
Setiap ibu ayah mempunyai pelbagai keadah untuk mendidik anak-anak menjadi seorang yang cemerlang dalam hidupnya. Malah boleh berdikari pada usia masih kecil adalah kelebihan yang harus ada pada setiap anak-anak.
Ia secara tidak langsung akan menjana jati diri buat diri anak itu. Begitu juga dengan pemilihan sekolah yang sesuai untuk anak.
Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.
Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.
Inilah yang dilakukan oleh keluarga ini yang sanggup melakukan pengorbanan dengan memilih sekolah yang jauh daripada kediamannya.
Menurut puan Liyana Marzuki menerusi perkongsian facebook miliknya, dia tmenjelaskan mengenai bagaimana dia mendidik anaknya sejak kecil mengenai semangat jati dalam diri seterusnya kepada pemilihan sekolah yang akan mempengaruhi karektornya.
JATI DIRI
- Ini anak sulung saya. Umurnya 14 tahun, dah masuk Tingkatan 2 tahun ni. Setiap pagi, kalau saya tak sempat drive dia ke sekolah. Lepas Subuh, dia akan ambil train dari Putrajaya ke Kuala Lumpur. Dan menapak la dia ke sekolah.
- Dulu masa saya ambil Masters di London, umurnya 5 tahun, saya angkut dia sekali bersekolah di sana. Ada sekali dia balik sekolah, dia tanyakan saya “Mommy, am I white or black?” (Mami, saya ni orang kulit putih ke kulit hitam). Tersedak saya dengar.
- Saya tanya kenapa tanya macam tu? Dia cakapkan, kawan orang putih dia cakap, dia omputih. Kawan orang hitam dia cakap dia black. Saya terus tanya, “Dairil rasa Dairil orang apa?” “Hmmm… saya tak rasa saya omputih atau kulit hitam. Saya orang brown (kulit perang)”.
Pheww… lega rasa. Sedar diri jugak anak sorang ni. Nasib baik takde krisis identiti

- Saya bagitau pada dia, esok pergi sekolah cakapkan pada kawan2:
“I’m Dairil and I am a proud brown people of Malay. From the country called Malaysia. We were once great seafarers of Malaccan Strait. The busiest sea in the world. We fight for our country from the colonist, even after hundreds years of conquest. And for that, we are never white nor black”.
Dia nampak blur masa saya cakap tu, tapi saya tahu dalam otak dia, dia register.

- Balik ke Malaysia, saya masukkan dia ke satu Sekolah Kebangsaan di Putrajaya. Setiap hari dia menangis nak ke sekolah. Katanya, dia kena buli. Kena tolak dalam longkang. Kadang dia terpaksa makan dalam toilet masa rehat. Sebab bila dia cakap Bahasa Melayu, dia pelat omputih. Pembuli ni mana boleh!
- Mak saya dah suruh pindah sekolah. Masukkan dalam sekolah swasta. Suami pun kata takpe lah dia cuba cari rezeki lebih tiap bulan, nak bagi anak pindah sekolah.
- Tapi, saya tetap berdegil. Pada saya, kalau dia tak bercampur dengan kaumnya sendiri, takut besar nanti dia ingat dia Mat Saleh. Lagi parah!
- So, saya suruh dia bertahan. Tiap hari bagi dia kata semangat. Saya bagitau dia keturunan ke-8 Dato Sagor. Pendekar Melayu tersohor, kalau orang buli, lawan! Jangan biarkan.
- Dia mintak saya bagitau Cikgu dan jumpa pembuli tu. Saya bagitau kan. “I can’t. I cannot fight your battle. You have to fight your own. Mommy cannot be there always to protect you”.
- Selang dua minggu dia macam dah ok. Dah nak pergi ke sekolah. Saya tanya apa jadi? Dia kata tiap kali ada orang datang nak buli, dia jerit pekik macam gila meroyan. Sampai diaorg takut and bolayan. Hah… bijak pun!
- Selepas itu, dah tiada masalah. Dia sekolah sampai darjah enam di situ. Ok je boleh score. Bahasa Melayu paper pun dia sapu. Berbaloi la saya buatkan karangan BM untuk dia setiap minggu .
- Hari ni hari Jumaat, pagi tadi saya hantar dia ke sekolah. Tengok tiap Jumaat dia pakai baju Melayu. Saya tanya wajib ke pakai? Dia jawab pada saya ”Tak wajib pun, tapi saya kan Melayu. Takpe la pun nak pakai baju Melayu tiap minggu”
- That, my friend, moment yang orang cakap “sejuk perut ibu mengandung”. Sepanjang balik ke rumah tadi saya senyum…
- Satu benda saya belajar dari anak saya hari ni, jati diri itu bermaksud bangga menjadi diri sendiri. Kalau tak kita, siapa lagi?

Dalam pada itu, dia juga menyenaraikan beberapa sebab kenapa dia sanggup memilih sekolah yang jauh buat anaknya.
Ada ramai member kat sini PM tepi tadi. Kenapa anak sekolah jauh sangat? VI, di KL.
Kenapa tak masuk anak sekolah berasrama penuh?
- Sebab sekolah ni bukan untuk orang Melayu saja, ada pelbagai kaum. Cina, India, orang Sabah dan Sarawak yang duduk asrama. Saya nak dia bersaing dengan kaum lain juga.
- Sekolah ni ada anak Menteri dan anak Tan Sri, danpada masa sama, ada anak peneroka felda dan anak pendalaman Sabah dan Sarawak. Saya nak dia bercampur dengan pelbagai jenis rakan, tak kisah dari mana diaorg datang.
- Sebab sekolah ni bagi option 3rd language. Bahasa ketiga. Agar dia boleh belajar bahasa asing juga. Saya nak anak Melayu ini, fasih juga berbahasa asing, tanpa hilang jati diri.
- Sebab roommate saya highly recommend sekolah ni. Sekolah dia sendiri. Sejak mula kahwin, dah kena brainwash. Takde option lain.
- Dia sendiri pun datang dari keluarga miskin. Bila masuk sekolah ni, dia ubah hidup jadi lebih baik.
Terima kasih yang doakan anak kami. Kami balik kan doa tu untuk anak kalian

Salam hormat, Liyana Marzuki
Sumber: Liyana Marzuki
Keluarga Talk: Pengorbanan Seorang Isteri Demi Bahagiakan Keluarga.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di


Menurut Jozlyn, anak-anak diwajibkan mengaji dulu selepas subuh. Ini adalah unutk menguatkan ingatan, mata lebih segar dan sentiasa mengingati Tuhan.
Semoga Allah melindungi kamu anak2ku.. selalu jadi imam untuk mama setiap subuh bila papa kerja.. bergilir2.. mengaji sesama.. tolong mama check makna sesama.. tolong bagi tetamu tak di undang (kucing2) makan.. tolong jaga adik2 bila mama dan papa kerja.. kadang tolong kak dorthy kadang bagi kak dorthy naik hantu😂.. takpe tetap mama sayang.
Sebab bila kak dorthy ngadu libas tetap kena🤣.. arini kak chantiq dan Moleiq mama tak kejut.. nampak penat sangat.. semalam kemain tido lambat kak dorthy cakap.. dok nyanyi.. takpe la kan.. tapi sebenarnya untuk ajar anak disiplin kena konsisten jangan miss untuk kejut subuh.. so bila umur diorang 7 tahun dah takde dengar suara rengek.. nak kena paksa buat..
Semua dah tau tanggungjwp memasing.. bangun subuh solat pastu ngaji bukan bangun subuh solat lelaju pastu zassssss tido balik.. 🤣 bukan yek.. aku cakap dari segi pengalaman.. dulu aku pun macam tu.. Alhamdulillah slowly cuba perbaiki.. doakan kami #familyhanania ye.. sebab kitaorang pon selalu doakan untuk korang dan jugak untuk keluarga korang yang telah pun meninggalkan dunia.. ❤️ #offkomen #xperlukanpujian #perlukandoakalian
Gambar ni akan jadi saksi buat anak2 korg nanti.. macam mane anak2 hanania papa dan mama dok asik nak melekat jek💆♀️.. ni lepas solat.. terus amik port memasing.. berebut2!! Bak kata papa yang dah berbulu pun duk beleser macam kucing🤣🤣..
Percaya tak diorang boleh tido dalam keadaan macam ni.. kadang naik kebas kaki kita..😂😂.. harap bila diaorang sume ni dah kawin still macam ni.. bukan dorg je yang akan kami layan macam ni.. anak menantu pun ktorg akan layan macam ni.. tapi!! Kalau buat salah libas tetap libas yek!😈.. anak menantu pun kita libas macam anak kita jugak🤣.. ada sesape ke nak jadi calon menantu🙈






