Tidak hanya Sukarelawan, NGO bahkan ramai selebriti termasuklah Ajak Shiro yang turun padang menghulurkan bantuan ketika banjir.
Bapa kepada tiga cahaya mata ini telah bertemu dengan sebuah keluarga yang turut mengalami kerosakan harta benda disebabkan musibah banjir.
Sebak dengan nasib yang menimpa keluarga tersebut, pemilik nama sebenar Mohd Hanaffi Razak bermurah hati menghadiahkan sebuah televisyen di rumahnya.Kisah tersebut dimuatnaik isteri kesayangannya menerusi Instagramnya baru-baru ini.
“Ni lah laki aku, kalau hati dia terjentik, dia buat apa jerk. Kita bini nie supportlah, asalkan hati dia senang. Sebab dia macam nie lah, ibu tumpang rezeki Baba atas doa orang kat Baba,” ujar Afifah.
Jelas Afifah lagi, suaminya itu jenis yang mudah tersentuh, apatah lagi jika melihat kesusahan yang terpaksa ditanggung orang lain.Bahkan dia mengakui sentiasa memberi sokongan apa jua yang dilakukan oleh suaminya. Dalam masa yang sama, dia memohon orang ramai menitipkan doa semoga keluarga mereka akan sentiasa dimurahkan rezeki.
Ads
Rata-rata pengikut memuji keprihatinan Ajak serta mendoakan semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan.
mutyara.kayyibrahim Ya Allah baba..😢😢😢 Ya Allah kau muliakanlah dia. Limpahkanlah kemewahan padanya. Hidup yang bahagia bersama ibu & anak². Aamiin Aamiin Aamiin
_waki1_Alhamdulillah.. terima kasih ajak sebab bantu family saya dan beri hadiah tv. semoga dimurahkan rezeki. Aminn
dilaleoAllahuakbar 😔😔😔 ingatkan beli baru, benda yg Kita sayang,Kita bagi kt orang memerlukan, mulianya, MasyaAllah 😢😢❤️❤️❤️❤️
e_yanz80Rezeki makcik dpt tv dr ajak…rezeki ajak dr allah jumpe makcik…….moga murah la rezeki ajak sekeluarga dunia dan akhirat….mmg mulut riuh bising tp hati nye sgt baik….maaf airmata sy keluar sikit je td…betoi sikit je ..
atfiibrahimTerima kasih Ajak 👍🏻😭berlinang airmata sis!semoga Allah murahkan rezeki Ajak sekeluarga & team dgn rezeki yg x putus2🤲🏻🤲🏻amin
suzana_jamaludinAjak insan hebat…👏👏👏👏 Insyaallah Allah permudahkan segala urusan ajak sekeluarga 🤲🤲🤲
Rupanya tidak susah pun untuk menanam cendawan di rumah dengan syarat boleh ikuti sepertimana yang dikongsikan oleh Syafiq Baharin.
Alhamdulillah dah mula keluar hasil cendawan ni. Ingatkan susah, senang je rupanya.
1. Beli bongkah kat Shopee, RM2.50 gitu per bongkah.
Tips : Cari seller yang jual bongkah yang dah matang, so tak perlu tunggu lama untuk keluar hasil. Kalau tak lama juga nak tunggu bongkah tu matang. Ni hasil lepas 4 hari je.
Tips 2 : Nak tahu dah matang or belum, tengok bawah tapak bongkah ni. Kalau dah putih kat bawah tu, dah matang lah tu.
2. Kain balut tu optional je, cendawan ni suka suhu yang lembab & sejuk sikit. Jadi bila balut kain tu, kita siram je air kat kain tu 2 kali sehari. Kalau rajin 3 kali. Bila ada kain tu, lama la sikit tahan lembab dia tu.
3. Tak perlu tempat gelap pun. Dulu ingat wajib gelap. Rupanya cukup teduh, tak panas dan ada udara yang cukup.
4. Bila sampai bongkah tu, yang saya beli ni tak perlu korek pun lepas buka penutup tu. Balut & siram dengan air je kat kain tu. Janji air tak masuk kat dalam ‘pintu’ bongkah tu. Siram air kat atas je.
Jangan pi rajin masuk jari dalam tu, jari kita banyak bakteria. Ganggu pertumbuhan cendawan.
5. Done. Tunggu hasil je insyaAllah.
6. Nak tuai, just tarik je sambil goyang-goyangkan sampai tercabut habis semua akar dia. Jangan pi gunting pulak ye. Kena bagi keluar habis sampai akar.
7. Then ambil lah sudu kecik ke, kasi rendam dalam air panas dulu ke, biar sudu tu takda bakteria jahat. Lepas tu korek sikit saki baki akar putih yg melekat lepas dari baru tuai tu.
8. Lepas tu tutup semula bongkah tu. Rehatkan dalam seminggu tanpa siram.
9. Buka semula penutup dan mula siram semula kain tu. insyaAllah cendawan akan keluar semula.
10. Boleh 4 ke 6 kali tuai, ikut tahap jagaan kita. InsyaAllah.
Manakala melihat di ruangan komen, ramai juga berkongsi info dan pengalaman.
Norhayati Mohd Zaini : Saya tambah sikit dari tips di atas berdasarkn pengalaman sy. Kalau penjagaan baik, bongkah boleh dituai beberapa bulan.. Bongkah yg baik, tiada kulat hijau di dalam bongkah atau bongkah menjadi keras dan kering. Pastikan bongkah tidak dimasuki serangga seperti lipas dan semut. Cendawan boleh dituai sebelum keliling cendawan menjadi kerinting atau tua. Bila tua (lupa tuai), spora putih akan bertaburan di sekeliling bongkah.
Fatin Farhana : Yg penting kena open air.. jgn letak benda ni dlm bilik tido
Isma Laily : klu nk bnyk cendawan lg bolehla tebuk dkt belakang tu. nanti cendawan akan keluar depan belakang
Ummi Lin :Saya pun Ada cendawan ni. Memang jimat. Skrg nk cari lagi bongkah, yang aritu dah bbrpa kali tuai, kecik dh cendawannya.
Sumber : Syafiq Bajarin via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai ibu bapa, tentunya sedikit sebanyak timbul juga perasaan bimbang dan takut mengenai kesihatan anak-anak pada masa kini. Apatah lagi dari varian Alpha, Beta, Gamma, Delta dan Lambda, Omicron dan sebagainya seakan menjadikan Covid-19 terus ‘mengganas’.
Meskipun seakan kita berjaya mengawal pandemik ini dari segi kes jangkitan, kes kematian, kes kemasukan ke hospital, kita juga dipersiapkan untuk menerima hakikat bahawa Covid-19 akan menjadi endemik dan kita semua akan hidup bersama dengan virus ini.
Mengambil langkah keselamatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun bermula Februari ini.
Ini sebagaimana memetik laporan berita Sinar Harian.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program tersebut adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19.
“Masalah kesihatan tersebut merangkumi penyakit respiratori kronik, kardiovaskular, immunosuppression, kencing manis, penyakit ginjal kronik dan penyakit saraf.
“Formulasi vaksin Covid-19 Comirnaty akan digunakan dalam program ini dan formulasi khas untuk kanak-kanak dibekalkan di dalam bebuli 10 dos dan perlu dicampur dengan 1.3 mililiter larutan garam biasa.
“Setiap dos yang diberikan adalah 0.2 mililiter dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA. Dos ini merupakan satu pertiga daripada dos yang digunakan di dalam dos dewasa,” katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, program vaksinasi kanak-kanak memerlukan dua suntikan dos dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.
Katanya, berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa yang diberikan antara dua dos itu akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan lebih tinggi serta berpotensi memberikan perlindungan yang lebih lama.
“Selain itu, data ini juga menunjukkan sela masa tersebut mampu mengurangkan risiko miokarditis dan telah disyorkan oleh badan-badan kesihatan seluruh dunia termasuk United Kingdom, Kanada dan Australia.
“Berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak, KKM akan melaksanakan pemberian vaksin ini sebaik vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari ini,” katanya.
Khairy memaklumkan, program pemberian vaksinasi kanak-kanak itu akan bermula pada 3 Februari ini di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.
Katanya, sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari ini dan ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi berkenaan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu memang bukan kerja mudah. Dari awal pagi hingga lewat malam, ada sahaja kerjanya dan tidak dinafikan ianya memang meletihkan.
Pun begitu, bagi menghilangkan rasa kepenatan dalam diri dan sekali gus menjadikan seorang wanita lebih bertenaga, ini sewajarnya diamalkan.
Nak tahu lebih lanjut, jom baca perkongsian penuh daripada wanita ini yang merasai perbezaan setelah amalkannya.
Ini perkongsiannya.
Doa Dipermudahkan Urusan & Menghilangkan Penat.
Dah 3-4 hari saya kurang sihat. Walaupun tak sihat tapi kerja-kerja rumah tetaplah perlu diurus semampunya. Tu belum lagi bab makanan. Bila dah jadik mak-mak ni, macam mana sakit pun kena cuba jugak gagahkan diri masak untuk anak/ahli keluarga. Tapi yela, dengan keadaan kurang sihat ni, saya memang tak larat & mudah sangat penat.. Bila kita penat ni.. anak buat nakal sikit je, mulalah rasa nak melenting je.
Kebetulan masa mengemas rak buku semalam, saya terjumpa balik nota lama yang saya salin dalam ceramah Ustazah Dr. Fatma pada tahun 2010 dulu.
Ni merupakam doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Sayyidatina Fatimah. Amalkan doa ni di waktu pagi untuk mudahkan urusan dan menghilangkan penat. Untuk sepanjang hari lak, boleh amalkan zikir Fatimah iaitu Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 34x (jumlah keseluruhannya 100x)
Dulu masalah hiperthyroid saya agak teruk dan mudah sangat terasa penat. Balik kerja jer mesti badan rasa lemah-selemahnya.. Bila amalkan doa ni memang terasa perbezaannya.. Bila dah kahwin dan masa dalam pantang pun sama..
Dak Fydh ni jenis sawan nangis dan asyik kena berdukung siang dan malam. Walaupun mak dan suami bergilir-bergilir tolong jagakan bayi, tapi tiada siapa yang dapat bertahan nak tuam perut dan dukung bayi berjam-jam.. Dahlah setiap hari macam tu..berlarutan pulak hingga 5-6 bulan.. Tapi dengan amalkan doa ni alhamdulillah, masih dapat bertahan walaupun langsung tak cukup rehat waktu tu..
Sebenarnya dah hampir setahun ni saya terlupa sungguh tentang doa ni dan lupa amalkannya.. huhu.. Kali ni saya share supaya ramai yang boleh manfaatkan doa ni.. Dan andainya satu hari nanti saya terlupa, insyaAllah masih ada lagi rakan-rakan yang boleh berpesan dan mengingatkan..
Mak-mak yang ada anak kecil, mak-mak yang bekerja, atau yang sesiapa juga ada masalah kesihatan dan cepat letih.. elok sangatlah amalkan doa ni. InsyaAllah, urusan kita pada hari itu akan dipermudahkan dan tak terasa penat sangat.
Doa ni perlu dibaca di awal pagi, lepas bangun tidur dan mohonlah pada Allah agar dipermudahkan urusan kita pada hari tu dan kurangkan rasa letih/ penat..
✏Nota**
Saya sertakan jugak sedikit potongan dari rakaman suara ketika ceramah (tahun 2010 dulu, rakaman video masih belum meluas dan phone internal memory pun tak banyak macam sekarang). Sebenarnya saya terpaksa rakam sebab saya dapat duduk di belakang sekali dan suara ustazah kurang jelas. Dengan dengar balik rakaman tu, dapatlah salin doa dan nota yang mana tertinggal.
Tapi maaflah ye sebab kualiti audio tak berapa elok sebabkan terpaksa berhimpit-himpit kat belakang masa tu.. Dengan nak pegang phonenye, nak salin nota lagi.