Bila perasaan rindu pada seseorang yang disayangi kian terasa, hati bagai meronta-ronta untuk segera bertemu bagi merawat rasa rindu yang semakin menebal di hati. Hal ini bukan hanya orang dewasa sahaja tahu merasainya, namun anak kecil juga mengalaminya.
Inilah yang dirasai oleh seorang kanak-kanak ini bila mana setelah sekian lama tidak dapat bertemu datok dan nenek dek kerana larangan rentas negeri.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama Puteri Nur Farahanum, ada berkongsi video anak lelakinya dengan berani bercakap dan bersemuka dengan polis, dengan harapan dia dibenarkan untuk pulang ke kampung bertemu datok dan neneknya.
Namun, pihak polis itu cuba menerangkan dengan baik tentang pelaksanaan PKP yang tidak membenarkan sesiapa pun merentas negeri. Pada mulanya anak ini terlihat cuba memahami dan reda dengan penjelasan tersebut.
Ads
Namun setelah masuk ke dalam kereta, anak ini terus menangis kerana sedih tidak dapat berjumpa dengan datuk dan neneknya. Hal ini telah mengundang rasa sebak dan pilu wargamaya. Selain itu, ramai juga yang bekongsi rasa rindu untuk pulang ke kampung berjumpa insan tersayang.
Semoga tidak lama lagi akan tiba masa dan ketikanya untuk kita semua dapat bertemu insan tersayang untuk melepaskan rasa rindu yang kian menyeksa hati dan perasaan. Sama-samalah kita bersabar dan semoga wabak covid-19 segera berlalu.
Lazimnya pada akhir tahun ramai orang mengambil kesempatan bercuti bersama ahli keluarga sempena cuti sekolah. Biasanya cuti pekerja dikumpulkan semata-mata untuk mencari kesempatan terbaik untuk bersama keluarga atau menjalankan aktiviti bersama. Inilah masa ’emas’ bercuti bersama keluarga. Keseronokan percutian ini akan menjadi momen indah.
Salah satu tempat percutian yang menjadi tumpuan ramai adalah LEGOLAND Malaysia Resort. Taman teman ini yang telah telah dibuka secara rasmi pada tahun 2012 tidak putus-putus menerima kunjungan ramai. LEGOLAND Malaysia Resort yang unik dan kreatif iaitu menggabungkan taman tema, taman tema air (Water Park), Sea Life dan pusat penginapan seperti Hotel di dalam satu lokasi berlatar belakangkan pemandangan LEGO®.
Bagi yang gemar bermain air inilah lokasi pilihan seisi keluarga. Bayangkan bermain air dalam taman tema LEGO dengan lebih daripada 20 gelongsor,, pertunjukan dan permainan air. Bunyinya seperti impian yang menjadi kenyataan untuk kanak-kanak (dan orang dewasa) yang gemar dengan blok LEGO.
Taman Air Legoland Malaysia adalah salah satu tarikan paling popular di Legoland Malaysia Resort, destinasi mesra keluarga yang menawarkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur. Jom kita teroka apa yang ada di Taman Air Legoland Malaysia!
Ciri-ciri Taman Air Legoland Malaysia
Taman Air Legoland Malaysia bukanlah taman air biasa. Ia adalah taman air yang terinspirasi oleh brick LEGO dan direka untuk membangkitkan imaginasi dan kreativiti anda. Taman air ini mempunyai lebih daripada 20 ciri yang memenuhi pelbagai peringkat umur dan minat.
1.LEGO Wave Pool
Ia merupakan kolam ombak terbesar dalam taman air ini, di mana anda boleh menikmati ombak dan berehat di kerusi pantai. Kolam ini juga mempunyai model LEGO gergasi yang menambahkan suasana yang seronok.
2.uild-A-Raft River
Ini adalah ciri unik yang membolehkan anda membina rakit anda sendiri menggunakan brick LEGO yang lembut dan mengapung sepanjang sungai yang tenang. Anda juga boleh menyesuaikan rakit anda dengan warna dan bentuk brick yang berbeza.
3.Joker Soaker
Ini adalah taman permainan yang menyeronokkan dan interaktif yang mempunyai baldi air besar yang membuang air setiap beberapa minit, serta landasan, meriam air, pancuran air, dan jet. Anda juga boleh mencuba untuk membasahkan rakan-rakan dan keluarga anda dengan kepala joker yang melepaskan air pada selang-selang masa.
4.DUPLO Splash Safari
Ini adalah ciri yang sempurna untuk kanak-kanak kecil, yang boleh menikmati air cetek dan haiwan DUPLO yang berwarna-warni yang menyemburkan air. Ciri ini juga mempunyai landasan kecil dan kawasan bermain untuk kanak-kanak berseronok.
5.Brick Blaster
Ini adalah ciri yang mengasyikkan yang melibatkan tiga orang naik dalam tiub melalui terowong gelap dengan belokan dan pusingan. Ciri ini juga mempunyai kesan khas seperti lampu, bunyi, dan semburan air yang membuatkan anak-anak teruja!
6.Wave Rider
Salah satu gelongsor yang tertinggi di taman tema air ini, permainan ini akan membuatkan anda teruja di sepanjang tub terbuka setinggi 240 kaki. Cabar diri anda untuk bermain disini lagi dan lagi.
Ini hanya beberapa daripada ciri-ciri Taman Air Legoland Malaysia. Terdapat banyak lagi ciri yang boleh anda terokai dan nikmati, seperti Red Rush, Splash ‘N’ Swirl, Tidal Tube, Twin Chasers, Splash Out, LEGO Slide Racers, Imagination Station, dan banyak lagi.
Taman air ini juga mempunyai langkah-langkah keselamatan dan peraturan yang perlu anda ikuti, seperti sekatan ketinggian dan umur, pengawal keselamatan, tempat penyimpanan, dan lain-lain. Boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai ini di laman web rasmi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bertabahlah buat anda yang bakal mengharungi sekali lagi PKPB mulai esok terutama yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya serta di Sabah. Memandangkan anak-anak pun tidak ke sekolah, jadinya banyak masa di rumah. Maka peninglah ibu-ibu nak sediakan makanan untuk anak-anak setiap hari kan.
Apa kata hari ini ibu-ibu cuba buat Roti Bun yang manis ni. Lagi seronok jika dibuat bersama anak-anak. Boleh mereka belajar benda baru sambil tu dapat mengeratkan kasih sayang satu keluarga.
Nah admin kongsikan resipi roti bun manis dari Tempias Hawa. Simple je caranya dan mudah untuk anak-anak cuba. SWEETBUN GEBU GEBAS…
Harineh En Suami kita buat Roti gebu gebas nehh.. 1st time buat n menjadiii…
SIMPLE,MUDAH & BERBALOI2.. SEDAPP
Resepi disetiap pic ye… Try la buat uoalss.. Xcari dah Roti lainn… Selamat Mencuba..
RESEPI ROTI SWEETBUN GEBU GEBAS
Bahan-bahan
-Tepung Gandum 4 Cawan
-Majerin 2 SB(Klu nk guna minyak masak pon bleh)
-1pakej Yis (Dibancuh dgn air suam setengah cawan)Biarkan hingga berbuih sedikit
-Susu Pekat 2 SB
-Bakin Powder Jika ada 1SB
-Telur 1Biji
-2SB Gula
-1SK Garam Cara membuat: Masukkan dan Gaulkan kesemua bahan2 dipic bahan2 kecuali yis.. Gaul Hingga Rata dan sebati…
-Masukkan Yis y dibncuh dan uli sehingga tidak melekat dijari.. Jangan tlalu lembut sgt..Selapas uli perap selama 1jam sehingga adunan kembang seperti Pic 1..
-Selepas 1jam.. Buangkan angin didalam doh y mengembang dengan menumbuk2 doh dah uli…
-PIC 2 uli mengikut bentuk y diidamkan.. Husband buat bulat2 je
PIC 3 Sapu Kuning Telor di atas doh y dbulatkan
PIC 4 Biarkan doh seketika sementara utkpanaskan oven **Topping terpulang nk letak apa pon.. Xletak kuning telur pon xpa… – Masukkan ke dalam oven suhu 180c selama 30minit.. Jika nak Brown2 lagi lajakkan minit.. AWAS jgn smpai jadi hitam legam tau.. Hahahha – Hokeyyyy.. Dah siappp… Nak bagi berkilat sapu majerin atas roti dan selamat menjamu seleraa… Sedappppp
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang benar, setiap pasangan perlu tahu adab dan tertib dalam perkahwinan supaya kemanisan alam rumahtangga itu kekal sehingga akhir hayat. Oleh sebab itulah, pentinya menjadi pasangan yang setia.
Namun, bila ada orang ketiga yang berlainan jantina menjadi tempat mengadu atau berkongsi cerita sebagai teman rapat, sudah tentu boleh mengundang keretakkan rumahtangga.
Setiap pasangan sudah tentunya inginkan kebahagian. Namun sebaliknya jika tidak menjaga tatatertib dalam ikatan perkahwinan. Melalui paparan Intan Dzulkefli dilaman facebooknya berkongsi pendapat bagaimana pasangan yang tidak setia boleh mengundang keretakkan rumahtangga. Moga perkongsian ini bermanfaat.
Pendapat saya, kita tidak perlu ada kawan rapat berlainan jantina hingga tahap perlu kerap sangat berhubung.
Apatah lagi setelah bernikah, ada pasangan yang setianya hanya untuk kita serta anak-anak yang sedang sangat-sangat memerlukan perhatian.
Suka atau tidak, perbualan yang awalnya mungkin sekadar hal remeh-temeh mungkin akan berlanjutan menjadi melampaui batas. Mungkin akan mula mengimbau detik manis kenangan silam hingga kemudiannya bercerita tentang aib dan kekurangan pasangan, serta mengadu keluh kesah jerih perih berumahtangga yang sepatutnya kita hanya kongsikan dengan pasangan kita.
Ustaz kata, kadang punca kecurangan dan zina terjadi semudah dari pandangan, senyuman dan mesej “hai, hai” sahaja.
Namun, oleh kerana terjebak ikhtilat, akhirnya menjadi semakin rapat, kerap berhubung, bertemu, bergurau senda. Malah akhirnya mungkin akan mula rasa sayang (nafsu yang disalah tafsir oleh godaan syaitan).
Sebab itu, tuntutan menjaga ikhtilat (pergaulan) ini sebenarnya bermula sejak bujang lagi. Inilah hikmahnya. Supaya tiada ‘kisah silam’ yang bakal menggoncang tiang seri rumahtangga.
Tiba-tiba datang semula ‘kawan baik’ yang mengadu kisah peribadi rumahtangga. Mula-mula sekadar simpati, namun sudah terlalu banyak terjadi kes sebegini yang akhirnya terjerumus ke lembah kecurangan dan penzinaan. Nauzubillah min zaliq.
Bila kata zina, jangan hanya ingat syaitan menggoda orang yang masih bujang sahaja. Bahkan setelah nikah asbab pergaulan bebas dari sebelum nikah akhirnya menjadikan jalan untuk berzina bahkan lebih mudah kerana tak risau tentang ‘pak sanggup’ kerana si dia memang bersuami. Tak takut kalau mengandung kerana sudah memang sudah jadi status isteri. Astaghfirullah, nauzubillah min zaliq.
“Alaaa… suka-suka je.. kami kawan lillahi ta’ala.” Kalau sebegitu, jadikan mereka kawan baik pasangan kita kerana mereka sejantina. Tak perlu kita terjebak ikhtilat tanpa keperluan. Beringat dari awal adalah lebih baik.
KEJAHILAN SUAM ISTERI
Sejak akhir-akhir ni, banyak terbaca confessions dan berita suami yang tahu isteri berzina dengan bekas teman lelaki, kawan sepejabat, teammates. Astaghfirullah. Yang menyedihkan, si suami mungkin kerana jahil sekadar mendiamkan kerana terlalu sayang. Walhal, sebenarnya hal sebegini perlu dirujuk kepada pejabat agama untuk tindakan selanjutnya.
JANGAN LUPA, DALAM ISLAM HUKUMAN BAGI PENZINA YANG TELAH BERKAHWIN IALAH REJAM SAMPAI MATI.
Dayus bagi seorang lelaki membiarkan isteri melakukan kemungkaran hatta sekadar mendedahkan aurat rambut kepada bukan mahramnya. Apatah lagi hingga ke tahap berzina! Astaghfirullahal adzhim.
Bagi para suami pula, sekiranya benar-benar mampu, maka teruskanlah dengan pernikahan (yakni berpoligami) tanpa perlu terjebak berzina dan menzalimi hak isteri yang sedia ada, mengabaikan nafkah anak isteri kerana leka mabuk cinta. Allahuakbar.
Islam tidak zalim. Islam sangat menjaga kebajikan dan hak para suami pun isteri, namun kebanyakan dari kita yang sendiri menzalimi diri sendiri kerana kejahilan dan terlalu bertuankan nafsu.
Jangan ambil Islam ikut apa yang kita suka. Ambil separuh, buang mana yang tidak selari dengan nafsu dan lifestyle kita. Astaghfirullah.
NIAT BERNIKAH
Selebihnya sentiasa ingatkan diri, apa niat bernikah dahulu?
Kerana Allah, kerana agama, mahu ada teman penguat semangat mengejar syurga Allah. Lalu muhasabah semula, kini jalan yang sedang dilalui seiring atau tidak dengan niat dan matlamat tadi?
Para suami…
Ada ajar anak isteri hal agama? Ada ingatkan anak isteri jaga maruah, aurat dan solat? Ada imamkan solat anak isteri atau tidak? Cukupkah nafkah dan tarbiyyah anak isteri selama ini?
Semua ini sentiasa perlu diingatkan. Begitu jugalah dengan isteri sebagai ibu rumahtangga. Jangan sibuk leka dengan pujian lelaki ajnabi yang sebenarnya melekakan dan sengaja menduga keimanan. Terus block hal sebegini dan sibukkan diri dengan hal-hal ibadah supaya terhindar dari godaan.
Niat yang baik menjadikan komitmen pernikahan kukuh. Kita sentiasa memperbaiki diri dan berusaha melakukan yang terbaik buat pasangan dan keluarga. Kerana pada kita, mereka adalah lubuk pahala kita.
.
Hormatilah ikatan nikah kalian. Begitu besarnya ikatan ini, sehingga Al Quran menyebut akad nikah sebagai mitsaqon ghaliza, atau perjanjian yang berat.
Dalam Al-Quran, ayat ‘mitsaqon ghaliza’ hanya disebutkan 3 kali iaitu;
(+) ketika Allah SWT menyatakan hubungan pernikahan (surah an-Nisa’ : 21) (+) ketika Allah SWT mengangkat Bukit Tsur di atas kepala Bani Israil dan menyuruh mereka bersumpah setia di hadapan Allah (surah an-Nisa’ : 154) (+) ketika Allah SWT membuat perjanjian dengan para Nabi dan Rasul Ulul Azmi (surah al-Ahzab : 7)
Cukuplah kalam ini menjadi peringatan untuk kita muhasabah kembali. Pasangan kita bukannya tunggul, sekadar mesin ATM, amah atau hamba abdi. Mereka adalah amanah dan antara jalan kita ke syurga. InsyaAllah.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di