu, ini kisah yang dikongsikan oleh Dr. Redza Zainol dan bersamalah kita jadikan pengajaran.
“Doktor, budak 2 tahun ni dah satu jam sawan tak berhenti-henti.”
Ibu bapanya baru berpindah rumah. Ruang tamu mereka penuh dengan kotak dan barangan yang perlu disusun.Sambil ibu bapanya sibuk mengemas, anak ni jumpa ubat minyak cap kapak di dalam kotak.
Tak lama lepas tu, dia mula muntah-muntah dan tak sedarkan diri. Tak ada siapa pun nampak dia minum minyak cap kapak tu tapi bau minyak tu sangat kuat dari mulut dia.
Di wad, bermacam ubatan diberi untuk hentikan sawan. Tapi dia berterusan sawan hingga 5 jam dan akhirnya meninggal dunia.
“Puan, kami dah cuba semua jenis rawatan. Maafkan saya, anak puan dah tak ada lagi.”
Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dari doktor pakar saya pada si ibu. Dia meraung sekuat-kuatnya. Digoncang-goncang badan anaknya. Tak bergerak, tak bernafas dan kulitnya mulai biru sejuk.
Ayahnya tersandar di dinding. Masih tak percaya dengan apa yang berlaku. Kelu tak berkata apa-apa. Kisah benar ni tak akan saya lupakan.
Ubat minyak cap kapak mengandungi Camphor yang dilarang untuk diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun. Camphor atau kapur barus ialah bahan yang banyak diguna dalam produk sapuan di dalam pasaran untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
Menurut kajian penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva, kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik Camphor sebab ia mudah terserap melalui kulit dan membran mukus (mata, bibir, bahagian dalam hidung).
Produk yang mengandungi camphor atau kapur barus ni jika diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun boleh menyebabkan sawan dan kematian. Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang telah diletakkan.
Mak ayah hati-hati ya. Jangan letak pada hidung, mata atau kulit yang luka. Ia akan terserap di dalam darah dan boleh capai tahap toksik di dalam badan. Apa pun produk yang kalian nak guna pada anak, biasakan diri untuk baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca dan ambil tahu.
Jadilah mak ayah yang bijak.
Ads
Turut disenaraikan beberapa produk yang mengandungi camphor/ kapur barus untuk info bersama.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bekas personaliti televisyen (TV), Puan Sri Datin Normala Samsudin akui sebak ketika menemani cucu lelakinya yang masih bayi melalui proses berkhatan.
Kata Normala Samsudin lebih sayu apabila melihat cucu sulungnya yang bernama Aamin Yusuf itu menangis kesakitan selepas proses berkenaan di sebuah hospital swasta kelmarin.
“Meleleh airmata tok mama bila hari berkhatan AY (Aamin Yusuf).Mula dengan RTK test (ujian pengesanan Covid-19) khatan dan hinggalah ke malam, bila nak membuang air yang pertama tu menjerit pedih, jadi anak lelaki harus kuat ya nak, biar ujian apa sekalipun..
“Tok mama Tak tahan dengar sayu tangisnya. Moga Allah sempurnakan dirimu jadi anak yang sihat walafiat dan soleh.
“Benar luka berkhatan itu pedih dan bisa supaya kita sentiasa bertasbih, berselawat dan sentiasa ingat kebesaranNya dan berserah kepadaNya. Supaya kita istiqamah dan melihat kesalahan diri dan perbaiki diri,” tulisnya dalam sebuah entri di akaun instagram miliknya.
Menerusi perkongsian berkenaan dia memuat naik video yang disunting dari mula proses berkhatan itu hingga selesai.
Aamin merupakan cahaya mata pertama anaknya yang juga seorang doktor iaitu Ruhila Roslan yang dilahirkan pada 15 Jun lalu.
Dalam pada itu, Normala sempat menitipkan doa untuk anak-anak yang turut berkhatan pada hari berkenaan.
“Ucapan kepada anak-anak yang berkhatan sama hari dengan Aamin Yusuf, didoakan jadi insan solihin dan takut pada Allah dan taat ibu ayah. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” ucapnya.
Imbas kembali, Ruhila dan suaminya Majid Nazli selamat dijabkabul dalam majlis serba sederhana ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari 2021.
Wawa Zainal dimasukkan ke hospital berkemungkinan akan bersalin anak keempat mereka seminggu awal daripada tarikh sepatutnya.
Berita tersebut dikongsikan oleh suaminya, Aeril Zafrel menerusi laman Instagramnya.
“Pagi ni tiba-tiba baby nak keluar. Awal seminggu dari tarikh yang di beri. Doakan semuanya selamat,” tulisnya menerusi perkongsian terkini di Instagram.
Dalam perkongsian tersebut, Aeril turut memuatnaik gambar sterinya yang terbaring sambil berselimut
Menjengah ke ruangan komen, Rata-rata menitipkan dia semoga dipermudahkan urusan Wawa untuk melahirkan bayinya.
Wawa Dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013.Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiraful Azkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia lebih setahun.
Bab menguruskan almari pakaian anak-anak ini sering juga boleh membuatkan kita jadi stress.
Apa tidaknya, baru saja kain baju dilipat dan disusun rapi, tapi bila anak menarik baju daripada lipatan tersebut untuk dipakai habis semuanya jadi serabut.
Tidak mahu berterusan hadapi masalah yang sama, ada baiknya ibu-ibu buat cara yang digunakan oleh Puan Azila ini.
Bukan sahaja kain baju dilipat sama saiznya, paling mengujakan bila pakaian tersebut ditarik daripada lipatan tidak akan menjejaskan pakaian lain. Cukup mengujakan!
Ini perkongsiannya.
Niat untuk share ja tak sangka kena viral harini. Siap pm, dm, tanya tutorial lipat macamana. Sampai battery tak sempat nak full dah low semula.
Sebenarnya sy lipat baju guna manual jer, tapi bila husband jenis yang teliti lipat baju kita akan jadi lebih teliti. .
So untuk senang masa susun baju sy guna organizing system. Actually benda ni dah lama mungkin tak pernah org terfikir sebelum nih. Benda ni made from recycled material. .
Kalau rajin uolls boleh goggle organizing system byk org luar dah create untuk improved lagi system ni.
Mana nak cari benda ni? Nak pergi ke obersea ker?? Tak perlu pergi jauh-jauh. Dekat MR DIY pun ada kalau nak walk in. Kalau malas online pun boleh di shoppe jer.
Boleh la lepas ni serbu MR DIY. At least baju lagi tersusun dan kemas. Cuma kena rajin susun lar lepas ni.