“Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu, asalkan saya dan keluarga selamat. Saya hidup dalam ketakutan.” Bintang Selangor FC, Faisal Halim sanggup meninggalkan bola sepak dan kehilangan gaji berpuluh ribu asalkan keselamatan diri dan keluarganya terus terjamin.
Menurut Faisal, dia juga tidak kisah untuk pulang ke kampung dan bekerja dengan gaji harian walaupun serendah RM50 sehari asalkan keluarganya tidak perlu hidup dalam ketakutan.
“Pada minggu minggu kedua kejadian, saya cakap pada Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar bahawa saya sanggup hilang gaji saya berpuluh ribu asalkan saya dan keluarga saya selamat.
“Tetapi Datuk Shahril janjikan bahawa keselamatan saya dan keluarga terjamin. Jadi saya terus semangat untuk bermain bola.
Saya Hidup Dalam Ketakutan.”- Faisal Halim
“Sebelum ini, saya ada cakap pada isteri dan keluarga bahawa saya sanggup balik kampung, lakukan kerja harian asalkan keluarga tidak perlu hidup dalam ketakutan,” katanya sebak.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas bersama Faisal bagi memaklumkan perkembangan terkini mengenai tahap kesihatannya selepas pembedahan kali ke-4.
Tambah Faisal, dia sendiri enggan mengingat kembali kejadian tersebut kerana ia merupakan satu tragedi yang sangat gelap buat diri, keluarga dan juga kariernya.
“Pada waktu itu, pertama sekali saya rasa badan saya panas dan pedih. Ada yang cakap (simbahan asid) itu tidak bahaya.
“Awalnya saya rasa okey sahaja. Saya mula rasa semangat kerana ingat tidak bahaya.
Ads
“Tetapi selepas semuanya habis, barulah saya sedar betapa bahaya dan luar biasa kejadian yang menimpa saya ini sebenarnya,” ulasnya.
Seronok sebenarnya lahir dalam keluarga ramai. Pelbagai karenah dan gelagat yang terpaksa ibu bapa hadap, tetapi itulah momen paling indah. Apatah lagi jika berkumpul beramai-ramai pasti suasana meriah dan ikatan kekeluargaan kian erat.
Namun, menginjak ke alam dewasa, anak-anak sudah punya kerjaya dan juga keluarga sendiri. Yang tinggal adalah ibu bapa di rumah. Bagi yang tinggal berdekatan, bolehlah pulang menjenguk setiap kali tiba hujung minggu. Yang seronok, sudah semestinya ibu bapa apabila melihat anak-anak balik ke kampung bersama cucu.
Namun kesibukan urusan kerja dan juga rumah tangga ada kalanya membuatkan anak-anak tak punya masa untuk berbuat demikian.
Dalam satu perkongsian di facebook, saudara yang mahu dikenali Cucu Che Hat, telah memuat naik gambar ibunya yang termenung di anjung rumah sendirian.
Dalam perkongsian tersebut, dia yang bertugas sebagai anggota bomba bercerita tentang keadaan mereka sekeluarga sewaktu kecil yang sangat meriah dan kini hanya tinggal kenangan sahaja apabila bapanya juga sudah meninggal dunia.
Apa perasaanmu bila dapat gambar ibu sedang termenung sorang diri depan rumah… Dulu anak kecik2 smua dok bawah ketiak ibu.. Bila anak dah besar dah berkejaya.. Terpaksa berjauhan demi kelangsungan hidup.
Tipu la kalau anak2 xsedih tgk gambar mcm nie.. Dulu arwah abah ado adik bongsu ado jiran paling rapat(anak saudara) dgn maa ada.. Skrg abah dgn jiran dah xde..
Adik bongsu smbung belajar di UM…bila bawak maa dtng umah anak2 mmg xlama.. Paling lama pon 3minggu..lpas tu dok teringat kat rumah sendiri tkot dimakan anai2 katanya..yoe mitok maaf maa kalu xleh nk jaga maa dgn baik..
Nk mintak tukar pon dh 5tahun isi tp xde jawapan sukacita lagi…bila kita dh berumur dh xde yg nk pikir sngt. Cuma nk dok dekat dgn maa jah sementara masa ada lagi… Cukup la raso perit abah dh xde…maaf la kalau panjang sngt.. Cuma nk oyak ambo rindu ko maa ambo jah… 😭😭😭😭
TQ sudi ata gambar dari jauh #anakperantau #rinduyangjauh #jabatanbombadanpenyelamatmalaysia
Menanam semula lebihan sayur-sayuran yang dibeli di pasar, bolehlah dianggap satu cara yang mesra untuk beginner memulakan langkah bercucuk tanam di laman rumah. Cara ini juga nyata tidak memerlukan modal yang besar sebagaimana yang dilakukan oleh ibu anak tiga ini.
Puan Farizah memulakan tanaman sawi dengan hanya bermodalkan RM 1. Cukup menarik dan ini telah dikongsikan diakaun fbnya untuk manfaat bersama. Oleh itu, bolehlah dicuba untuk kita yang baru berjinak-jinak ingin bertanam sayur. Jom semak!
Mula mula memang saja nak cuba jer. Tak sangka menjadi. Alhamdulillah. Ok beli seikat sawi di kedai RM 1, potong tapi yang bahagian bawah tu jangan tinggal. Terus tanam, tak perlu tanah yang luas pon. Siram setiap pagi dan petang.
Setelah beberapa minggu, keluar tunas baru. Teruskan siram dan belai belai manja. Pujuk dia supaya hidup.
Ini masa hati berbunga riang. Daun mula melebar. Bunga baru nak keluar.
Selepas beberapa minggu, pokok akan meninggi, dan keluarkan bunga. Inilah bunga sawi bewarna kuning. Teruskan siram pagi dan petang. Jangan skip.
Sampai satu tahap, pokok akan keluarkan biji sawi. Sekali pandang macam cili tapi dalam tu lah biji sawi.
Pilih biji sawi paling matang. Semai semula dalam pasu. Keesokan harinya dah keluar anak pokok sawi yang kecik kecik tu.
Yang besar tu, Cikjah try and error cucuk kucai incase sawi tak tumbuh, daku tak kecewa sangat sebab ada kucai backup dalam 1 pasu. Hehe Alhamdulillah, hidup pulak dia.
Bila teringin nak makan sesuatu, beli sikit pun jadilah untuk lepaskan rasa kempunan nak makan tu! Misalnya seperti seorang isteri ini yang gemar makan ketam, dia membeli hanya seekor ketam di sebuah pasaraya dan perbuatannya yang hanya membeli seekor sahaja itu mengundang tawa abang penimbang pasaraya tersebut.
Sebaik pulang, isterinya menceritakan kembali kepada suaminya yang juga pemilik akaun Tiktok @m.rafisan, namun sang suami bukan bersimpati malah turut tertawakan isterinya dek kerana kisah yang diceritakan itu.
Nak beli banyak tapi risau tak habis, nak tak nak terpaksa membeli seekor sahaja!