Ikuti perkongsian seorang ibu ini dan juga merupakan seorang guru bertapa pentingnya mempunyai kad perubatan setelah melalui pengalaman anak lelakinya kemalangan.
Ini perkongsian.
Saya dan Medical Card
Pada awal mengajar dulu gaji saya tak seberapa, namun saya masukkan anak2 dalam takaful untuk pendidikan..Manakala saya pula menyertai takaful tp untuk perubatan. Masa tu mmg rasa agak sempit tp bila memikirkan kepentingan untuk jangka masa panjang saya teruskan juga.
Apabila anak ke-3 saya meninggal akibat kemalangan jalan raya, mata saya lebih terbuka. Waktu saya tanyakan doktor untuk membawanya ke hospital swasta, doktor bertanya berapa cover medical card anak saya. Bila saya kata 500k, doktor kata ok..
Kalau setakat 150k tak perlulah..
Hospital swasta juga bersedia untuk memindahkan anak saya, cuma keadaannya yang kritikal pada waktu itu, menyebabkan saya kekalkan di HSA sebab di sana ada pakar hati yang terbaik.
Ads
Bila anak saya meninggal, walau baru 3 bulan menyertai medical card, agen uruskan untuk saya mendapat yang selayaknya.
Alhamdulillah wang tersebut dapat saya gunakan untuk badal haji, saya dan suami ke tanah suci untuk mengerjakan umrah, serta selebihnya untuk kebajikan arwah (semoga diterima Allah).
Ads
Selepas pemergian allahyarham, saya tukarkan insuran pendidikan 2 orang anak saya yg masih bersekolah kepada insuran perubatan. 5 hari lepas anak ke-4 saya kemalangan.
Terima kasih kepada yang prihatin membawanya menjalani rawatan di KK P. Nenas. Walau lukanya tidak parah, saya risau kerana pengalaman ngeri 5 tahun yang lalu.
Saya membawa anak saya ke Colombia Asia, untuk rawatan lanjut. Bukan saya tidak yakin dengan hospital kerajaan tapi sebagai seorang ibu saya ingin dia mendapatkan rawatan yang lebih teliti.
Ads
Doktor Rohana mencadangkan buat city scan di kepalanya..Hasilnya masih ada serpihan kaca pada kepalanya. Bayangkan, bukan murah dan mudah untuk menjalani rawatan tersebut, namun dgn adamya ins perubatan, saya tak perlu mengeluarkan sesen pun. Wadnya juga sangat selesa.
Sewaktu di sana saya bertemu seorang rakan. Suaminya perlu buat pembedahan kecil. Kosnya 11k.. kena bayar tunai sebab tiada insuran perubatan. Jika saya pun pasti terkedu, tp kena buat juga sebab tak nak bertangguh untuk mengelakkan menjadi lebih teruk.
Saya bersyukur kerana menyedari perkara ini walau dikira agak lewat.
Memang berbaloi membayar RM310 sebulan untuk 2 org anak walau pada mulanya rasa perit nak budget perbelanjaan bulanan.
Nampaknya perbelanjaan untuk rawatan dan perubatan semakin menigkat setiap tahun. Saya tak dapat bayangkan untuk 10 tahun lagi. Semoga kita kekal sihat, inshaallah.. namun tak salah untuk menyediakan payung sebelum hujan.
sumber : Cikgu Zaharah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pertemuan, jodoh, ajal semua itu rahsia Tuhan. Kita sebagai hambaNya, tak boleh nak menidakkan takdir yang datang kepada kita. Jika dulu, bagi insan yang berpisah dengan pasangan kerana meninggal dunia atau berpisah hidup, dan mahu berkahwin semula pasti dipandang enteng oleh masyarakat. Tetapi tidak masa kini kerana orang lebih bersifat terbuka.
Bagi anak-anak pula, ada juga yang tidak bersetuju jika ibu atau ayah mereka memilih untuk berkahwin lagi, namun apapun mereka perlu akur jika itu yang terbaik buat orang tua mereka.
Lain pula bagi kisah wanita ini yang dikongsikan di laman Tiktok yang memberi keizinan buat ibunya berkahwin sekali lagi selepas berpisah dengan suaminya terdahulu.
Apa yang menarik perhatian, ibunya yang berusia 60 tahun itu telah memilih seorang jejaka yang berusia 23 tahun sebagai suaminya telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen!
Mana tidaknya, wanita terbabit berkongsi tidak lama kemudian dia sudah menjumpai jodohnya yang berusia 28 tahun dan ini bermakna, bapa tirinya adalah lima tahun lebih muda berbanding dengan suaminya.
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum apabila melihat kebahagiaan keluarga wanita berkenaan yang menemui jodoh masing-masing meskipun terdapat perbezaan dari segi usia.
Malah, mereka berpendapat walaupun ibunya berkahwin bersama jejaka yang jauh lebih muda, apa yang lebih penting adaah mampu menjaga insan tersayangnya itu dengan baik.
Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar keluarga wanita tersebut sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat dan menegaskan apa yang berlaku adalah kuasa serta takdir Allah yang menentukan segala-galanya.
Sumber: TikTok @ecacuwitcawer
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila anak-anak tak dapat tidur yang mencukupi, tahu tak mak ayah anak-anak sebenarnya tak dapat tenaga yang cukup untuk kekal fokus ketika berada di dalam kelas.
Menurut perkongsian Dr Harith Ahmad, waktu tidur anak memainkan peranan besar untuk mengembalikan tenaga mereka di waktu siang.
Berikut merupakan waktu tidur yang disarankan serta tip untuk ahli keluarga bagi memastikan waktu tidur anak lebih berkualiti.
“Hari ini saya nak ceritakan mengenai anak-anak kita yang berada di pra sekolah yang mana seolah-olah tidak cukup tidur dan keletihan ketika bangun pagi.
Berapa jumlah waktu tidur yang sebenarnya diperlukan anak kita?
Selalunya kanak-kanak yang berada di pra sekolah, mereka sangat penat. Tidur yang diperlukan pula sekurang-kurangnya lapan jam.
Kalau anak-anak tidur pukul 12 malam macam mana nak cukupkan lapan jam? Waktu tidur yang disyorkan untuk anak adalah dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
Waktu ini adalah amat baik untuk mereka dan anak sudah pun mendapat lapan jam yang berkualiti.
Tapi bila anak tidur kita selalu rasa cukupkah anak tidur? Berkualiti kah waktu tidur anak kita? Sebenarnya tidak!
Mana tidaknya, ada orang yang mengganggu, ada ayah yang masih lagi menonton televisyen dan masih ada lagi ahli keluarga yang belum tidur.
Kalau boleh semua ahli keluarga tidur pada pukul 10 malam ini, barulah anak-anak dapat menikmati persekitaran tidur yang baik dan dapat tidur dengan nyenyak dan berkualiti.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Melihat kebesaran Allah SWT dengan melancong ke luar negara adalah satu kesempatan yang ingin diraih semua. Pun begitu, bukan semua percutian meninggalkan kenangan indah, tragedi adakalanya datang tanpa kita jangka.
Pengalaman Puan Nor Aziah Abd Aziz, 56, bekas guru Sains dan Matematik, Sekolah Kebangsaan Dengkil yang telah pun menamatkan perkhidmatannya sejak tahun 2014 ini mengakui ada hikmah sebalik kejadian yang menimpanya dan suaminya, Hashim Ahmad, 58 ketika bercuti ke Tehran, Iran.
Dipukau ketika sedang beratur di kaunter tukaran wang adalah sesuatu yang tak mungkin terjangka oleh sesiapa sahaja. Namun inilah yang dilalui oleh pasangan yang sudah menjelajah ke lebih 30 destinasi seluruh dunia ini.
“Saya dan suami memang sedia maklum kes-kes penipuan sebegini kalau bercuti ke Iran. Banyak blog bercerita hal ini dan minta berhati-hati ketika berada di Iran tapi kami langsung tak sangka kami terkena secepat itu, iaitu ketika di lapangan terbang.
Ketika itu saya dan suami sedang beratur di kaunter tukaran wang di lapangan terbang kerana di negara kita tak ada wang Iranian Rials (IRR) Iran, jadi memang terpaksa ditukarkan di sana.
Ketika duit sudah ditukar, suami saya pegang duit tersebut untuk mengira kerana keliru dengan jumlah juta dan kosongnya yang sangat banyak.
Ketika sedang memegang wang, datang seorang pemandu teksi lelaki terus ambil dua keping wang di tangan suami dan mahu menghantar kami terus ke hotel.
Peliknya ketika itu saya dan suami langsung tak marah bila wang diambil dari tangan dan kami terus menuju ke teksinya. Katanya, bayaran tambang yang dikenakan 250 ribu IRR. Kami berborak seperti biasa ketika di dalam teksi dan sebaik tiba kami berikan dia 50 USD sebagai baki bayaran.
Ketika di dalam bilik barulah kami sedar yang dia telah mengambil dua keping wang bernilai 2 juta IRR dan juga termasuk 50 USD. Saya dan suami terdiam dan terkesima dengan apa yang berlaku. Ketika itulah baru kami sedar kami seolah-olah dipukau. Langsung tiada reaksi dari saya dan suami ketika itu.
Itulah detik paling meninggalkan kesan buat saya dan suami. Sedih tak terkata, jumlah yang begitu banyak kami serahkan sebaik menjejak bumi Iran.”
Dibaling Batu Di India
Tidak hanya dipukau, ketika bercuti ke Kashmir, India, pasangan ini juga pernah disekat dipertengahan jalan ketika perjalanan dari Serinagar ke Gulmarg. Semuanya disebabkan adanya sekatan jalan raya dan rusuhan yang dilakukan oleh pengangkutan awam.
“Bas berkumpul dan buat tunjuk perasaan di bandar, akibatnya kami terpaksa ikut jalan kampung. Ketika melalui sebuah kampung kami disekat oleh penduduk kampung yang cuba membaling batu ke arah van kami.
Cemas juga ketika itu kerana belum pernah alami suasana begini, apa lagi di negara orang. Setelah berbincang, kami dilarang melalui jalan tersebut dan terpaksa berpatah balik.
Dek kerana kami bertegas untuk Gulmarg juga, sudahnya kami terpaksa diiringi oleh anggota tentera India yang mengiringi konvoi 5 buah kereta kami hingga selamat tiba di pergunungan. Dua buah kereta askar setia mengiringi di hadapan dan belakang konvoi kami demi memastikan kami selamat sampai,” luahnya lagi.
Di Tahan Di China
Lain pula kesnya ketika keluarga ini bercuti ke Xian, China. Menurut Aziah lagi, anak bongsunya yang berusia 16 tahun ketika itu disekat daripada memasuki negara itu gara-gara pastport yang dimilikinya ketika berusia 12 tahun.
“ Ketika dilapangan terbang, anak saya disekat kerana rupa parasnya yang tidak sama seperti di dalam pastport. Maklum sahaja pastport itu dibuat ketika usianya 12 tahun dan kini dia sudahpun remaja dan berusia 16 tahun. Dia di bawa ke satu tempat dan saya minta untuk mengiringinya.
Lama kami ditahan. Pihak kastam China mahu saya buktikan bahawa dia anak saya. Kad pengenalan kita juga tidak diterima oleh pihak kastam.
Akhirnya saya buka kesemua video anak bongsu saya ketika dia masih kecil dan tunjukkan pada mereka. Itu sahaja cara yang saya ada untuk membuktikan dia anak saya. Mujur usaha saya diterima atas budi bicara mereka. Langsung tak sangka video yang sekecil itu sangat membantu ketika dalam situasi genting sebegini,” katanya lagi yang bakal bercuti ke Balkan pada penghujung tahun ini.
Jejak Langkah Ke 30 Destinasi Dunia
Bercerita mengenai kisah pasangan ini yang suka melancong ke luar negara memang buat kita rasa terinspirasi.
Pasangan ini memulakan langkah untuk melihat dunia luar ciptaan Allah SWT ketika tahun 1986. Ketika mereka ke Medan, Indonesia dan anak pertama yang baru berusia 1 tahun ditinggalkan.
Seterusnya ibu kepada Amir Hakim, 32, Amirah Halwa, 31, Ammar Hazwan, 29, Akhmal Hafiz, 18 dan Aqilah Hanis, 17 tahun ini mula mengorak langkah lebih jauh.
Sehingga kini pasangan ini telahpun menjejakkan kaki ke 30 destinasi dunia. Antara negara yang dilawati mereka termasuklah Turki, negara-negara
Eropah seperti Belgium, Amsterdam, Paris dan London. Tidak ketinggalan juga Korea, Japan, India, New Zealand, Australia, Cairo, Iran, Lubnan, Dubai, Vietnam serta tidak ketinggalan Los Angeles, California, Amerika Syarikat.
Menariknya pasangan ini hanya sesekali sahaja menggunakan travel agensi untuk menguruskan percutian mereka, selebihnya mereka lebih senang menguruskan sendiri dan bergerak sendiri sepanjang percutian ke lebih 30 buah negara ini.
“Bagi saya melancong ke luar negara bukan hanya release tension tetapi paling penting dapat melihat budaya dan tempat orang. Bila lihat tempat orang buat kita lebih menghargai negara kita sendiri. Saya langsung tak fikirkan soal beli belah tetapi dapat lihat ciptaan Allah dan lihat budaya orang lain, itu yang lebih penting,” katanya yang menjadikan koleksi frame dari setiap negara sebagai buah tangan wajib yang dikumpulkansetiap kali melancong.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Aplikasi Nuramma ciptaan mahasiswa Indonesia, Ali An Nuur, menggunakan teknologi AI untuk membantu kanak-kanak menghafal Al-Quran. Inovasi ini turut melayakkan beliau memenangi Apple Swift Student Challenge 2026.