Pendidikan anak-anak seharusnya bermula ketika mereka masih di dalam rahem. Oleh itu jika kita inginkan anak yang bijak seharusnya dimulai pendidikan seawal seorang ibu disahkan hamil.

Pendidikan di awal kehamilan bukan saja membentuk kerangka fizikal otak mereka tetapi membentuk jiwa dan spiritual mereka yang mantap.

SEJAK DALAM RAHIM

Dalam satu artikel yang bertajuk “Proses Kejadian Janin dan Peniupan Roh” oleh Ustaz Abu Anas Madani menyatakan bahawa “Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin.”

Ini bersesuaian dengan mana-mana kajian saintifik bahawa pergerakan jantung (tanda bayi bernyawa) bermula seawal enam minggu selepas disenyawakan.

Jadi pendidikan juga harus berumur sebaik saja bayi ditiupkan roh (mula bernyawa).

IKLAN

Apakah pendidikan yang harus diberikan pada tahap ini? Ibu dan ayah harus banyak berkomunikasi secara baik sesama sendiri dan bersama ‘anak dalam rahem’.

Begini Cara Nak Punya Anak Bijak. Kena Sejak Hamil Lagi. Ikuti Tip Ni.

Pertama, ia harus dimulakan dengan pemberian nama yang baik untuk anak. Pemberian nama yang baik ibarat doa dari ibubapa. Nama yang baik (setelah mendapat nasihat dari ibubapa dan agamawan), harus difikirkan sebaik si ibu hamil. Pertimbangkan beberapa nama. Pilihlah yang sesuai.

Kedua, sering berkomunikasi dengan anak dengan bercakap-cakap sambil mengusap perut. Kata-kata yang baik, nada yang lembut disertai dengan perbuatan berkasih sayang, seperti gerakan mengusap akan memberikan isyarat bahawa ibubapa sangat menyangi anak dalam rahem.

IKLAN

Gunakan bahasa yang indah, nada yang lembut dan usapan kasih sayang. Biar anak dalam rahem tahu ibubapa mereka menyayangi.

Ketiga, bagi si ayah yang mungkin sibuk bekerja atau tidak berada di sisi ibu yang hamil, boleh cuba bercakap dengan anak dalam rahem juga. Cuba bercakap melalui henfon dan si ibu merapatkan henfon tersebut dekat dengan abdomen. Biarkan seolah-olah si ayah berada di sisi dan bercakap dengan anaknya. Getaran suara si ayah akan sampai kepada anak dalam rahem.

Keempat, banyakkan mendengar bacaan Al-Quran
sama ada dengan membaca sendiri atau mendengarnya dari siaran yang dirakam di komputer, radio atau di kereta. Ini akan memberikan ketengan pada anak dan si ibu.

Si ayah juga boleh membacakan ayat-ayat Al-Quran ketika solat berjemaah dengan si ibu. Atau membaca bersama-sama dengan si ibu pada bila-bila masa.

IKLAN

Kelima, wujudkan suasana harmoni dalam keluarga. Jauhi pertengkaran. Kawal emosi kketika marah. Jangan naikkan nada suara jika keadaan tidak perlu.

Keenam, makan makanan yang bernutrisi. Makanan yang bernutrisi adalah makanan yang memenuhi keperluan ibu dan anak. Ini akan membina kerangka otak yang sihat di samping mampu memahami pendidikan yang diberikan dengan lebih baik.

Jadi dalam tempuh kehamilan, harus meningkatkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.

 

Sumber: Hj Firdaus
Azrul Syahrizan Ab Rahman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI