Sayur & Ulam Yang Dimakan Nak Pastikan Betul-betul Bersih, Begini Wanita Ni Kongsi Cara Boleh Buat!

Share

Tidak lengkap rasanya kalau makan nasi di waktu tengah hari tanpa ada sayur di dalam hidangan. Paling tidak pun memadai ulam-ulaman yang dicelur, tambah berselera jika digandingkan pula dengan sambal belacan. Memang makan bertambah dibuatnya.

Memastikan sayur dan ulam-ulaman yang dimakan oleh keluarga kita adalah selamat, ada baiknya ketahui cara betul untuk mencucinya seperti mana yang dikongsikan oleh Enkay Nik Mustaffa.

Menurutnya ada beberapa cara yang sesuai dibuat mengikut perbezaan jenis sayur-sayur dan nak tahu detail ini perkongsiannya.

TIPS MEMBERSIHKAN ULAM DAN SAYUR

Bila dah mula makan ulam mentah, rasa ketagih dengan rasa manis, kesegaran dan kerangupan terutama sayur yang ditanam sendiri.

Hari ni petik kailan, kangkung, sawi manis, salad romaine yang ditanam sendiri untuk cicah dengan sambal belacan.


Untuk orang yang suka makan ulam ni cuma kena jaga kebersihan. Selain tu, ambil ubat mencegah cacing secara teratur. Ada tiga cara yang kita boleh gunakan untuk membersihkan sayur.

1) BILAS
– Cuci tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat
– Cuci dahulu sayur atau buah yang mempunyai kulit
– Buang label pelekat, kotoran atau busuk pada makanan
– Bilas menggunakan air yang bersih sambil sental. Tujuan menyental adalah untuk menyingkirkan mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan
Sesuai untuk: Epal, pear, kobis, lobak merah dan sebagainya

2) RENDAM
– Penuhkan besen, sink atau mangkuk besar dengan air.
– Rendamkan sayur atau buah dan buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu.
– Rendamkan selama 2-3 minit
– Sesuai untuk: Sawi, kangkung, anggur, oren dan sebagainya


RENDAM DALAM LARUTAN AIR GARAM
– Campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air
– Rendamkan sayur atau buah anda selama 5 minit
– Bilas kemudian sayur atau buah itu boleh digunakan atau di simpan
– Sesuai untuk: Brokoli, bunga kobis, anggur, oren dan sebagainya.

 

Sumber : Enkay Nik Mustaffa via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri

 

 

 

IKLAN