Perasaan sedih kehilangan seseorang akibat kematian merupakan satu luahan emosi yang selalunya dirasai oleh mereka yang kehilangan orang terdekat seperti pasangan hidup, ibu bapa dan anak-anak.
Walaupun itu adalah suatu reaksi yang normal, pun begitu adakalanya ia boleh berpanjangan dan menjadi bertambah teruk sehinggakan menjadi sebab hidup dalam kemurungan dalam tempoh yang panjang.
Berkongsi kisah seorang suami ini umpamanya, sangat terasa sedih dengan kehilangan isteri tercinta dan tidak dinafikan turut berasa murung. Namun tidak mahu diri terus dibelunggu rasa sedemikian, Salim Aman, 62 mengisi waktunya dengan bertanam sayur di bahu jalan kawasan perumahannya.
“Selepas isteri meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa tahun lalu, saya melepaskan kemurungan dengan menghabiskan banyak masa di kawasan tanaman terbabit,” katanya yang turut menanam pelbagai jenis pisang, nanas, betik selain tumbuhan herba dan bunga hiasan.
Beri Percuma
Difahamkan juga daripada petikan berita di Berita Harian, ketika harga sayur semakin mahal namun Salim tidak berkira apabila memberi percuma sayur-sayuran ditanamnya kepada penduduk sekitar kejiranan di Taman Paya Rumput Indah dan Kampung Paya Rumput, Melaka.
Memanfaatkan tanah terbiar dan ruang di bahu jalan di taman berkenaan dengan tanaman kangkung, bendi, cili, serai dan keledek sepanjang lebih 1,000 meter, Salim berkata, dia lebih banyak memberi hasil tani itu secara percuma dan hanya menerima wang jika diberi.
Ads
Difahamkan juga sebelum ini pelbagai sayur-sayuran termasuk bayam, kacang, sawi, kalian dan jagung juga diagihkan percuma, namun kini ia mula mengalih kepada tanaman lain mengikut kesesuaian kerana ruang yang agak terhad.
Peraih Datang Beli
Apa yang melegakan, ramai juga peraih yang datang untuk membeli terutama pisang yang dijualnya dengan harga jauh lebih rendah daripada pasaran.
Menggunakan air paip dari rumah yang berjarak lebih tiga kilometer menerusi paip getah untuk menyiram tanaman, Salim menganggap berbudi kepada tanah mampu membawa pulangan yang memuaskan. Usahanya juga menampilkan pemandangan menghijau di bahu jalan dan kawasan taman perumahan berkenaan.
“Saya buat sendiri kerja-kerja membaja dan meracun selepas solat Subuh, Zuhur dan Asar,” katanya.
Tenang dan sesekali tersenyum namun di hati siapa yang tahu. Pemergian suami tersayang dalam satu kejadian lemas baru-baru ini pastinya meninggalkan impak bukan sahaja kepada dirinya bahkan keluarga. Malah kejadian tersebut menjentik emosi seluruh rakyat Malaysia yang turut berkongsi kesedihan tersebut.
Adnan Othman, 33 merupakan salah seorang dari 6 anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas sewaktu mengikuti operasi menyelamat seorang remaja di sebuah lombong di Puchong 3 Oktober lalu.
Allahyarham yang bertugas di Balai Bomba Shah Alam merupakan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA). Dia meninggalkan isteri, Norshamiza Salleh,32 bersama dua anak perempuan iaitu Aisyah Damia, 5, dan Alia Maisarah, 2.
Norshamiza atau lebih mesra dengan panggilan Miza berkata, kejadian itu hanya diketahui kira-kira pukul 10.30 malam tadi selepas dihubungi rakan setugas Allahyarham.
“Suami saya memulakan tugas pada pukul 8 pagi dan sepatutnya habis pada pukul 8 malam, tetapi suami ada menghubungi dan beritahu ada operasi di Cyberjaya. Waktu itu, saya macam biasa je tak ada sebarang perubahan.
“Cuma lepas jam 10 malam arwah belum pulang, saya mula rasa bedebar-debar. Kemudian, saya bawa anak-anak siap untuk tidur. Waktu itu, saya terdetik nak ambil telefon yang tengah charge. Kemudian, masuk panggilan dari kawan suami, Syazwan yang bertanyakan tentang arwah.
“Saya cakap dia belum pulang. Kemudian Syazwan beritahu ada masalah ketika operasi tersebut dan meminta saya bersabar banyak-banyak. Tetapi jangan fikir yang bukan-bukan lagi katanya. Sebagai isteri mula rasa tidak sedap hati, menggigil badan dan tak tahu kat mana nak cari info. Jadi saya google di Facebook tentang lemas di Cyberjaya dan nampak video yang orang muat naik.
“Disebabkan tak puas hati saya mula bersiap dan kebetulan jiran bernama Wak yang juga baik dengan arwah datang untuk bertanyakan hal tersebut. Sebelum itu, saya hubungi Balai Bomba Shah Alam dan mereka beritahu ada kes lemas melibatkan dua anggota dan mereka sebut nama arwah. Kemudian minta Wak bawa saya ke balai bomba dan waktu itu saya hanya sempat bawa botol susu anak dan air sebotol.
“Kemudian, kakak ipar telefon dan waktu itu saya dah mula cuak. Ini beritanya ke?. Tetapi kakak ipar bertanyakan arwah kerja bila esok sebab ayah kena pergi hospital untuk pemeriksaan. Jadi, tak ada lagi berita buruk dan saya terus ke balai. Selepas itu, Syazwan telefon sekali minta saya ke hospital Serdang. Ketika itu saya tak fikir akan berlaku tragedi dan ingat kemalangan biasa.
“Nampak sahaja hospital tersebut, telefon berdering lagi dan Syazwan meminta saya terus ke bilik mayat. Waktu itu saya hairan, kenapa nak kena pergi bilik mayat, dalam masa yang sama saya dah mula rasa arwah dan tinggalkan kami. Waktu itu, abang arwah ada hubungi saya dan beritahu hal tersebut. Jadi saya maklumkan dia. Minta dia beritahu hal tersebut kepada mak ayah arwah.
“Kemudian, saya hubungi ibu saya dan beritahu arwah macam dah tak ada dan ibu pun terus datang ke hospital. Sampai di bilik mayat, saya diminta buat pengecaman dan saya dan ibu mentua pergi kerana hanya dua orang dibenarkan masuk waktu itu. Ketika nak masuk, anak sulung menangis sebab nak tengok ayahnya. Jadi mak saya pujuk lalu saya masuk dengan ibu mentua.
“Lepas buka kain penutup tu ibu mentua dah lemah dah dan saya terus cakap ini suami saya Adnan Othman,”cerita Miza lagi yang cukup tenang dan menerima pemergian arwah suami dengan reda.
Usai selesai bedah siasat, Miza mengejutkan anak sulungnya yang sedang tidur untuk membawanya melihat ayahnya buat kali terakhir.
“Waktu itu Mia tengok dan cium ayahnya lalu tanya kenapa dengan kepala ayah sebab ada kesan pembedahan. Saya cakap kan ayah sakit jadi doktor ubatkan kepala ayah lah tu. Mia cakap mesti rambut ayah cepat tumbuh lepas ni kan ibu. Itulah ayat Mia.
“Kemudian saya beritahu Mia lagi, ayahnya terus tidur dan takkan bangun lagi. Ayah dah pergi dekat Allah, dan waktu jumpa ayahnya memang saya dah terangkan pada Mia. Ayah kan orang yang baik, Allah jaga dan sayang dan ayat itulah yang saya ulang-ulang pada Mia.
“Tetapi waktu melihat wajah ayahnya kali terakhir sebelum dikapankan, Mia bergenang air mata. Selepas salam dan cium ayahnya dan imam nak tutup wajah arwah Mia mula meraung kenapa ayah macam tu dan dia nak ayahnya,” ujar Miza yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah kolej.
Mengakui rutin harian tetap berjalan seperti biasa, cuma selepas ini tiada lagi insan tersayang bernama suami dan ayah yang menemani mereka anak -beranak.
“Rutin seperti biasa cuma lepas ini adik lelaki akan menemani dan duduk bersama kami. Sebelum ‘pemergian’ arwah memang tiada sebarang petanda cuma dia selalu sebut penat kerja dan nak isi semula permohonan SPA.Kebetulan arwah baru sahaja dapat ijazah baru-baru in.
“Malah, kami berdua sempat keluar berdua tengok wayang bersama cerita PASKAL. Itulah yang arwah muat naik ayat dalam filem tersebut dalam facebooknya dengan gambar throwback 2013.
“Status arwah pun syahdu sejak kebelakangan ini. Kalau diikutkan arwah bukan jenis yang romantik, tetapi ayatnya memang syahdu. Saya pun perasan statusnya dengan ayat “apapun pilihan kita .. mati. Dia ada memuat naik ayat sama di status WhatsApp. Jadi saya komen, cakap bukan main ayat sekarang. Namun arwah yang ketawa dan kongsikan video Mia yang dia ambil sebelum ini.
Siapa sangka, arwah pergi kerja macam biasa namun malamnya dia dah takde. Menurut Miza lagi, arwah sejak kebelakangan ini tak banyak cakap berbanding sebelum ini. Dia banyak memerhati dari bercakap. Dengan anak-anak pun sama.
“Pagi terakhir sebelum arwah ke tempat kerja biasanya kami akan keluar bersama cuma berpisah ikut ke tempat kerja masing-masing. Tetapi pagi tu, yang bongsu merengek dan arwah cakap sudah pukul 7 lebih.
“Jadi saya minta dia pergi kerja dulu. Lepas bersalaman dan cium tangan macam biasa, arwah pun keluar dan cakap pergi dulu manakala saya uruskan anak-anak. Memang tiada sebarang perubahan apa-apa waktu itu. Tak sangka pagi dia pergi kerja macam biasa tetapi malamnya dia dah takde.
“Setakat ini anak-anak macam biasa perasan sebab leka bermain. Cuma saya selalu ingatkan dia, “Mia ayah mana’. Dia cakap ayah dah tak de, meninggal. Adiknya masih kecil belum mengerti apa-apa. Cuma dia selalu tunjuk gambar dan sebut ‘yah yah’,” ujar Miza lagi sebelum menutup perbualan dengan penulis.
Semalam, Norshamiza dan keluarga mentuanya menerima kunjungan YS PKPjB Azmi bin Osman, Pengarah JBPM Negeri Selangor bersama Ketua Balai Pelabuhan Klang serta 3 Pegawai Unit PPDA Serta Wakil PERISMA hadir menziarahi keluarga arwah PB Adnan bin Osman.
Dalam majlis itu, YS Pengarah Negeri Selangor turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah serta salam takziah dari warga JBPM.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari pertama kita berpuasa, pastinya dalam fikiran ibu-ibu apa menu yang nak disediakan untuk hidangan berbuka petang nanti kan. Walaupun masih awal lagi, tetapi bab menu ni memang akan membuatkan ibu-ibu pening.
Jadi, untuk yang sukakan menu pedas bagi membuka selera, apa kata cuba buat sendiri sambal Geprek @ sambal penyet ini bagi menggantikan sambal belacan. Malah, ibu-ibu boleh buat stok sambal ini di rumah. Boleh dimakan ketika berbuka mahupun sahur. Cukup mudah dan sedap terangkat.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Suhaila Isnan.
Saya nak kongsi resepi sambal geprek @ sambal penyet.. Bahan saya agak-agak je.. Cara ade dekat setiap gambar.
Apabila berbicara mengenai hari konvokesyen, semua mahasiswa dan mahasiswi akan berasa teruja menanti detik menyarungkan jubah konvo sebagai simbolik tamatlah sudah panat jerih dan usaha keras selama ini. Bahkan bukan sahaja graduan, malah ibu bapa juga merasi keterujan itu.
Namun baru-baru ini seorang pengguna TikTok @cmi_hall berkongsi rakaman video perkahwinan namun di hari bersejarah tersebut pengantin perempuan menggenakan baju konvo. Manakala pasangannya segak mengenakan baju songket lengkap bertanjak.
Tarikh Majlis Sanding Bertembung Dengan Konvo
Difahamkan hal ini terjadi disebabkan berlaku pertembungan tarikh majlis konvokesyen dengan majlis perkahwinan yang sudah pun ditentukan lebih awal dan ia sukar untuk diubah tarikhnya.
Atas Pelamin, Suami Sarungkan Jubah
Menerusi video yang dikongsikan itu, dapat dilihat pengantin perempuan yang juga merupakan graduan program Ijazah Sarjana Muda Bio Molekul UiTM Shah Alam telah disarungkan jubah konvo oleh suaminya sendiri di atas pelamin.
Detik bermakna itu turut disaksikan oleh setiap tetamu yang hadir dan mengundang rasa sebak, apatah lagi pengantin perempuan dapat 1st class degree.
Lebih istimewa, dia yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama telah mendapat selempang daripada ibu bapanya yang turut naik ke pelamin memberikan kejutan sempena dua majlis penting anak perempuannya.
Difahamkan, mereka telah menempah lebih awal dewan tersebut untuk majlis persandingan dan tanpa disangka pihak universiti telah mengeluarkan tarikh konvokensyen bertepatan dengan majlis yang sudah direncanakan.
Skrol dapat, suami pun dapat
Meninjau diruangan komen, rata-rata wargamaya menyifatkan apa yang dilalui oleh pengantin perempuan ini adalah sesuatu yang cukup indah dan cukup bermakna kerana merasai detik-detik bahagia dalam satu masa yang sama.
Mereka juga mengucapkan tahniah atas perkahwinannya serta untuk anugerah kelas pertama yang diperoleh sempena majlis konvokesyen tersebut.
Malah ada juga yang berseloroh magatakan skrol dapat, suami pun dapat.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!