Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa syukur suaminya, pelakon Aidil Aziz sentiasa menerima keadaan dirinya yang kini sedikit berisi.
Menurut pelakon Dua Takdir Cinta ini lagi, selepas melahirkan anak ketiganya, Aisha Amaira dia mengambil masa yang lama untuk turunkan berat badan.
Kata Fasha lagi, suaminya tidak pernah paksa untuk kurus kerana apa yang penting dirinya sihat dan mereka saling menerima kekurangan masing-masing.
“Aidil tak boleh jadi personal trainer saya sebab nanti saya akan jadi manja. Tapi dia seorang suami yang sangat menerima kekurangan saya.
“Walaupun saya cakap rasa diri gemuk, dia tak pernah paksa saya untuk kurus. Pada dia, tak penting pun kurus asalkan saya sihat. Dia pun tak pernah pandang rendah terhadap saya. Kami saling terima kekurangan masing-masing,” katanya.
Ujarnya lagi, selepas bersalin anak ketiga, dia mengambil masa agak lama nak turun berat badan walaupun jaga makan memandangkan menyusukan anak.
Ads
“Tak boleh nak diet terlalu ketat sebab bimbang susu akan jadi kering. Sebab itu saya tak paksa diri untuk diet keterlaluan,” katanya.
Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz pada Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aisha Amaira Mohd Aidil.
Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.
Seorang wanita luka teruk dipukul bapanya menggunakan rotan di Kampung Melayu Raya, Segamat, dekat sini, pagi semalam.
Memetik laporan harian Metro, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 20 tahun pada jam 12.16 tengah malam tadi, memaklumkan mengalami luka selepas dipukul menggunakan rotan berukuran kecil.
Katanya, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum menahan bapa mangsa yang berusia 45 tahun di kediamannya jam 2.33 pagi tadi.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 11 pagi semalam ketika bapa mangsa juga penoreh getah dikatakan berada di rumah.
“Ketika kejadian mangsa berada di rumah sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak merotan mangsa lebih 10 sebatan di betis, peha dan siku menggunakan rotan.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera teruk,” katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini, hari ini.
Ahmad Zamry berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap anak perempuan sulungnya itu selepas mengikut saudara terdekatnya bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dulu.
Beliau berkata, mangsa menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat (HDS) berikutan kecederaan serius akibat sebatan bertalu-talu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dicederakan.
“Suspek yang memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan curi dan menyamar sebagai penjawat awam direman tiga hari bermula hari ini,” katanya.
Pernah Jadi Perhatian Dunia, Kembar Siam Bergelar Graduan Sains Komputer
Usaha itu tangga kejayaan, ungkapan yang sering kita dengar. Umpama menaiki tangga, tanpa usaha pasti tidak akan dapat mendaki untuk kepuncak yang tinggi.
Kisah kembar siam yang berjaya bergelar graduan turut menjadi inspirasi buat kita semua. Biarpun serba kekurangan, namun mampu berjaya bergelar graduan.
Bagi yang pernah mengikuti kisah kembar siam ini, iaitu Ahmad dan Muhammad yang pernah mendapat perhatian umum hingga ke peringkat dunia apabila pasangan kembar yang bercantum di bahagian dada dan punggung ini. Pasangan kembar siam ini berjaya menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard, Arab Saudi pada tahun 2002.
Pembedahan pasangan kembar siam yang ditaja sepenuhnya oleh Raja Abdullah al-Saud
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
MELANJUT PELAJARAN DI MSU
Dalam keringat dengan serba kekurangan seperti berkerusi roda dan berkaki palsu ketika di bangku sekolah, kemudian menyambung pelajaran pula di menara gading.
Adik beradik kembar ini menyambung pelajaran di Managemant and Science Univercity (MSU) di Shah Alam sejak Mac 2016. Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.
Namun Ahamd tidak dapat meneruskan habiskan pengajian diploma kerana berhadapan dengan masalah kesihatan. Manakala adiknya Muhammad mengikuti pengajian Ijazah Sains Komputer dalam bidang Teknologi Maklumat.
BERGELAR GRADUAN SAINS KOMPUTER
Muhammad, akhirnya bergelar seorang siswazah dalam satu istiadat konvokesyen Management & Science University (MSU). Siapa sangka dalam serba kekuranga, hati anak muda ini bersemangat wajar hingga berjaya menggenggam segulung ijazah.
Semoga kedua-dua pasangan kembar ini berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat serta dapat berbakti kepada kedua ibubapa, Insyallah.
Apabila tular kisah sepasang kekasih yang mengambil keputusan untuk putus hubungan setelah mengetahui kedua-duanya adalah pembawa talassemia, maka penyakit ini menjadi topik bualan netizen.
Antara persoalan yang timbul: Kenapa mereka perlu putuskan hubungan? Kalau kahwin juga, apa bakal terjadi? Macam mana mereka boleh dapat penyakit talasemia?
Menjawab semua persoalan dan kekeliruan ini, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi infonya di media sosial agar ramai yang jelas tentang penyakit ini, semoga bermanfaat.
THALASSEMIA: topik hangat minggu ini
Saya cuba ringkaskan agar mudah difahami.
1. Thalassemia (talasemia) adalah penyakit genetik(keturunan) yang berbahaya. Ia menjejaskan penghasilan darah, sehingga ia tidak mencukupi untuk kehidupan yang normal.
2. Terdapat beberapa jenis talasemia, antaranya talasemia alfa dan talasemia beta. Setiap satunya ada pecahan masing-masing. Kita akan fokus perbincangan kita kepada talasemia beta.
3. Talasemia beta terbagi kepada 2:
▪️Talasemia major
▪️Talasemia minor
* Terdapat juga: talasemia intermedia (pertengahan).
4. Individu yang mempunyai talasemia major dipanggil pesakit talasemia. Pesakit talasemia mempunyai gejala: cepat letih, pucat, sesak nafas, perkembangan fizikal terjejas, dll.
5. Individu yang mempunyai talasemia minor dipanggil pembawa. Pembawa talasemia lazimnya tidak bergejala, dan hanya menunjukkan tanda-tanda dalam keadaan tertentu.
6. Bila 2 pembawa talasemia berkahwin, maka :
▪️25% risiko anak = pesakit (major)
▪️50% risiko anak = pembawa (minor)
▪️25% anak = normal
7. Mengapa kita perlu khuatir dengan risiko anak menjadi pesakit talasemia(major)? Kerana rawatannya panjang, rumit dan memerlukan kos yang tinggi. Ia juga menjejaskan kualiti hidup mereka.
8. Rawatan talasemia major:
▪️Transfusi darah 2-4 minggu sekali
▪️Terapi chelation (buang zat besi terkumpul)
▪️Splenectomy (buang limpa: jika perlu)
9. Rawatan hanya boleh dihentikan sekiranya pesakit menjalani pemindahan sum-sum tulang. Itupun ada tidak semuanya berjaya. Jika gagal, transfusi dan chelation dilakukan sepanjang hayat.
10. Oleh kerana rawatannya rumit, talasemia perlu dicegah. Caranya, adalah dengan menyaring pasangan yang ingin berkahwin, untuk menilai sama ada mereka ada genetik talasemia atau tidak.
11. Saringan talasemia dibuat dengan melakukan ujian darah. Ia disaring pada semua kerana pembawa biasanya tiada gejala. Jadi pengecaman melalui pantauan gejala tidak mencukupi
12. Jika kedua-dua pasangan didapati adalah pembawa talasemia, maka pasangan akan diberi konsultasi tentang penyakit ini, diterangkan risiko berkenaan zuriat, dan sebagainya.
13. Pasangan tidak akan dipaksa putuskan hubungan. Malah pasangan akan membuat keputusan berdasarkan informasi yang telah diberi, dan hasil perbincangan mereka sendiri.
14. Keputusan yang boleh dibuat oleh pasangan.
▪️Tidak berkahwin
▪️Kahwin, rancang tiada anak (biological)
▪️Kahwin, dapatkan anak, dan sedia hadapi risiko.
15. Kempen kesedaran tentang talasemia kini giat dijalankan. Saringannya juga bukan sahaja dibuat kepada pasangan yang hendak berkahwin sahaja, malah telah dibuat di sekolah.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...