Bila dah jadi suami orang, adakalanya perlu untuk kita jadi ‘sombong’...
Bukan sombong yang menjengkelkan, tapi sombong jenis yang tidak terlalu peramah, tidak terlalu baik dan tidak terlalu melayan wanita yang tidak mempunyai pertalian dengan kita…siapa? orang luar dari rumahtangga kita especially kaum hawa di tempat kerja dan di media sosial…
Sebab kita ni suami orang…
Perbuatan terlalu ramah, terlalu baik, terlalu melayan akan menimbulkan konflik dalam rumahtangga sendiri…
Ads
Dia datang minta tolong tentang kerja, kita tolong hanya tentang kerja…dia nak suruh hantar dia balik rumah dia ke, nak suruh tolong beli barang dekat dia ke, dia lapar tak makan lagi ke, tiada orang teman dia pergi shopping ke, dia takut tidur seorang diri ke, itu dah di luar bidang kerja kita dan kita tidak dipertanggungjawabkan untuk membantu dia selagi dia masih bertangan, berkaki, celik, tak pekak, tak bisu dan tak gila…
Dia boleh buat sendiri kan…
If dia ada masalah, suruh dia cari kaunselor or ustazah…kita nak dengar masalah dia? boleh, tapi jangan sampai ada rasa yang kita wajib kena selesaikan masalah dia, jangan sampai hanya kita sahaja bantu dia dalam dunia ni…nak simpati pun boleh, nak rasa kesian pun boleh, tapi jangan sampai ada perasaan lain disebalik simpati dan kesian itu…dengan erti kata lain, berpada-pada lah.
Ads
Jangan menangguk di air keruh…
Bercakap bila perlu, melayan bila perlu, berhubung hanya bila perlu…jika tiada apa-apa kepentingan or keperluan, just take care of yourself and your family 1st before you take care about others…jaga pergaulan kita tu..Islam first!
Ads
Peramah kita, kebaikan kita dan layanan kita hanya untuk isteri dirumah…always remember that because kita ni someone’s husband…
Saya langsung tak kisah orang kata saya “sombong” as long as saya tahu apa yang saya buat itu adalah untuk kebaikan rumahtangga sendiri…akhir kata,
“I don’t live by people’s compliments or die by their criticism”
kredit : Firdaus Shakirin..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa boleh menafas lega bila mana pemakaian baju sukan masih lagi diteruskan pada hari biasa persekolahan, manakala pemakaian seragam sekolah selama dua hari sahaja bagi setiap minggu.
Hal ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebentar tadi. Dalam ucapan beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pemakaian seragam sekolah selama dua hari bagi setiap minggu bagi sesi persekolahan 2024/2025 yang bermula Mac ini.
Kelonggaran pemakaian baju sukan yang ketika ini dibenarkan di fasiliti KPM juga diteruskan selama dua hari manakala sehari lagi ditetapkan untuk pemakaian baju kokurikulum.
“Kementerian akan memaklumkan surat pekeliling mengenainya,” katanya menerusi Amanat Tahun Baharu 2024 di sini pada Jumaat.
Kelonggaran pemakaian baju sukan sebelum ini dibuat KPM pada 3 Mei tahun lalu susulan cuaca panas melanda negara. Ia dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana.
Pemberitahuan itu sekaligus memudahkan ibu bapa untuk membuat persiapan awal pada sesi persekolahan akan datang.
Sementara itu pada sidang akhbar Fadhlina berkata, sekolah akan diberikan kuasa autonomi untuk menentukan hari pemakaian seragam, baju sukan dan kokurikulum.
“Itu akan diperincikan di dalam surat pemakluman,” katanya lagi.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Drama bersiri Rindu Kasih mencetus fenomena menjadi bualan hangat warganet sejak akhir-akhir ini.
Drama ni memaparkan kisah dalam masyarakat kita. Plot cerita berkisah dendam, benci, yang memang ada dalam diri manusia yang akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak-anak.
Semalam berakhirnya drama 15 episod yang membuatkan ramai berendam air mata sejak drama ini ditayangkan di TV3
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Pelakon Umie Nazirah yang membawa watak dalam drama itu telah meraih perhatian. Mana taknya, dia menjadi mangsa kepada ibu mertua yang membenci menantunya disebabkan dendam lama. Sampaikan kita yang tengok pun rasa sangat benci dan geram.
Lebih istimewa, suami kepada Ummi, Dr Izzar Anwari menerusi muat naik terbaru di Instagram mengucapkan tahniah kepada pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama bersiri itu.
Lebih melucukan, dia turut memberitahu, meletakkan ‘jawatan’ sebagai tukang edit video klip yang tidak berbayar. Tulisannya telah membuatkan wargamaya terhibur dengan mengatakan bahawa dia seorang suami yang sporting yang menyokong isterinya.
“Perjalanan hidup Salina yang penuh dugaan dan pancaroba. Sepanjang hidupnya dia inginkan kasih sayang dari seorang ibu. Dia lebih rela masuk penjara mencari kebahagiaannya dari berada di dunia luar yang menyeksanya. Drama macam ni la kita perlukan. Penuh nilai dan pengajaran. Barulah penonton2 boleh ambil tauladan.”
“Tahniah kepada semua barisan pelakon dan team #rindukasih”
“Rindu Kasih. Drama Terbaik 2022.”
“Korang puas hati dengan penamat dia?”
“p/s : Dengan ini saya letak jawatan sebagai tukang edit klip video tak berbayar.
Dianugerahkan anak istimewa bukan membataskan pergerakan suami isteri ini, Mohd Azrul Abdul Wahid,31 dan Nur Shahira Gulam Rasul, 30 untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga kecil mereka.
Meskipun mengakui anak bongsunya itu yang diberi nama Muhammad Hamka Hanaqi atau mesra disapa Hamka memerlukan penjagaan rapi, pasangan suami isteri ini tidak membiarkan anaknya terus terperap di dalam rumah sebaliknya membawa anak syurganya itu bersiar-siar malah berkhemah.
Difahamkan pasangan suami isteri ini telah diuji dengan anak bongsunya yang mempunyai masalah tumbesaran yang kini sebenarnya telah pun berusia empat tahun sebulan, namun masih seperti bayi keadaannya.
Disebabkan masalah genetik itu menyebabkan Muhammad Hamka Hanaqi perlu menyusu menggunakan saluran tiub dan tidak dapat membesar dengan normal seperti kakaknya, Nur Hana Qarina, 5.
Terbaru, kisah Hamka mendapat perhatian warganet selepas ibunya memuat naik gambar anaknya berbaring dalam khemah di Facebook (Fb).
Menerusi perkongsian itu, Nur Shahira turut menceritakan pengalamannya dan suami membawa Hamka berkhemah tanpa sebarang masalah.
Bercerita lanjut sebagaimana memetik di myMetro, Nur Shahira, 30, yang menetap di Setiawangsa, di sini berkata, dia dan suami gemar melakukan aktiviti riadah seperti mendaki sebelum berumah tangga lagi.
“Bagaimanapun, selepas berkahwin dan dapat zuriat pertama, kami perlahankan aktiviti dan ingatkan dapat teruskan semula aktiviti selepas anak membesar.
“Belum sampai setahun, saya hamil anak kedua pula jadi memang tidak dapat jalankan aktiviti riadah memandangkan perlu beri perhatian kepada Hamka.
“Ikutkan, saya dan suami ada bawa keluar Hamka sebelum ini tetapi setakat ke taman permainan dan kolam renang saja bersama kakaknya, ” katanya lagi.
Katanya, awal bulan lalu, baru datang keberanian untuk membawa Hamka beriadah jauh sedikit daripada rumah.
“Pada awalnya setakat berkelah saja tetapi kali kedua saya dan suami cuba bermalam di dalam khemah.
“Sebagai persediaan, kami membawa keperluan serta ubat Hamka dan agak mengejutkan apabila tidak meragam sepanjang malam.
“Saya perasan ketika mendukungnya, Hamka tengok saja pokok di sekeliling dan nampak macam nak bermain dan suka walaupun dia belum boleh bercakap,” katanya.
Menurut Nur Shahira, hantaran dimuat naiknya di Fb kelmarin sekadar untuk berkongsi pengalaman membawa anak syurganya beriadah.
“Sebenarnya, tujuan saya kongsi kisah itu adalah bagi mengetahui pengalaman ibu bapa lain kerana daripada situ, mungkin saya boleh belajar sesuatu.
“Tak sangka, banyak maklum balas diterima dengan rata-ratanya memberi komen positif dan mendoakan kami sekeluarga.
“Sebak pula dibuatnya apabila baca satu persatu komen dan terima kasih diucapkan.
“Mesej saya cuba sampaikan menerusi perkongsian itu adalah ibu bapa yang ada anak istimewa juga tidak seharusnya bersedih saja sebaliknya boleh bahagia serta teruskan minat mereka cuma kebahagiaan itu perlu dicari,” katanya yang merancang membawa lagi Hamka beriadah nanti.
Berkongsi perihal Hamka, Nur Shahira mengakui emosinya tidak menentu selepas bersalin kerana agak sukar menerima ujian dikurniakan anak istimewa.
Bagaimanapun, katany, sokongan keluarga dan orang sekeliling memberinya kekuatan untuk menerima ketentuan Ilahi.
“Kebetulan, ada beberapa rakan hamil sama waktu dengan saya jadi emosi agak terganggu apabila melihat mereka bersama anak ketika berpantang manakala Hamka ditahan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) selama 44 hari.
“Apa yang berlaku membuatkan saya mempersoalkan takdir tetapi dapat terima ujian selepas melihat ramai lagi anak kurang bernasib baik di NICU.
“Boleh dikatakan, emosi saya turun naik dan jujurnya risau berdepan masalah kewangan jika berhenti kerja demi menjaga Hamka tetapi syukur Alhamdulillah, rezeki tidak pernah putus.
“Daripada situ, saya belajar untuk terima semua ujian dengan lapang dada dan jangan takut kerana Allah tidak akan uji di luar kemampuan hamba-Nya,” katanya.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...