Bila anak-anak tak dapat tidur yang mencukupi, tahu tak mak ayah anak-anak sebenarnya tak dapat tenaga yang cukup untuk kekal fokus ketika berada di dalam kelas.
Menurut perkongsian Dr Harith Ahmad, waktu tidur anak memainkan peranan besar untuk mengembalikan tenaga mereka di waktu siang.
Berikut merupakan waktu tidur yang disarankan serta tip untuk ahli keluarga bagi memastikan waktu tidur anak lebih berkualiti.
“Hari ini saya nak ceritakan mengenai anak-anak kita yang berada di pra sekolah yang mana seolah-olah tidak cukup tidur dan keletihan ketika bangun pagi.
Berapa jumlah waktu tidur yang sebenarnya diperlukan anak kita?
Ads
Selalunya kanak-kanak yang berada di pra sekolah, mereka sangat penat. Tidur yang diperlukan pula sekurang-kurangnya lapan jam.
Kalau anak-anak tidur pukul 12 malam macam mana nak cukupkan lapan jam? Waktu tidur yang disyorkan untuk anak adalah dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
Ads
Waktu ini adalah amat baik untuk mereka dan anak sudah pun mendapat lapan jam yang berkualiti.
Tapi bila anak tidur kita selalu rasa cukupkah anak tidur? Berkualiti kah waktu tidur anak kita? Sebenarnya tidak!
Mana tidaknya, ada orang yang mengganggu, ada ayah yang masih lagi menonton televisyen dan masih ada lagi ahli keluarga yang belum tidur.
Kalau boleh semua ahli keluarga tidur pada pukul 10 malam ini, barulah anak-anak dapat menikmati persekitaran tidur yang baik dan dapat tidur dengan nyenyak dan berkualiti.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Pasangan selebriti Johan Rajalawak dan Ozlynnn dikhabarkan menimang cahaya mata keenam menerusi satu perkongsian di instagram Era fm
Menerusi perkongsian tersebut, dua keping gambar memperlihatkan Johan sedang memegang bayi di atas sofa. Malah, Johan juga dilihat membalas kapsyen yang dimuat naik menerusi perkongsian tersebut.
Alhamdulillah, wife Johan selamat melahirkan cahaya mata baru diaorang semalam , Jumaat, 3 September 2021. Semoga ibu dan baby sihat sentiasa. Selamat berjaga malam buat Johan, ikhlas dari Team ERA! 😂 #sharERA@jozlynnhanania
🤣🤣🤣🤣 selamat berjaga mlm tu , mcm kuat ye idgham dia🤣🤣🤣
peminat pasangan tersebut nyata terkejut dengan khabar gembira itu memandangkan baik Johan mahupun Ozlynn tidak pernah berkongsi berita mengenai kehamilan anak keenam itu sebelum ini.
Walaupun pasangan tersebut masih belum membuka cerita mengenai hal tersbeut, pihak Keluarga mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi baru ini. Semoga ibu dan anak sihat selalu.
Bergelar ibu bapa buat kali kedua nyata menambahkan lagi rasa syukur dan gembira buat Ali, pelawak yang juga anggota kumpulan Puteh.
Disebalik kegembiraan tersebut, Ali memohon orang ramai dan para sahabat agar mendoakan kesihatan puterinya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang kini dirawat di Hospital Ampang. Baru berusia seminggu, Ainul disahkan mempunyai masalah jantung.
“Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Ainul Mardhiah baru berusia seminggu dan pada mulanya dimasukkan ke wad kerana jaundice.
“Namun selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, anak saya disahkan mempunyai masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang,” katanya.
Tambah Ali lagi Ainul Mardhiah dipindahkan daripada Pusat Rawatan Islam Kohilal, Taman Melawati ke Hospital Ampang.
Ali juga sedang menunggu jawapan daripada Hospital Serdang untuk rawatan lanjut dan Ainul Mardhiah akan dipindahkan ke sana.
“Menurut doktor pembedahan akan dilakukan dan mengambil masa agak panjang. Saya hanya menanti keputusan daripada doktor pakar di Hospital Serdang.
“Terima kasih yang mendoakan Ainul Mardhiah dan saya harap kawan-kawan semua dapat terus mendoakan kesihatan anak saya dan semoga semua urusan berjalan lancar,” ujarnya.
Reda dengan keadaan Ainul Mardhiah, Ali menganggap ini dugaan buatnya dan isteri serta menyerahkan semuanya kepada Allah SWT selain berusaha untuk memastikan anak keduanya itu kembali sihat.
“InsyaAllah, Allah SWT tidak akan menguji hambanya jika orang itu tidak mampu menghadapi dugaan…Semuanya akan baik,” katanya.
Sementara itu,Melati Fitri Abdullah, isteri kepada Ali turut berkongsi keadaan anak mereka yang dibawa dari Hospital Ampang ke Hospital Serdang, untuk bertemu pakar jantung di sana. Melati telah berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi kemas kini terbarunya di instagram.
“Assalamualaikum semua, hari ni adik Ainul dah dibawa ke Hospital Serdang untuk berjumpa dengan doktor pakar jantung.
“Doktor pakar iaitu, Dr. Oii Yin sahkan adik Ainul menghadapi masalah injap jantung terbalik dan mempunyai lubang di bahagian tengah.
“Doktor beritahu keadaan adik Ainul agak serius, dan berita baiknya kata doktor, lubang itulah yang membantu adik Ainul bernafas hingga sekarang,” tulisnya.
Tambah Melati lagi, doktor pakar menyarankan pembedahan dijalankan secepat mungkin dan anaknya kini sedang berada dalam pemantauan doktor.
“Doktor sarankan pembedahan dilakukan seawal mungkin dan adik Ainul sekarang di bawah pemantauan doktor di Hospital Ampang untuk menanti hari pembedahannya tidak lama lagi, kemungkinan dua hingga tiga minggu dari sekarang.
“Semoga adik Ainul kuat dan terus kuat menghadapi dugaan ini. Saya ibu dan walid kepada adik ainul ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana kalian tidak henti2 memberi kata2 semangat , doa yang tak henti2 dan banyak bagi saya tips untuk menghadapi situasi macam ni.
“Dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas budi baik kalian… Semoga kalian di murahkan rezeki dan diberi keredhaan di dunia & akhirat.. Aminnn… ~SALAM SYG DARI ADIK AINUL~~SHARIFAH NUR AINUL MARDHIAH~
Dalam pada itu, Ali turut berkongsi hal yang sama di laman instagramnya.
Harini adik kene transfer checkup kat hospital serdang…walid tau…adik kuat…sikit lagi nnti adik sihat tau…walid ngn ibu tggu adik yerr,” tulisnya.
Kisah pasangan ini cukup menyentuh hati. Di saat memulakan alam rumah tangga tanpa apa-apa, namun mereka bahagia sehingga ke hari ini. Sikap isteri yang sentiasa menyokong dan menerima suami seadanya antara kunci kebahagian mereka.
Satu perkongsian mengembalikan semula kenangan kisah hidup Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan. Suatu ketika dulu Aysraf pernah berkongsi kisahnya ini di Instagram beliau.
“Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh.
“Saya buat partime sebagai imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri. Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan.
“Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung,” tulis Asyraf mengenang kembali.
“Apa yg saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri.
“Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan bawa pulang kepada keluarga rezeki yang barakah”
Menurut Asyraf, isterinya tidak pernah meminta wang untuk membeli pakaian melainkan apa yang dibelikannya. Beg tangan dan kasut seadanya.
Kata Asyraf lagi, kadang-kadang terusik di hati seorang suami untuk membeli sesuatu yang menggembirakan isteri tetapi ketika itu dia tidak mampu.
“Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah.
“Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan,” pesan Asyraf.
“Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui.
“Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada. Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama,” ujar Asyraf.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.