Memang bestlah tahun ni tak payah dah susah-susah masak menu raya, Domino’s Pizza dah keluarkan menu baru sesuai dengan tekak mak-mak musim raya ni, apa lagi pakai cantik-cantik kita serbu je kaunter Domino’s Pizza dan beli menu terbaru mereka ni.
Domino’s Pizza memeriahkan lagi suasana dengan melancarkan inovasi terbaharunya Piza Cheese Volcano Sate. Piza yang ditawarkan untuk tempoh terhad ini menjadi hidangan tumpuan yang menambat selera tetamu di Majlis Iftar Bersama Domino’s.
Menyusuli kejayaan Cheese Volcano yang telah dilancarkan baru-baru ini, piza sate ini akan menjadi hidangan yang paling sesuai untuk menjamu sanak-saudara yang akan datang beraya kelak.
Ads
Majlis Iftar Bersama Domino’s yang diadakan di RUANG Shah Alam pada 26 Mac 2024 menyaksikan segenap lapisan masyarakat dijemput untuk bersama mengimbau kembali nostalgia suasana kampung di tengah-tengah bandar.
Para petugas barisan hadapan yang berdedikasi, wira-wira tidak didendang, kanak-kanak dari rumah anak yatim dan persatuan ibu tunggal serta pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah hadir untuk memeriahkan majlis.
Ads
Dalam majlis tersebut, para tetamu juga berpeluang untuk menjadi antara yang pertama untuk mencuba inovasi baharu ini dan menikmati kelazatan piza sambil berbuka puasa bersama-sama.
Diinovasikan daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia, Piza Cheese Volcano Sate ini boleh didapati dalam bentuk piza standard dan juga Cheese Volcano.
Ditebar dengan tangan sehingga sempurna, piza ini ditaburi dengan ketulan ayam atau daging yang diperap dengan rempah dan herba, dan kemudiannya dibakar sehingga masak sempurna.
Ads
Setiap gigitan dipenuhi dengan kuah sate dan rasa pedas manis dari kacang tanah yang dipanggang. Piza ini juga dihiasi dengan bawang merah segar, timun Jepun rangup dan jeruk cili merah masam-masam manis untuk menambah kelazatan pada rasanya.
Mereka yang memang meminati Cheese Volcano boleh mencuba Piza Cheese Volcano Sate Ayam atau Piza Cheese Volcano Sate Daging yang turut disediakan bersama sos keju cair yang diperbuat daripada gandingan keju istimewa dan keju Cheddar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memandangkan pelakon Shakira ini sibuk dengan penggambaran, membuatkan Tya mengambil keputusan untuk mengemas rumah baru tanpa bantuan suami tersayang.
Perkongsian tersebut meraih perhatian Dan menerima pujian warganet. Ramai yang menyifatkan isteri kesayangan Shukri seorang yang berdikari dan ringan tulang.
Menjengah ke Instagramnya, terlihat perkongsian terbaru Tya yang memuatnaik video menunjukkan Shukri sedang unboxing sofa baru yang baru sampai.
Namun di sebalik video itu, Tya juga berkongsi luahan yang menceritakan perjalanan mereka sebelum memiliki rumah sendiri.
“Sebenarnya.. perasaan masuk rumah baru masih tak percaya. Tengok video unboxing sofa pun boleh jadi sebak.
Sebab apa? Sebab tak pernah sangka akan dapat rezeki duduk rumah baru, duduk rumah sendiri. Sebelum ni selalu tengok orang pindah rumah, renovate rumah cantik-cantik. Ya Allah. Sukaa sangat-sangat tengok!
‘Dalam hati selalu cakap “Bestnyaaa!!”, “Teringinnyaaa..”
“Sambil doa dalam hati “Ya Allah permudahkanlah urusan rezeki kami sekeluarga Ya Allah. Rezekikan kami rezeki yang mencukupi, rezeki yang tak putus-putus, rezeki yang membahagiakan orang sekeliling kami”
“Hari-hari doa. Hari-hari minta dengan Allah. Kadang-kadang doa sambil bawak kereta, pegang stereng kereta tu pun doa. Tengah makan tetiba teringat, doa. Tengah basuh baju tiba-tiba teringat doa. “Bukan nak kaya raya. Tapi cukuplah sekadar rezeki yang mencukupi, rezeki yang membahagiakan.
“Tup tup Allah bagi rezeki duduk rumah baru. Kalau nak tahu, Tya & Shuk masa mula-mula masuk rumah dalam first week tu, kitorang langsung tak rasa macam duduk rumah sendiri. Rasa macam duduk tah mana-mana. Rasa macam dekat tempat orang. Sampai macamtu perasaan kami 😢
Jelas Tya, setiap hari dia tak putus berdoa agar dimurahkan rezeki dan sehingga ke hari ini, masih tidak percaya bahawa apa yang sudah dimiliki oleh mereka.
Mengimbau saat dapat menggenggam segulung ijazah di majlis konvokesyen, tentu itu menjadi antara detik begitu membahagiakan dalam diri.
Saat itu juga, dirasakan cukup seronok bila orang-orang tersayang turut bersama-sama berada disisi.
Namun berbeza dengan apa yang dilalui oleh wanita ini dan ianya dikongsikan untuk dijadikan inspirasi untuk yang lain.
Saya Nurhafisah Ismail, berumur 28 tahun. Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media di Universiti Malaya. Saya mendapat ijazah ketika saya berumur 26 tahun dan selepas setahun pemergian ayah tercinta ke negeri abadi.
Tak terfikir langsung yang saya akan menamatkan pengajian tanpa ayah disisi. Memang perit untuk terima sebab ini impian ayah dan mak. Ayahlah orang paling gembira dan teruja bila dapat tahu saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.
Banyak pengorbanan ayah yang menjadikan saya seperti sekarang. Kami pasang impian sama-sama. Ayah dah pencen sewaktu saya mendapat tawaran ke UM. Mulanya saya tak nak sambung sebab tiada sumber kewangan yang cukup dan memikirkan keadaan ayah yang tidak sepatutnya bekerja lagi. Tetapi, impian ayah terlalu besar untuk melihat saya mendapatkan segulung ijazah. Katanya, kalau betul nak belajar, duit boleh cari.
Selepas pencen, ayah masih bekerja sebagai pemantau kebun sawit demi mencari duit untuk menanggung pengajian saya. Ayah gigih cari duit walaupun dirinya sudah tidak sihat dan mempunyai masalah jantung.
Setiap kali saya daftar semester baru, ayah akan hantar saya ke UM. Saya dah besar, saya boleh buat urusan pendaftaran sendiri, tapi ayah nak juga hantar. Alasannya, nak tengok bilik adik.
Ayah selalu cakap, “Nanti dah habis belajar, bolehlah jadi wartawan. Nanti ayah boleh tengok adik dalam TV.” Itu yang saya ingat sampai sekarang, tapi saya tak dapat tunaikan impiannya itu.
Ayah pergi sewaktu saya cuti semester sebelum memulakan tahun pengajian yang ketiga. Tahun terakhir pengajian, tahun yang sangat mencabar. Saya pernah ambil keputusan untuk berhenti sebab semangat saya dah tak ada. Tapi, keluarga nasihatkan supaya saya teruskan pengajian kerana ini impian ayah.
Saya usaha sehabis baik untuk tamatkan pengajian. Rakan-rakan dan pensyarah banyak membantu terutama dalam menyiapkan tesis akhir. Keluarga banyak memberi sokongan supaya saya terus kuat.
Saya tahu ramai lagi yang mempunyai kisah hebat bersama ayah atau ibu. Saya cuma berkongsi rasa setelah ayah tiada dan bagaimana saya menghabiskan sisa pengajian. Kalau ikutkan hati, memang saya tak habis belajar. Tapi, memikirkan impian ayah untuk tengok saya naik pentas dan menerima scroll, saya kuatkan semangat dan teruskan sampai habis.
Sewaktu konvo, saya terlupa yang ayah dah tiada sampai saya tercari-cari ayah. Tunang saya datang, bawa gambar lukisan ayah, baru saya sedar. Saya hanya mampu menangis sambil bercakap dengan gambar, “Adik dah konvo. Adik dah capai impian ayah.” Perit untuk terima. Orang yang selalu teruja bila saya cerita perihal belajar, saya ceritakan apa yang saya buat, kongsi semuanya, tiba-tiba dah tak ada.
Terlalu banyak pengorbanan ayah sampai saya tak tahu macam mana nak cerita. Terlalu banyak kenangan sampai saya tak tahu untuk gambarkan. Semuanya tersimpan rapi dalam ingatan saya.
Its the day, Hero. My big day. Supposely, you were there beside me, holding a bouquet of flowers and hugging me, taking pictures together with mom. Supposely. Physically you was not there. But, with that painting, i feel you. Besides me, hugging and crying together with mom. You will say, “ini anak ayah, anak ayah dah besar, lepas ni boleh kahwin.” I miss that, Hero.
Ketika itu semua orang tengok saya bawa “ayah”. Sampai datang seorang pakcik ni tanya, “maaf pakcik tanya, siapa ni?” Adik jawab, “ini ayah saya, ayah dah tak ada, saya bawa gambar saja.” Pakcik tu cuma mampu angguk, mata mula merah tahan sebak mungkin.
Ayah, terima kasih sebab galas tanggungjawab didik dan besarkan sata sampai tahap sekarang, sama-sama dengan mak. Ayah orang paling excited bila tahu saya dapat sambung belajar dekat UM. Setiap sem ayah akan hantar saya untuk daftar, semua orang tengok bila ayah gigih panjat tangga semata-mata nak tengok bilik saya, walaupun bilik tu tetap sama kedudukannya dan lelaki tak dibenarkan masuk pun. Hehehe. Tetap nak hantar.
Banyak lagi saya nak tulis. Pengorbanan ayah, gigihnya ayah cari duit, banyak sangat. Adik simpan semua kenangan kita. Ayah tunggu saya dekat pintu syurga ya. Nanti panggil nama, takut tak perasan ayah sebab ayah mesti handsome sangat waktu tu.
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik dengan mematuhi segala ajaran agama dan ini sudah tentu akan mempengaruhi anak-anak dalam proses pendidikan tersebut.
Sebagaimana Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” (Surah Luqman, ayat 17)
Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak. Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda bermaksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang menjadikannya beragama yahudi atau menjadikannya beragama nasrani atau menjadikannya beragama majusi.” (Hadis Riwayat Muslim, No 4805)
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Anuar menegur dan memberi nasihat bahawa lebih elok jika ibu bapa membuat persediaan agar anak-anak ini lembut hati, lebih mudah dipujuk dan senang diajak untuk melakukan perkara fardhu ain seawal usia.
“Umur tujuh masih tak latih. Orang hari ini umur 10 tahun masih pakai skirt lagi. Anak umur sembilan, 10 masih beri pakai seluar pendek lagi yang lelaki. Perkara itu salah kerana pada umur tujuh tahun perlu latih dah tutup aurat. Kalau perempuan beli tudung dah bagi dia pakai.
“Dia cukup 10, 11 tahun dia tidak akan langkah kaki keluar daripada rumah kecuali dia pakai tudung walaupun mak tak suruh. Umur 12 pakai seluar ketat lagi. Sampai umur 45 pakai seluar ketat. Ibu bapa hairan kenapa macam itu kerana dah doa. Tapi tak sedar mereka mula lambat. Nabi dah ajar latih dan didik anak anda untuk solat, puasa dan tutup aurat pada umur tujuh,” katanya menerusi sebuah klip ceramahnya.
Malah, bagi Wadi Anuar jika ingin mendidik dan mengajar anak-anak untuk melakukan perkara fardu, penghargaan perlu diberi kepada mereka atas usaha yang telah dilakukan seawal usia masih di setahun jagung
“Kalau nak didik dari awal, contoh berpuasa penuh, jadi pada tanggal 1 Syawal bagi penghargaan, beri duit raya. Dalam Islam tak salah beri penghargaan. Budak akan lebih bersemangat apabila usaha mereka dihargai.
“Tolong jangan mula lambat, pada umur tujuh dah mula pakai pakaian yang sempurna, solat. Walaupun umur tujuh, kita boleh suruh dia solat tepi kita walaupun pelbagai ragam akan dihadapi. Anak ini kalau kita latih dari umur tujuh untuk berpuasa, dia tidak akan tinggalkan puasa. Itu adalah perangai ibu bapa cerdik akhirat.”
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...