Isteri adalah teman hidup suami, pengatur rumah tangganya, ibu anak-anaknya. Malah isteri dicipta daripada tulang rusuk suami. Namun, jodoh, ajal dan maut itu, adalah rahsia Allah SWT yang tiada siapa tahu. Hari ini kita masih bersama tetapi mungkin esok lusa kita sudah tiada di dunia ini.
Begitulah isteri disisi suami. Selama ini hidup bergantung harapan dan kasih sayang, namun apabila ajal datang memanggil, tiada siapa yang mampu menghalang.
Terharu membaca luahan hati seorang isteri atas pemergian suami. Sudah ditakdirkan, suami pergi dulu dijemput Ilahi. Perkongsian Ummi Aishah Umaira ini sungguh menyentuh hati.

____________________________________________________________________

“Saya Bersyukur Sangat Ada Suami Macam Awak. Walaupun Allah Pinjamkan Hanya Seketika…” Isteri Luah Rasa Hati Setelah Pemergian Suami
Gambar hiasan

Selasa.
Pagi tu awak cerita dekat saya awak mimpikan arwah paklang n maklang. Awak jalan dgn dorg kat satu taman. Awak cakap cantik sangat taman tu.

Rabu.
Sekali lagi awak ceritakan pasal mimpi awak. Tpi kali ni awak cakap paklang datang hulur tangan kat awak n awak sambut tangan paklang. Saya hanya mampu diam dan senyum dengar cerita awak. Tapi hati dah mula tak tenang.

IKLAN

Khamis.
Saya lihat awak mcm sihat sgt. Mcm orang yg x sakit. Awak kemas rumah. Awak main dengan Umaira. Saya gembira sgt tgk awak.

Jumaat. 
Seperti kelaziman awak. Awak akan bangun jam 2.30-3.00 pagi. Awak kejut saya bangun tahajjud sama². Lepas tahajjud awak duduk termenung. Lepastu awak pesan supaya sayangkan Umaira dan jaga dia baik². Saya iyakan semua. Lepastu awak tidur semula sekejap.

IKLAN

5.00 pagi awak bangun lagi dan kejutkan saya utk berjemaah solat subuh. Umaira masih lagi tidur. Selesai solat subuh awak buka Quran. Awak baca al-Mulk. Saya dengar. Sayu sangat. Lepas siap awak cakap awak penat. Awak nak tidur skjap. Awak baring atas sejadah. Saya bangun n keluar kejutkan adik² awak. Saya masuk semula dalam bilik n awak panggil saya. Awak cakap awak sakit dada. Saya suruh awak baring atas katil. Saya sapukan minyak angin saya urutkan dada awak. Lepastu awak tertido. Saya turun ke dapur. Sediakan sarapan untuk awak. Tak lama lepastu sy dengar Umaira nangis. Saya bergegas ke bilik. Sy tgk awak tidur lena. Saya dukung Umaira pergi ke dapur buatkan susu. Kemudian saya ke bilik semula kejutkan awak. Awak tak bangun. Kaki awak sejuk. Saya kejut lagi awak tak bangun. Saya dah tak keruan. Risau. Saya dengar Ayah balik dari masjid. Saya panggil ayah tengokkan awak. Ayah mengucap panjang. Ayah cakap awak dah tak ada.  Allahuakbar… Gelap seketika dunia saya. Airmata ni tak mampu lagi nak tahan. Saya terduduk. Mak datang peluk saya. Awak dah pergi tinggalkan kami semua.

Awak…
Saya tahu awak dah penat sangat lawan sakit awak kan. Rehatlah awak. Saya redha. Saya bersyukur sangat ada suami macam awak. Walaupun Allah pinjamkan awak hanya seketika utk saya. Tunggu kami datang nanti ye awak. Semoga awak tenang di sana. Jangan risau.. Umaira saya akan jaga dengan penuh kasih sayang.

IKLAN

Lepas ni dah xde lagi dah yang nk jadi imam saya. Dah tak ada lagi yang akan bergurau dan nasihatkan saya. Dah tak ada lagi teman tahajjud saya. Dah tak dapat dengar lagi bacaan Al-Mulk setiap kali sebelum tidur. Semuanya awak dah bawa pergi. Insyaa Allah saya akan teruskan apa yang awak selalu buat. Saya akan ajar anak kita sekali. Saya akan ceritakan semuanya tentang awak pada Umaira. Terima kasih awak sebab didik saya selama ni.

Kucing Kelabu/Angah/Rul dalam kenangan
15/08/1987-07/12/2018
Al-Fatihah.

Maaf buat sahabat sahabat angah semua kerana lambat maklumkan. Saya baru ada kekuatan untuk ceritakan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI